Kebenaran Keluar Berdua PKP Fasa 4

Masuk PKP fasa 4 akhirnya kerajaan beri kebenaran 2 orang keluar dalam satu kereta namun ia perlu dari rumah yang sama atau keluarga terdekat sahaja

Sebelum ini hanya wakil atau ketua rumah sahaja yang dibenarkan keluar atas urusan penting. 

Mungkin PM kita prihatin dengan keluh kesah para suami yang mengalami kesukaran membeli barangan keperluan yang diminta isteri dan gagal mencari barang yang diminta. Lol.

PKP fasa 4 secara rasminya telah bermula pada 29 April sehingga 12 Mei 2020. Harapnya janganlah ada lagi sambungan PKP, biarlah ini jadi yang terakhir. 


PKP Fasa 4 Boleh Keluar Berdua

Tetapi jauh di sudut hati dah terasa PKP ni bakal diteruskan sehingga Raya. Korang rasa?

Bagusnya usaha kerajaan dalam menyampaikan maklumat dan beri kesedaran, Majlis Keselamatan Negara (MKN) selalu hantar mesej peringatan berkaitan COVID19 kepada rakyat Malaysia. 

Rasa disayangi bila dapat mesej ingatan macam tu. Kerajaan menekankan 4 pelan tindakan utama dalam membendung penularan COVID19 dalam negara iaitu Kawalan Pergerakan, Kawalan Sempadan, Penjarakan Sosial dan Menjaga Kebersihan.





Ketua Keluarga Boleh Tarik Nafas Lega

Ketua Keluarga mesti gembira sebab urusan membeli makanan dan keperluan harian akan jadi lebih mudah selepas ini, tapi kesan dia semakin ramai keluar semakin lama lah kena beratur bila di pasaraya. 
Kalau masing-masing ikut peraturan, jaga kebersihan dan jaga penjarakan sosial in sha Allah jadi mudah.

Menurut berita, kebenaran itu diberikan kerajaan menerusi kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Peraturan yang diterbitkan dalam warta kerajaan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu, berkuat kuasa mulai 29 April hingga 12 Mei depan.





Arahan-Arahan Dalam Perintah Kawalan Pergerakan

Terdapat enam (6) arahan yang terkandung dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini iaitu.
  1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya;
  2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara;
  3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara
  4. Penutupan semua Taska, Sekolah Kerajaan dan swasta dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
  5. Penutupan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta serta Institut Latihan Kemahiran di seluruh negara; dan
  6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services)

Kebenaran Perjalanan Semasa PKP

Seksyen 4(1)(a)(ii) peraturan itu, membenarkan individu yang keluar membeli makanan, ubat, keperluan harian atau barangan lain disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah dengannya.

Individu yang keluar ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan atau perubatan pula, dibenarkan untuk disertai mana-mana orang lain yang dianggap perlu secara munasabah, selaras Seksyen 4(1)(b)(ii) peraturan sama.


Walaupun kerajaan benarkan untuk keluar berdua, tetapi peraturan hanya dibenarkan bergerak tidak melebihi 10 kilometer (km) dari kediaman masing-masing masih dikekalkan. 

Namun, orang ramai diberi kelonggaran bergerak melebihi 10km jika keperluan itu tiada dalam lingkungan jarak berkenaan dari rumah masing-masing.

Seksyen 5 pula memperuntukkan orang ramai perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari balai polis berhampiran kediaman masing-masing, jika mahu melakukan pergerakan jarak jauh atau bagi sebab selain keperluan harian dan perubatan.

Mana-mana pihak yang melanggar peraturan itu boleh didenda maksimum RM1,000 atau dipenjarakan sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.


Kesimpulan

Semoga dengan kemudahan kebenaran keluar berdua yang kerajaan beri kepada rakyat dapat memudahkan serta meringankan tekanan orang ramai. 

Ketua keluarga boleh tarik nafas lega dan sentiasalah mematuhi arahan-Arahan Dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Denda wang ringgit dan hukuman penjara menanti pesalah-pesalah PKP. 

Resepi Kek Marble Gebu Azlina Ina

Cara buat kek Marble Gebu Azlina Ina. Rasanya ramai kenal Cikgu Azlina Ina yang agak popular di Facebook kerana kepakaran dia buat kuih muih dan juga kek. 

Beliau juga sangat suka berkongsi resepi yang viral dan semestinya aku antara peminat tegar resepi Azlina Ina sebab kebanyakkan resepi dia yang aku cuba menjadi. Alhamdulillah. 

Kek Marble Gebu Azlina Ina

Aku suka cara penyampaian dia dalam berkongsi resepi. Dia memang guna bahasa rakyat marhaen dan boleh tahan kelakar juga gaya penulisan dia. 

Almaklumlah nak melayan perangai netizen Malaysia yang boleh tahan karenahnya. Kelakar bila dia jawab soalan-soalan tak tercapai dek akal dari netizen.




Kek Coklat Sukatan Cawan aku pernah kongsi dekat Facebook yang ramai orang share ~ rujuk SINI

Baru-baru ni ada yang berkongsi resepi Kek Marble jadi teringin nak cuba. dekat rumah anak kedua aku, Raudah Sakinah yang suka makan kek. 

Dah beberapa hari dia asyik tanya bila aku nak buat kek untuk dia. Alang-alang tu kita buat terus kek Marble gebu guna resepi Azlina Ina.




Bahan-Bahan:

Telur 4biji
Marjerin 1 cawan
Susu pekat 1 cawan
Tepung gandum 2 cawan
Baking Powder 1 sudu kecil
Esen vanilla 1 sudu kecil
Serbuk koko 2 sudu besar

Kalau nak cuba buat Kek Pandan Gula Melaka ~ cuba guna resepi mudah ni 

Ini bahan-bahannya ye. Sukat guna cawan, tak kisah cawan besor ke kecik asalkan guna cawan yang sama untuk sukat. 

Kalau taknak guna susu pekat secawan, boleh tambah gula. Pandai-pandai adjust. Kacau semua adunan guna whisk je, tak leceh tapi lepas tu macam lenguh muscle kau. Lol.


  • Mula-mula sekali ambil marjerin gaul bersama susu pekat (dan gula kalau ada guna gula).
  • Dah sebati marjerin and susu pekat tadi masukkan telur sebijik demi sebijik. Kacau dan kacau lagi.
  • Seterusnya, masukan esen vanilla dn kacau lagi.
  • Selepas itu, masukkan tepung gandum dan baking powder. Teruskan kacau.
  • Bila dah sebati, asingkan adunan ini kepada dua bahagian.
  • Satu bahagian digaulkan dengan serbuk koko, aku guna milo jadi warna kek tak berapa cantik.
  • Ambil loyang dan sapukan dengan marjerin supaya kek tidak melekat.
  • Masukkan adunan coklat dan original dan cedok berselang seli. Mulakan dari tengah. Tindih selang-seli sampai abes.
  • Lepas tu hentakkan loyang bagi sekata adunan tu semua.
  • Bakar kek pada suhu 170 degree, selama 35 minit guna api atas bawah. (Mungkin berbeza mengikut oven masing-masing)

 Siap. 

