Kuah kacang Segera, Sedap & Mudah Disediakan

Kuah kacang merupakan antara menu tradisi yang sering dihidangkan pada musim perayaan juga majlis-majlis keraian. Menu wajib lah kiranya.

Sekarang dah tak sah kalau nak jadikan alasan tak pandai masak kuah kacang sebab dah banyak produk instant dipasaran yang jadi penyelamat kaum ibu waktu raya ni.

Antara menu segera yang telah dikomersilkan dan tak perlu susah payah nak disediakan ialah kuah kacang. Boleh dimakan bersama nasi impit, satay, ketupat dan lontong.


Kuah kacang Segera, Sedap & Mudah Disediakan

Memang menjadi penyelamat kaum ibu di musim perayaan ni. Senang di sediakan dan boleh dinikmati pada bila-bila masa.  

Pertama kali Diah cuba sambal kacang ketupat & Satay jenama Jamilah Mansor (JM) dan Diah berpuas hati sangat.

Kuah-kacang-instant-JM


Nak sediakan hanya ambil masa lebih kurang 10 minit dan boleh dihidangkan untuk tetamu di hari raya. Jadi tiada masalah kalau tetamu datang secara tiba-tiba.

Untuk yang tak suka guna produk segera boleh cuba resepi Resepi Kuah Kacang 4 Bahan 

Sambal kacang ketupat & Satay jenama JM sebenarnya dah lama wujud dan baru sekarang Diah terbuka hati nak guna.

Betul cakap orang, kalau ada benda yang mudahkan kerja kenapa perlu susah payah? Diah dah pernah sebut dalam entri nak cuba kuah kacang segera sejak tahun 2021 lagi.

Akhirnya cuba juga. Rasa kuah kacang guna pes segera pun sedap. Pertama kali masak guna daun pandan. Hanya perlu adjust ikut selera sendiri.

Resepi Nasi Impit Guna Plastik Aiskrim


Kuah-kacang-segera

Cara Masak Kuah Kacang Segera JM

Cara nak masak ada disediakan di bahagian belakang plastik pembungkusan. Ikut sahaja confirm jadi. Cadangan satu paket kecil Sambal kacang ketupat & Satay JM boleh dihidangkan kepada lima orang.

Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan sebiji bawang yang dihiris dengan sedikit minyak.

Tumis sehingga naik bau kemudian masukkan air bersama daun pandan. Biarkan sehingga mendidih. Kalau nak kuah cair cuma lebihkan sukatan air.


Kuah-kacang-instant


Kemudian masukkan pes sambal kacang ketupat dan masak sehingga terbit minyak. Guna api perlahan.

Letak serbuk perasa ikut kesukaan masing-masing. Kuah kacang jenama JM agak manis dan kurang kacang.

Boleh tambah kacang jika rasa tak cukup.  


Kesimpulan

Dengan adanya pes segera sambal kacang ketupat & Satay JM sangat mudah disediakan dan paling penting rasa dia sedap. Tak risau kalau kena masak kuah kacang lepas ni.

Sepuluh minit dah siap. 

Kisah Hari Raya Kami – Melaka & Pahang

Lebih sebulan asyik on off menulis. Bermula sebelum puasa lagi sehinggalah dah masuk seminggu Syawal. Baru hari ini gagahkan diri untuk kembali aktif. Rindu nak menulis tapi apakan daya tenaga dan masa asyik tak mencukupi.

Sebelum terlambat Diah nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin untuk semua. Apa khabar Syawal korang? Cerita pagi raya ada tak? harap okay sahaja.


Kisah Hari Raya Kami – Melaka & Pahang

Alhamdulillah cerita raya 2023 Diah berjalan lancar sahaja. Anak-anak semakin membesar dan semakin faham serta semangat nak sambut raya.

Tahun ini giliran beraya di rumah mentua dahulu, di Melaka. Tahun ni tiada kejutan macam tahun sudah, tarikh hari raya sama dengan jangkaan dalam kalendar Georgia.

