7 Tips Jadi Social Media Influencer Untuk Pemula

Dah jadi trend sekarang, ramai orang berlumba-lumba nak jadi social media influencer. Bunyi macam seronok je kan? Realitinya menjadi social media influencer bukanlah satu tugas yang mudah. 

Dah namanya pun “influencer”, dalam bahasa senang nak faham ialah mereka yang mempengaruhi orang lain membuat keputusan.  

Kalau di media sosial seorang influencer pastinya mempunyai pengaruh yang kuat dan pengikut yang ramai. Semakin besar pengaruh semakin besar tanggungjawab yang digalas. 


Cara Nak Jadi Social Media Influencer Untuk Pemula

Menurut Influencer Marketing Hub, Influencer ialah seseorang yang mempunyai kuasa untuk mempengaruhi keputusan pembelian orang lain kerana kuasa, pengetahuan, kedudukan atau hubungan mereka dengan pengikut mereka. 

Tambah pendapatan dengan jadi Affiliate di Tiktok. 


Cara Jadi Social Media Influencer


Jenis-jenis Influencer Mengikut Jumlah Follower

Secara amnya Influencer dikategorikan kepada beberapa jenis yang ditentukan melalui jumlah bilangan pengikut ataupun follower di media sosial. 

Selain itu, Influencer juga dikelaskan mengikut niche dan kepakaran serta platform yang dipilih. 4 Jenis Influencer mengikut jumlah pengikut adalah seperti berikut: 

Nano influencers – 1,000 hingga 10,000 pengikut

Micro influencers – 10, 000 hingga 100,000 pengikut

Macro influencers – 100,000 hingga 1,000,000 pengikut

Mega / Selebriti influencers – lebih dari 1,000,000 pengikut


7 Tips Nak jadi Social Media Influencer 


#1 Pilih Niche

Sebagai permulaan kena tentukan apa niche anda. Niche merujuk kepada kepakaran, bidang atau minat korang yang dirasakan baik untuk dikongsi dengan orang lain. 

Dalam erti kata lain, niche adalah bayangan apa yang anda cuba zahirkan supaya bila orang bercakap tentang sesuatu dan orang boleh ingat tentang anda. 

Sebagai contoh: Khairulaming dikenali kerana suka berkongsi resepi masakan, Iman Abdul Rahim suka berkongsi tentang review barang-barang Shopee. 


#2 Mula Dengan Apa Yang Ada

Mula dengan peralatan yang ada di tangan. Tidak timbul isu rekod video menggunakan DSLR lebih baik berbanding guna telefon bimbit. Jangan jadikan alasan alatan tidak mencukupi sebagai batu penghalang anda menghasilkan konten. 


Servis review di blog


#3 Buat Konten Berkualiti & Bermanfaat

Antara cabaran utama adalah menjadi Influencer yang menghasilkan konten berkualiti dan ada mesej dalam setiap karya yang dihasilkan. Kena faham tujuan kita buat konten: educate, entertain, convince & inspire. 

“Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain”. Jangan kejar hasilkan konten viral semata-mata kerana ianya tidak akan kekal lama.  


#4 Pandai Edit Video & Gambar

Sudah menjadi satu kemestian untuk tahu sekurang-kurangnya asas editing gambar mahupun video. Banyak aplikasi percuma dan berbayar terdapat di pasaran yang mudah dipelajari. Mudah sangat nak edit video guna telefon bimbit.


Buat duit jadi Youtuber


#5 Konsisten Buat Konten

Jangan malas. Jangan leka dan jalan terus. Nak mula memang mudah tapi nak konsisten itu yang payah. Untuk elak kita tergelincir dari landasan, wujudkan sistem kerja dan rancang lebih awal supaya anda konsisten buat konten. 

Boleh ikut tips buat content waktu busy ini kalau rasa tak pernah cukup masa. 


#6 Pilih Platform Terbaik

Tiada istilah platform mana lebih baik kerana setiap platform mempunyai kelebihan dan fungsi masing-masing. Cari kekuatan anda dan mulakan langkah. 

Jika anda suka bercakap dan tiada masalah buat video anda boleh cuba platform Youtube atau pun Tiktok. Anda introvert dan tak suka bercakap; boleh kongsi penulisan di Facebook dan Twitter. 

Jika anda pandai ambil gambar boleh gunakan platform Instagram. Suka buat review dan tulis panjang berjela boleh pilih blog. 


#7 Bina Komuniti

Fokus dalam menjaga hubungan dengan pengikut dan bina komuniti anda. Jangan lupa berinteraksi dan jawab soalan dari pengikut anda. Cuba penuhi permintaan pengikut anda. Amalkan konsep give & take. 


Kesimpulan 

Dalam artikel ini diterangkan siapa yang digelar Influencer dan jenis-jenis Influencer mengikut jumlah pengikut di media sosial. Diterangkan juga tentang 5 tips nak jadi social media influencer sesuai untuk mereka yang baru bermula. 

Pilih niche yang sesuai, mulakan dengan apa yang ada di tangan, hasilkan konten berkualiti dan bermanfaat, kuasai kemahiran editing, konsisten, pilih platform yang anda yakin dan mula bina komuniti anda. 