Resepi Apam Balik Mudah Dan Gebu

Tak pernah aku bayangkan seumur hidup aku akan buat apam balik. Wehuuu satu kejayaan untuk diri sendiri. 

Betul la cakap jiran aku semalam, antara hikmah PKP ni semua orang akan explore bakat terpendam masing-masing. 

Jadi haruslah gunakan masa yang ada untuk tingkatkan skill dan juga pengetahuan kita okeh. Sebelum puasa lagi resepi Apam Balik ni banyak lalu lalang di timeline Facebook. 

Kalau ikutkan resepi memang mudah sangat, bahan-bahan dia pun tak mahal. Masa tu keinginan nak cuba buat tu ada tapi masih malas, dan akhirnya aku buat sebagai juadah buka puasa hari pertama.

Jom Buat Apam Balik Mudah Dan Gebu

Usaha membuahkan hasil bila Apam Balik yang aku buat diterima mata dan anak tekak suami dan anak-anak. Siap bagi jiran lagi untuk bertukar juadah. Kemain level confident bukan biasa-biasa ni. lol. 

Bagi sesetengah orang pencapaian macam ni biasa je, Apam Balik je kot. Hahahha. Aku seronok macam menang pingat emas dekat Sukan SEA okeh.



Tips Dapatkan Apam Balik Gebu

Jom aku kongsikan resepi dan cara-cara untuk menghasilkan Apam Balik yang gebu dan sesungguhnya cara membuatnya teramatlah mudah. Macam kau buat Pancake, lebih kurang la. 

Kalau guna resepi aku kongsi ni korang boleh dapat 5 ke 6 Apam Balik bersaiz sederhana. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:




Bahan-Bahan
  • 1 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula (Boleh kurangkan jika tak mahu terlalu manis)
  • 1 ½ cawan air
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • Marjerin


Inti
  • Jagung dalam tin (Guna jagung manis ala krim bukan kernel jagung manis – suami aku salah beli jadi aku blend jagung tu sehingga halus)
  • Kacang tanah yang ditumbuk kasar
  • Gula
  • Boleh tambah inti lain seperti Nestum, Horlick, Milo, Keju mengikut kesukaan masing-masing.




Cara-cara membuatnya ialah:
  • Satukan semua bahan di dalam blender dan blend sehingga sebati.
  • Tuangkan adunan dan masak menggunakan non-stick pan, anggaran satu senduk. Kalau nak tebal letak lebih banyak.
  • Biarkan seketika dan sementara masak taburkan gula, kacang tanah dan isi jagung.
  • Agak-agak dah kuning keperangan boleh lipat kan menjadi separuh. Oleskan dengan marjerin ketika panas. Siap.

Selamat mencuba korang. Sesungguhnya perasaan berjaya buat apa yang kita suka itu sangat menyeronokkan.

Ragam Hari Pertama Berpuasa

Alhamdulillah berjaya lepas satu hari puasa tanpa sebarang drama air mata dan ragam hari pertama berpuasa anak bujang. Tidak la dia menitis air mata minta nak buka puasa. 

Hari pertama berpuasa tahun ni sedikit berbeza berbanding tahun lepas, yelah dengan keadaan PKP ni memang agak sedikit lain rutin harian.

Maksud aku berbeza dari segi penyediaan dan beli barang dapur. Kalau tahun lepas agak-agak tak cukup bahan last minute boleh je suruh suami keluar beli barang, tapi tahun ni memang kena beli awal dan redha je barang tak cukup. 

Ragam Hari Pertama Berpuasa

Kena jadi lebih kreatif dari biasa. Banyak juga barang aku nak beli tak cukup stok dekat pasaraya. Nak beli buah koktel dari hari tu tak jumpa.

Sesungguhnya memang sangat penting merancang menu dari awal. Setakat ni aku dah readykan senarai menu berbuka untuk seminggu. 

Alhamdulillah walau sedikit lari dari plan asal tapi sangat membantu otak aku bekerja. Tak lah penat berfikir. Buang masa.

Koleksi 30 Resepi Berbuka Puasa




Menu Berbuka Hari Pertama

Memang jadi kebiasaan hari pertama berbuka aku cuba untuk sediakan ayam bakar. Bagi aku menu Ayam bakar ni mengimbau semangat bazar Ramadan. 

Tahun lepas aku buat ayam golek, tahun ni malas nak cucuk ayam dengan besi jadi masak dalam bekas kaca je senang. Menu paling senang bagi aku.

Oleh sebab bazar Ramadan dah tiada baca dengan nada sedih dan malas nak beli di bazar Ramadan online jadi aku rajinkan diri buat kuih. Sekadar meriahkan meja di samping gembirakan hati suami dan anak-anak.

Tak Larat Masak, beli je Juadah berbuka Online ~ Senarai Bazar Ramadan Online 2020

Pertama kali aku buat Apam Balik dan menjadi. Perasaan gembira tu tak terkata. Rupanya senang je nak buat. cis. 

Modal pon murah je aku rasa tapi apesal harga Apam balik semakin mahal orang jual eh. Suami pun puji kata macam dekat pasar malam. Bangga sekejap. Lol.





Cabaran Ramadan Tahun 2020

Kalau difikirkan dari sudut kesusahan dan cabaran yang datang memang sedih tapi cepat-cepat aku fikir dari sudut yang positif. 

Kalau tiada COVID-19 pasti bulan puasa aku tak meriah sebab suami akan bekerja dan anak bujang habiskan masa puasa di sekolah. 

Bersyukur sangat masa kami satu keluarga lebih banyak, memang meriah dengan adegan gaduh-gaduh anak-anak. Sesekali keluar juga perangai Singa aku tu.

Cabaran lain adalah kawalan emosi dan rasa bosan terperap duduk rumah. Macam tak percaya aku tak keluar ke pasaraya lebih dari sebulan. Syabas diri sendiri. 

Kalau ikut hati memberontak boleh je aku ingkar ikut suami beli barang sebab suami kata semakin ramai ingkar arahan PKP keluar suami isteri. 

Tapi, kena la jujur. Memang polis tak tangkap tapi dosa tu, untuk yang keluar tu aku husnuzon lah ada urusan yang penting korang nak buat.

Rindu suasana nak berbuka dekat kampung dengan mak, tapi terpaksa rela terpaksa la konsepnya untuk tahun ni. Seronok tengok muka mak ceria bila buat video call. Meriah sebab ada cucu-cucu teman puasa. 

Kebetulan akak aku balik bercuti masa cuti sekolah yang lepas, tak lama tu PKP dilaksanakan. Sampai sekarang lah tak boleh balik.  


Ucapan Ramadan

Di kesempatan ini, aku ambil peluang untuk ucapkan selamat berpuasa kepada semua, pembaca-pembaca blog, kawan-kawan di alam maya, saudara mara dan umat Islam yang sama-sama puasa dan berjuang melawan COVID dan juga diri sendiri. 

Apa yang berlaku ada hikmahnya. Esok lusa boleh ulang kembali kenangan dan bercerita dengan anak cucu apa yang jadi. Salam sayang dari aku. jaga diri dan selamat berbuka.

