Tera Skincare Hilangkan Jerawat Dan Parut di Muka

Assalamualaikum. Korang pernah alami masalah jerawat tumbuh lepas tu parut dia tak hilang dekat muka tak? Mesti stress kan?

Dah pakai macam-macam produk tapi parut jerawat tu degil sungguh nak hilang. End up kulit muka jadi kusam dan comot. Mimpi ngeri pun bermula!

Tera Skincare Hilangkan Jerawat Dan Parut di Muka

Aku nak kongsikan produk penjagaan wajah, Tera Skincare yang membantu korang yang ada masalah jerawat dan parut di muka dan jadikan kulit muka kusam agar kembali segar. 

Kalau korang nak tau, produk Tera Skincare dapat membantu masalah kulit korang tu melalui proses pengelupasan (Exfoliation).




Kulit Kusam Dan Pengelupasan 

Aku nasihatkan sebelum korang mencuba apa sahaja produk, sila kaji dan faham kan betul-betul sebelum mencuba. Tiada siapa yang lebih faham tentang kulit korang melainkan diri sendiri.

Untuk pengetahuan juga, antara punca lain kulit kusam terjadi apabila kadar pembaharuan sel kulit lambat terjadi. Kadar pengelupasan sel kulit baru bagi kulit sihat yang normal adalah sekitar satu bulan. Tambahan pula, semakin berusia seseorang kadar penggantian/pengelupasan akan menjadi semakin lambat. 

Exfoliation adalah proses pembuangan lapisan paling atas sel-sel kulit mati. Dengan membuang lapisan kulit mati ini, exfoliation membantu mencerahkan kulit dan membantu produk penjagaan muka menembusi ke dalam kulit dengan lebih dalam dan berkesan.


Kenapa Proses Pengelupasan Itu Penting?

  • Untuk membuang lapisan atas kulit mati epidermis yang sentiasa terhasil setiap minit.
  • Pengumpulan sel-sel mati akan mengakibatkan lapisan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya.
  • Sel-sel mati itu juga menyumbang kepada masalah umum kulit jerawat, jeragat, liang pori terbuka dan 'blackhead'.


Penyebab Utama Sel Kulit Mati
  • Kesan daripada sinar UV matahari yang merbahaya.
  • Kekerapan pakai makeup dan cucian wajah yang tidak sempurna menyebabkan kotoran terkumpul dipermukaan kulit.
  • Kekerapan menukar pencuci muka
  • Penggunaan pencuci yang ada merkuri


Kenapa Tera Skincare?


Tera Skincare telah didaftarkan dan berada di bawah pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Antara manfaat yang diperolehi daripada Tera Skincare adalah seperti berikut:

  1. Membantu masalah JERAGAT KRONIK
  2. Membantu masalah parut berlubang akibat jerawat
  3. Membantu masalah JERAWAT teruk dan bernanah
  4. Merangsang pertumbuhan sel kulit baru
  5. Melindungi kulit daripada sinar UV berlebihan
  6. Mengecilkan liang pori & membantu masalah white head & black head
  7. Melicin & mencerahkan kulit seawal 3 hari sahaja
  8. Mengembalikan keseimbangan PH kulit & mengelakkan kulit kusam dan gelap
  9. Menegangkan kulit muka
  10. Melembapkan kulit muka
  11. Memudarkan parut dan jeragat
  12. Membantu kulit kusam agar kembali segar


Cara Guna Set Kecantikan Tera Skincare

Sebelum korang menggunakan Set Kecantikan Tera Skincare ni korang kena bersedia dengan fasa yang bakal korang tempuh untuk dapatkan kulit yang di idamkan.  Ada 14 hari kesemuanya. 





#1 – Carrot Soap | NOT190703618K

Bahan-bahan: Carrot, Daucus Carota & Gycerin.

Cuci muka dua kali sehari menggunakan Carrot Soap. Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mencuci muka dengan Carrot Soap. 

Carrot Soap dapat membantu mencerahkan kulit, mengecilkan pori, mengekalkan kelembapan wajah dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.


#2 – Soft Pearl Peeling Toner | NOT190703629K

Bahan-bahan: Aqua, Arbutin & Allatoin.

Pemakaian Soft Pearl Peeling Toner adalah bertujuan untuk menanggalkan kulit mati dan merangsang pertumbuhan kulit baru secara semulajadi. 

Soft Pearl Peeling Toner juga berfungsi untuk meratakan tona kulit muka.

Spray Soft Pearl Peel Toner pada kapas muka kemudian sapu nipis di bahagian kulit yang bermasalah. Korang perlu guna Soft Pearl Peel Toner setelah selesai proses peeling.


