Café Jom Cha By Farm Fresh

Siapa suka susu Farm Fresh mesti akan suka minuman teh bobba dari Jom Cha ni. Kalau nak tahu Jom Cha merupakan jenama kios minuman oleh Farm Fresh Sdn Bhd.

Bukan setakat produk minuman tapi ada juga Soft Serve – Ice cream pelbagai pilihan topping.

Café-Jom-Cha-By-Farm-Fresh

Lagi best Jom Cha dah buka oulet baru yang dekat dengan Diah terletak dalam AeonBig Wangsamaju. Dari segi harga, lebih kurang dengan jenama Bobba tea yang ada di pasaran.

Di Jom Cha produk minuman yang dijual pada harga bermula RM7.90. Harga berbeza ikut pilihan perisa / topping.



Café Jom Cha By Farm Fresh

Ini merupakan pengalaman pertama Diah ke Jom Cha. Dari segi layanan staff, urusan pembelian, pilihan minuman dan aiskrim serta suasana dalam kios dia menyenangkan hati bagi Diah.

Pemilihan perabot, susun atur dan hiasan dalaman café Jom Cha cantik. Menimbulkan mood ceria dan selesa. Disediakan kerusi dan meja untuk pelanggan.

Nak tangkap gambar pun cantik. Lighting dia cun. Terang je.

cafe-Jom-Cha


Cuma sedikit ‘kekurangan’ bagi Diah ialah mereka hanya menerima Credit Card, Debit Card dan e-wallets sahaja untuk pembayaran.

Sepanjang Diah dekat sana ada juga nampak keluarga, pasangan yang keluar semula bila baca notis di kaunter.

 

Café-Jom-Cha

Menu Minuman & Soft Serve – Ice cream café Jom Cha

Bagusnya Jom Cha tawarkan pelbagai jenis minuman seperti Fresh Milk jenama Farm Fresh, Minuman Yogurt, Teh, Latte, minuman Plant-Based dan Soft Serve – Ice cream pelbagai topping.

Pilihan yang dicadangkan kalau datang ke Jom Cha ialah Farm Fresh Milk with Brown Sugar Boba, Belgian Milk Chocolate, dan juga Kurma Milk with Brown Sugar Boba.

Kalau nak kelainan boleh cuba Banana Butterscotch, Mango Tango, Crystal Salted Caramel atau Sahara Macchiato Coffee.

Antara pilihan minuman yogurt yang ada seperti Strawberry, Mango & Citron Yogurt. Kalau ada kesempatan Diah nak cuba Latte dia pula.

Tak mahu fresh milk tapi mahu minuman Plant-Based boleh cuba Soy Belgian Chocolate, Farmer’s Oat Milk Caffe Latte atau Farmer’s Oat Milk Mocha Latte.

 

Apa Kami Cuba di Jom Cha?

Anak-anak teruja nak cuba Soft Serve – Ice cream manakala Diah lebih berminat nak cuba minuman susu coklat Farm Fresh.

Pertama kali cuba jadi kami pilih menu yang familiar dan rasa selamat untuk dicuba.

Kami cuba Farm Fresh Milk Soft Serve – Mango Crystal Boba, Farm Fresh Milk Soft Serve – dark Chocolate Sauce & Belgian Milk Chocolate.

Soft-Serve-Jom-Cha By Farm Fresh


Memang padu la rasa aiskrim dan milk tea dia. Terasa pekat Belgian Milk Chocolate tu. Berbaloi untuk dicuba. Lagi satu, tekstur boba dia sedikit berlainan dengan minuman boba lain yang Diah pernah cuba.

Rasa kenyal dan crunchy. Susah nak describe tapi memang kena dengan selera Diah. Farm Fresh Milk Soft Serve – Mango Crystal Boba tu pun sedap.

Milk-boba-tea-Café-Jom-Cha


Terasa la Mango dia. Kalau makan dessert macam ni memang kena makan kongsi-kongsi. Elak membazir. Makan manis banyak sangat pun tak elok juga kan. 

Custom Jersey Terus Dari Kilang Ohtshirt.com.my

Ada tak di antara korang kat sini yang nak cari kilang custom jersey sublimation? Kilang printing baju yang boleh buat macam-macam jenis printing baju dengan harga murah, berkualiti serta boleh buat penghantaran ke seluruh malaysia?

Sekarang ni memang dah jadi trend dan kewajipan untuk tempah baju syarikat, baju kelab, baju aktiviti sukan, baju konvoi, baju family day dan banyak lagi la.


Custom Jersey Terus Dari Kilang Ohtshirt.com.my

Kalau di universiti boleh kata hampir setiap bulan akan buat baju untuk aktiviti kat universiti dan kolej. Baru nampak satu keunikkan dan kelainan kat situ kan?


Kilang-Jahit-pukal-sulaman


Oh! T-Shirt Perkhidmatan Printing All In-House Production

Oh! T-Shirt ni kalau korang nak tau, semua penghasilan t-shirt adalah All in-house production. Maksudnya semua pengeluaran dikawal sepenuhnya oleh syarikat terus dari kilang sendiri.

Bukannya sub atau hantar ke kilang lain ya. Jadi kualiti pastinya terjamin dan siap pada masa yang ditetapkan.