Beli Vacumm Cleaner Masa Tempoh PKP

Dijadikan cerita vacumm cleaner aku tiba-tiba tak berfungsi masa hujung PKP fasa 2 aritu. Setelah berkhidmat selama 4 tahun tiba juga ajalnya. 

Jadi masalah bila vacumm tu tak boleh sedut habuk. Tak pasti boleh dibaiki atau tidak, nanti lah tunggu keadaan COVID reda baru cari kedai untuk baiki.

Ya ampun stressnya la kehidupan. Boleh pula vacumm nak rosak waktu-waktu gawat ni. 

Aku dah minta suami cuba baiki, siap buka semua bahagian dan cuci penapis, cuma bahagian motor dia je tak buka sebab macam complicated sangat, tak berani nanti lagi teruk pula. 

Terpaksa Beli Vacumm Cleaner Secara Online

Sudah banyak cara aku usahakan termasuk lah tutorial di Youtube tapi masih tak menjadi. Entah apa punca, vacumm cleaner tu tak dapat menyedut habuk seperti biasa. 

Aku guna Electrolux bagless vacuum cleaner sejak aku pindah ke rumah sekarang, kiranya dah masuk 4 tahun la. Dah sampai jangka hayat agaknya, oleh sebab rumah aku dipenuhi karpet jadi jadi dia memang banyak berjasa.

Pendapat Aku lepas guna Pressure Cooker 

Baca Review aku tentang Air Fryer



Terpaksa Beli Vacumm Cleaner Secara Online

Memang pantang aku kalau beli barang-barang elektrik wajiblah pergi ke kedai. Mesti kena pegang, belek-belek. Mana pernah beli online weh, tak puas hati. 

Tapi di waktu kritikal begini memang aku tiada pilihan lain. Banyak hari juga aku survey secara online, baca review di aplikasi Shopee dan tanya pendapat kawan-kawan.

Aku bersyukur sangat seller ni baik dan so far respond chat ok walau dia lambat tapi dia masih reply. Aku pilih J&T dan lega sangat kawasan perumahan aku setakat ni tiada barang yang lambat sampai. 

Dalam 4 hari rasanya dari tarikh aku buat bayaran vacumm cleaner ni aku dapat.  Ada kawan yang cadangkan beli vacumm cleaner di Mr DIY, bagless vacumm boleh dapat pada harga bawah RM300 kebetulan vacumm dia pun rosak sebelum PKP dilaksanakan dan dia puas hati guna. 

Ada juga yang cadangkan vacumm cleaner jenama Singer. Eh banyaklah pilihan bergantung kepada bajet dan jenis vacumm.

Aku tak tahu sangat jenis-jenis vacumm cleaner ni tapi yang pasti ada bagless vacumm, hand stick vacumm, ada juga jenis wireless (caj bateri) dan ada yang wayar. 

Sekali lagi aku tekankan ikut kemampuan dan suka jenis yang mana.


Beli REDBUZZ Power Handheld Stick Vacumm Cleaner

  • Selepas beberapa hari berfikir akhirnya aku buat keputusan beli Power Hand Stick Vacumm jenama REDBUZZ. Pertama kali aku dengar jenama ni sebenarnya tapi banyak faktor yang menyebabkan aku tertarik nak beli.
  • REDBUZZ Power Hand Stick Vacumm Cleaner menggunakan teknologi German dan penjual beri satu tahun waranti.
  • Ada dua pilihan vacumm tanpa wayar (kena caj) dan dengan wayar. Aku pilih dengan wayar sebab pemalas nak caj.
  • Vacumm ni juga boleh digunakan untuk kegunaan dirumah, kereta dan juga tabletop.
  • Semestinya vacumm ada wayar lebih murah iaitu RM128.98 (tambah aksesori RM159.97), vacumm wireless berharga RM196.98 (tambah aksesori RM246.98).
  • Watt: 1000W, Suction dia kuat, dusk tank berkapasiti 0.8L. Berat dia ialah 1.5kg. Tidak la lenguh nak pegang. Sedang elok je.
  • Saiz dia comel dan senang nak simpan. Cara nak pasang dan guna super simple dan menjimatkan ruang.
  • Untuk orang yang tinggi kena membongkok sedikit bila guna sebab vacumm ni tak panjang sangat. kalau tinggi around 152cm sedang elok.

Boleh beli dekat sini Power Handheld Stick Vacumm Cleaner 



Pendapat Aku Tentang REDBUZZ Power Handheld Stick Vacumm Cleaner

Terlalu awal aku nak bagi pendapat sebenarnya tapi setakat hampir seminggu aku gunakan vacumm ni aku berpuas hati sebab dia sedut habuk power. 

Senang sangat nak handle dan nak cuci. Cuma berdasarkan pengalaman sebelum ni, memang kena cuci vacumm selepas guna walaupun dia cadangkan cuci sebulan sekali. Penting ni ok.

Kalau nak tahan lama kena la kerap cuci dan pastikan habuk tak melekat dan jadi keras. Nanti cepat la jahanam vacumm korang. Paling aku suka, walaupun dalam tempoh PKP, penghantaran barang laju. So puas hati. 

Setakat ini saja perkongsian aku, dekat atas tu aku dah terangkan pengalaman aku beli vacumm cleaner secara online, kenapa aku pilih REDBUZZ Power Handheld Stick Vacumm Cleaner dan pendapat aku setelah menggunakannya. Harap membantu korang untuk membuat keputusan okeh.


Senarai 30 Doa Harian Di Bulan Ramadan

Antara persiapan-persiapan terakhir yang aku nak kongsikan sempena menyambut bulan rahmat, bulan Ramadan yang bakal menjelma tak lama je lagi. 

Doa-doa yang disarankan untuk kita amalkan sepanjang Bulan Ramadan. Boleh print dan baca bersama-sama ahli keluarga.

Senarai 30 Doa Harian Di Bulan Ramadan

Antara waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa adalah saat berbuka puasa bagi orang yang berpuasa. Dari Abdullah bin Amr Ash bahwa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda,

” Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa pada saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR.Ibnu Majah dan Hakim).



Himpunan 30 Doa Harian Bulan Ramadhan

Doa Hari Pertama

Ya Allah, jadikan puasaku di bulan ini sebagai puasa orang-orang yang berpuasa sebenarnya, solat malamku di dalamnya sebagai orang yang solat malam sebenarnya, bangunkan daku di dalamnya dari tidurnya orang-orang yang lalai. 

Bebaskan aku dari dosa-dosaku wahai Tuhan semesta alam. Maafkan aku wahai Yang Memberi ampunan kepada orang-orang yang berbuat dosa.


Doa Hari Ke - 2

Ya Allah, dekatkan daku di bulan ini kepada keredhaan-Mu. Jauhkan daku di dalamnya dari kemurkaan dan kebencian-Mu, serta bimbinglah daku untuk membaca ayat-ayat-Mu dengan rahmat-Mu wahai yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi.


Doa Hari Ke - 3

Ya Allah, kurniakan kepadaku di dalamnya pengetahuan dan kesedaran, jauhkan daku di dalamnya dari kebodohan dan kepalsuan, dan berikan kepadaku bagian dari setiap kebaikan yang diturunkan di dalamnya dengan kedermawanan-Mu wahai Yang Maha Dermawan.