Pengalaman Banjir Teruk: Terkandas Dalam Kereta

Peristiwa banjir tahun 2021 aku rasakan adalah antara peristiwa banjir paling teruk berlaku di Malaysia. Terasa sangat kali ini sebab adik aku yang tinggal di Shah Alam dan ramai kawan-kawan turut menjadi mangsa banjir. 

Secara peribadi aku pernah merasai sekali sahaja pengalaman dilanda banjir, itupun air tidak naik ke rumah cuma jambatan yang menjadi penghubung kampung dengan pusat bandar ditenggelami air. Kami terputus hubungan termasuklah bekalan air dan juga elektrik. 


Pengalaman Banjir Teruk: Terkandas Dalam Kereta 

Selama beberapa hari kami tidur bergelap ditemani pelita minyak tanah. Bila bangun pagi esok, mesti lubang hidung hitam. Tapi syukur kami terputus bekalan tak sampai seminggu. Tapi seksanya Allah je yang tahu. 


Banjir teruk di selangor kl


Banjir Teruk Terkandas 2 hari 1 Malam Dalam Kereta 

Kisahnya adik bongsu update yang dia terkandas dalam kawasan banjir apabila highway dinaiki air. Memang air naik tinggi dengan cepat dan tiada jaminan selamat kalau redah waktu banjir. 

Waktu kejadian pada hari Sabtu, dia terpaksa ke pejabat atas urusan kerja. Waktu tengahari air dah mula naik dengan cepat jadi dia dan kawan cepat-cepat beredar dari kawasan pejabat. 

Risau terperangkap di pejabat dia cuba juga waze jalan alternatif balik ke Puncak Alam tapi gagalnya. Akhirnya dia dan seorang lagi kawan ambil keputusan untuk tunggu di atas jambatan menanti air surut.

Lega, ada kawan yang senasib atleast tidak lah takut sangat. Adik kata, banyak juga kereta yang senasib dengan dia. Rezeki dia kawasan dia berhenti tu berdekatan dengan stesen minyak. Jadi mudahlah untuk dapatkan bekalan makanan. 


highway tenggelam air banjir


Petang sekitar jam 5 petang pihak bomba datang selamatkan mereka yang terkandas dan dibawa ke Masjid Bukit Jelutong. Selesai tunaikan apa yang patut, adik kembali kereta. Bahaya juga tinggalkan kereta begitu sahaja. 

Malam tu dia tidur dalam kereta ditemani lampu jalan sambil tahan nak buang air kecil. Tak dapat bayangkan kalau sakit perut malam-malam. 

Pagi Ahad dia update dia tidur di Masjid Bukit Jelutong. Oh ya perjalanan ke Masjid hanya boleh dilalui oleh trak Bomba. Kereta biasa confirm tak lepas. Syukur dekat Masjid banyak barang bantuan seperti baju dan selimut orang sedekah. 


terkandas semasa banjir


Selepas waktu Zohor macam tu baru air surut sikit dan ada jalan yang adik boleh lalu untuk balik ke rumah. Sampai di Puncak Alam, line telefon terjejas dan muncul di sesetengah kawasan sahaja. 

Apa pun bersyukur, adik selamat dan dipermudahkan segala urusan. 


Rumah Banjir Dinaiki Air Sehingga Paras Peha

Seorang lagi adik aku yang menetap di Shah Alam menjadi mangsa banjir pada tahun 2021. Rumah dia dua tingkat dan semasa kejadian dia bersama tiga orang anak kecil berada di rumah. Hari Sabtu air mula naik sehingga di depan rumah dan akhirnya air naik lebih tinggi. 

Berbeza dengan tahun sebelumnya, air naik dengan cepat. Jadi dia tak sempat nak kemas dan alihkan perabot dan perkakas besar seperti peti ais serta mesin basuh. Suami dia pula bomba dan dah sibuk dengan tugas menolong mangsa banjir di tempat lain. 


kesan selepas banjir


Memang mencabar mengalihkan barang bersama tiga anak kecil yang asyik menjerit sebab takut banjir. Akhirnya mereka sekeluarga ditempatkan di kawasan penempatan banjir sementara. Selepas tiga hari baru dibenarkan pulang. 

Air naik sehingga paras peha. Tergamam bila adik buat video call tunjuk keadaan rumah dia. Peti ais terbalik, barang-barang berselerak, mesin basuh terjejas, barang-barang lain memang tak dapat diselamatkan. 


rumah musnah selepas banjir



Rakyat Jaga Rakyat

Banyak perkara kita belakar dari banjir kali ini. Banyak sangat kekurangan terutama dalam aktiviti selamatkan mangsa banjir. Syukur banyak bantuan dihulurkan oleh rakyat. 

Banyak kerjasama dan update terkini tentang banjir rakyat dapat di laman sosial Twitter. Ramai-ramai berganding bahu, turun padang, hulur bantuan dan tenaga bantu selamatkan mereka yang terjejas. 


Nenek & Bayi 3 Bulan Hanyut Dalam Arus Deras Banjir

Banjir kali ini amat menyayat hati bila terima banyak berita kematian, kehilangan ahli keluarga terutama warga emas dan kanak-kanak. Warga emas yang menghidap sakit kronik seperti jantung dan strok serta kanak-kanak adalah golongan berisiko tinggi. 

Sayu bila menonton video TikTok, kejadian berlaku di Hulu Langat. Cubaan ahli keluarga untuk selamatkan nenek mereka yang uzur berusia 68 tahun, tak mampu berjalan dan pernah kena stroke. 