#3 – Flawless Day Cream | NOT190303009K

Bahan-bahan : Cera Alba, Carrot & Paraffinum Liquidum

Cara guna Flawless Day Cream adalah disapukan nipis pada muka dan sesuai juga dijadikan sebagai make up base. Flawless Day Cream membantu mencegah kulit dari kering dan berminyak dan melindungi kulit dari sinar UV berbahaya.


#4 – Stardust Night Cream | NOT190303390K

Bahan-bahan: Glycerin, Arbutin & Aqua

Sama seperti Soft Pearl Peel Toner, korang perlu pakai Stardust Night Cream selepas prosess peeling selesai tau. Stardust Night Cream membantu mencerahkan dan memutihkan kulit, memudarkan jeragat, menghapuskan jerawat, menegangkan kulit muka serta bertindak sebagai anti penuaan. 





Testimoni Berjaya Tera Skincare






Cara Pembelian Produk Tera Skincare

Korang boleh hubungi no dekat bawah ni untuk sebarang pertanyaan dan juga pembelian.

Contact: 019-2161708



Note: Apa yang penting dalam mendapatkan kulit yang cantik dan sihat kita perlu faham dan atleast tahu kesan baik buruk sesuatu produk. Dapatkan nasihat daripada pakar sebelum korang nak cuba. 

Cara beli Tiket Superpark Malaysia Secara Online

Assalamualaikum, aku nak kongsikan cara beli tiket Superpark Malaysia secara online. 

Kenapa beli secara online adalah untuk jimatkan masa korang untuk beratur sebab kena isi maklumat Waiver yang agak melecehkan.  

Nanti bila dah sampai ke Superpark cuma tunjukan email bukti pembelian dekat kaunter jualan.

Superpark Malaysia memang sentiasa penuh dengan pengunjung jadi beli awal untuk elak kesesakan. Tapi jangan lah risau, walau penuh dengan manusia tapi masih enjoy untuk bermain dekat dalam tu.


Cara beli Tiket Superpark Malaysia Secara Online

Boleh baca pengalaman pertama kali aku ke SuperPark Malaysia - Sempena Cabaran Superpark Super Race

Pergi ke laman web Superpark Malaysia dan klik BOOK NOW Select date yang korang nak pergi.

Boleh beli tiket banyak-banyak sekaligus tapi kalau korang ada voucher diskaun kena beli tiket satu persatu.




Waktu Operasi Superpark Malaysia Secara Online


Pilih Regular Ticket atau Super Day Ticket.

Regular ticket – Isnin sehingga Jumaat, kecuali Cuti Umum dan Cuti Sekolah.
Super Day ticket – Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah.


Lepas pilih jenis tiket boleh pilih sesi bermain. Ada empat sesi yang ditawarkan. Harga tiket setiap sesi berbeza bergantung kepada hari yang dipilih. Semestinya Super Day Ticket lebih mahal.

One-day ticket - All day access to the park from 9am to 9pm
Morning mayhem - access to the park from 9am to 1pm
Middle session - access to the park from 1.30pm to 5.30pm
After 6 pm - access to the park from 6pm to 9pm


Berbaloi kalau habiskan satu hari dekat sana. Boleh keluar masuk park dan jangan hilangkan tiket yang dipakai di pergelangan tangan tu je.






Dah siap pilih kuantiti, klik “I have read and agree” dan boleh klik checkout.




Ha dekat sini la korang akan habiskan banyak masa untuk isi maklumat waiver kalau beli tiket di kaunter. 

Waiver harus berumur 18 tahun ke atas, dan sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tak di ingini waiver akan dihubungi. Gitu.

Maka nanti pilih untuk simpan maklumat waiver dalam website Superpark Malaysia supaya untuk next visit korang tak perlu isi maklumat yang sama. 




Bila dah save maklumat sebelum ni, untuk next purchase website dah boleh pull maklumat korang yang pernah isi sebelum ni. jimat masa.




Masukan discount code jika ada. Kalau tak boleh teruskan buat pembayaran.




Pilihan pembayaran disediakan setakat ini hanyalah Credit Card sahaja. Hopefully Superpark Malaysia boleh tambahkan lagi cara pembayaran lain di masa hadapan.

Lepas selesai buat pembayaran, korang akan terima email notification dan hanya tunjuk email tu atau beri no kad pengenalan Waiver semasa mendaftar masuk.

Setakat tu sahaja perkongsian aku tentang cara beli Tiket Superpark Malaysia Secara Online. Atleast korang dah boleh bayangkan apa perlu dibuat seterusnya. Harap membantu. 