Untuk pengetahuan korang semua, Oh! T-Shirt ni berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang custom jersey, printing t-shirt & cenderahati korporat serta ada 3 kilang printing baju & custom jersey di Shah Alam, Selangor iaitu:


1. Kilang Printing Tshirt Silkscreen

Biasanya kalau korang nak print baju rewang, family day, baju kelas, baju persatuan, baju kelab atau sebagainya boleh gunakan perkhidmatan ini kerana boleh dicetak dengan kuantiti yang banyak dan harganya juga lebih murah berbanding dengan teknik printing yang lain.

Banyak juga syarikat, kelab dan persatuan yang gunakan perkhidmatan printing SilkScreen ni.


Kilang-Printing-Tshirt


2. Kilang Custom Jersey

Apakah Sublimation? Teknik printing sublimation adalah membolehkan korang print t-shirt dengan grafik yang tinggi hampir keseluruhan baju.

Nak senang cerita, baju yang selalu geng-geng motor pakai time konvoi tu la Jersi sublimation. Jersey sublimation ni tengah trending sekarang.

Bukan setakat geng-geng motor je yang pakai, geng kereta, geng kelab dan persatuan pun ada yang pakai tau. Sebabnya boleh print full color & unlimited design.


Kilang-printing-Ohtshirt.com.my

Baru nampak gempak dimata orang lain hehe. So, lepas ni kalau nak tempah baju program, custom jersey & sublimation printing tak payah pening-pening cari kilang yang boleh buat A-Z. 

Dari design sampai lah ke jahitan. Oh ya… Mereka juga ada tawarkan servis printing cenderahati korporat, medal dan trofi. 

Kalau korang ada buat pertandingan dan perlukan hadiah cenderahati seperti medal dan trofi boleh la gunakan perkhidmatan mereka ni.

Nak buat barangan korporat untuk syarikat pun boleh macam lanyard, pen, beg, cawan dan macam-macam lagi la pun boleh.

Ha... Macam-macam kan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Oh! Tshirt ni. Semuanya ada dalam satu syarikat! Jadi mudah kerja korang nak cari macam-macam perkhidmatan printing dalam satu tempat.


3. Kilang Jahit atau Sulaman Berkomputer

Nak tempah pakaian dengan kuantiti yang banyak atau secara pukal? Ha... Disini mereka juga ada tawarkan perkhidmatan tempahan menjahit Uniform, T-Shirt, Jubah, Blouse, Seluar, Tudung, Baju Melayu, Kurta dan pelbagai jenis pakaian secara readymade atau pun custom made dengan harga kilang.

Butik-butik yang nak cari kilang jahit pukal untuk stok Ramadan dan raya nanti boleh la dapatkan perkhidmatan dari mereka ni.

Selain daripada perkhidmatan menjahit, mereka juga ada buat perkhidmatan sulaman berkomputer atau embroidery ya.

So korang tak perlu risau kalau tempah jersi & custom jersey kat sini, sebab company ni memang ada kilang jahit sendiri.


Kilang-jahit-pukal-Ohtshirt.com.my

Harga custom jersey kat sini korang faham-faham lah, mesti terlajak murah. Harga Kilang kan!


6 Sebab Kenapa korang kena print baju murah di Ohtshirt.com.my?

  1. Harga Murah Terus dari kilang (Jimat beribu-ribu duit korang)
  2. Cepat siap & berkualiti
  3. All in-house production. Memiliki Kilang Jahit, Kilang Printing Silk Screen, Kilang Sublimation Jersi dan Kilang Sulaman Berkomputer. (kualiti, harga & masa dikawal sepenuhnya oleh syarikat).
  4. Khidmat nasihat percuma berkenaan tempahan (Mesra Pelanggan).
  5. Penghantaran ke Seluruh Malaysia
  6. Dipercayai oleh syarikat-syarikat & Jabatan Kerajaan seperti Media Prima, KarangKraf, Ninja Van, UiTM, UNISEL, UMP, UIA, Sime Darby, Pos Malaysia, Maybank, Kastam, Imigresen, MBSA, MPS & banyak lagi.

Ohtshirt.com.my juga ada buka pendaftaran ejen untuk usahawan serta individu yang nak buat duit tambahan dengan bisnes printing tshirt, printing baju & custom jersey.

Latihan dan bimbingan akan diberikan sepenuhnya oleh syarikat. Jadi, kalau korang berminat nak jadi ejen tu cepat-cepatlah daftar kat website mereka atau boleh hubungi nombor telefon yang ada kat website mereka.

Tawaran ejen ni terhad tau… Siapa cepat dia dapat. Inilah masanya peluang untuk korang jana pendapatan tambahan. Tak salah kalau kita mencuba mana tahu rezeki korang ada kat situ.

Buat Part-Time ejen printing ni mana tahu boleh cover korang punya bayaran bulanan bil utiliti, duit rumah dan duit kereta tanpa perlu usik duit gaji.

Suri rumah pun boleh buat ya. Boleh tampung perbelanjaan isi rumah. Zaman sekarang ni kos hidup semakin meningkat.

Baru-baru ni harga sayur-sayuran, ayam segar dan macam-macam lagi barangan naik harga. Kita kena cari alternatif lain untuk tingkatkan pendapatan kita.

Jika korang nak printing baju murah, nak custom Jersey harga kilang lepas ni, boleh lah terus hubungi mereka melalui laman-laman berikut.