Dengan keadaan banjir yang semakin teruk mereka cuba pindahkan nenak ke tempat lebih tinggi menggunakan tilam tebal yang dijadikan pelampung dan ditemani seorang ahli keluarga. 

Dalam keadaan tertekan dan terdesak mereka tawakal kepada Allah. Malangnya arus deras telah menenggelamkan tilam dan nenak hanyut dibawa arus deras banjir. 

Ada ahli keluarga yang terus terjun untuk selamatkan nenek. Sayu hati, gelap rasa bila dengar suara orang menjerit, menangis, panggil nenek. 

Dengan izin Allah usia nenek tu masih panjang, khabarnya nenek tu berpaut pada tiang elektrik lebih dua jam sebelum diselamatkan. 

Sumber: Tiktok @laskartenang


Kesimpulan 

Memang benar banjir adalah bencana alam dan banyak sebab boleh akibatkan banjir. Berharap kerajaan, rakyat Malaysia terutamanya dapat ambil iktibar atas apa yang terjadi. Selepas ini boleh naiktaraf sistem perparitan, tingkatkan lagi kerja sukarelawan bantu mereka yang terlibat, dan kerajaan semestinya memainkan peranan penting untuk bela nasib rakyat. 

Coolblog Lancarkan Minuman Kempen Pesta Buah-Buahan

Sempena dengan musim cuti dan perayaan penghujung tahun ini, jenama pencuci mulut dan minuman halal tempatan terkemuka, Coolblog, mengambil kesempatan untuk menambahkan lagi kemeriahan hujung tahun ini dengan menganjurkan Kempen Pesta Buah-Buahan. 

Kempen ini berlangsung dari 16 Disember 2021 hingga 10 Februari 2022, orang ramai boleh memilih dan menikmati aneka minuman berasaskan buah yang enak dan berkualiti daripada pemilihan perisa buah kempen tersebut – Fruitti Series.

Coolblog Fruitti Fiesta Campaign

Coolblog Lancarkan Minuman Kempen Pesta Buah-Buahan 

Bagi mereka yang sudah mencuba pasti akan kembali dengan keinginan untuk merasai minuman yang lain kerana terdapat beberapa tema yang berbeza dan akan diperkenalkan setiap dua minggu sepanjang tempoh kempen. 

Berdasarkan empat tema – Happy Honeydew, Magic Mango, Breezy Blue Coral dan Sassy Strawberry. 

Para pelanggan boleh membuat pesanan dengan mudah dan memilih salah satu daripada tiga resepi terpilih, atau mencipta sendiri minuman buah mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing dengan pilihan 14 jenis perisa yang terdapat dalam menu.


Coolblog Melancarkan Kempen Pesta Buah-Buahan Bagi Meraikan Musim Cuti Penghujung Tahun

Kesemua minuman tersebut ditetapkan pada harga berpatutan RM8 setiap satu bagi saiz 700ml. Para pelanggan juga berkesempatan menikmati tawaran istimewa percuma satu minuman siri Fruitti dengan pembelian Party Pack yang mengandungi tiga minuman daripada pilihan Happy Honey Dew dari 23 hingga 26 Disember 2021. 

Minuman untuk kempen kali ini serta produk yang ada di dalam menu boleh didapati di kesemua kedai Coolblog atau boleh membuat pesanan melalui aplikasi GrabFood dan FoodPanda.

Ketua Perhubungan Korporat dan Komunikasi Coolblog, Win Zaidi Zakaria, berkata, “Musim cuti dan perayaan ini tentunya memberi kesempatan terbaik buat diri anda dan orang tersayang.  

Bersama-sama menikmati sesuatu yang enak, terutamanya sekarang semakin banyak sektor telah dibenarkan beroperasi semula berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan. 

Di Coolblog, kami komited untuk menyajikan pencuci mulut dan minuman yang enak, berkualiti dan harga berpatutan. 

Untuk tahun 2022 pula Coolblog lancarkan kempen minuman siri Red Velvet Cheese. 


Tawaran Percuma Minuman Fruitti Dengan Pembelian Party Pack

Singgahlah di kedai Coolblog untuk hilangkan dahaga dengan pilihan minuman perisa buah yang sedap dan menyegarkan melalui Siri Fruitti. 

Para pelanggan dapat menikmati pilihan kegemaran mereka bersempena dengan kempen Pesta Buah-Buahan dan mencuba sesuatu yang baharu kerana tema berbeza akan dilancarkan setiap dua minggu. 

Ini adalah cara terbaik untuk menarik pelanggan baharu ke Coolblog sama ada untuk mencuba menu sedia ada ataupun mencipta minuman mengikut cita rasa sendiri berdasarkan gandingan perisa yang disediakan.”

Sejak kedai pertamanya dibuka pada 2008, Coolblog telah pun menawarkan kepada rakyat Malaysia pelbagai pilihan pencuci mulut dan minuman tempatan dan antarabangsa yang dihasilkan daripada bahan-bahan bermutu tinggi. 

Dengan aneka pilihan yang tertera pada menu, para pelanggan Coolblog pasti akan dapat menemui minuman kegemaran mereka dan pada masa sama tidak keberatan untuk mencuba sesuatu yang baharu.