Raikan Hari Coklat Sedunia Dengan Pelancaran Kitkat Popcorn

Sempena meraikan Hari Coklat Sedunia bersama KITKAT, penggemar coklat di seluruh Malaysia berpeluang meraikan Hari Coklat dengan keluaran coklat edisi terhad KITKAT iaitu KITKAT Popcorn.

Tahun ni KITKAT tampil lebih berani menampilkan gabungan luar biasa, perisa manis dan masin sesuai dengan selera rakyat Malaysia yang memang gemar makan manis macam aku.

Kalau sebelum ni KITKAT telah pun menghasilkan pelbagai kombinasi perisa yang unik seperti KITKAT Green Tea, KITKAT Duo Teh Tarik, KITKAT Rose Bandung dan banyak lagi.




Pelancaran Kitkat Popcorn Sempena Hari Coklat Sedunia

Memang tak pernah ketandusan idea betul la KITKAT ni, maka terhasil lah KITKAT Popcorn, varian KITKAT yang julung kalinya menampilkan gabungan perisa manis dan masin.

KITKAT Popcorn menyerlahkan gabungan perisa manis dan masin dalam coklat susu yang halus, disaluti dengan empingan karamel masin, dilapisi kepingan wafer segar yang ranggup dengan praline popcorn caramel. Tidak syak lagi ia pasti memukau pengemar KITKAT!




Menurut Sachin Goel, Pegawai Eksekutif Perniagaan di bawah Unit Perniagaan Konfeksi (Pasaran ASEAN), Nestlè Malaysia berkata,” Kami berasa cukup bangga dapat mencipta cara menikmati masa rehat yang lebih istimewa, di mana penggemar KITKAT dapat menikmati produk yang lazat dengan penuh kegembiraan dan keseronokan.

Bertih jagung merupakan trend popular di seluruh dunia, termasuklah Malaysia. Bukan itu sahaja, bertih jagung bukan lagi snek yang dinikmati dalam pawagam sahaja. 

Ramai juga menikmati bertih jagung ketika menonton rancangan kegemaran mereka di televisyen bersama keluarga dan rakan-rakan.

Kami mencipta KITKAT Popcorn supaya penggemar sendiri dapat merasai sendiri betapa sempurnanya gabungan rasa manis dan masin, kami percaya ia pasti mengujakan sesiapa sahaja yang menikmati produk ini.”

Mengikut Pelan Koko Nestle, KITKAT Popcorn diperbuat daripada 100% koko lestari. Pelan Koko Nestlè telah dilancarkan pada tahun 2009 dengan matlamat untuk menaiktaraf kehidupan komuniti petani koko di Côte d'Ivoire di samping meningkatkan kualiti kehidupan dan menyumbang kearah masa depan yang lebih baik. Di Malaysia, KITKAT Malaysia mengeluarkan rangkaian produk KITKAT di kilangnya di Chembong, Negeri Sembilan.

Varian Terbaru KITKAT Perisa Popcorn


Edisi terbaharu KITKAT Popcorn yang enak ini boleh didapati sama ada dalam bentuk 2 jejari (2-Finger) atau pek pelbagai yang mengandungi 5 unit 2 jejari (2-Finger) yang boleh didapati di pasaraya terkemuka di seluruh Malaysia pada harga RM 1.50 dan RM 6.50 (harga saranan pengguna).

Dalam beberapa tahun ini, KITKAT turut mengembangkan perniagaannya dalam pasaran konfeksi gubahan mengikut cita rasa pengguna sendiri (customised) dengan pengenalan KITKAT Chocolatory pada tahun 2016.


Ia merupakan sebuah kedai konsep coklat di Mid Valley Megamall dan menawarkan lebih daripada 10,000 kombinasi coklat, sekaligus memenuhi selera pencinta coklat yang berpelbagai, mengikut cita rasa mereka.

KITKAT Popcorn merupakan keluaran terbaharu dalam portfolio produk KITKAT popular yang merangkumi KITKAT coklat susu 2 jejari dan 4 jejari, KITKAT Bar, KITKAT Bites, KITKAT Chunky, KITKAT Green Tea yang diinsipirasikan daripada Jepun, KITKAT Mini yang bersaiz mampat, serta KITKAT DUO Teh Tarik yang merupakan kegemaran rakyat tempatan.

Pendapat Aku Tentang KITKAT Popcorn

Sebagai peminat tegar KITKAT, semestinya aku amat gembira apabila KITKAT terus menerus menawarkan kepelbagaian perisa. Lebih banyak pilihan lebih bagus untuk pelanggan. KITKAT Popcorn memang terasa la manis dan crunchy bila kunyah.