Senarai website rakan niaga Oh! T-shirt:

  1. ohtshirt
  2. teamcetak
  3. kilangbaju
  4. kedaisublimation
  5. upahjahit
  6. kilangjahit
  7. kedaiuniform
  8. pembekalcenderahati
  9. pembekalcenderamata
  10. Kedai Gift


kedai-Ohtshirt.com.my



Atau korang boleh datang terus ke showroom mereka pada alamat dibawah.

MAFEYA SDN BHD (Team Cetak)

32A, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7,

40000 Shah Alam, Selangor.

TEL: 03-55236690 / 017-2290994 / 017-2290994

Email: ohtshirtselangor@gmail.com


MAFEYA SDN BHD (Kedai Sublimation)

30, Jalan Keluli AN 7/AN,

Taman Perindustrian Bukit Raja Selatan,

40000 Shah Alam, Selangor


MAFEYA SDN BHD (Oh! Tshirt)

17-A, Jalan Kristal K7/K,

Seksyen 7, 40000 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan.

Ayam Hot-Ah, Menu Tahun Baru Cina di The Chicken Rice Shop

Masih lagi dalam mood merayakan Tahun Baru Cina. Huat-ah! Kalau ikut kalendar Cina, tahun 2023 merupakan Tahun Arnab.

Sempena meraikan ketibaan Tahun Arnab dengan penuh keriangan, The Chicken Rice Shop (TCRS) telah memperkenalkan menu terbaharu mereka, iaitu Ayam Hot-Ah.


Ayam Hot-Ah, Menu Tahun Baru Cina, The Chicken Rice Shop

Menu Ayam Hot-Ah dipilih kerana melambangkan kehangatan perayaan Tahun Baru Cina dengan limpahan perisa dan kelazatan yang memukau.  


Ayam-Hot-Ah-The-Chicken-Rice-Shop

Pastinya memikat citarasa rakyat Malaysia untuk menjamu selera bersama rakan dan keluarga, sesuai pada musim perayaan.

Untuk korang yang nak cuba, masih sempat lagi sebab menu limited edition dari TCRS ni tersedia sehingga 28 Februari 2023 tau.

Diah sendiri dah rasa & rasa pedas dia bukanlah di tahap maksima jadi sesuai untuk semua kalau nak cuba.


Menu-Tahun-Baru-Cina-the-Chicken-Rice-Shop



Apa yang anda akan dapat jika pesan menu Ayam Hot-Ah?  

TCRS sediakan tiga set berbeza untuk dipilih sama ada anda ingin menikmati hidangan baharu ini bersendirian atau mahu berkongsi bersama yang tersayang.

Dalam menu Ayam Hot-Ah, anda akan dihidangkan dengan ayam yang disempurnakan dengan adunan lazat kuah berperisa pedas, dan digandingkan dengan tauhu goreng yang ditaburi daun bawang.

ayam-hot-ah

Menurut Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd berkongsi bahawa dalam hampir setiap budaya, makanan yang berbeza mempunyai maksud simbolik yang berbeza.

Sebagai contoh, dalam isi rumah kaum Cina, ayam sering dikaitkan dengan kemakmuran dan tuah, oleh itu, hidangan ayam biasa disediakan untuk jamuan makan besar Tahun Baru Cina.

“Selain daripada menyambut ketibaan tahun baharu dengan penuh kegembiraan, TCRS juga ingin mewujudkan ruang di mana anda boleh berinteraksi dengan rakan dan ahli keluarga yang jarang anda temui sambil menikmati setiap suapan hidangan kami.

Kah Yong yakin pelanggan pasti terpukau dengan kenikmatan hidangan pedas ini dan TCRS sentiasa bersedia untuk memenuhi keperluan berbeza setiap pelanggan mereka.

Ayam-Hot-Ah-TCRS


Cabaran Ayam Hot-Ah The Chicken Rice Shop Untuk Tahun Baru Cina

Sebagaimana frasa Yam Seng sering digunakan oleh pelbagai kaum untuk memeriahkan lagi majlis, kami mendatangkan sesuatu yang berbeza dengan frasa “Hot-Ah” yang berteraskan nilai yang sama, iaitu nilai kepelbagaian.

Untuk meningkatkan lagi keriangan perayaan tahun baru, TCRS mengajak para pelanggan mereka untuk mengambil bahagian dalam cabaran ‘Ayam Hot-Ah’.

Cara dia mudah je. Peserta harus merekodkan jeritan “Hot-Ah” yang terpanjang dengan cara yang paling kreatif.

Kemudian ikut arahan seperti gambar di bawah. Sertai sekarang  dan berpeluang memenangi baucar sedapZ TCRS!

contest-Ayam-Hot-Ah-The-Chicken-Rice-Shop


Untuk maklumat lanjut mengenai menu Ayam Hot-Ah dan Cabaran Ayam Hot-Ah, sila layari www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook TCRS 

Tak Boleh Balas Komen Di Blog Sendiri

Buat kali ke berapa entah masalah kotak komen blog berlaku lagi. Diah sebagai pemilik blog tak boleh balas / reply komen yang ditinggalkan pembaca.

Terima kasih kawan-kawan blogger yang blogwalking dan sudi tinggalkan jejak. Niat hati nak reply komen anda tapi tak boleh.