Coolblog kini memiliki sebanyak 270 cawangan di seluruh negara. Angka itu dijangka bertambah dengan pembukaan beberapa lagi cawangan di kawasan kejiranan baharu menjelang akhir tahun. 

Untuk perkembangan terkini, sila layari platform media sosial Coolblog @CoolblogMalaysia di Facebook dan Instagram.


Cara Selesaikan Masalah Akaun Paypal Limited Access

Masalah akaun PayPal aku dikenakan akaun limited access bermula pada bulan Jun 2021 apabila pihak PayPal ada hantar e-mail notifikasi yang aku telah melakukan pembayaran kepada individu bernama Tamika Jordan. 

Limited access bermaksud PayPal telah mengehadkan ciri-ciri tertentu dalam akaun PayPal aku buat sementara waktu. Ya, akaun PayPal aku secara rasminya telah disekat.


Cara Selesaikan Masalah Akaun PayPal Limited Access 

Akaun aku terhad disebabkan PayPal telah menerima laporan aktiviti yang tidak dibenarkan pada kad kredit yang dipautkan ke akaun PayPal aku. 

Tapi atas kelemahan dari pihak aku sendiri, aku tak sempat semak e-mail peringatan dan pemberitahuan yang telah dihantar oleh PayPal tentang aktiviti yang mencurigakan tu. 

Sepatutnya aku kena buat report tanya kenapa transaksi itu berlaku sedangkan aku tak ada buat apa-apa pembelian mahupun transaksi. 

Memang pelik. 


Masalah Akaun PayPal Limited Access


Kronologi Kes PayPal Kena Akaun Limited Access

Kiranya dalam kes ini, PayPal kata aku ada beli barang bernilai USD 358.75 dari Tamika Jordan menggunakan kad kredit. Ya, memang kelakar sebab aku mana pernah ada kad kredit dan aku tak buat transaksi di PayPal lama dah.  

Macamana credit Card tu boleh didaftarkan di dalam akaun aku masih lagi menjadi misteri. Jap aku cerita lebih eh. 

Boleh semak di bahagian Account settings – Money, Bank & Cards

Jumlah pembelian dia pula bukan calang-calang ya. Dah la dalam nilai matawang USD. Kalau ini kerja scammer, memang melayang duit aku RM 1550 macam tu. 

Tak stop dekat situ, PayPal hantar notifikasi e-mail beritahu aku ada hantar message kepada si Tamika ni. sengal ya. Entah mesej apa aku tak tahu. 


Akaun PayPal Limited Access




Bulan Julai, PayPal hantar email peringatan berkaitan transaction disputes. Mungkin dia syak aku melanggar terma syarat PayPal ataupun disebabkan payment kepada si Tamika ni tak berjaya jadi dia sengaja lah kongsi tip on transaction disputes. 

Selepas berlakunya transaksi tidak sah itu, pada 6 Julai, PayPal telah menghantar notifikasi pemberitahuan yang akaun PayPal aku telah pun dikenakan tindakan iaitu dikenakan had untuk melakukan transaksi. 

Your PayPal account is currently limited. Secara rasminya aku tak boleh buat transaksi pembayaran mahupun pengeluaran. Dalam akaun aku ada dalam RM15 je jadi aku buat tak kisah pada mulanya. 

Tapi untuk jangka masa panjang, lambat laun aku akan guna juga akaun PayPal terutama kalau ada job guest post untuk blog. 


suspicious activity paypal account



Sehingga saat email itu dihantar aku masih tak semak email. Lepas tu PayPal suruh aku update password sebab dia notice ada unusual activity jadi dia disable aku punya password. 
Memang lama pon aku tak guna akaun PayPal. 

PayPal tak habis-habis hantar reminder transaksi dengan si Tamika ni ada masalah. Masalah tidak boleh dibayar. Kiranya dispute dengan card credit issuer aku apabila nak buat bayaran. 

Sehinggalah pada 18 August aku baru la tukar password dan baca email dari mereka. Lepas sedar apa berlaku waktu tu aku sempat panik seketika. Benda dah jadi, tidak boleh menangis la kan? 

Aku terus login akaun dan set “2-step verification” sebagai langkah keselamatan. 
Waktu ni aku dah cuba cari maklumat, hubungi support tapi tak berjaya. Putus asa pun ya juga. Tak membantu sangat dan susah gila nak cari maklumat. 

Aku pernah hantar mesej dekat chat box tapi tiada reply disebabkan waktu operasi kita tak sama dengan US jadi kotak mesej tu sepi je. 


Scammer Akaun PayPal Limited


Sehinggalah 18 Nov, PayPal naikkan lagi sekatan ke atas akaun aku. kalau sebelum ni tak boleh hantar dan terima duit, tetapi sekarang nak keluarkan duit juga tidak dibenarkan. 
Bukan setakat tu sahaja ya limitation dia, banyak lagi sebenarnya. 

Tapi itu paling penting lah. 

Untuk bebaskan akaun aku dari disekat, salah satu perkara aku kena buat ialah kena buat ID Verification, confirmkan kad kredit yang didaftarkan dalam akaun PayPal. Jadi masalah berganda sebab kad tu aku tak tahu siapa yang register kan. 

Dugaan nak cari dekat mana untuk ID Verification pun satu hal, tak jumpa ya. Hari tu aku tak sengaja jumpa je. 