Doa Hari Ke - 4

Ya Allah, berilah daku kekuatan untuk melaksanakan perintah-Mu di dalamnya. Berikan kepadaku di dalamnya kelazatan berzikir kepada-Mu. Bantulah aku di dalamnya untuk bersyukur kepada-Mu dengan kemuliaan-Mu. Lindungilah daku di dalamnya dengan penjagaan-Mu dan perlindungan-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi.


Doa Hari Ke - 5

Ya Allah, jadikan daku di dalamnya tergolong kepada orang-orang yang memohon pengampunan, jadikan daku di dalamnya tergolong kepada hamba-hamba-Mu yang soleh dan taat, dan jadikan daku di dalamnya tergolong kepada para kekasih-Mu yang didekatkan kepada-Mu dengan kasih sayang-Mu, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi.


Doa Hari Ke - 6

Ya Allah, jangan hinakan daku di dalamnya kerana perlakuan maksiat pada-Mu, jangan siksa daku, jauhkan daku di dalamnya dari keharusan murka-Mu, dengan kurnia dan anugerah-Mu wahai Puncak keinginan orang-orang yang berharap.


Doa Hari Ke - 7

Ya Allah, tolonglah aku di dalamnya untuk melaksanakan puasa dan solat malam, jauhkan daku di dalamnya dari dosa dan kesalahan, anugerahkan padaku di dalamnya untuk selalu berzikir pada-Mu dengan bimbingan-Mu wahai Pembimbing orang-orang yang tersesat.


Doa Hari Ke - 8

Ya Allah, kurniakan kepadaku di dalamnya rasa sayang kepada anak-anak yatim, kemampuan memberi makan, menebarkan salam dan berteman dengan orang-orang yang berakhlak mulia dengan kemurahan-Mu wahai tempat bersandar para pengharap.


Doa Hari Ke - 9

Ya Allah, berikan padaku di dalamnya bagian dari rahmat-Mu yang luas, bimbinglah daku di dalamnya dengan ilmu-Mu yang bercahaya, dan bimbinglah daku pada keridhaan-Mu yang sempurna dengan cinta-Mu wahai Dambaan orang-orang yang merindukan.


Doa Hari Ke - 10

Ya Allah, jadikan aku di dalamnya tergolong kepada orang-orang yang bertawakkal pada-Mu, jadikan aku di dalamnya tergolong kepada orang-orang yang beruntung di sisi-Mu, jadikan aku di dalamnya tergolong kepada orang-orang yang mendekatkan diri pada-Mu, dengan kebaikan-Mu wahai Tujuan orang-orang yang berharap.


Doa Hari Ke - 11

Ya Allah, kurniakan padaku di dalamnya rasa cinta pada kebaikan, benci pada kefasikan dan kemaksiatan, selamatkan aku di dalamnya dari murka-Mu dan neraka dengan pertolongan-Mu wahai Pelindung orang-orang yang mencari perlindungan.


Doa Hari Ke - 12

Ya Allah, hiasi daku di dalamnya dengan pengampunan dan kesucian, tutupi daku di dalamnya dengan pakaian qana’ah dan rasa cukup, bawalah daku di dalamnya pada keadilan dan keseimbangan, kurniakan padaku di dalamnya rasa aman dari apa yang kutakutkan, dengan penjagaan-Mu wahai Yang Menjaga orang-orang yang ketakutan.


Doa Hari Ke - 13

Ya Allah, sucikan daku di dalamnya dari noda dan kotoran, anugerahkan padaku di dalamnya kesabaran pada ketentuan takdirMu, bimbinglah daku di dalamnya pada ketakwaan dan berteman dengan orang-orang yang baik, dengan pertolongan-Mu wahai Penyejuk hati orang-orang yang miskin.


Doa Hari Ke - 14

Ya Allah, anugerahkan padaku di dalamnya ketaatan orang-orang yang khusu’, lapangkan dadaku dengan taubatnya orang-orang yang memperoleh ketenteraman, dengan keamanan-Mu wahai Yang Memberi rasa aman kepada orang-orang yang ketakutan.


Doa Hari Ke - 15

Ya Allah, anugerahkan padaku di dalamnya ketaatan orang-orang yang khusu’, lapangkan dadaku dengan taubatnya orang-orang yang memperoleh ketenteraman, dengan keamanan-Mu wahai Yang Memberi rasa aman kepada orang-orang yang ketakutan.



Doa Hari Ke - 16

Ya Allah, bimbinglah daku di dalamnya untuk meniru orang-orang yang berbuat kesalahan. Jauhkan daku di dalamnya dari berteman dengan orang-orang yang berbuat kejahatan. Kembalikan daku di dalamnya dengan rahmat-Mu ke dalam kediaman yang abadi dengan ilahiyat-Mu wahai Tuhan semesta alam.


Doa Hari Ke - 17

Ya Allah, bimbinglah daku di bulan yang mulia ini untuk mengamalkan kesolehan, tunaikan di dalamnya semua keperluan dan dan sampaikan daku pada cita-citaku, wahai Yang Tidak Memerlukan penjelasan dan permohonan, wahai Yang Mengetahui apa yang tersimpan dalam hati semua manusia, sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarganya yang suci.


Doa Hari Ke - 18

Ya Allah, beritahukanlah kepadaku di bulan ini segala berkah yang tersimpan di dua pertiga malamnya, terangkan hatiku di bulan ini dengan cahayanya, dan bimbinglah seluruh anggota tubuhku di bulan ini untuk mengikuti tanda-tanda keagungannya dengan cahaya-Mu wahai penerang hati para ‘arif.


Doa Hari Ke - 19

Ya Allah, sempurnakanlah bagianku di bulan ini dengan berkahnya, permudahlah jalanku untuk menempuh kebaikannya, dan janganlah Kau halangi diriku untuk menerima kebaikannya, wahai Penunjuk Jalan kepada kebenaran yang nyata.


Doa Hari Ke - 20

Ya Allah, bukalah bagiku di bulan ini pintu-pintu surga, tutuplah untukku di bulan ini pintu-pintu neraka, dan berikanlah taufik kepadaku di bulan ini untuk membaca al-Quran, wahai Penurun ketenangan di hati Mukminin.


Doa Hari Ke - 21

Ya Allah, berikanlah kepadaku di bulan ini sebuah petunjuk untuk mencapai kerodhaan-Mu, jangan Kau beri kesempatan kepada setan di bulan ini untuk menggodaku, dan jadikanlah surga sebagai tempat tinggal dan bernaungku, wahai Pemberi segala kebutuhan orang-orang yang meminta.


Doa Hari Ke - 22

Ya Allah, bukalah bagiku di bulan ini pintu-pintu anugerah-Mu, turunkanlah kepadaku di bulan ini berkah-berkah-Mu, berikanlah taufik kepadaku di bulan ini untuk mencapai kerodhaan-Mu, dan tempatkanlah aku di bulan ini di tengah-tengah surga-Mu, wahai Pengabul permintaan orang-orang yang ditimpa kesulitan.