Diah dah cuba balas komen menggunakan laptop mahupun telefon tapi hasil dia sama je. Tapi jangan risau, yang datang tinggalkan komen Diah dah balas kunjungan.

Mana yang belum sempat nanti Diah blogwalking satu persatu ya.


UPDATE: DAH JUMPA CARA ATASI MASALAH TAK BOLEH BALAS KOMEN


Tak-boleh-komen-blog-sendiri


Masalah Tak Boleh Balas Komen Di Blog Sendiri

Berbalik pada isu masalah tak boleh balas komen, Diah pun pening. Tak pasti ianya masalah disebabkan template blog, setting blogspot atau Google Chrome (Disable atau Block 3rd-Party Cookies).

Bila melibatkan teknikal ni memang Diah angkat tangan. Tiada kepakaran dalam bidang tu tapi diakui seronok belajar.

Apa yang peliknya ialah Diah boleh padam komen tapi tak boleh reply. Sudah cuba tengok setting mana yang patut tapi belum jumpa jawapan.

Kebarangkalian punca-punca yang Diah senaraikan dekat atas tu pun Diah dah semak tapi masih tak selesai.

 

Tak-boleh-komen-di-blogspot

Tak Boleh Komen Di Blog Sendiri

Dari tahun lepas lagi blog Diah ada masalah pembaca tak boleh tinggalkan komen jika menggunakan mobile atau pun tablet.

Hanya boleh komen bila gunakan laptop ataupun desktop. Banyak betul dugaan ya. Lapang dada je sekarang ni.

Pernah juga terfikir mungkin sebab guna template free jadi masalah ni timbul. Tapi tidak ya. Diah dah pernah guna template berbayar dan template free. 

Sama je rasanya pengalaman tu. Masalah tak boleh komen masih belum selesai.


Kena Tukar Template Blog

Tengok keadaan jika berlarutan rasanya bakal tukar template blog lagi agaknya. Jika di ikutkan, tahun 2022 paling banyak hadap masalah dengan template blog berkaitan kotak comment.

Nak tukar banyak pula kerja nak buat. Nak cari template yang sedap mata memandang, tak berat dan responsive SEO memang ambil masa dan tenaga.

Sehingga hari ni Diah berpuas hati dengan performance blog. Baik dari segi kelajuan, structure blog dan juga broken link. Checklist Tukar Template blog

Diah pantau guna GMetrix, Diah ada kongsi cara semak performance blog sebelum ni. Ada blogger buat perkongsian kalau nak real result dari Gmetrix, kena sign in dan pilih Test Server Location: Vancouver, Canada (bukan China).

 

gmetrix

Mungkin result validity ia lebih tepat agaknya. Nak clearkan broken link yang tak pernah habis Diah masih setia guna cara yang Diah pernah kongsi dulu.

broken-link


Kesimpulan

Harapnya masalah tak boleh balas komen dan tak boleh komen di blog sendiri dapat diselesaikan. Kalau ada kawan blogger yang hadapi masalah yang sama boleh lah kongsi pengalaman ya.

Giveaway 23 Anniversary Ciknur and Husband

Giveaway pertama untuk tahun ini kita support rakan blogger yang baru je Diah kenal. Tahu tetang giveaway dari rakan-rakan blogger juga. 

Sempena menyambut ulangtahun Perkahwinan ke -23, CikNur ada buat giveway simple. Semestinya seronok juga kalau turut serta. 

Kawan-kawan yang nak sertai sekali boleh klik je banner dekat bawah ni. Giveaway berlangsung dari 23hb Januari sehingga 13 Februari 2023.

"Hi Kak Nur, saya doakan akak dan suami sentiasa berada di bawah payung rahmat Allah. Bahagia dunia akhirat. 

Dikurniakan rezeki melimpah ruah, diberkati umur untuk terus beribadat dan semoga keluarga akak menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah dan warrahmah."


Masjid Terapung Di Melaka – Melawat Masjid Selat

Diah pernah kongsi dengan suami, impian Diah adalah nak bawa anak-anak singgah dan ziarah Masjid utama di setiap negeri yang ada dalam Malaysia.

Kiranya macam sambil bercuti pusing satu Malaysia sambil tu boleh tick masjid yang kami dah pergi. Dapat lawat dan lakukan solat sunat pun rasa bersyukur sangat.


Masjid-Selat-melaka


Sehingga hari ini impian tu masih belum terkubur dan harapnya tercapai sebelum kami masing-masing dah tiada di atas muka bumi Tuhan.

Artikel kali ini Diah nak kongsikan pengalaman kami sekeluarga melawat Masjid Selat yang terletak di Negeri Melaka.

Lebih istimewa Diah bawa emak datang bercuti ke Melaka. Nak cipta kenangan banyak-banyak dengan emak selagi boleh. 

Alang-alang tu adik bongsu dan anak saudara pun ikut sekali. 


Tarikan-Masjid-Selat



Masjid Terapung Di Melaka – Melawat Masjid Selat

Sumpah impress bila jejakkan kaki di masjid ni. Reka bentuk dan hiasan masjid memang cantik. Paling utama masjid Selat sangat menenangkan.  

Pembinaan Masjid Selat merupakan idea asal oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang mendapat ilham ketika menyertai lawatan ke Jeddah satu ketika dahulu.

