Doa Khusus Memasuki Umur 40 Tahun

Terpanggil nak buat perkongsian tentang amalan doa apabila memasuki umur 40 tahun. Ada seorang ustaz kongsikan di Tiktok tentang doa ni. Rupa-rupanya ada doa khusus yang dianjurkan Islam kepada umatnya bila usia mencapai 40 an.

Doa ini ada di ajarkan di dalam Al Quran melalui Surah al-Ahqaf ayat 15. Surah Al-Ahqaf (Arab: الأحقاف ,”Bukit-Bukit Pasir”) adalah surah ke-46 dalam al-Qur’an. Surah ini tergolong surah Makkiyah yang terdiri atas 35 ayat.

Dinamakan al-Ahqaf yang berarti Bukit-Bukit Pasir diambil dari kata al-Ahqaf yang terdapat pada ayat 21 surah ini. Dalam ayat tersebut dan ayat-ayat sesudahnya diterangkan bahwa Nabi Hud telah menyampaikan risalahnya kepada kaumnya di al-Ahqaf yang sekarang dikenal dengan ar-Rab’ul Khali, tetapi kaumnya tetap ingkar sekalipun mereka telah diberi peringatan pula oleh rasul-rasul yang sebelumnya.

Hingga akhirnya Allah menghancurkan mereka dengan tiupan angin kencang. Hal ini adalah sebagai isyarat dari Allah kepada kaum musyrikin Quraisy bahwa mereka akan dihancurkan bila mereka tidak mengindahkan seruan Rasul.

life-begins-at-forty


 

Doa Khusus Memasuki Umur 40 Tahun

 

Doa yang dianjurkan untuk kita amalkan adalah seperti berikut:

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَـٰلِحًۭا تَرْضَىٰهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِىٓ ۖ إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ ٱلْمُسْلِمِينَ

Maksud:

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah aku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku berbuat amal soleh yang Engkau redhai; perbaikilah keadaan zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang Islam (yang berserah diri).”

 

Kenapa Umur 40 Tahun Penting?

Peristiwa paling penting bagi kita, Nabi Muhammad SAW diangkat jadi Rasul umur 40 tahun. Di usia ini sesuai untuk kita jadikan titik mula untuk kembali lebih dekat dengan Allah.

Kalau ikut bangsa penjajah, ada pepatah mereka guna "life begins at forty". Secara amnya melambangkan tempoh ujian, percubaan dan kemudian, akhirnya, kejayaan, nombor 40 boleh memberi kepentingan kepada kehidupan baru, pertumbuhan baru, transformasi, dan perubahan daripada satu tugas besar kepada tugas besar yang lain.

Personally, untuk aku pula bila mencecah 40 tahun ni ibarat kau lalu checkpoint hidup. Terasa berusia sungguh dan waktu inilah banyak perkara kena audit. Makin bertambah usia makin singkat tempoh hidup di dunia.

 

Jadi, jomlah kita sama-sama amalkan doa ni dan jadikan rutin setiap hari selagi masa masih ada. Giliran kita menghadap Ilahi tetap kekal menjadi rahsia. Kita cuba jelah eh.


Outing Cousin Di Game On Theme Park

Sebelum ingatan semakin pudar sebab sibuk urus hidup dan anak-anak, eloklah aku tulis pengalaman kami ke Game On Theme Park di Melawati Mall. Kali ni bukan sekadar jalan-jalan, tapi misi melunaskan janji lama dengan anak-anak.

Berapa kali dah lalu depan Game On ni, setiap kali jugaklah mereka minta nak masuk. Last sekali masa tengok Ejen Ali hari tu. Tapi biasalah, mak-mak ni banyak benda nak fikir. Alhamdulillah cuti Awal Muharram hari tu jadi juga akhirnya. Plan sangatlah last minute ya. 

game-on-theme-park


Outing Cousin Di Game On Melawati Mall

Game On ni tak pernah sunyi ya. Penuh manusia dari semua arah. Alang-alang tu ajak adik aku sekali dengan anak-anak dia. Datang ramai-ramai baru meriah. Theme Park macam ni kalau malu nak main, biarlah malu berjemaah. Ahaks!