Doa Hari Ke - 23

Ya Allah, sucikanlah aku di bulan ini dari dosa-dosa, bersihkanlah aku di bulan ini dari segala aib, dan ujilah aku di bulan ini dengan ketakwaan, wahai Pemaaf segala kesalahan orang-orang yang berdosa.


Doa Hari Ke - 24

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu di bulan ini segala yang mendatangkan keredhaan-Mu, aku berlindung kepada-Mu dari segala yang dapat menimbulkan murka-Mu, dan aku memohon kepada-Mu taufik untuk menaati-Mu dan tidak bermaksiat kepadaMu, wahai Yang Maha Dermawan terhadap para pemohon.


Doa Hari Ke - 25

Ya Allah, jadikanlah aku di bulan ini pencinta para kekasih-Mu, pembenci para musuh-Mu, mengikuti sunah penutup para nabiMu, wahai Penjaga hati para nabi.


Doa Hari Ke - 26

Ya Allah, jadikanlah usahaku di bulan ini disyukuri, dosaku diampuni, amalku diterima dan kejelekanku ditutupi, wahai Dzat Yang Lebih Mendengar dari setiap yang mendengar.


Doa Hari Ke - 27

Ya Allah, anugerahkanlah kepadaku di bulan ini keutamaan Lailatul Qadr, jadikanlah urusanku yang sulit menjadi mudah, terimalah ketidakmampuanku, dan hapuskanlah dosa dan kesalahanku, wahai Yang Maha Kasih kepada hamba-hamba-Nya yang salih.


Doa Hari Ke - 28

Ya Allah, sempurnakanlah bagiku di bulan ini ibadah-ibadah sunah, muliakanlah aku di bulan ini dengan memahami setiap masalah (yang kuhadapi), dan dekatkanlah di bulan ini perantaraku menuju ke haribaan-Mu, wahai Dzat yang tak disibukkan oleh rintihan para perintih.


Doa Hari Ke - 29

Ya Allah, limpahkanlah rahmat-Mu atasku, anugerahkanlah kepadaku di bulan ini taufik dan penjagaan, dan bersihkan hatiku di bulan ini dari mencela, wahai Dzat yang Maha Pengasih atas hamba-hamba-Nya yang Mukmin.


Doa Hari Ke - 30

Ya Allah, kabulkan puasaku di bulan ini sesuai dengan redha-Mu dan redha Rasul-Mu (sehingga) cabang-cabangnya kukuh kerana asasnya demi junjungan kami Muhammad dan keluarganya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.



Sumber: Guru PAUD

30 Menu Beserta Resepi Berbuka Puasa

Nah aku kongsikan 30 menu untuk dijadikan juadah berbuka puasa. Semangat menyambut Ramadan dah semakin terasa bila jiran dan kawan-kawan dah mula berkongsi menu berbuka dan juga dah makin ramai menjual kurma. Ada yang kongsi tip berpuasa la, macam-macam.

Sudah menjadi kebiasaan, setiap tahun jiran akan sedekah kurma, dan tahun ni dia bagi lagi. Terima kasih jiran. Syukur rezeki. Jiran memang tahu sangat jenis kurma yang aku suka, kering dan sedikit keras.

30 Resepi Buka Puasa


Berbalik kepada resepi tadi, rasanya ramai dah tahu kot sebab banyak dikongsi di Whatsapp dan juga di Facebook, tapi aku tetap nak kongsikan dalam blog supaya mudah aku nak rujuk di masa akan datang. 

Harapnya akan memberi manfaat kepada korang juga, dan semoga pemilik resepi asal mendapat pahala mencurah-curah dan berpanjangan sebab berkongsi ilmu. Terima kasih.

Apa yang seronok, bukan setakat menu tapi menu lengkap beserta resepi. Memang tiada alasan lah tak masak. Tapi kalau malas order jelah. Lol.

Beli Juadah Berbuka dekat sini ~ Senarai Bazar Online Seluruh Malaysia

Antara menu-menu yang dicadangkan selama 30 hari berbuka adalah seperti berikut:
  1. Ayam Panggang Bermadu
  2. Udang Masak Serai Wangi
  3. Ikan Siakap Kukus
  4. Ikan Masak Berlada
  5. Ikan Kerapu Masak Asam Manis
  6. Ayam Masak Cendawan Ala Cina
  7. Pajeri Nenas
  8. Mee Hailam
  9. Ketam Bertelur
  10. Ayam Kepak Masak Minyak Bijan
  11. Nehari (Kari Kambing Kashmir)
  12. Ikan Tiga Rasa
  13. Ikan Pari Lemas!!!!
  14. Tandoori Kurau
  15. Tom Yam
  16. Nasi Ayam Hakka
  17. Mee Rebus
  18. Gulai Tempoyak Ikan Kembung
  19. Ayam Golek Seri Pahang
  20. Kari Kepala Ikan
  21. Black Pepper Steak
  22. Gulai Tempoyak Ikan Kembung
  23. Asam Pedas Tumis (Melaka)
  24. Soto Ayam
  25. Nasi Paprik
  26. Nasi Dagang
  27. Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)
  28. Gulai nenas ikan kering orang utara
  29. Ayam Bercili masak ketumbar
  30. Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori 9 Style



RESEPI AYAM PANGGANG BERMADU 

*Bahan-Bahan*

1kg kepak ayam
1 senduk besar minyak bijan
2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi)
sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi)
sedikit garam secukup rasa

Cara memasak:

Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu.....

RESEPI UDANG MASAK SERAI WANGI

*Bahan-Bahan*

600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
4 batang serai
100 gm cili kering
100 gm bawang merah
100 gm cili merah
70 gm bawang putih
70 gm halia muda
3 sudu besar pati asam jawa
30 gm belacan bakar
100 gm pati santan
Garam n gula scukup rsa

*Cara Memasak*

1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat
4. Masukkan pati santan dan udang.
5. Masak hingga naik bau.


RESEPI IKAN SIAKAP KUKUS

*Bahan-Bahan*

1 ekor ikan siakap sederhana besar
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu gula
4cm halia - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang besar - dimayang
3 tangkai daun sup(saderi)
½ biji limau nipis
garam secukup rasa

*Cara Memasak*

1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula *(kurangkn jika tak suka manis)*
2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi.
3. Tuang ketiga- sos tadi.
4. Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.


RESEPI IKAN MASAK BERLADA

*Bahan-Bahan*

3 ~ 4 ekor ikan sembilang
10 biji cili merah - dikisar
2 batang serai - dititik
1 ulas bawang besar - dimayang kasar
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
air limau kasturi
sedikit garam dan gula secukup rasa

*Cara Memasak*

1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak.
3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu.
4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan.


RESEPI IKAN KERAPU ASAM MANIS

*Bahan-Bahan A*

1 ekor ikan kerapu
120gram tepung jagung
1 biji telur ayam
Sedikit minyak
*(untuk goreng)*
Garam secukup rasa

*Bahan-Bahan B*

5 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
3cm halia
1 batang serai - dititik
1 helai daun pandan
3 sudu cili sos
1 sudu cili giling
Sedikit kunyit hidup
3 sudu tomato sos
3 cawan air
Sedikit cuka masak
Garam secukup rasa

*Cara memasak*

1. Gaulkan Bahan-Bahan b dan goreng hingga rangup.
2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik.
3. Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.
5. Gorengkan Bahan-Bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi.