Dari segi binaan, masjid berkenaan begitu mirip sebuah masjid terapung yang terdapat di bandar Jeddah, Arab Saudi. Sumber Tourism Melaka

Apa yang menariknya ialah Masjid ni terapung di atas air laut dan pemandangan dia memang sangat cantik. Tenang sangat nampak laut yang terbentang luas depan mata.

Pertama kali jejakkan kaki ke Masjid Selat memang Diah jatuh cinta dengan kawasan persekitaran masjid yang terjaga rapi.



Tarikan-Masjid-Selat


Bila masuk dalam kawasan masjid yang luas tu rasa tenang sangat. Susah nak gambarkan keadaan tu. Dalam masjid juga diletakkan informasi sejarah berkaitan manusia & agama Islam.

Disediakan juga tempat berehat, boleh minum air dan berehat hilangkan penat. Ada kawasan kecil disediakan rak buku dan kerusi.

Seperti mana-mana masjid di Malaysia, Masjid Selat menerima tetamu tak kira agama, bangsa mahupun jantina dengan syarat berpakaian sopan dan berkelakuan senonoh.



reka-bentuk-masjid-selat



Waktu kami sampai sekitar 10 pagi dan dah ramai pengunjung memenuhi kawasan masjid. Ada bangsa Cina, India dan tak kurang juga pengunjung dari luar negara.

Masing-masing tak lepaskan peluang untuk bergambar. Ada yang cadangkan untuk datang pada waktu petang untuk tengok matahari terbenam. Memang cantik.


masjid-selat-masjid-terapung



Lokasi Masjid Selat, Masjid Terapung Melaka

Lokasi masjid Selat ni strategik, hanya ambil lebih kurang lima minit untuk ke Pusat Bandar Melaka, Ayer keroh dan dekat juga dengan Batu Berendam.

Dah sampai Bandar melaka boleh singgah makan di Waronk Avenue tempat tumpuan mereka yang datang Melaka. 

Percutian kali ni kami check in di Hotel berhampiran iaitu Hotel Riviera Suites Melaka yang terletak sejauh 9 minit berjalan kaki dari Masjid Selat Melaka. 

Sebelum ni kami pernah menginap di The Straits Hotel And Suites Melaka. Alang-alang dah sampai, suami dan anak tidak melepaskan peluang menunaikan solat sunat di sini.



solat-sunat-masjid-selat

Masjid dibuka kepada orang ramai bermula waktu Solat subuh sehingga lewat malam.

Waktu kami melawat kawasan sekitar sempat bertegur sapa dengan pekerja masjid yang sedang bertugas. Memang ramah orangnya.

Katanya, ramai orang berebut untuk solat terutama pada hari Jumaat. Masjid ini juga jadi tumpuan pelancong kerana keindahan alam semulajadi di kawasan sekitar.


melawat-masjid-selat


Petugas juga beri amaran supaya tidak turun ke pantai kerana dikhuatiri ada ular berbisa. Walaupun ada papan tanda larangan tapi ada saja pengunjung yang tak endahkan amaran bahaya tersebut.

Jadi kalau korang datang kesini, sila patuhi arahan ya. Risiko atas tanggungjawab masing-masing. Jom bawa anak-anak datang Masjid Selat.

Melaka Straits Mosque, 

Jalan Pulau Melaka 8, 75000 Malacca

Lagu Yes Sir, OST Filem Coast Guard Nyanyian Zamani Ft. Ariff Peter

Baru-baru ni Diah berkesempatan menghadiri pelancaran lagu OST Filem Coast Guard – Ops Helang bertajuk 'YES SIR' bertempat di Stesen Udara Maritim Subang.

Pelancaran lagu tema FILEM COAST GUARD telah disokong sepenuhnya oleh UNION COFFEE by INCITE FOODTECH yang merupakan penaja utama bagi majlis ini.


Yes-Sir-OST-Filem-Coast-Guard-ops-helang

Selain tetamu VIP, majlis turut dimeriahkan oleh barisan pelakon, penerbit serta rakan media.

Lagu bertajuk 'YES SIR' terbitan COF Music menampilkan penyanyi popular tanah air, iaitu Zamani sebagai penyanyi utama dan juga penyanyi rap yang sedang meningkat naik iaitu Ariff Peter.

Boleh tengok official music video Yes Sir di sini


UNION-COFFEE-by-INCITE-FOODTECH


Lagu Yes Sir, OST Filem Coast Guard Nyanyian Zamani Ft. Ariff Peter

Memang tak mengecewakan persembahan dari Zamani, suara memang power sejak dulu lagi dan semangat yang ditunjukan oleh Ariff Peter di atas pentas.