Memang aku tak pernah ada kad kredit seumur hidup. Nak remove pun kad pun tak boleh dan kena hubungi pihak bank. Seram weh. Aku tak pernah ada akaun dengan RHB pun. Gila betul. 

Dalam masa yang sama aku buat laporan kepada PayPal. 


Customer service paypal


Sehinggalah 1 December aku baru berjaya hubungi pihak PayPal melalui message centre. Oleh sebab kes dispute mereka dan tutup, jadi tinggal masalah sekatan akaun sahaja yang tinggal. 

Selepas aku confirmkan ID verification dan mesej customer support, tak lama lepas tu baru selesai segala masalah. Akhirnya akaun aku dibebaskan. 

Ada team khas yang jaga isu limited access ni. 

Selepas akaun dibebaskan barulah aku boleh remove credit card yang telah didaftarkan secara haram dalam akaun aku tu.  

Jadi peringatan untuk korang rajinkan diri untuk semak dan kemaskini password dan ambil langkah berjaga-jaga. 


Kesimpulan 

Kena ingat yang tiada siapa yang bertanggungjawab pastikan akaun kita selamat terutama melibatkan kewangan macam PayPal ni. Scammer ada di mana-mana dan kesilapan boleh berlaku dalam sekelip mata. 

Dalam kes aku, Alhamdulillah tiada kerugian berlaku. Seram juga kalau fikir duit kita hangus tiba-tiba. Jadi ambil langkah bijak jangan peram duti dalam akaun PayPal ya. 

5 Petua Untuk Membuat Video Ulasan Produk Yang Wow

Dalam pasaran arus perdana, kamera web, ketersediaan telefon pintar adalah eksponen (peningkatan penggunaan yang pesat). 

Semakin ramai orang menghasilkan konten dan tampil dengan pelbagai jenis ulasan produk. Ada yang terlalu panjang; ada yang ditaja; dan ada yang tidak jujur.

Paling penting, video mereka tidak mempunyai fokus yang jelas dan mereka fokus pada perkara yang tidak perlu. 

Terdapat banyak video sedemikian dalam talian, dan anda dapat melihat video ini yang mana struktur formatnya tidak tepat. Oleh itu, mereka tidak dapat menarik perhatian penonton untuk menonton.


5 Petua Untuk Membuat Video Ulasan Produk Yang Wow

Katakan anda ingin membuat video yang baik dan memberi ulasan produk yang jujur dan bermanfaat untuk pengikut anda. 

Dalam kes ini, anda mesti mempertimbangkan perkara tertentu yang akan membantu anda menjadi pengulas yang baik tanpa memberi sebarang kesan buruk. 

Mengapa orang akan mengikuti ulasan anda? Tanya diri anda dan perkara unik yang ingin anda berikan kepada penonton. 


Teknik hasilkan video menarik


5 Petua Menghasilkan Video Ulasan Produk Yang Wow

Jangan risau, masih belum terlambat untuk melatih diri serta menghasilkan video produk ulasan berkualiti. 

Berikut ialah lima petua untuk membuat video ulasan produk yang wow serta mampu menarik perhatian semua orang. 


1. Durasi Video 3-5 Minit

Penonton tidak mahu tesis tentang semakan produk. Jika ia adalah produk kecantikan, maka tempoh video 1–2 minit sudah memadai. 

Jika ia adalah alat atau kereta, maka pastikan panjang video sehingga lima minit. Semakin lama ulasan produk akan dibuat, semakin kurang penonton akan menunjukkan minat. 

Jadi, pastikan ulasan video itu tepat dan jika terlalu panjang, pendekkan dengan menggunakan aplikasi terbaik - pembuat video dalam talian untuk mengedit video.

Iklan yang anda lihat dalam media digital hanya untuk beberapa saat. Kenapa? Ini adalah kerana sukar untuk mendapatkan perhatian penonton dalam jangka yang panjang, maka ulasan perlu ringkas dan berada pada titik yang membantu penonton mendapatkan semua maklumat pada satu masa. 

Jika anda berpendapat bahawa ulasan produk anda mengambil masa sebanyak 5 minit, digalakkan untuk letakkan penafian pada permulaan video dan beritahu penonton bahawa ulasan produk terperinci akan mengambil masa.


2. Beri Perhatian Penuh kepada Produk

Apabila mengulas sesuatu produk, apa yang penting ialah menceritakan kepakaran dan berkongsi pengalaman peribadi anda setelah menggunakan produk serta memberikan sentuhan peribadi kepada keseluruhan ulasan produk. 

Berkongsi pemikiran dan idea anda akan juga membantu video anda nampak lebih 'real' tetapi harus berhati-hati supaya masih menumpukan sepenuhnya kepada Uniqe Selling Point (USP), kebaikan, dan keburukan produk.

Pendapat anda mesti seimbang, dan anda kekal jujur sebanyak mungkin. Jangan berikan pengalaman ulasan yang membosankan kepada penonton tetapi huraikan keseluruhan perkara itu. 

Berlaku adil dan tidak berat sebelah jika anda benar-benar menyukai atau membenci sesuatu tentang produk kerana penonton semakin bijak menilai. 


edit video guna hanphone



3. Fokus pada Ciri Utama Produk

Anda hanya mempunyai beberapa minit untuk menarik perhatian penonton anda, jadi anda haru bijak dan lebih spesifik apabila bercakap tentang ciri-ciri produk. 