*Untuk Hiasan*
Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.


RESEPI AYAM MASAK CENDAWAN ALA CINA

*Bahan-Bahan*

½ ekor ayam
8 keping Cendawan hitam - direndam ½ jam
1 inci halia - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
6 ulas bawang putih - dicincang
4 ~ 5 tangkai cili padi
Sedikit kicap lemak manis
Sedikit sos tiram

*Cara Memasak*

1. Ayam dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 *(memanjang)*.
2. Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau *(halia dah kekuningan)* angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap.
4. Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau.
5. Selepas tu, masukkan air secukupnya *(dalam 2 cawan biasa)*.
6. Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. *(biasanya dalam 10 hingga 15 minit)*.


RESEPI PAJERI NENAS

*Bahan-Bahan*

Rempah tumis *(Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga)*
Sedikit serbuk kunyit
4 biji bawang merah ]
2 biji bawang putih ] Dihiris memanjang
Biji sawi
gula sikit
garam secukup rasa
Lada merah/&hijau dibelah memanjang *(jgn sampai putus)*
Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air

*Cara Memasak*

1. Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukle serbuk kunyit.
2. Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam secukup rasa.
3. lepas tu masukla pulak lada dan biji sawi *(masa masuk lada ni tk usahla sampai lunyai pulak-golek2kn ajele kat dlm kuali tu sikit2)*


RESEPI MEE HAILAM

*Bahan-Bahan*

1 kg mee/kueh teow/mee hoon *(6/8 orang)*
6 biji bawang putih *(tumbuk/penyekkan)*
rencah ayam/udang/sotong
sos tiram
garam secukup rasa
6 biji cili api
3 sudu besar tepung jagung *(cairkan dalam setengah cawan air sejuk)*
sayur *(kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)*

*Cara Memasak*

1. Tumiskan bawang putih dan cili api.
2. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
3. Masukkan sos tiram setengah botol kecil.
4. Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah.
5. Masukkan sayur2 an dan mee.



RESEPI KETAM BERTELUR

*Bahan-Bahan*

2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua.
3 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
3 sudu cili yang dah diblend
7 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih yang agak besar
sepotong halia
sebiji telur
garam
sedikit gula
sedikit minyak untuk menumis
bawang besar

*Cara Memasak*

1. Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya
2. Masukkan secawan air
3. MAsukkan ketam, tutup kuali sehingga 10 minit
4. Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa
5. Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan telur yang dah dipukul,
6. Kacau cepat2 supaya telur tak berketul.


RESEPI AYAM KEPAK MASAK MINYAK BIJAN

*Bahan-Bahan*

Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah
Sesame oil/Minyak bijan
Serbuk lada hitam
Fish sauce/Sos ikan
Bawang putih 5 ulas ( Potong --@)
Sos tiram

*Cara Memasak*

1. Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, sos tiram, sos ikan *(jgn banyak sesangat - secukup rasa)* Campurkan bawang putih yg dihiris. Perapkan lbh kurang 1 jam.
2. Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam *(terpulang ikut kepedasan)*
3. Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi..


RESEPI NEHARI (KARI KAMBING KASHMIR)

*Bahan-Bahan*

1 camca besar garam masala
4 ulas bawang putih dicincang halus
2 cm halia dicincang halus sedikit garam
2 camca kecil serbuk cili
1 camca besar serbuk ketumbar
½ camca kecil serbuk buah pala
1 camca besar serbuk jintan kasar
1 camca besar paparika
4 labu bawang besar dihiris nipis
1kg daging kambing didadu *( Bhagian kaki )*
150ml Tairu
2 camca besar tomato puri
½ cawan kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin
½ cawan daun ketumbar dicincang halus
2 biji cili hijau dihiris
Minyak Vesawit untuk menggoreng
Air secukupnya
Garam secukup rasa

*Cara Memasak*

1. Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai kuning dan garing lalu di masukkan semula daging tadi.
2. Masukkan semua Bahan-Bahan yang lain ke dalam daging kecuali dhal dan kacau rata dan dikecutkan selama 10 minit.
3. Masukkan air dan Dhal didihkan sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili hijau


RESEPI IKAN 3 RASA

*Bahan-Bahan*

1 ekor ikan siakap / kerapu
sedikit bawang putih *(ditumbuk)*
1 inci halia
2 biji tomato *(agak masak)*
6 biji cili merah
10 biji cili padi
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
sedikit gula, garam
bhn utk dikisar

*Cara Memasak*

1. Goreng ikan *(sperti biasa)* garing / separuh garing *(terpulang)*. Toskan minyak.Ketepikan.
2. Tumis bawang putih *(naik bau)* + bhn kisar
3. Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air
4. Tuang atas ikan


RESEPI IKAN PARI LEMAS

*Bahan A*

1 bahagian ikan pari yang telah di potong *(sederhana besar)*
- di basuh bersih
- sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari tu.
- letak ikan pari ke atas acuan kertas timah. *(biarkn dulu ikan tu releks)*

*Bahan B*

5 biji bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang *(macam batang mancis)*
2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang halus
2 batang serai di mayang halus
1 helai daun limau purut di koyak empat
25 biji cili padi di mayang halus
halia sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang
1biji cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos minyak ikan
sedikit ajinamoto
½ sudu kecil garam
1/4 sudu kecil gula

*Bahan C*

10 biji limau kasturi

*Cara Memasak*

Campurkan kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A. barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. biarkan selama 15 minit untuk dia mesra dengan kesemua Bahan-Bahan tadi. lepas tu kukus/bakar selama 20 mnit


RESEPI TANDOORI KURAU

*Bahan-Bahan*

3 keping ikan kurau
1 biji liamu purut
1 sudu besar halia *(dicincang halus)*
2 biji bawang putih (dicincang halus)*
5 sudu besar yoghurt
1 sudu kecil serbuk cili 10 gm serbuk ketumbar
10 gm jintan halus
Setangkai daun ketumbar *(dipotong halus)*
Garam dan lada hitam secukup rasa
2 sudu besar minyak sapi

*Cara2*

1. Gaul bawang putih, halia, yoghurt, serbuk cili, rempah, garam dan lada hitam dalam sebuah mangkuk.
2. Ikan kurau dibersihkan dan perap sekurang-kurangnya tiga jam.
3. Setelah itu, sapu sedikit minyak sapi dan panggang selama 15 hingga 20 minit.
4. Hidangkan bersama roti atau nasi..