Lirik lagu ini mendalam dan rasa bersemangat bila di dengar. Lagu 'YES SIR' merupakan gabungan penulis lirik bersama iaitu Ariff Peter, HASRIL, OTROMEN, dan NASS.

zamani-


Berikut merupakan info berkenaan lagu tema filem aksi hebat ini :

Penyanyi: Zamani Ft. Ariff Peter

Durasi :3.02 minit

Music Arrangement: Pown Hasril & Jack Jafni

Mixing: Jack Jafni

Master: Jack Jafni

Publishing Produced: Cof

Music Publishin : Cof Music

 

Lirik Yes Sir

(Chorus)

Yes Sir,

Hidup kena steady,

Apa-apa jadi,

hidup ini kena ready,

Yes sir,

Lawan sampai mati,

Dah habis senjata, masih ada tangan kaki,

Yes Sir,

Hidup kena steady,

Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,

Yes sir,

Lawan sampai mati,

Dah habis senjata, mash ada tangan kaki,

 

Lautan luas, bahtera aku markas,

Jaga setiap sudut tiada mush yang terlepas,

Bukan soal berani ataupun siapa buas,

Yang cari nahas, aku bagi jumpa ruas,

Habis peluru aku guna buku lima,

Lautan tenang tapi jangan main gila,

Biar putih tulang daripada putih mata,

Rela berkorban nyawa demi anak bangsa,

(Pre-Chorus)

Ku tak peduli, apa yang menanti,

Selagi kaki berpijak di bumi,

Jangan dicabar bila dah berbudi,

Lautan sunyi pun boleh berbunyi,

 

(Chorus)

Yes Sir,

Hidup kena steady,

Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,

Yes sir,

Lawan sampai mati,

Dah habis senjata, masih ada tangan kaki,

Yes Sir,

Hidup kena steady,

Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,

Yes sir,

Lawan sampai mati,

 

Dah habis senjata, masih ada tangan kaki,

Salut,

Panggilan perang aku sahut,

Roger dalam radar mana-mana area laut,

Hidup berpantang ajal sebelum jumpa maut,

Jadi kau boleh tengok siapa karam, siapa hanyut,

In amaran,

Kita masih aman asal tak langgar sempadan,

Selagi ku bernyawa tak bagi siapa tawan.

Tak peduli berapa kuatnya pihak lawan,

Kalau perlu ku lawan,

 

(Pre-Chorus)

Ku tak peduli, apa yang menanti

Selagi kaki berpijak di bumi,

Jangan dicabar bila dah berbudi.

Lautan sunyi pun boleh berbunyi,

 

(Chorus)

Yes Sir,

Hidup kena steady,

Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,

Yes sir,

Lawan sampai mati

Dah habis senjata, mash ada tangan kaki

Yes Sir,

Hidup kena steady

Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,

Yes sir,

Lawan sampai mati.

Dah habis senjata, masih ada tangan kaki.

 

Majlis dimeriahkan dengan acara gimik yang sangat menakjubkan disempurnakan oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR TEAM) dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM1).

Teruja dapat tengok ketangkasan STAR TEAM beraksi mengiringi pelakon utama filem Coast Guard iaitu Saharul Ridzwan & Julia Farhana ke pentas utama untuk upacara pelancaran.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Laksamana (M) Dato' Mohd Zubil Bin Mat Som, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

STAR-Team-Maritim-Malaysia


Sinopsis Filem Coast Guard – Ops Helang

Menariknya, lirik lagu 'Yes Sir' ini diinspirasikan khusus untuk filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang yang memaparkan kisah kehidupan seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu Leftenan Maritim Hafiz.

Mengisahkan tentang cabaran yang ditempuhi oleh Leftenan Maritim Hafiz apabila berhadapan dengan sekumpulan penjenayah di perairan negara apabila ahli keluarganya diculik dan menjadi tebusan.

Untuk pengetahuan, filem ini merupakan filem eksklusif karya terakhir arahan Allahyarham Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif.

Semasa hayatnya beliau merupakan seorang penulis skrip dan pengarah televisyen dan filem Malaysia dan anak kepada pelakon veteran Hajah Fauziah Nawi. Beliau terkenal sebagai penulis skrip filem One Two Jaga (2018) arahan Namron.

Sebagai makluman, filem ini telah mendapat keriasama penuh daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sehingga bergaya menghasilkan sebuah filem yang mengangkat operasi “Ops Helang” pasukan Maritim Malaysia.


Filem-Coast-Guard-ops-helang

Kerjasama in adalah semata-mata bagi memastikan penonton dapat melihat sendiri realiti bagaimana Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebagai sebuah badan coast guard negara yang menjalankan tanggungjawab dalam memelihara keselamatan dan keamanan Zon Maritim Malaysia.

Filem Coast Guard: Ops Helang merupakan terbitan FLYING DEALS SN.BHD & ARIE ZAHARIE PRODUCTION juga mendapat kerjasama serta edaran oleh METROWEALTH PICTURES.


Penerbit-David-Teo-Metrowealth


Filem ini bakal menemui peminat pada 2 Februari 2023 di pawagam seluruh negara termasuk SINGAPURA dan BRUNEI.

Jom sokong industri tempatan bersama-sama. 

Birthday Celebration Sekolah Rendah Anak

Selepas sekolah kembali dibuka awal tahun hari tu dapat mesej dari cikgu tentang birthday celebration yang bakal cikgu buat.

Sambutan majlis hari jadi khas untuk anak-anak kelas Pra Sekolah (kelas orkid). Nak raikan murid yang lahir dari bulan Januari hingga bulan Disember.

Macam biasa cikgu akan ingatkan supaya semua murid dapat hadir dan amat mengalu-alukan sumbangan makanan seperti kek, snek, goodies bag, buah. 


Birthday Celebration Sekolah Rendah Anak

Tak lain tak bukan adalah untuk memeriahkan lagi majlis. Tapi cikgu tak paksa untuk sumbang makanan berat, sebab selalunya menu utama cikgu kelas akan uruskan.