Aku beli tiket secara online. Sampai sana just redeem je. Tak kuasa nak beratur panjang. Sambil tu sempatlah skrol laman web dan apps Game On untuk tengok apa permainan menarik yang ada. Mak-mak kan, kalau boleh semua nak prepare awal. Outing kali ni semua datang solo tanpa suami. Geng mak dan anak-anak je. 

Suami masing-masing ada urusan penting dengan Paduka Baginda katanya. Tapi tetap seronok sebab sepupu yang kecil-kecil ni berkumpul. Budak-budak ni bila jumpa geng, memang tak ingat dunia. 

game-on-theme-park-game2



Permainan Menarik Di Game On

Game On ni ialah pusat hiburan indoor beraircond, nikmat dunia mak-mak yang tak tahan panas macam aku. Kalau outdoor, aku tak boleh lama-lama. Mood pun terjaga, boleh tunggu dengan aman sementara bermain. Dekat sini luas dan banyak sangat aktiviti. Tempat dia lebih kurang macam SuperPark Malaysia yang dekat Avenue K tu. 

game-on-melawati-mall


Cawangan yang kami pergi ni dalam Melawati Mall. Memang paling dekat dengan rumah. Semua jenis permainan ada untuk pelbagai umur dan tahap tenaga. Serius, mak pun rasa nak masuk main sama. 

Antara permainan yang ada:

  • Ninja Challenge
  • Dodge Dash
  • Bubble Bang
  • Bouncing Basketball
  • Trampolines
  • Karaoke Rooms
  • E-Sports Gaming
  • Little World Playland (untuk anak kecil)

game-on-theme-park-game3


game-on-theme-park-game4

game-on-theme-park-game1


Harga Tiket 

Untuk harga tiket yang lebih tepat korang boleh rujuk laman sesawang Game On tapi waktu kami pergi harga adalah seperti berikut:

  • Kanak-kanak: RM42 (3-12 tahun)
  • Dewasa: RM38.00 (13-59 tahun)
  • Family pass: RM116 (2 Dewasa, 1 Kanak-kanak)
  • Stokin: RM7
  • Glove: RM5

Tiket untuk main seharian. 
Stokin wajib pakai. Boleh bawa stokin sendiri tapi wajib yang anti slip - Grip Sock. 
Glove tak perlu beli kecuali nak masuk ke Ninja Challenge. 
Rugi la tak masuk. Jadi beli je. 
Stokin dan glove boleh beli online atau pun walk in di kaunter. 

game-on-theme-park-game5

game-on-theme-park-melawati-mall


Tips Mak-Mak Yang Nak Bawa Anak

Kalau korang tengah plan nak bawa anak-anak, ini beberapa benda yang mungkin membantu:

  • Bawa air mineral sendiri, jimat. Kami nak mudah beli je dekat MR DIY dalam tu. Standby snacks ringan (untuk anak lapar tiba-tiba). 
  • Powerbank (ambil gambar/video banyak-banyak).
  • Boleh sewa loker untuk simpan barang berharga. 
  • Pakai baju dan seluar yang sesuai sebab aktivti dekat dalam ni memang lasak. Memanjat, melompat, berlari. Pendek kata memang korang akan keluar peluh. 
  • Bawa baju salin (kalau perlu)
  • Tak payah pakai kasut sukan sebab memang kena tanggalkan kasut di semua tempat. Susun kasut / selipar di rak yang disediakan. 
  • Download apps Game On siap-siap untuk booking slot permainan. Contoh aktiviti yang kena book - Karaoke Rooms, E-Sports Gaming, archery, snooker. 
  • Setiap permainan ada waktu slot 30 minit untuk satu kumpulan, jadi elok datang awal pagi untuk dapat banyak masa main.
  • Boleh keluar masuk banyak kali, asalkan tak buka wristband yang diberi. Wristband tu ada QR code. Setiap kali masuk ke kawasan permainan, kena scan.
  • Nak solat boleh cari dalam mall je. 
  • Nak makan ada kedai Game On berhampiran atau banyak pilihan tempat makan dalam Melawati Mall. Kami makan Bumbu Babah dekat foodcourt. 