Mengapa produk ini atau buruk bergantung pada cirinya; oleh itu, anda mesti bercakap tentang cirinya dan sebab penonton mesti membeli produk tersebut.

Jangan ceritakan angka dan fakta sahaja. Beritahu beberapa ciri yang lebih mendalam untuk menjadikan produk itu hebat. 

Ciri produk adalah segala-galanya yang menjadikan video itu menarik. Orang ramai menonton video anda kerana mereka ingin mengetahui ciri-ciri produk. 

Anda mesti berkongsi semua ciri produk untuk menjadikan video ulasan itu relevan. Paling penting sampaikan ulasan dengan kreatif untuk tambat hati penonton. 


4. Jangan Berpegang kepada Skrip

Membuat ulasan dengan membaca skrip tidak akan menarik dapat perhatian penonton. Ia akan membantu jika anda mempunyai emosi, perasaan dalam suara anda. 

Paling penting ia membantu penonton berhubung dengan anda. Amat penting, anda boleh menulis (sediakan skrip) semua perkara, dan berlatih sebelum anda berada di hadapan kamera.

Jadikan ia berbunyi semula jadi dengan sedikit ad-lib kerana itu menjadikan video anda lebih interaktif. Ia bukan sesuatu yang buruk, dan anda pasti suka dengan hasil video anda.


tip hasilkan video best


Mengisahkan daripada skrip tidak membuat anda kelihatan berkaedah; sebaliknya, nampaknya anda menyalin perkataan yang tepat dari kertas dan tidak menyampaikan sebarang emosi kepada kata-kata dan ulasan anda. 

Oleh itu, anda perlu menjadikan skrip perbualan jika anda mahu dan menikmatinya. Ia menjadikan video itu menakjubkan, dan anda boleh membawakan suasana dalam video. 


5. Jangan Malas Edit Video

Penyuntingan membantu anda memperhalusi video. Memandangkan anda mempunyai semua rakaman mentah, anda mempunyai masa untuk mengedit tangkapan yang dikehendaki atau di mana anda menunjukkan ekspresi pelik atau perkataan yang kurang jelas.

Penyuntingan juga merupakan seni, dan dengan latihan, anda boleh menjadi pakar seni itu. Jangan hilangkan potongan mewah, sebaliknya pilih potongan lurus. 

Keluarkan semua bahagian yang goyah daripada rakaman video, dan untuk mendapatkan perhatian terhadap video semakan, anda perlu pandai mengedit. Ia juga membantu anda mendapatkan wang.

Komen negatif atau negatif akan ada, tetapi anda tidak seharusnya kehilangan fokus anda dan cuba mengedit video yang menarik perhatian penonton. 

Pastikan penyuntingan video perisian mudah difahami dan menjadikan video anda kelihatan bersih, untuk menjadikannya yang terbaik, dan anda harus membuat tanggapan yang baik.

Alat penyuntingan mempunyai banyak ciri yang boleh anda gunakan dan mencipta video yang hebat. Anda juga boleh menjadi mahir dalam penyuntingan, dan anda boleh menggunakan ciri hebat ini dan mencipta video ulasan produk yang boleh anda gunakan dengan sempurna. 


Kesimpulan

Sekarang setelah anda mengetahui kesemua lima petua untuk melakukan semakan produk, anda boleh mencipta satu video yang memenuhi keperluan anda. 

Ia membantu anda menjadikan ulasan produk itu sahih, boleh dipercayai dan bijak. Orang akan mempercayai kata-kata anda, dan anda boleh berkongsi pengalaman tentang produk tersebut dengan penonton. 

Sebelum anda melihat ke kamera, kaji produk dan gunakannya untuk merasakan bagaimana produk itu memuaskan hati anda, kemudian baru anda mendapat keyakinan tentang perkataan tepat yang ingin anda ucapkan kepada khalayak anda. 

Cipta ulasan produk terbaik dan beritahu khalayak tentang kata-kata anda dan produk yang anda ingin berikan kesan terbaik dan memenangi hati penonton. 


Vitamin Diffenz Junior Tingkatkan Sistem Imun Anak

Menjaga dan membesarkan anak-anak dalam fasa wabak Covid-19 mengganas bukanlah satu tugas yang mudah. 

Selepas banyak kali melalui tempoh ‘berkurung’ di rumah, anak-anak dah imun dan faham tentang penjarakkan sosial dan kehidupan norma baru. 

Sepanjang tempoh berkurung, aku antara ibu bapa yang memang tak bawa anak keluar ke tempat awam mahupun berjumpa dengan keluarga dan sanak saudara walaupun diberi kelonggaran oleh kerajaan. 


Vitamin Diffenz Junior Tingkatkan Sistem Imun Anak

Risau benda buruk berlaku pada anak, takut sistem imun anak tak kuat nak lawan penyakit dan macam-macam perkara buruk bermain di fikiran. Nak keluar beriadah pun aku sangat memilih tempat dan waktu. 

Biasalah kan, seorang emak memang berhati tisu bila melibatkan anak-anak terutamanya bab kesihatan dan keselamatan. 

Vitamin kanak-kanak untuk sistem imun




Tapi memandangkan Covid-19 tidak akan berakhir dalam jangka pendek jadi kena la bersiap sedia dan tingkatkan penjagaan kesihatan. 