Jumaat pagi kami bertolak balik ke Melaka dan seronoknya lebuhraya PLUS tak sesak. Rezeki dapat berbuka dengan keluarga mentua.

Persiapan raya kami dah mula awal jadi tahun ni kurang penat dan terkejar-kejar. Fokus hanya puasa dan nak balik raya.

raya-pertama-di-melaka


Hari Raya Pertama 2023 – Raya Di Melaka

Sampai je dekat rumah MIL dah mula sibuk siapkan juadah raya. Tolong kakak ipar siapkan bahan-bahan memasak. Cuci balang dan masukkan biskut raya.

Menu hari raya pertama kami ialah nasi impit, ayam pencen masak rendang, kari daging, ayam kurma untuk anak-anak, dan juga kuah kacang.

Tahun ni seronok sangat sebab berkesempatan solat raya Aidilfitri berjemaah. Berpeluang solat dengan anak-anak sekali.

solat-sunat-aidilfitri

Mudah sangat sebab surau tak jauh dari rumah mentua. Airis dan Raudah paling teruja sebab ini pengalaman pertama mereka.


sembahyang-raya

Selesai solat, siapkan anak-anak dan seperti tahun-tahun sudah rumah mentua selalu jadi persinggahan sanak saudara.

Tema baju Raya pertama tahun ni ialah Navy Blue. Baju lelaki beli dekat Butik Omar Ali, anak perempuan beli di Butik Sireh Pinang dan Diah beli dekat TikTok Shop.

Berkesempatan juga ke rumah pakcik makcik dan selebihnya kami beraya di rumah sahaja. Melaka panas ya, tapi tak mematahkan semangat kami bergambar dekat luar.

Lighting cantik haruslah digunakan sebaiknya. Malam tu kami check in homestay yang berdekatan. Ambil kesempatan untuk tempah homestay demi keselesaan semua dan mentua pun faham.

Sebelum ni pernah - check in di Hotel Bestari, Jasin Melaka - bila ramai-ramai balik kampung. 

Raya kami sederhana saja, ada adik beradik suami yang terpaksa bekerja pada hari raya pertama. Emak dan ayah mentua redha saja.

Baru perasan tiada satu pun gambar juadah Raya. Sibuk bersiap dan makan saja. 


Hari Raya Kedua 2023 – Raya Di Pahang

Siap berkemas di rumah mentua, sambung pula gosok baju untuk raya kedua. Tema baju Raya kedua kami suami isteri pilih warna Olive. Anak-anak pula belikan baju lebih santai (Padini & Brands Outlet).  

Ikut giliran, tahun 2023 tahun adik beradik perempuan beraya di rumah mentua terlebih dahulu.

Jadi memang tak dapat ambil gambar 10 orang adik beradik dan bermaafan di pagi raya. Tunggu kalau ada rezeki tahun depan.

Pagi tu selepas sarapan kami bertolak balik ke Pahang. Risau tersangkut dalam kesesakan kena bertolak awal.

raya-kedua

Tahun ni terpaksa waze dan ikut jalan lain sebab jalan biasa kami lalu sesak tak ingat. Puncanya pemandu takut nak keluar simpang ke jalan utama.

Syukur walaupun ikut laluan berbeza, perjalanan kami dipermudahkan. Selepas empat jam dalam kereta kami selamat sampai ke destinasi.

Bila dah sampai rumah sendiri memang kena terus bertugas. Baru je duduk di meja makan, saudara sebelah arwah abah sampai.

Kebetulan emak dan adik beradik lain balik kampung, ziarah kubur arwah atuk dan yang ada dekat rumah hanya adik bongsu dan kakak ipar.

Kami sajalah yang berperang siapkan juadah dan melayan tetamu. Menu raya kedua ialah laksa Utara disamping juadah utama rendang ayam, lemang dan nasi impit.