game-on


Review Ikhlas Mak-Mak

Sangat berbaloi sebab anak-anak puas hati, mak pun enjoy walaupun penat. Suasana selamat, tempat bersih, staff pun helpful. Yang penting ada aircond, dan anak-anak dapat main puas-puas. Balik rumah semua tidur awal termasuk mak dia sekali. Kalau tengah fikir nak bawa anak ke mana hujung minggu, aku memang recommend datang ke sini. 


Makan Malam Di Steak di Fiske Steakhouse & Asam Pedas Melaka

Ahad lepas, lepas hantar Ikhwan balik asrama, aku ajak suami singgah restoran biasa kami makan di Kampung Bharu. Tekak ni dah terbayang lamb chop dengan nasi goreng cili padi, combo wajib kalau datang situ.

Tapi aku dah pesan awal-awal dekat diri sendiri, jangan berharap sangat. Kampung Bharu tu memang kawasan sesak dan parking selalu penuh.

Betul pun. Tiga kali pusing tempat sama, parking tetap tak ada. Dah nak masuk Maghrib pun masih tak dapat tempat. Suami ajak cari tempat lain. Sikit lagi aku nak baran sebab aku tak boleh fikir panjang kalau lapar.

fiske-steakhouse-asam-pedas-melaka-AU2


Fiske Steakhouse & Asam Pedas Melaka

Mujur berkahwin dengan suami banyak sikit sabar dari aku. Jadi redha mencari tempat lain. Oleh sebab kecewa maka aku serahkan dekat suami nak bawa ke mana pun. Aku tahu aku perlu makan je. Dah berusia ni kalau waktu makan lari confirm perut aku akan sakit. Sensitif lain macam.

Suami terus ajak cuba restoran Fiske Steakhouse & Asam Pedas Melaka dekat AU2, Taman Desa Keramat. Sebenarnya Fiske Steakhouse ni dekat je dengan rumah, tapi kami ni sejenis setia dengan satu-satu kedai. Selagi restoran biasa kami pergi tak buat hal kami tetaplah kedai itu jugalah kami ulang.

Ini kali pertama kami makan di Fiske. Dekorasi simple, ruang antara meja agak sempit tapi masih selesa. Nampak beberapa pelangggan dekat dengan meja kami makan burger, mungkin itu kot menu popular dekat situ.

makan-malam-fiske


 

Pilihan Menu - Apa Kami Makan?

Untuk elak pembaziran, anak-anak kongsi Breaded Chicken Chop (RM20), cukup untuk dua orang sebab portion besar. Aku pula order Butter Rice Grilled Lamb (RM35) dan suami ambil Aust Grill Lamb Chop (RM30).

fiske-steakhouse-asam-pedas-melaka

fiske-steakhouse


  • Portion besar dan puas hati
  • Side dish cukup lengkap
  • Gravy sedap dan kena dengan selera
  • Butter rice dia wangi, lembut dan cukup rasa

Serius, puas makan. Berbaloi dengan harga dan kualiti. Kalau ikut tekak aku, memang boleh repeat. Semestinya, aku dah plan nak datang semula dengan Ikhwan masa dia cuti PB nanti.

makan-fiske-steakhouse

 

Menu Lain di Fiske

Dalam menu ada banyak pilihan lain seperti:

  • Burger
  • Pizza
  • Pasta
  • Nasi Campur (11 pagi – 5 petang)

Menurut info di pintu kedai, waktu siang kedai jual nasi campur dan waktu malam fokus pada western food. Restoran ditutup setiap hari Isnin.