Sesuai di makan masa tengok wayang dan aku selalu beli KITKAT sebagai pembekal tenaga terutama kalau ada kerja dekat luar. Bosan-bosan kunyah la KITKAT, atleast jadi alas perut bila sibuk dengan urusan kerja.

Korang beli dan rasai sendiri. Nanti kongsi la pendapat korang tentang KITKAT Popcorn ni ya.


MPH Bookstores Dah Ada Di Shopee

Seronoknya bila MPH Bookstores dah ada dekat Shopee guys. Dah boleh shopping buku secara online dan tunggu je abang Posmen hantar ke rumah. 

Semakin meriah la shopping dekat Shopee lepas ni.

MPH yang dikenali sebagai Kedai buku nombor satu di negara ini telah bekerjasama dengan Shopee, platform e-dagang nombor satu Malaysia, dalam menyediakan saluran alternatif untuk pelanggan membeli buku mereka.

Ajar Anak Tentang Akil Baligh Dan Seks

Aku kongsikan topik mengajar anak tentang akil bakigh dan juga seks sebab aku rasa ini antara topik ibubapa wajib faham tapi selalu dipandang ringan. 

Oleh sebab aku pun ada anak lelaki yang sedang membesar dan sifat ingin tahu dia tu kadang-kadang buat aku seram nak jawab.

Jadi aku bercadang nak cari ilmu tentang akil baligh dan cara nak kenalkan anak dengan pendidikan seks dan kemudian kongsi dekat blog. Atleast dapat juga berkongsi dengan orang lain.

Ajar Anak Tentang Akil Baligh Dan Seks

Perlu ke ajar anak tentang seks? Tak cukup ke pendidikan di sekolah? Waktu umur berapa perlu ibubapa ajar anak tentang seks? 

Dan sebagainya. Soalan-soalan ni memang bermain dekat fikiran aku. jadi jom teruskan membaca.




Mengajar Anak Tentang Akil Baligh & Seks


Rujukan utama aku adalah Saudara Akhi Fairuz. Beliau merupakan seorang penceramah yang selalu buat talk di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. 

Suka dengan cara penerangan dia yang segar, dan penggunaan bahasa yang berhemah.
Kalau di Facebook Akhi Fairuz suka menulis tentang isu Pendidikan Seksualiti Kanak-Kanak, Remaja. Review Drama & Filem, serta isu semasa.

Boleh follow Akhifairuz di Facebook

Melalui Akhi Fairuz ni lah juga aku dapat idea nak terangkan tentang perkara-perkara yang aku rasa malu nak ajar anak lelaki aku. Malu tapi kena buat juga. 

Lebih elok dia belajar dari aku dari dia dapat dari Google dan salah faham.

Ibubapa kena faham yang akil baligh lelaki dan perempuan berbeza. Memang dah jadi kebiasaan, didikan akil baligh selalu ditekankan pada anak perempuan sahaja sebab tanda-tanda mereka lebih jelas kelihatan seperti datang haid.

Didikan untuk perempuan tentang akil baligh; keluar darah haid, pakai pad, mandi wajib, menutup aurat dan kawasan larangan bahagian tubuh.

Tapi untuk anak lelaki, tanda- tanda seperti bertukar suara garau, sudah tumbuh bulu di wajah, ketiak, kaki dan kemaluan ni selalu diabaikan.

Anak-anak yang dibiarkan membesar tanpa faham perubahan ni akan menjadi semakin senyap dan dingin. 

Semakin menjauhi ibubapa dan semakin rapat dengan kawan-kawan. Jadi jangan pelik kalau anak-anak lebih percayakan kawan-kawan.




7 Perkara Ibubapa Perlu Tahu Untuk Ajar Anak Tentang Akil Baligh & Seks


#1 Kena ajar anak lelaki sejak kecil tentang kemaluannya (nama sebenar, apa itu ereksi, ejakulasi, fungsi testis). 

Kemudian, ia akan memudahkan urusan ibubapa bercerita fizikal mana pada tubuh badan anak akan berubah dari semasa ke semasa.

#2 Dari kecil kena tanamkan pada jiwa anak lelaki untuk prihatin dan bertanggungjawab pada wanita (terutama pada ibu, adik perempuan, kakak dan isterinya kelak) serta menjaga amanah yang diberikan Tuhan.

#3 Si ayah wajib mengajar anaknya cara mandi wajib. Buat praktikal supaya anak lebih faham. Tidak boleh harapkan pembelajaran di sekolah sahaja. Ibu juga kena ambil bahagian untuk terangkan kepada anak.