Tiga buah kereta kesemuanya. Segan gila nak layan tapi terpaksa la. Adik bongsu awal lagi dan angkat bendera putih.  

Malam tu pula keluarga makcik sebelah emak pula sampai. Memang tradisi keluarga sebelah emak (adik emak), mereka akan menziarah rumah adik beradik sehari suntuk.


raya-di-kampung


Bertolak dari Selangor, bermula dengan berkumpul di rumah pakcik di Temerloh, kemudian singgah di rumah emak kemudian teruskan perjalanan ke Bahau sebelum pulang ke rumah.

Bermusafir dan menggunakan 24 jam di bulan Syawal sebaik mungkin. Peluang setahun sekali digunakan sebaik mungkin.

Keadaan sama pada hari Raya ketiga. Menerima kunjungan saudara mara dan kami jamu bihun sup untuk tetamu.

Nak kongsi berita baik dengan semua, emak ditemani adik bongsu Diah akan menunaikan umrah dan penerbangan dijadualkan pada 29 April ini.

Raya keempat masing-masing dan pulang ke sarang dan emak kami bawa sekali ke rumah abang di Negeri Sembilan.

Decide untuk recycle je baju raya pertama. Nak bawa baju banyak-banyak nanti kena tambah luggage. Pakai saja apa yang ada. 

raya-keempat

Mudah urusan nak menghantar ke lapangan terbang nanti cadangnya. Minta doakan emak dan adik Diah mudah urusan dan selamat pergi dan balik.

Alang-alang tu kami beraya di Bahau, rumah saudara sebelah emak. Tahun lepas tak dapat beraya bersama. Tahun ni tunaikan hajat emak jumpa sanak saudara. 

raya-di-bahau

Apa pun seronok sangat kisah raya kami di tahun 2023. Setiap pengalaman, setiap saat dan kenangan akan dikenang sampai bila-bila.

Resepi Roti Pita Kebab Daging

Hari tu waktu scroll Instagram terjumpa resepi Roti Pita atau nama lain Roti Poket guna roti Gardenia. Dah buat untuk berbuka minggu lepas. Sedap sangat.

Tapi waktu menulis entri ini dah lupa dekat mana Diah baca posting tu. Niat hati nak letak credit untuk pemilik resepi asal. Ini lah masalah kalau asyik bertangguh menulis.

Semoga perkongsian Diah akan menjadi lubuk pahala yang mengalir untuk pemilik resepi Roti Poket Goreng, InshaAllah.

Kalau tak silap Roti Poket ni sama je dengan Roti Pita yang selalu di jual di Pasar Malam tu. Roti berbentuk separuh sfera dan dalam dia di isi dengan kebab daging atau pun ayam.


Roti-Poket-Kebab-Daging


Resepi Roti Pita Kebab Daging

Dekat rumah ni, anak Diah yang sulung tu suka sangat makan kebab daging. Alhamdulillah bila buat sendiri dekat rumah dan tengok anak suka makan rasa bahagia sangat.

Itu lah kegembiraan emak-emak dalam dunia ni. Bila emak masak, ahli keluarga yang lain akan habiskan.

Kebetulan ada lebihan roti Gardenia dekat rumah jadi rajinkan diri buat untuk juadah berbuka. Semua bahan ada dan mudah sangat nak buat.


 

Bahan- Bahan Resepi Roti Pita Kebab Daging


Bahan-bahan untuk Roti Pita:

8 keping roti Gardenia

Sebiji telur

Serbuk Roti

Minyak untuk menggoreng

 

Cara Penyediaan:

Guna dua keping roti Gardenia dan kemudian tekap menggunakan acuan bulat. Diah guna penutup balang biskut untuk dapat saiz roti Gardenia.

Elak pembaziran.


Resepi-Roti-Pita-Kebab-Daging

Dalam bekas lain pecahkan telur. Salut roti dengan telur kemudian salutkan pula dengan Serbuk Roti.