 

Lokasi Fiske Steakhouse

Fiske Steakhouse & Asam Pedas Melaka

AU2, Taman Desa Keramat, Kuala Lumpur

Waktu Operasi:

Nasi Campur: 11 pagi – 5 petang

Western Food: Petang hingga malam

Tutup: Setiap Isnin

Rating Google setakat ini: 4.0

Boleh cari terus di Google Maps: Fiske Steakhouse & Asam Pedas Melaka


Kesimpulan

Walaupun asalnya plan nak makan di Kampung Bharu, tapi rezeki kami malam tu memang dekat Fiske. Makanan sedap, portion besar, suasana okay walaupun ruang agak terhad. Yang penting, perut kenyang, hati pun senang.

makan-malam-fiske-steakhouse-asam-pedas-melaka-AU2


Frozen Kunafa Asikunefeleri Dari Turki

Tak sangka wujud ya frozen Kunafa. Aku jumpa dekat pasaraya Giant dekat dengan rumah aku ni. Teringin punya pasal, sedap tak sedap letak tepi. Beli dengan keyakinan yang peratusan Kunafa pasti sedap itu tinggi.

Aku mula belajar makan Kunafa beberapa tahun lepas sebab masa tu Kunafa pernah viral. Orang kita memang pantang dengar makanan viral mesti nak cuba. Aku semestinya tak ketinggalan.

Dulu-dulu kunafa tak banyak pilihan, dimakan dengan gula sirap dia yang manis tu. Ada bau Ros. Sekarang Kunafa dah ada macam-macam perisa. Masuk je Malaysia pelbagai versi keluar. Tengok jelah Kunafa Ojen tu. Aku masih sukakan perisa original dan tidak lah aku masukkan semua gula sirap dia sebab aku tak minat terlalu manis.

Frozen-Kunafa


 

Frozen Kunafa Asikunefeleri Dari Turki

Kunafa atau Kanafeh merupakan manisan orang Arab dan Turki. Dulu aku ingat orang buat Kunafa guna bihun. Begitu naifnya aku ya. Rupanya ada doh tersendiri. Bahagian luar dia crispy, dalam dia ada mozzarella cheese, topping dia ada kacang pistachio tumbuk dan dimakan bersama gula sirap.

Makan panas-panas memang ngam sangat. Semua perasa bergabung jadi lemak manis dan crunchy tu yang membuatkan Kunafa jadi lebih sedap. Sebelum ni kalau nak makan Kunafa kami akan makan di restoran Arab. Tapi sekarang dah senang aku jumpa Kunafa yang telah disejuk beku (frozen Kunafa). Memang memudahkan hidup.

Harga seketul kalau tak silap RM10, masih munasabah bagi aku. Saiz dia besar lebih kurang sebesar tapak tangan. Cukup kalau makan berdua. Waktu pertama kali beli, aku makan sorang-sorang. Tak sangka sedap. Kali kedua makan, aku kena berebut dengan anak-anak. Tak sangka mereka pun suka.

Frozen-Kunafa-Asikunefeler-Turki


 

Cara Masak Frozen Kunafa

Dari segi pembungkusan, memang elok je terbentuk. Paling penting tak pecah ya. Dapat sekali gula sirap. Boleh guna oven atau air fryer. Ikut je arahan dekat kotak bungkusan. Aku guna air fryer dan memang mudah sangat.

Arahan penyediaan: bakar pasa suhu 210 celcius selama 10 minit atau sehingga kekuningan. Aku degil aku turunkan suhu, guna 200 celcius je dan aku lebihkan sedikit masa memasak. Elok je kejadian. Alhamdulillah.

masak-Frozen-Kunafa


Kalau makan waktu dia masih panas terasa la cheese dekat dalam. Tapi hati-hati jangan sampai melecur mulut. Bercakap berdasarkan pengalaman aku yang kurang sabar. Ahaks. Kalau dah sejuk masih sedap cuma keju dia rasa kejung jelah.

Frozen-Kunafa-Asikunefeler


 

Secara keseluruhan aku sukakan frozen kunafa Asikunefeleri. Rasa dia berlemak, crispy, wangi dan tak lari jauh dari kunafa yang dijual dekat restoran. Tapi yang frozen lebih disukai sebab aku boleh buat stok untuk makan bila-bila aku suka dekat rumah. Korang kalau jumpa sila cuba sendiri.