#4 Ibubapa kena terangkan fizikal dan bahagian mana yang akan berubah.
  •         Dada membidang
  •         Tumbuh bulu-bulu di ketiak, bulu pubis, bulu kaki melebat dan lain-lain perubahan.
  •           Suara menjadi garau.


#5 Anak lelaki biasanya jenis tak ambil kisah tentang diri. Jadi ibu bapa kena tekankan tentang penjagaan diri dan jadi tanggungjawab ibubapa untuk belikan pencuci muka, deodorant, minyak wangi, dan pakaian bersesuaian.

#6 Layan mereka seperti seorang kawan. Menjadi pendengar yang baik dan setia.

#7 Jika dari kecil kita tidak kekok bercerita tentang hal-hal seksual pada anak dengan tujuan mendidik, maka anak-anak tak akan malu dan sembunyikan sesuatu pada kita. Contoh kawan ajak tengok video lucah di handphone. Anak-anak akan maklumkan pada kita.

Resepi Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum, mood berkongsi resepi tengah on jadi kali ni nak kongsi resepi daging masak Kicap Mudah Dan Sedap versi aku. 

Kenapa daging masak kicap ni mudah sebab kali ni aku buat kelainan tak masukan rempah macam bunga lawang dan kawan-kawan dia. Tapi rasa masih sedap.


Resepi Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap 

Selalu aku masak kicap mak aku ajar supaya tambah bunga cengkih, bunga lawang, dan kulit kayu manis. Kebiasaan aku paling malang akan tergigit bunga cengkih. 

Tak dapat beza sebab kuah dia hitam jadi memang terganggu selera makan aku.


Oleh sebab aku nak makan Daging Masak Kicap dengan aman jadi kali ni aku decide untuk tak tambah rempah tu semua. Masih lagi sedap mengikut tekak aku. Jadi mudah untuk aku yang tersangat rajin ni.


Resepi Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap Ikut Tekak Aku

Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap adalah seperti berikut. Jangan stress kalau orang kata masak tu mudah ok, basuh pinggan lagi susah dari memasak.

Percayalah!

Semangkuk daging lembu. Nak sedap dan tak perlu kunyah banyak kali semestinya kena guna daging batang pinang yo. Aku guna bahagian isi, urat bercampur lemak. Masih sedap yo.

Dua biji bawang besar, dua ulas bawang putih, satu inci halia dihiris. Aku malas nak tumbuk, jadi aku hiris je semua bahan. Kan resepi ni namanya resepi mudah.

Empat helai daun bawang yang dipotong dua inci. Tiga sudu cili kisar, 5 sudu kicap manis, minyak untuk menumis dan sedikit air.


Cara-cara memasak Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap adalah seperti berikut.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dihiris. Setelah naik bau, masukkan cili kisar dan kacau lagi.

Masukkan kicap manis dan biar menggelegak. Seterusnya masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.

Boleh masukkan tomato jika suka.

Siap. 


Lapan Petua Melembutkan Daging
  1. Rebus daging dan masukkan sudu. Ini selalu aku buat dan berkesan.
  2. Rebus bersama daun betik.
  3. Rebus bersama tebu. Kat tengah bandar mana pulak nak cari tebu hoi.
  4. Perap daging dengan cuka makan atau masukkan cuka semasa merebus makanan. Aku belum pernah cuba.
  5. Selain cuka boleh gantikan dengan lemon atau limau nipis selagi ianya bersifat asid.
  6. Guna buah kurma untuk lembutkan daging. Masukkan empat ke lima biji kurma dalam masakan.
  7. Rebus bersama gula batu katanya dapat melembutkan daging.
  8. Kalau susah sangat, beli je pressure cooker dan rebus daging selama 30 minit. Confirm lembut. Aku? guna je pressure cooker. Senang kerja.




Superpark Malaysia Avenue K Best Ke?

SuperPark Malaysia dikenali sebagai indoor park yang sesuai untuk satu keluarga terletak di tingkat 4 Avenue K, Kuala Lumpur. Dari Ice Skating sehinggalah ke flying fox, pendek kata segala aktiviti menarik ada di bawah satu bumbung.

Kami habiskan masa seharian bermain di SuperPark Malaysia. Berbaloi sangat dengan harga tiket yang dibayar. Kali pertama aku datang ke Super Park atas undangan dari pihak Superpark atas pelancaran pakej permainan mereka. 

Review SuperPark Malaysia Avenue K 

Oleh sebab ini kali kedua aku datang ke SuperPark Malaysia, jadi aku lah yang bertanggungjawab untuk pastikan aktiviti keluarga kami berjalan lancar. Suami dan anak-anak semestinya setuju tanpa bantahan.