Goreng dalam minyak yang panas. Bila keperangan boleh angkat.

Ketepikan dan siapkan inti daging.


Roti-pita


Bahan-bahan untuk Kebab Daging:

2 biji bawang merah

2 biji bawang merah

Lada hitam

Sos tiram

Sos cili

Garam

Serbuk perasa

Daging hancur


Kebab-Daging


Tumbuk bawang sehingga lumat dan tumis dengan sedikit minyak. Setelah garing masukkan daging hancur.

Untuk sukatan daging hancur Diah agak-agak sahaja. Kacau dan bila daging hampir masak masukkan kesemua bahan lain.

Kuantiti boleh adjust ikut tekak masing-masing.


Kemudian boleh lah potong roti yang di goreng tadi kepada dia bahagian. Isi kan kebab daging dan boleh dimakan bersama sos cili dan juga Mayonis.

Roti Pita Kebab Daging boleh jadi juadah berbuka juga sesuai dimakan waktu sahur. Selamat mencuba.


Giveaway Raya Gift by Uyum 2023

Waktu blogwalking tadi nampak ada kawan-kawan blogger sertai GIVEAWAY RAYA GIFT by UYUM 2023. 

Blog kepunyaan Ako Retna | @anakomak Pertama kali Diah singgah blog dan terus tekan butang follow. 

Allah bukakan pintu hati Diah, nak join juga GA Raya Gift by Uyum sebab suka tengok keterujaan Uyum baca comment auntie yang dah join GA. 


Giveaway Uyum


Kebetulan hari ni hari terakhir nak join. Jadi alang-alang tu terus buat. Yang nak join boleh klik banner atas ni. 

Antara syarat nak sertai giveaway Uyum kena lengkap kan ayat berikut, "Saya suka tengok Uyum kerana .........." 

Tak wajib kata tuan tanah tapi Diah comment berdasarkan beberapa entri yang sempat Diah baca. 

Auntie suka tengok Uyum kerana keletah Uyum yang mencuit hati. Rasa suka tengok tu tak ada sebab. Walaupun hanya membaca penulisan di blog Ako tapi dapat bayangkan personaliti Uyum tu macamana. 

Mungkin sebab Diah pun ada anak yang hampir sebaya jadi dapat bayangkan keterujaan anak bila kita libatkan dia dalam sesuatu perkara. 

Suka sebab dapat pupuk minat anak buat perkara yang baik. 

Diah doakan Uyum jadi anak yang soleh, berjaya dunia akhirat. Salam perkenalan juga dari auntie. 

Bercuti Ke Alor Setar Kedah

Kami sekeluarga bermusafir ke Negeri Kedah Negeri Jelapang padi seminggu sebelum puasa hari tu. Lebih tepat kami ke Alor Setar.

Ke sana atas sebab menyantuni jemputan perkahwinan kawan satu pejabat waktu Diah bekerja dulu. Kebetulan cuti sekolah jadi ambil kesempatan bawa anak-anak berjalan. Kiranya dua dalam satu.

Sibuk betul dengan urusan hidup. Baru hari ini dapat berkongsi dalam blog. 

Percutian kali ini amat bermakna sebab anak-anak semakin membesar dan dah mula faham dengan apa yang jadi di sekeliling. Semoga memori percutian kali ni mereka akan ingat sampai bila-bila. 


Bercuti-di-Alor Setar-Kedah

Bercuti Ke Alor Setar, Kedah

Rezeki kami sekeluarga. Dapat makan nasi minyak & nak beri pengalaman anak-anak bercuti di Alor Setar amat lancar. Sungguh la weh kawasan Utara panas lit lit. 

Cuaca panas terik sepanjang kami berada di sana. Alhamdulillah kami semua tak demam. Sedaya upaya paksa semua minum air yang cukup supaya tak dehidrasi.