Terpulang ikut kemurahan hati ibu bapa. Tahun ni istimewa sikit sebab Diah secara tak sengaja terlibat siapkan kelas untuk jamuan. 

Waktu hantar goodies ke kelas Raudah sempat Diah tolong cikgu hiaskan stage. Cikgu nak buat tapi tak sempat sibuk uruskan nak susun kelas. 

Skill menghias pun dah berkarat jadi guna saja barang yang ada. Okay lah dari tiada apa-apa. 


Birthday-Celebration-Sekolah-Rendah-Anak


Entah kali ke berapa (lost count) majlis sambutan di buat sebab rasa macam banyak kali sangat majlis yang sekolah buat.

Sebenarnya majlis sambutan hari lahir di sekolah memang kerap sekolah anjurkan. Itu situasi di sekolah tempat anak-anak Diah belajar. Sekolah lain tidak pasti ya.

Cikgu sendiri akan selit aktiviti sambutan bersama aktiviti lain. Contohnya waktu sambutan Hari Kanak-Kanak yang lepas ada sesi potong kek dan pemberian hadiah sempena hari jadi.

Berbalik kepada cerita birthday celebration, seperti biasa Raudah akan teruja bercerita tentang ‘plan’ yang cikgu kelas dia akan buat.

Apa yang berlaku biasanya cikgu akan berikan sedikit sebanyak gambaran apa bakal berlaku dalam majlis dan ada sesi soal siasat apa Ibu bapa nak sumbang pada majlis berkenaan.


Goodies-birthday-party


Sumbangan Makanan Untuk Birthday Anak Di Sekolah

Dalam group whatsapp cikgu bersama ibu bapa pun akan bincang dan masing-masing akan beritahu makanan apa yang bakal di sumbangkan.

Murah rezeki anak-anak dengan makanan. Paling banyak yang disumbangkan ialah dessert (manisan) seperti kek, donut, creampuff, brownies dan puding.

Ada juga yang sediakan sandwhich, buah-buahan, air kotak, dan goodies bag. Setiap kali ada sambutan setiap kali itulah kami akan berhempas pulas perah idea.

Idea-Goodies-Bag

Paling senang tanya je Raudah nak bawa apa ke sekolah dan jadi susah bila dia request perkara luar kemampuan kami contohnya sediakan makanan yang Diah tak pandai buat.

Anak-anak kan dia bukan fikir apa pun, apa yang terlintas di fikiran itulah yang dia sebut. Raudah minta Diah buatkan kek coklat kukus yang dia suka.

Tapi, memandangkan ramai sangat ibu bapa sumbangkan kek jadi kami putuskan nak beri goodies bag supaya anak-anak boleh bawa balik buah tangan dan makan di rumah.

Dapatlah anak-anak fokus makan apa yang ada dalam majlis. Tindakan yang bijak sebab ada juga ibu bapa lain yang buat perkara sama seperti kami.

Untuk cikgu dia pula saja aku gubah tudung bawal jadi bouquet bawal. Entah apa yang merasuk aku jadi rajin nak buat. 

Jadilah sebagai tanda penghargaan kepada cikgu. 

Tudung-bouquet


Idea Goodies Bag Untuk Birthday Party

Idea nak sumbang goodies bag ni agak last minute sebenarnya kami sediakan. Jadi pilih makanan, barang-barang simple saja.

Kami letak aneka snek coklat dan juga lollipop yang Diah hias sendiri dalam Mini Cosmetic Travel Pouch / MiniPouch Make Up Bag.

Atleast pouch bag tu boleh guna lepas tu. Idea asal nak bagi lollipop yang dihias bersama cupcake. Jadi bila rancangan berubah, teruskan juga siapakan DIY gift lollipop tu.

DIY-Goodies-Bag

Gigih ya tengok video tutorial di TikTok. Tak susah mana tapi sedikit leceh sebab nak gunting dan kena siapkan sebanyak 24 biji Lolipop.

Weh lenguh jari nak gunting bentuk bunga. Syukur Allah beri tenaga dan kekuatan nak siapkan demi kegembiraan anak-anak.

 

DIY-lollipop

Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah

Sewaktu sambutan Hari Kanak-Kanak tahun lepas, cikgu awal-awal dan kongsikan yang tema sambutan untuk kanak-kanak Tahap Satu ialah Fairy Tale manakala Tahap Dua pula tema dia ialah Kepahlawanan.

Cikgu memang dah beritahu tiada paksaan untuk anak-anak wajib pakai baju ikut tema tetapi sebagai ibu bapa mestilah kita ada perasaan sedih kalau anak tak pakai baju cantik macam kawan sebaya mereka.

Sebagai ibu bapa memang terasa sangat bila ada aktiviti sambutan macam ni sebab ibu bapa juga terlibat walaupun hanya di belakang tabir.

Terasa penat dia. Nak kena fikir apa perlu bawa ke sekolah, kena cari bahan-bahan dan pendek kata kena jadi serba boleh.

Mana tidaknya, setiap kali sambutan ada sahaja tema yang perlu murid ikut. Untuk Raudah dia nak pakai Gaun Snow White  dan boleh beli online untuk masa depan. 

hari-kanak-kanak-sekolah

la kami ikut mana yang sempat je. Pakaikan dia Tanjak, sampin dan belikan Capal. Biar ada vibe Orang Melayu dulu-dulu. Malu nak pakai costume kata dia. 