Kami sampai sekitar pukul 11 pagi. Memang dah penuhkan perut dan teruja nak cuba semua permainan dekat dalam tu. So far hanya Ice Skating, iWall dan Super Climb sahaja yang kami tak cuba.


Aku suka dan cadangkan korang untuk bawa anak-anak ke SuperPark Malaysia sebab memang seronok gila  tempat ni. Aku jamin bukan kanak-kanak je yang teruja sebab permainan dekat dalam SuperPark Malaysia sesuai untuk semua lapisan umur.




9 Sebab Kena Pergi Superpark Malaysia



#1 Ada banyak jenis mainan yang boleh di cuba mengikut peringkat umur.

#2 Sentiasa ada staff untuk pantau dan juga hulurkan bantuan kalau nampak kita macam blur. Suka senyum pula tu.

#3 Tak perlu beratur lama untuk main. Setiap game ada had limit masa dan ada staff yang jaga.
#4 Ada tandas yang bersih, besar dan selesa.

#5 Nursing room disediakan dan boleh ambil air sejuk dekat dalam bilik tu. Ibu bapa boleh letak flusk dalam loker.

#6 Setiap tiket entitle satu loker. Boleh guna sepanjang hari dan tiada limit untuk guna. Loker cukup besar untuk letak beg galas dan selamat.

#7 Anak-anak di bawah tiga tahun boleh bermain di gym yang disediakan khas untuk mereka.

#8 SuperPark Malaysia terjaga kebersihan dia walau ramai orang main dekat dalam tu. Jadi aku yakin lepaskan anak-anak aku bermain, termasuk la memanjat dan tergolek.

#9 SuperPark Malaysia juga sediakan bilik untuk private party dan juga team building.




Harga Tiket SuperPark Malaysia

Tiket kanak-kanak dan orang dewasa adalah sama. Kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas kena beli tiket. Apa yang bezakan hanyalah sesi bermain dan hari korang pergi je.








Untuk pergi ke SuperPark Malaysia korang boleh naik pengangkutan awam atau drive kereta dan waze saja ke bangunan Avenue K ni. Untuk yang nak elak jammed dan mudah boleh naik LRT menghala ke Kelana Jaya dan berhenti di stesyen KLCC.


ADDRESS

Unit 4-1, Level 4, Avenue K Shopping Mall, 156, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur

OPENING HOURS

Monday – Friday, 10am – 9pm
Sat, Sun, Public and School Holidays, 9am – 9pm

CONTACT NUMBER

+603 2789 1408
(9am – 6pm)

Lelah Dengan Kehidupan Just A Random Talk

Lelah Dengan Kehidupan Just A Random Talk

Assalamualaikum. Pernah rasa lelah dan berat nak meneruskan kehidupan?

Aku rasa itu perkara dan perasaan biasa yang semua orang akan rasa. Terpaling lelah bila penat berusaha tapi masih belum bertemu hasilnya.

Weekend kebiasaannya akan jadi hari tersibuk aku dalam kehidupan. Kalau orang lain sibuk bekerja pada hari biasa, surirumah macam aku akan mula 'bekerja' pada hari Sabtu dan Ahad.

Mana tak nya Big Boss merangkap suami dan anak-anak ada 24 jam depan mata.



Weekend juga lah aku akan cuba curi masa untuk update semua perkara dalam blog. Kemas kini plan untuk seminggu dan kemas rumah sebab hari biasa anak bongsu lebih suka melekat tak izinkan aku bergerak bebas.

Weekend aku selalunya akan keluar beli barangan dapur, kemudian balik kemas stok dan memasak. Benda tu duk ulang over dan over dan over. Sebab tu terkadang jadi lelah.

Bukanlah aku menyesal atau aku kata surirumah is a night mare. Tak pun cuma how we handle it. Dia akan jadi rumah ku syurga ku atau sebaliknya.

Semoga Hari Isnin aku lebih ceria.

Cuma aku terfikir, sampai bila ya semua putaran ni akan terus bersilih ganti. Masa keluar makan tadi, niat nak melawat pakcik yang pernah jaga anak sulung aku dari umur tiga bulan sampai umur Ikhwan tiga tahun.

Rupanya dia diserang strok awal tahun lepas, dan baru-baru ni dimasukan ke Hospital sebab bacaan kencing manis terlalu tinggi.

Bila aku mesej anak pakcik, dia kata Pakcik dan tiada. Kelmarin pakcik tinggalkan kami semua. Tak lama pun jarak masa.