Perasan la juga ada sawah yang terbakar menambahkan lagi panas dan memburukkan cuaca sedia ada. Terus jadi jerebu. Salute kepada pasukan Bomba & penyelamat yang sentiasa bersedia berkhidmat memadam kebakaran tak kira waktu. 

 

Bercuti-Ke-Alor-Setar

Pengalaman Bercuti di Alor Setar, 3 Hari 2 Malam

Seperti biasa Diah bertanggungjawab menyediakan jadual perjalanan percutian 3 Hari 2 Malam di Alor Setar.

Dari tempahan hotel sehingga ke tempat kami nak pergi lawati. Bila dah siap survey baru terangkan pada suami dan anak-anak.

Malas nak serabut kepala dan biasanya suami akan beri komen kalau ada perkara yang tak bersesuaian. Rancangan kami buat semua di saat akhir.

Hotel Diah tempah tiga minggu sebelum tarikh kami ke sana. Alhamdulillah semua smooth je. Kami menginap di hotel Grand Alora.


Hotel-Grand-Alora


Review Hotel Grand Alora Diah akan buat dalam entri yang berlainan. Banyak sangat nak cerita terutama tempat makan dekat depan hotel. 

Waktu buat carian, Hotel Grand Alora antara hotel yang dapat banyak review yang baik dan paling penting harga dia berbaloi dengan bilik yang kami dapat.  

Seronok bercuti di Alor Setar, cuma kelemahan Diah tak suka travel jauh-jauh. Nak naik flight macam mahal sangat jadi memang drive dari Kuala Lumpur ke Alor Setar. Perjalanan pergi ambil masa tujuh jam.

Itu pun hanya berhenti di RNR bila perlu sahaja. Perjalanan pergi agak lancar walaupun ada beberapa tempat mengalami kesesakan lalu lintas. Kami bertolak pada pagi Jumaat.

Tapi perjalanan balik pada hari Ahad memang menguji iman ya. Kami tersekat dalam kesesakan dan suami memandu lebih Sembilan jam baru sampai rumah.


Kenangan Manis Jumpa TikToker Terkenal, Dr. Malar Santhi Santherasegapan 

Rezeki juga berjumpa TikToker terkenal dekat hotel yang kami inap. Waktu tu kami dalam lift yang sama menuju ke lobi hotel untuk urusan check out. 

Dr. Malar pula ada program kesedaran kanser dan dijemput untuk bagi ceramah.  Mesra sangat orangnya. Tak lokek dengan senyuman dan lembut je dia tunaikan permintaan Diah nak bergambar. 

Walaupun muka Diah sembap tapi gigih juga nak ambil gambar. Peluang sekali seumur hidup lah kiranya. Belum tentu dapat jumpa lagi di masa depan. 


TikToker-Dr.-Malar-Santhi-Santherasegapan

Dr. Malar Santhi Santherasegapan merupakan seorang pegawai perubatan berbangsa India dan beragama Hindu tapi sangat fasih bertutur dalam bahasa Melayu. 

Dikenali dengan Celoteh Dr Malar di TikTok, ramai suka dengan cara penyampaian Dr. yang bersahaja tapi tegas bila bercakap tentang kesihatan. 


Tempat Menarik Di Kedah

Jalan-Jalan Ke Pekan Rabu

Selesai menghadiri majlis perkahwinan kami, petang tu kami teruskan aktiviti percutian ke Pekan Rabu.

Selama ini Diah bayangkan bila orang sebut Pekan Rabu merujuk kepada tempat jual beli macam Pasar Tani atau Pekan Sehari Temerloh tu. Noob ya.

Bila dah sampai jauh berbeza dengan gambaran dalam fikiran. Rupanya Pekan Rabu hampir menyerupai Pasar Payang di Kuala Terengganu.

Bangunan kedai bertingkat penuh dengan peniaga yang menjual hasil produk tempatan dan juga produk dari negara jiran.