Apa pon anak-anak gembira cukup dah. Tahun ni nak plan awal beli baju Merdeka Kanak-Kanak dekat Shopee je. Elak last minute. 

sambutan-hari-kanak-kanak

Untuk tahun ini rasanya majlis sambutan hari jadi akan berkurangan sebab Raudah dah masuk Tahun Satu. Harapnya begitulah.

Tempat Menarik Di Jengka - Taman Tema Air Jengka Wonderland

Jika diikutkan Diah memang kurang berminat bercuti ke Taman Tema Air. Lebih berminat explore Safari, Zoo dan tempat yang tak melibatkan air.

Tak suka nak penatkan diri bersihkan diri, berhimpit dengan ramai orang di bilik persalinan. Selain tu, Diah tak pandai berenang dan Diah gayat nak cuba segala jenis gelongsor / permainan yang ada.

Pendek kata Diah sejenis manusia yang tak mencabar. Sadis bukan. Waktu belajar dulu pun berani naik Roller coaster je ya.

Kadang-kadang kasihan bila anak-anak request nak pergi taman tema air dan memang kena tunggu sepupu-sepupu lain pergi baru ikut sekali.

Baru berbaloi dan meriah. Sebab tu kami tak pernah ke Sunway Lagoon. Tapi pernah bawa anak-anak mandi di A’FamosaResort, Bangi Wonderland Theme Park & Resort dan Bukit Gambang Resort City kira okay lah kan.


bercuti-jengka-wonderland


Tempat Menarik Di Jengka -  Taman Tema Air Jengka Wonderland 

Cuti sekolah kali ni kami akhirnya sekali lagi tunaikan permintaan anak-anak ke Taman tema Air yang terletak di Negeri Pahang iaitu Jengka Wonderland.

Dah alang-alang sampai Bandar Jengka kena la pastikan ianya berbaloi.

Selepas penat bergambar dan tengok binatang di Mini Zoo Rabbitland kami teruskan perjalanan ke sejukkan badan di Jengka Wonderland pula.


tempat-menarik-di-jengka-wonderland

Anak-anak paling teruja. Antara tempat menarik di Jengka yang korang wajib singgah semestinya Jengka Wonderland.

Kalau bercuti di kawasan berhampiran, ada lagi satu pilihan taman tema air yang terletak di Temerloh iaitu Mini Waterpark Kubang Gajah.

Jengka Wonderland lebih besar kawasan dia. itu menurut emak Diah yang pernah pergi sebelum ini. Lokasi Mini Waterpark Kubang Gajah lebih dekat dengan rumah emak.


tempat-menarik-di-jengka


 

Harga Tiket & Waktu Operasi Jengka Wonderland

Harga tiket Jengka Wonderland

  • Dewasa: RM 18.00
  • Kanak kanak: RM 15.00
  • OKU/W.emas: RM 10.00

Kami sampai agak lewat. Memandangkan Jengka Wonderland ditutup pada pukul 7.30 malam jadi masih ada lebih kurang empat jam untuk kami berseronok.

Hari biasa dibuka pada jam 10.30 pagi sehingga 7.30 malam, manakala pada hari cuti umum, cuti sekolah, Sabtu dan Ahad dibuka lebih awal iaitu jam 9.00pagi.

Sebelum tu kami cari kedai makan tapi malangnya tak banyak kedai yang buka. Mungkin kami tak tahu tempat sepatutnya perlu pergi.

Sebelum tu boleh singgah makan dekat Temerloh - Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak

Selesai beli tiket masing-masing dah tak sabar nak mandi. Macam biasa bagi peluang anak-anak dan suami mandi terlebih dahulu.


harga-tiket-jengka-wonderland


Review Jengka Wonderland

Kali ni Diah bercuti bersama emak, kakak dan anak-anak buah di kampung. Cukup meriahkan suasana. Kami ambil giliran solat dan tukar baju.

Orang pun tak ramai jadi selesa sangat. Meja kerusi banyak disediakan di sepanjang kolam dan kemudahan di sini lengkap.

Tandas bersih dan terjaga, ada lokar untuk simpan barang-barang penting, surau bersih dan selesa, kedai menjual pakaian renang & barang-barang berkaitan serta hanya sebuah kedai makan dibuka.


jengka-wonderland

Kira okaylah dengan bilangan pengunjung yang datang. Kalau datang ke sini jangan bandingkan dengan Taman Tema Air dekat tempat lain ya.

Bagi Diah berbaloi dengan harga yang dibayar. Taman Tema Air mesra poket macam tu konsep dia. Lagi pun tempat dia terjaga, air jernih, kemudahan pun dalam keadaan baik.

Waktu kami mandi manda tu nampaklah petugas, penyelamat yang perhatikan pengunjung dekat kolam. Malang tidak berbau kan jadi kenalah senantiasa bersedia.

Maaf sangat-sangat Diah tak banyak ambil gambar dekat dalam sebab simpan telefon bimbit dalam loker jadi Diah ambil gambar dari FB Jengka Wonderland. 


Kesimpulan

Secara keseluruhan anak-anak memang seronok bercuti di Jengka Wonderland. Pilihan yang bijak untuk datang ke sini dan inshaAllah ada rezeki boleh datang lagi di masa hadapan.