RESEPI TOMYAM

*Bahan-Bahan*

Ayam - 1/4 ekor *(dipotong kecil)*
Daging - 250 gm *(dipotong kecil)*
Udang - terpulang pada tukang masak

*Bahan A*

Blenderkn Halia
3 inci Bawang merah
6 ulas Cili api
20 biji *(seeloknya yg dh masak berwarna merah)*

*Bahan-Bahan*

Minyak masak - 1/5 cawan
Serai - 6 btg serai *(diketuk)* - lebih pn boleh
Lobak merah - 2 btg *(dipotong)*
Bunga kubis - 150 gram
Putik jagung - 2 bungkus
Tomato - 3 biji *(potong 4)*
Bawang besar - 3 biji *(potong 4)*
Daun limau purut - 3 atau 4 helai
Limau nipis - ambil airnya, dan ikut keperluan
Batang saleri - 2/3 btg dari sepokok *(potong panjang ½ in)* cili api - diketuk *(jika rasa perlu untuk tambahkan kepedasan)*
Sos ikan - dalam 1 atau 2 sudu
Air
Garam
Bahan perasa - jika berminat

*Cara Memasak*

1. Panaskan minyak dalam periuk, dan tumiskan Bahan-Bahan yang dikisar *(Bahan A)*.
2. Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging yang telah dipotong. Masak sehingga empuk. Dalam proses ini, sedikit air perlu !
4. ditambah, hanya utk menyempokkan daging.
5. Bila daging telah empok, masukkan ayam. Masak lagi sehingga ayam 3/4 masak. Tambahkan air hingga paras air tu... 1 ½ kali ganda dari Bahan-Bahan yang ada didalam periuk tu.
6. Masukkan udang jika berminat. Masak lagi hingga air mengelegak.
7. Masukkan lobak merah, putik jagung dan bunga kobis. Masukkan juga daun limau purut. Cili api yg telah diketuk *(pastikan dulu tahap kepedasannya - mungkin anda telah berpuas hati)*.
8. Masukkan jua... tomato dan bawang besar, serta batang saleri. Sos ikan dan garam serta bahan perasa jika berminat. Pastikan mengelegak.... dan tutupkan api.
9. Akhir sekali masukkan perahan air limau.... Seimbangkan rasa masin dan masam.....


RESEPI NASI AYAM HAKKA

*Bahan-Bahan*

1 ekor ayam segar
Kicap cair *(Cap Camel)*
Minyak Bijian Bawang merah 1 biji
Bawang putih 3 biji
1 ketul kecil halia
Beras 2 tin susu
1 sudu besar garam
1 sudu kecil Ajinamoto
Sedikit lada putih

*Cara Memasak*

1. Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi.
2. Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas.
3. Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas.
4. Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi. *(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras)*
5. Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah *(Jangan terlalu garing)*.
6. Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih.
7. Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam



RESEPI MEE REBUS

*Bahan-Bahan*

1 paket mee kuning - celur

*Bahan Sayuran*
50 sen Taugeh - celur
Sedikit daun sup - hiris nipis
Sedikit daun bawang - hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau - dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi - di belah 2
Telur rebus - belah 2

*Bahan-Bahan Kuah*

Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah - kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 biji bawang putih - kisar
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus
1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
3 sudu gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato
Air - agak2lah

*Cara Memasak*

1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.
2. Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
3. Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato.
4. Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan..



RESEPI GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG

*Bahan-Bahan*

1 kg ikan kembung *(dipotong 2)*
1 ikat taugeh kasar
1 cawan tempoyak
1 batang serai 10 biji cili padi
Serbuk kunyit
Garam

*Cara Memasak*

1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.



RESEPI AYAM GOLEK SERI PAHANG

*Bahan-Bahan*

1 ekor ayam *(dibersihkan)*
300 gm bawng merah *(dikisar halus)*
5 cm halia *(dititik)*
2 sudu besar rempah kari ayam 2 keping asam gelugur
2 biji kelapa parut *(diperah 3 cawan santan)*
Garam n gula sckup rasa

*Cara Memasak*

1. Satukan bawang merah, serai, serbuk kari, garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan2 di atas api yang kecil selama 20 minit.
2. Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak.
3. Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik2kn ayam sambil disiram kuah yang selebihnya.
4. Bila masak, bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri. hidangkan bersama minuman,


RESEPI KARI KEPALA IKAN

*Bahan-Bahan*

1 kg kepala ikan
50 gm bawang merah
30 gm halia *(dikisar)*
30 gm bawang putih *(dikisar)*
50 gm cili kering (dikisar)*!
50 gm ketumbar
40 gm serbuk jintan putih 30 gm serbuk kaskas
10 gm serbuk lada putih
40 gm serbuk kunyit
1 liter santan kelapa
20 gm garam
10 biji kacang bendi
6 biji terung

*Cara Memasak*

1. Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa.
2. Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati.
3. Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak.
4. Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.


BLACK PEPPER STEAK

*Bahan-Bahan*

½ kg daging *(sebaik2nya batang pinang)*
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
1 sudu teh lada hitam biji *(boleh juga ganti dengan ½ sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!)*
1 batang lobak merah *(dihiris menyerong setebal ½ inci)*
½ cawan kicap manis
1 cawan air
1 ulas bawang besar *(dihiris membulat setebal 1/4 inci)*
½ cawan cendawan butang *(kalau yang sebiji2 tu, belah 2. Kalau yang dh siap hiris, tak payah buat apa2 lagi dh)*
1 biji buah tomato *(dibelah 4 atau 6)*
½ sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air *(untuk memekatkan kuah)*
½ sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu besar minyak masak

*Cara Memasak*

1. Daging dihiris lebar dan setebal ½ inci. Bersihkan dan ketepikan.
2. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.
3. Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam.
4. Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk *(pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu)*
5. Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato.
6. Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa.
7. Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi.
8. Siap untuk dihidang.

*Tips*

Stik ini enak dimakan bersama "garlic toast" dan french fries.


RESEPI GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG

*Bahan-Bahan*

1 kg ikan kembung *(dipotong 2)*
1 ikat taugeh kasar
1 cawan tempoyak
1 batang serai 10 biji cili padi
Serbuk kunyit
Garam

*Cara Memasak*

1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.
atas


RESEPI ASAM PEDAS TUMIS(MELAKA)

*Bahan-Bahan*

ikan serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo melaka *(sebelah merlimau)* suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan parang
7/8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sebesar ibu jari kaki belacan
kunyit hidup sebesar ibu jari tangan *(boleh juga gunakan kunyit serbuk)*
air asam jawa
cili yang telah diblander *(dapat yang digiling lebih sedap)*
2 sudu besar kerisik *(kelapa goreng)*
sedikit halba
sedikit halia *(sebesar separuh ibu jari)*- agak2 kuah dan ikan banyak mana.
garam secukup rasa
perasa ajinomoto jika suka.

*Cara Memasak*

1. Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat.
2. kemudian masukkan bwg merah ...tumbuk separuh lumat...masukkan belacan tumbukkan juga.
3. Panaskan periuk dan minyak untuk menumis.
4. Setelah minyak panasŕ masukkan halba *(lebih kurang 4/5 biji)* tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya.
5. Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.kacau.
6. Masukkan cili yang telah diblander *(7/8 sudu besar-tengoklah_ pekat ke cair cili mesin tu)* kacau sebati masukkan kerisik.
7. Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing *(macam buat sambal)* atau cili berubah warna sedikit merah hitam.
8. Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan.
9. Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah.
10. Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit *(usah ditumbuk lumat)* atau dihiris halus.
11. Didihkan kuah...masukkan garam dan perasa.