Pekan-Rabu


Rambang mata bila datang sini. Banyak kedai jual makanan seperti kuih tradisional peneram, dodol dan bahulu, kekacang, jeruk, serta banyak lagi makanan ringan lain.

Meriah juga kedai yang menjual pakaian dan aksesori lain. Seronok sebab banyak pilihan. Kaum ibu mesti suka datang ke sini.

Pekan-rabu-Alor-Setar


Tak banyak kami beli, cukup sekadar buat rasa. Suami beli kuih peneram, beli juga kuih bahulu yang dimasak depan mata, kekacang yang jarang Diah jumpa dan beli juga Kurta Raya untuk suami. 

Bahulu-Panas-Pekan-Rabu

Jalan-Jalan Ke Menara Alor Setar

Kami ke sini memandangkan waktu singkat dan lokasi dekat dengan hotel. Kiranya tak silap la pilihan sebab kami semua puas hati.

Rasa rugi pula kalau tak melawat monumen kebanggaan Negeri Kedah. Entah bila lagi dapat ke sini. Ada beberapa pilihan untuk naik Menara Alor Setar.

Menara Alor Setar


Semestinya ada beza setiap pakej. Untuk detail Diah ada kongsikan dalam entri khas kami jalan-jalan ke Menara Alor Setar.

Harga tiket ke Menara Alor Setar rujuk sini. 

Terpaksa buat entri berasingan sebab panjang sangat nak kongsi. Selesai melawat menara kami teruskan perjalanan.

Ayam-Gepuk-Pak-Raden-Jalan-Sultanah


Lunch Di Ayam Gepuk Pak Raden, Jalan Sultanah

Sebelum balik, niat nak cari Nasi Kuning Kedah tapi hampa. Oleh sebab tak mahu tangguhkan perjalanan jadi kami berhenti makan di Ayam Gepuk Pak Raden HQ.

Tak menyesal makan dekat sini. Sotong dia saiz King dan ayam dia sedap. Diah ada kongsi dengan lebih terperinci apa kami makan dekat entri - makan sotong besar tapak tangan.

Lepas makan kami bergerak pulang.

Seperti dijangkakan memang kematu punggung punya lama hadap kesesakkan lebuh raya. Apa pun seronok sangat dapat habiskan masa berkualiti dengan keluarga.

Moga Allah murahkan rezeki kami lagi.

Lunch-Ayam-Gepuk-Pak-Raden_-Jalan-Sultanah

Bazar Ramadan Taman Melawati - Nasi Beriani Chek’s Catering

Food hunting kali ni Diah mencuba nasib, beratur nak beli Nasi Beriani yang popular di Bazar Ramadan Taman Melawati.

Antara bazar Ramadan yang terkenal di KL dan menjadi tumpuan ramai kerana makanan yang sedap dan banyak pilihan.

Sejak mula dibuka awal Ramadan hari tu memang sentiasa penuh dengan pengunjung. Ada beberapa gerai, pukul lima petang dah kemas barang nak balik. Makanan mereka habis awal.

Punyalah panjang barisan di beberapa gerai jadi tak pelik kalau pukul empat petang bazar ni dah penuh dengan pengunjung.

Tahun ni lagi meriah disebabkan kehadiran peniaga baru iaitu Influencer Isaac Osman. Ala Youtuber – Isaac Osman TV yang ada lebih satu juta pengikut dan suka buat mukbang tu.

Dia jual Nasi Ayam Mak Chili. Kalau bukan bulan puasa dia buka kedai nasi ayam dekat Maxim Citylights @ Sentul KL.

Diah belum sempat merasa lagi nanti kot hujung-hujung puasa orang tak ramai boleh la cuba.


Bazar Ramadan Taman Melawati - Nasi Beriani Chek’s Catering

Dalam entri kali ni Diah nak kongsi tentang Chek’s Catering.