Sedihnya hati. Terkilan pun ya juga. Semoga pakcik tenang di sana. Pakcik orang yang baik, tak lokek senyuman, murah hati dan kuat bekerja.

AlFatihah.



Syarat Bersumpah Dengan Al Quran

Syarat Bersumpah Dengan Al Quran  

Assalamualaikum. Sedih betul bila baca berita tentang remaja perempuan yang sanggup pijak kitab suci Al Quran semata-mata untuk buktikan sumpah yang dia bercakap benar. Tapi kenapa perlu pijak, sedangkan Al Quran itu perlu dijunjung dan dihormati. Apa yang cuba dia buktikan sebenarnya? Berani kerana bercakap benar?

Jadi, bila keluar berita memijak Al Quran ni rasa macam dah melampau sangat. Pijak kerana nak kawan-kawan dia percaya yang dia melakukan maksiat. Allahuakbar.   Jadi kita tak boleh selesa sangat dengan apa yang berlaku sekarang. Kita kena pastikan anak-anak, keluarga, saudara mara kita faham dan cintakan Al Quran. Lengkapkan diri dengan ilmu. 

Semuanya bermula dari rumah kan? Kita cuba lakukan bahagian kita dahulu. Melalui kepimpinan dan tauladan, 

Farhat Soothing Mist Bantu Atasi Masalah Kulit

Memiliki kulit yang cantik dan bebas masalah kulit merupakan idaman setiap orang dan ada segelintirnya sanggup mengambil risiko tanpa mempedulikan kesan jangka panjang pada kesihatan.

Siapa tak mahu cantik? Impian semua kot. 

Ikut pengalaman aku sendiri, memang ada kenalan aku yang berperangai ‘asal boleh’ bila mencuba produk kecantikan.

Sikap asal boleh ni disebabkan oleh kurangnya pendedahan, kurang pengetahuan tentang kecantikan dan sifat sambil lewa. 


Farhat Soothing Mist Bantu Atasi Masalah Kulit  

Seakan terdesak, mereka percaya bulat-bulat bila penjual menerangkan betapa bagusnya produk yang mereka jual. Memang ngeri.

Sepatutnya dapatkan maklumat tentang bahan-bahan yang terdapat dalam sesebuah produk dan rujuk kepada pakar terutama mereka yang ada masalah kulit sensitif. 

Seronok bila dapat tambah ilmu semasa menghadiri pelancaran produk Farhat Soothing Mist yang dapat membantu masalah kulit baru-baru ni. 




Farhat Laboratoires Perkenalkan Farhat Soothing Mist Bantu Tangani Masalah Kulit

Aku berpeluang mengenali Dr Farhat Ayaz Pengasas Farhat Laboratoires, semasa pelancaran Farhat Soothing Mist di Kliniknya Sabtu lepas di Kota Damansara.



Berdasarkan pengalaman Dr Farhat selama lebih 15 tahun dalam bidang penjagaan kesihatan kulit, Dr menekankan pencegahan adalah penting dalam memastikan kesihatan yang berpanjangan. 

Seperti kata pepatah “Cegah sebelum parah”.




Farhat Soothing Mist merupakan semburan bagi membantu mereka yang ada masalah kulit akibat penggunaan produk kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit wajah

Farhat Soothing Mist tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya dan bahan terlarang, produk terbaharu ini membantu mengatasi masalah kulit pengguna secara semula jadi.




Fungsi utama Farhat Soothing Mist menenangkan kerengsaan kulit dan seterusnya mengelakkannya daripada kekal teruk serta bermasalah.

Formulasi istimewa daripada sumber alam dengan ekstrak bunga-bungaan dan daun menjadi ramuan utama dalam meminimumkan stress pada kulit wajah.

Harga: RM150.00 sebotol | 100ml




Ramuan Istimewa Farhat Soothing Mist

Mengandungi ramuan seperti daun Hamamelis Virginia (daun witch hazel) membantu mengurangkan keradangan. 

Sifat-sifat antikeradangan yang terdapat pada tumbuhan herba ini membantu meredakan keadaan tanpa bertindak secara langsung kepada penyebab keradangan, sekali gus memberikan kesan yang lembut pada kulit.

Selain itu, bunga mawar Damsyik (Rosa damascena) dan bunga kamomil (Chamomilla recutita) bukan sahaja dikenali dengan sifat wangian semulajadi tetapi juga ciri-ciri farmakologikal termasuk antibakteria, antitusif, dan kesan yang membantu menenangkan keradangan kulit. 

Perlindungan antioksida yang terdapat pada bunga-bungaan ini juga mampu menenangkan dan memberi kelembapan kulit.