Sampai bila nak halang anak keluar dan duduk di rumah je kan? 

Risau memang lah risau tapi dalam masa yang sama aku dan suami ajar anak-anak tentang penjagaan diri, kebersihan dengan betul serta pastikan anak-anak mendapat nutrisi yang seimbang dan lengkap untuk tumbesaran.  

Bab pemakanan pula memang aku agak tegas, selain sediakan sayur dan buah-buahan kami beri anak-anak vitamin untuk tingkatkan imun untuk melawan penyakit. 

Tak sanggup nak ke hospital waktu pandemik, risau penyakit lain yang dapat. 

Aku adalah antara ramai ibu bapa yang percaya bahawa makanan tambahan atau suplemen amat penting untuk membekalkan nutrisi sepanjang tempoh anak-anak membesar. 

Zaman sekarang bukan seperti zaman dulu yang bebas pencemaran, malah sekarang kita banyak terdedah dengan makanan terproses (junkfood), stres kehidupan, dan pola hidup yang kurang aktif. Lagi mudah penyakit nak hinggap. 


Cara makan vitamin Diffenz Junior


Vitamin Eskayvie Diffenz Junior Bagus Untuk Imun & Tumbesaran Anak


Menurut Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri (doktor perubatan dan pakar formulasi), beliau yakin peranan makanan tambahan atau suplemen amat penting untuk membekalkan sumber-sumber nutrisi yang tidak cukup dengan lebih mudah dan cepat. 

Beliau juga percaya pengambilan suplemen tidak boleh dipandang remeh terutamanya di kalangan kanak-kanak. 

Anak-anak tergolong dalam kategori berisiko tinggi dan sangat terdedah dengan kekurangan nutrisi serta jangkitan kuman kerana:

Mempunyai berat badan berlebihan dan obesiti.
Picky eater atau memilih dalam bab makan.
Suka makan makanan segera, junk food dan tak makan sayur & buah.
Suka main game dan tak aktif.
Susah nak jaga SOP tanpa pengawasan orang dewasa.
Masih ada yang belum layak divaksin tapi sudah kembali bersekolah & ke taska.


Prihatin dengan keperluan ibu bapa yang ingin memberikan anak-anak makanan tambahan atau suplemen, Eskayvie Malaysia telah memperkenalkan Diffenz Junior. 

Vitamin untuk kanak-kanak yang berusia seawal dua tahun sehingga 12 tahun bertujuan meningkatkan sistem imun badan untuk melawan kuman dan virus. 

Melalui revolusi dunia sains, Eskayvie Diffenz Junior telah mengenengahkan 6 bahan utama iaitu Multivitamin & Mineral, Kolostrum, Cendawan Susu Harimau, Vitamin C, Vitamin D dan buah Camu-Camu dalam satu tablet lengkap. 

Gabungan bahan ini bukan sahaja mempunyai khasiat yang tinggi bagus untuk kesihatan anak-anak malah ditawarkan pada harga mampu milik. 

Tentunya ianya memudahkan pengguna untuk mendapat kebaikan enam bahan dengan bukan hanya mudah tetapi murah. 


bahan utama diffenze junior



6 Bahan Utama Eskayvie Diffenz Junior


#1 Cendawan Susu Harimau

Tahu tak yang Cendawan Susu Harimau diiktiraf sebagai Harta Karun Negara dan amat sukar didapati pada masa kini. 

Nilai cendawan jenis eksotik ini sangat mahal kerana khasiatnya yang tinggi menguatkan sistem imun melawan jangkitan kuman dan virus. 

Menurut cerita orang-orang tua dahulu cendawan ini hanya akan tumbuh daripada titisan susu harimau yang jatuh di lantai hutan serta tumbuh secara sendirian berbanding cendawan lain yang biasanya tumbuh dalam jumlah yang banyak. 

Cendawan Susu Harimau dikatakan hampir pupus dan hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk seperti Banjaran Titiwangsa. 

Mempunyai keunikan tersendiri sehingga menyebabkan usaha mencarinya menjadi sangat sukar. 

Namun kini, dengan kemajuan sains dan teknologi, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. 

Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.

Uniknya cendawan ini memakan masa bertahun lamanya untuk membesar dan harganya boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. 

Cendawan Susu Harimau mula giat dikaji apabila pada tahun 2002, Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia, mengatakan bahawa penyakit batuk kronik yang dialaminya selama bertahun dapat diubati dengan cendawan ini. 

Antara kebaikan Cendawan Susu Harimau ialah: 

Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.
Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.
Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar. 
Menguatkan sistem imun badan daripada jangkitan kuman dan virus.
Digunakan secara tradisional untuk merawat simptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, alergi sinus dan asma.



#2 Multivitamin Dan Mineral

Multivitamin dan mineral adalah nutrisi yang mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral tertentu. 

Ia bertindak untuk memenuhi jurang pemakanan (kekurangan vitamin atau mineral yang boleh mempengaruhi kesihatan optimum). 

Masalah kekurangan nutrisi ini biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak yang memilih makan atau picky eater. 

Berdasarkan Kajian Pemakanan Kanak-Kanak Malaysia (SEANUTS Malaysia), purata kanak-kanak Malaysia berusia 1-6 tahun masing-masing hanya makan 0.91 dan 1.07 sajian buah dan sayur setiap hari. 