Peminat Nasi Beriani dan Nasi Tomato kalau datang Bazar Ramadan Taman Melawati tolong cari Chek’s Catering.

Kedudukan khemah dia betul-betul dekat tengah-tengah. Terkenal di kalangan penduduk setempat kerana kesedapan makanan mereka. 

Setiap kali mesti dah panjang barisan orang beratur nak beli.


Nasi-Beriani-Kambing


Makan Nasi Beriani Chek’s Catering

Pakcik yang jual nasi Beriani ni nama dia Ramli tapi mesra dipanggil dengan nama Chek. Maka lahirlah Chek’s catering. Pakcik Ramli berniaga dibantu oleh anak-anak.

Berpengalaman 30 tahun meniaga Nasi Beriani dan lauk pauk. Layak sangat orang panggil ‘otai’. Setiap kali Ramadan, dia akan meniaga Nasi Tomato dan juga Nasi Beriani.

Lauk pula ada pelbagai jenis dan bertukar setiap hari. Antara yang menjadi kegemaran ramai ialah Ayam Masak Merah, Lamb Shank, Daging Kicap dan Ayam Kurma.

Bulan selain Ramadan Chek’s Catering buka kedai makan di Taman Keramat, dekat kawasan AEON AU2. Nama kedai dia Chek's Bawal Hangat Keramat.

Chek_s-Bawal-Hangat-Keramat

credit google pic

Jual nasi set Ikan Goreng. Set lengkap nasi, Ikan Goreng, Sambal & ulam. Macam Ikan Siakap, Ikan Bawal, Ikan keli, ada ayam goreng juga.

Nanti ada rezeki boleh pergi Diah kongsi lagi sekali ya.

 

Review Nasi Beriani Chek’s Catering

Berbalik kepada kisah Nasi Beriani Chek’s Catering, gerai Chek sentiasa penuh dengan pelanggan. Orang sanggup beratur walaupun panjang dan tak kisah menunggu lama.

Kebetulan hari Khamis lepas suami cuti sebab ada hal yang perlu di uruskan. Selepas selesai semua urusan sekitar jam empat petang kami ambil peluang singgah di Bazar Ramadan Taman Melawati.

Itu pun dah ada pelanggan yang mula beratur di gerai Chek’s Catering. Gerai mula di buka pada pukul 3.30 petang.

Bayangkan hari bekerja pun sesak inikan pula cuti hujung minggu. Waktu Diah pergi hari Sabtu, pukul tiga petang bazar dah sesak, parking tak usah cakap lah memang tiada.

Diah termasuk antara yang terawal beratur dan waktu tu sekitar empat petang. Oleh sebab dah bersusah payah beratur di bawah terik panas matahari maka peluang tidak harus disia-siakan.

Diah beli Nasi Beriani Daging (RM10), Nasi Beriani Kambing (RM14) dan juga Nasi Beriani Lamb Shank. Rasa bersyukur sangat sebab menjadi orang terakhir yang berjaya beli Lamb Shank.


Lamb-shank

Oleh sebab stok tak banyak jadi memang kena berebut. Terpampang jelas kekecewaan kakak yang beratur di belakang Diah.

Tiada rezeki dia jadi PakCik Ramli cadangkan untuk dia tempah awal dan datang keesokkan harinya. Satu lamb shank bersaiz sederhana di jual pada harga RM29 seketul.


Nasi-Beriani-Chek’s-Catering

Nasi Beriani dia lembut, aroma dia wangi, banyak dan berwarna keemasan. Lauk dia semua cukup rasa. Daging dan kambing pun lembut. Cukup pakej dapat papadom dan juga acar timun.


Nasi-Beriani


Dari segi harga bagi Diah memang murah. Diah pernah jumpa nasi Beriani yang dijual lebih mahal. Portion nasi pun banyak.

Overall puas hati. Ada rezeki lepas bulan puasa kita support kedai makan Chek's Bawal Hangat Keramat.