Daun aloe vera (Aloe barbadenesis) pula bersifat memulih dan antikeradangan yang mengurangkan kerengsaan kulit. 

Kandungan giberellin dalam tumbuhan ini berperanan sebagai hormon pembesaran yang merangsang pembentukan sel-sel baharu. 

Ini seterusnya membenarkan keadaan kulit bertambah baik dengan lebih pantas serta meminimumkan kesan parut.

Kehadiran herba Centella asiatica seperti pegaga yang mengandungi sebatian aktif termasuk madecassoside berperanan sebagai antioksida pada kulit. 

Kandungan yang kaya dengan asid amino juga memberi kelembapan yang baik dan menenangkan kulit yang bermasalah atau rosak. 

Ia juga mengurangkan kesan kerosakan kulit akibat sinaran cahaya matahari serta meningkatkan keupayaan perlindungan kulit.

Farhat Soothing Mist juga mengandungi sebatian magnesium sulfat yang membantu dalam memastikan kulit sentiasa segar, sihat dan kelihatan muda dengan membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah serta mengatasi masalah jerawat dan jeragat. 

Manakala sodium hyaluronate mampu meresap ke bahagian dalam kulit wajah, memastikan kelembapan kulit yang berpanjangan. 

Ia juga tidak toksik, tidak memberi kerosakan atau merengsa kulit.




Selain Farhat Soothing Mist, antara produk lain yang boleh didapati di Klinik Kulit Dr Farhat Ayaz, Farhat Laboratoires & Farhat Wellness adalah:

  • Blossom beauty soap (RM50)
  • My secret weapon (RM120)
  • Sleeping mask (RM150)
  • Recovery serum (RM120)


Farhat Laboratoires sentiasa memberi tumpuan pada produk penjagaan dan kecantikan kulit terutamanya kulit wajah dengan menyediakan rangkaian produk berkualiti tinggi yang sesuai dengan segenap keperluan kulit.




Ciri-ciri Produk Terlarang

Pernah tak semak isi kandungan produk kecantikan sebelum membeli? Kalau ada, baguslah. 

Antara ramuan terlarang popular yang sering digunakan oleh pengeluar produk kosmetik dan penjagaan kulit yang tidak bertangunggjawab adalah seperti merkuri, plumbum dan juga bahan racun seperti hidrokuinon, tretinoin, paraben, antibiotic, dan juga kortikosteroid.

Ramuan tersebut mampu memberi kesan negatif pada kulit dan kesihatan dalam jangka masa pendek dan panjang seperti:


Kesan Merkuri Pada Kulit Dan Kesihatan

  • Menyebabkan kerosakan buah pinggang dan saraf.
  • Berpotensi mengganggu perkembangan otak bayi dalam kandungan.
  • Risiko kepada kanak-kanak yang boleh mengakibatkan ruam, kerengsaan, dan perubahan tona kulit.


Kesan Hidrokuinon Pada Kulit Dan Kesihatan

  • Hidrokuinon biasannya ditambah ke produk pemutih kulit bagi mendapatkan kulit yang lebih cerah atau merawat masalah pigmentasi pada kulit.
  • Menjadikan kulit kemerah-merahan, perubahan warna kulit dan hipersensitif.
  • Mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV yang berbahaya dan meningkatkan risiko kanser kulit.


Kesan Tretinoin Dan Antibiotik Pada Kulit Dan Kesihatan

Sementara tretinoin dan antibiotik digunakan untuk merawat masalah kulit berjerawat. Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa ramuan berkenaan menjadikan kulit tidak selesa, pedih dan mengelupas serta sangat sensitif pada matahari.

Penyalahgunaan krim kortikosteroid pula dikaitkan dengan masalah penipisan kulit, peningkatan kanser kulit serta kulit yang semakin gelap.

Bila kurangnya pengetahuan dan kesedaran memilih produk kosmetik yang selamat, kecenderungan untuk guna produk kosmetik yang salah dan tak sesuai itu lah yang sebabkan kulit terima padahnya.

Produk kosmetik dan penjagaan kulit yang tidak sesuai pada keadaan kulit juga memberikan kesan negatif pada kulit termasuk jerawat, jeragat, kegatalan dan keadaan yang sensitif.

Paling utama: rangkaian produk Farhat Laboratoires memperoleh kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Boleh hubungi no dibawah untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut tentang Farhat Laboratoires & Farhat Wellness:

Alamat : No.29-G, Jalan PJU 5/20A

The Strand Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor


Email : farhatlaboratoires@gmail.com
Talian untuk dihubungi  : +6019 616 7505