Jumlah yang kurang daripada separuh jumlah yang disyorkan oleh Garis Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja (2013). 

Multivitamin dan mineral penting untuk;

Melengkapkan keperluan nutrisi
Menyokong penglihatan 
Merangsang sistem imun badan (immunomodulatory) 
Melindungi diri daripada jangkitan 
Membantu menguatkan otot dan sistem saraf kanak-kanak
Membantu dalam penghasilan tenaga, dan memelihara kesihatan sistem saraf



#3 Kolostrum

Kolostrum merupakan susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. 

Ia amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) seperti: 

Meningkatkan sistem imun badan 
Melindungi daripada jangkitan yang melibatkan sistem pencernaan 
Kesan anti-mikrob dan anti-virus
Melindungi daripada jangkitan sistem pernafasan dan cirit birit 
Menyokong perkembangan dan tumbesaran yang sihat


Setiap kali jatuh sakit, badan akan membina antibodi terhadap kuman tersebut. Cara lebih efektif untuk menguatkan sistem imun dan antibodi kanak-kanak adalah dengan pengambilan kolostrum. 

Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Imunoglobulin A (SIgA), digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus.



#4 Buah Camu - Camu (Myrciaria Dubia)

Camu-camu, yang juga dikenali sebagai Myrciaria dubia, adalah buah yang tipikal di rantau Amazon yang digunakan bagi tujuan perubatan oleh penduduk asli Amazon sejak lebih 700 tahun dahulu. 

Mengandungi vitamin C yang tinggi (60 kali ganda lebih tinggi daripada buat Oren) dan mudah diserap berbanding buah-buahan lain seperti acerola, oren, lemon dan nanas. Mendapat jolokan SUPERFOOD kerana mempunyai khasiat yang banyak. 

Ianya turut mengandungi antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic, asid ellagic serta mineral seperti Zinc, Magnesium dan Manganese yang menguatkan lagi sistem imun badan. 

Menguatkan sistem imun
Antioksidan dan anti-radang
Melangsingkan badan dan mengurangkan sel lemak
Menstabilkan tekanan darah tinggi
Merangsang penghasilan kolagen
Mengawal gula darah



#5 Vitamin C

Vitamin C penting memastikan sistem imun badan bekerja dengan baik. Perlu tahu bahawa badan kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C atau menyimpannya secara efisien kerana ia adalah vitamin larut air.

Kajian di Perancis mendapati kira-kira separuh daripada kanak-kanak berumur tujuh hingga 19 tahun mempunyai kadar pengambilan vitamin C di bawah purata jangkaan keperluan.

Vitamin C boleh didapati daripada pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayuran walau bagaimanapun khasiat vitamin C ini boleh berkurangan apabila dimasak ataupun disimpan terlalu lama.

Pengambilan vitamin C yang mencukupi daripada makanan boleh didapati melalui sekurang-kurangnya 5 hidangan buah segar dan sayuran, dengan syarat, 2 hidangan daripada makanan tadi adalah tinggi dengan vitamin C. 

Antara masalah yang dihadapi akibat kekurangan Vitamin C ialah seperti gusi berdarah atau skurvi, kulit kering, sakit sendi, mudah dijangkiti penyakit dan luka lambat sembuh.



#6 Vitamin D

Vitamin D penting untuk tulang, kalsium dan metabolisma badan secara keseluruhannya. Apabila anda mendapat kalsium yang cukup, anda juga mendapat vitamin D yang cukup. 

Sebenarnya, tidak sukar untuk mendapatkan sumber vitamin D kerana kita hanya perlu mendedahkan diri kepada sinaran matahari pada waktu pagi. 

Bagaimanapun, ianya tidak semudah yang disangka kerana kebiasaannya kanak-kanak sudah bersiap untuk ke sekolah pada jam enam pagi dan mereka bertolak ke sekolah sebelum matahari memancarkan sinar. 

Dipercayai 67.4% rakyat Malaysia mempunyai masalah kekurangan vitamin ni. Di musim pandemik ini Vitamin D membantu meningkatkan lapisan saluran pernafasan. 

Antara golongan berisiko tinggi yang mudah mendapat keradangan pada bahagian paru-paru adalah seperti perokok, individu yang mempunyai penyakit kronik, kanak-kanak, wanita hamil dan menyusu serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas.



Diffenz Junior


Kesimpulan 

Mahu atau tidak kita harus terima hakikat yang perlu hidup bersama Covid. Jadi kena sentiasa amalkan cara hidup yang sihat dan positif, ambil makanan tambahan secukupnya, kerap cuci tangan menggunakan sabun atau cecair pembasmi kuman yang mempunyai kandungan alkohol melebihi 70 peratus. 

Amalkan Diffenz Junior untuk memastikan anak-anak mendapat perlindungan dalaman yang berterusan. Jangan lupa minum air yang cukup untuk membantu sel badan berfungsi dengan baik. 


Untuk maklumat lanjut mengenai produk Diffenz Junior, boleh layari laman sesawang https://diffenzjunior.com/ atau pautan media sosial berikut.


Facebook - Eskayvie Malaysia21 Official
Instagram - Eskayvie Malaysia

Sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun

Harga Produk: RM60 sebotol
Harga Combo: RM100 2 botol