*Tips*
Masak asam sebenarnya rasa asam *(masam kuahnya)* dengan pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar. Gunalah ikan parang next time guna ikan lain...rasalah bezanya anda akan tahu....Tumisan lada dan bawangnya mesti garing *(jangan sampai hangit)* jika tak tak sedap...
atas


RESEPI SOTO AYAM

*Bahan A*

1 ekor ayam di potong ikut suka
3 biji bawang besar *(potong 4)*
5 ulas bawang putih *(di ketuk je)*
2 inci halia *(di mayang)*
2 ketul sub bunjut *(cap apa pn tk kisah)*
sedikit kayu kayan *(bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis)*

*Cara Memasak*

1. Semua bahan A ni hendaklah direbus
2. Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dh sebati masukkan la garam, pak aji, gula sikit.

*Bahan B*

10 biji bawang merah

*Cara Memasak*

1. Bawang ni di goreng dengan minyak baru *(minyak yg digunakan)* minyak ni agak2 , jangan banyak sangat
2. Bila dah kuning tuangkan bawang ngan minyak tu kedalam sup yang dah masak tu.
3. Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang.

*Bahan C*

Daun sup dan daun Bawang
Di potong dan masukkan dalam sup tu.
Sambal kicap

*Bahan-Bahan*

20 bijik cili api
2 bijik limau kasturi *(kalau limau nipis 2 belah)*
2 ulas bawang putih
kicap
sikit gula

*Cara2*

1. Tumbuk cili ngan bawang putih , bila dah lumat
2. Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau.
3. Sedia untuk dimakan .


RESEPI NASI PAPRIK

*Bahan-Bahan*

5 pinggan nasi putih panas
½ kilo isi ayam/daging
6 biji cili api, dihiris
3 ulas bawang merah, dimayang halus
2 ulas bawang putih, dimayang
½ btg serai dihiris
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
3 btg kacang panjang dipotong
2 sudu bawang goreng
Garam secukup rasa
sedikit minyak masak

*Cara Memasak*

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging.
2. Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit. hidangkan.



RESEPI NASI DAGANG

*Bahan-Bahan*

5 cawan beras nasi dagang ATAU *(3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa)*
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
2 sudu besar halba
10 ulas bawang merah kecil, mayang halus
6 ulas bawang putih, mayang halus
1½ inci halia, dihiris halus *(seperti batang mancis)*
Garam n gula sckup rsa.

*Cara Memasak*

1. Didihkan air didalam periuk kukusan
2. Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam
3. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih *(seelok2nya 2 inci melebihi paras bekas pengukus)*
4. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak
5. Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar
6. Semasa masih panas2, gaul rata2 dengan santan pekat *(masuk sedikit2)* bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya.
7. Hidang panas2 bersama kuah dan sambal kelapa.



RESEPI GULAI IKAN TONGKOL (ATAU AYAM) UNTUK NASI DAGANG

*Bahan A*

Dua ekor ikan tongkol sederhana besar
5 keping asam gelugur
2 inci halia, ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula
Air untuk merebus *(sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)*

*Bahan B*

Santan pekat dari satu biji kelapa
3 keping asam gelugor
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes
Satu sudu makan cili boh *(kalau tak suka pedas, tinggalkan)*
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka_ *(atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan")*
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

*Cara Memasak*

Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan.
Pijarkan minyak di dalam periuk
Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau
Masukkan rempah kari dan cili boh *(jika guna)* dan goreng sehingga keluar minyak
Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan *(ketepikan sekeping untuk sambal kelapa)*. Biarkan mendidih
Masukkan santan pekat dan asam gelugor
Bila mendidih masukkan gula merah
Masukkan garam dan sesuaikan rasanya *(kalau sudah masam, keluarkan asam gelugur)*
Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.
Sambal kelapa untuk Nasi Dagang

*Bahan-Bahan*

Kelapa parut *(sebiji)*, disangrai sehingga perang
4 sudu makan gula kabung *(manisan)*
Sekeping ikan tongkol rebus, asingkn isinya sja

*Cara Memasak*

Tumbuk semua Bahan-Bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.



RESEPI MEE BANDUNG MUAR
(RESEPI ASLI MUAR)

*Bahan-Bahan*

1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering *(buang biji dan rebus, toskan)*
1 labu bawang putih *(diketuk)*
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air *(alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)*
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus *(dipotong nipis)*
Sawi *(sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)*
Kobis *(sukatan ikut suka, hiris kasar)*
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam *(mengikut jumlah hidangan)*
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka *(dihiris)*

*NOTE*

Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai2 modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.

*Cara Memasak*

1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan udang, daging rebus *(dan bahan no. 15 jika ada)*.
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

*Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan2.)*
1. Ambil sedikit kuah *(dan rencahnya untuk 1 orang makan)*
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
5. Hidangkn.



RESEPI GULAI NENAS IKAN KERING ORANG UTARA

*Bahan-Bahan*

1 paket serbuk kari ikan / ikan kering
1 biji nenas
Isi / tulang ikan talang kering
Santan
garam
bawang merah
daun kari
minyak untuk menumis

*Cara Memasak*

1. Ikan talang direndam.
2. Rebus nenas yang telah dipotong bersama2 dengan serbuk kari sehingga hampir kering dengan api sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih.
3. Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang tersebut. *(Rasa dulu)*
4. Bawang merah dimayang kemudian ditumis didalam kuali bersama2 dengan daun kari.
5. Setelah garing masukkan bawang bersama2 minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi.
6. Kacau sebentar kemudian tutup periuk tadi.
7. Siap n boleh dimakan.



RESEPI AYAM BERCILI MASAK KETUMBAR

*Bahan-Bahan*

½ kg ayam
Serbuk kunyit gaulkan
Sedikit garam
6 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
sedikit halia
4 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis di mesin halus
4 sudu besar cili mesin/cili boh
2 asam keping

*Cara Memasak*

1. Goreng ayam sehingga garing. Setelah garing bolehlah diangkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau kedalam minyak lebihan ayam tadi *(agak2 minyak dengan bahan yang hendak dibuat sambalnya)*.
3. Masukkan cili mesin/cili boh sehingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis yang telah dimesin. Jika nampak pekat tuangkan sedikit air *(Gunakan api yang sederhana)*.
5. Masukkan asam keping, sedikit garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Hidangkan



RESEPI AYAM MASAK LOMAK CILI API NOGORI 9 STYLE

*Bahan-Bahan*

1 ekor ayam *(ayam kampung/ayam daging biasa *(ayam bandar) )*
30 ulas cili api/padi *(ikut suka - kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit)*
1 inci kunyit hidup
2-3 batang serai (dititik)
santan *(dri sebiji kelapa)*
2-3 ulas bawang putih & merah *(utk ayam bandar saja - hilangkan bau hanyir)*

*Cara Memasak*

1. Tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang putih & merah selumat2nya..
2. Bahan (1) tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali beserta serai yang dititik
3. Kecutkan ayam dengan Bahan-Bahan tadi supaya mesra hingga kering airnya
4. Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit minyak
5. Perisakan dgn garam *(serbuk perasa tak perlu..nanti tak pure)*
6. Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas tu bolehLAH ditutup apinya..

*Nota*

Kalau suka kentang, boleh masukkan selepas masukkan santan kedalam kuali dan kecilkan api supaya ia cepat empuk.