Buat Kerja Sekolah Guna Aplikasi Canva

Assalamualaikum. Baru je selesai bantu Raudah buat kerja sekolah dia menggunakan aplikasi Canva. Bayangkan seawal usia lapan tahun dah kena dedahkan dengan platform digital dalam talian.

Kalau aku waktu umur lapan tahun, sibuk cari biji getah, kutip buah saga nak bawa ke sekolah untuk subjek matematik.

Sekarang dengan canggihnya teknologi, mudahnya akses internet cara pembelajaran pun turut berubah. Jadi tanggungjawab ibu bapa nak ajar anak di rumah.

Rasa seperti Raudah dah masuk Universiti pula. Mama kena tolong buat assignment.

 

Buat Kerja Sekolah Guna Aplikasi Canva


Sepanjang proses nak siapkan kerja kena duduk sebelah dia terangkan cara nak buat. Kecil lagi dah kena belajar Canva. Rasa kelakar pun ya.

Aku terbayang kawan-kawan dia yang kurang bernasib baik sebenarnya. Kalau jenis ibu bapa yang celik IT ni okay lagi. Walaupun sibuk bekerja, hujung minggu masih ada masa nak ajar anak.

Bayangkan murid yang tinggal bersama datuk dan nenek, atau ibu bapa yang tiada pengetahuan dan juga peranti dekat rumah.

Memang la cikgu bagi pilihan untuk salin maklumat di kertas atau buat poster tapi makan masa la kalau ikut cara tradisional.  

 
Buat-Kerja-Sekolah-Guna-Aplikasi-Canva


Program Sekolah BYOD & DLP

Jujurnya aku baru tahu istilah BYOD dan DLP adalah pada tahun lepas. Itu pun sebab waktu proses kemasukan ke sekolah Menengah Ikhwan, sekolah tanya jenis sekolah rendah dia.

Murid datang dari sekolah BYOD, DLP atau sekolah biasa. Wah macam ada kasta di situ kan? Tapi itulah kelebihan masing-masing untuk mencorakkan masa depan murid.  

BYOD adalah singkatan kepada Bring Your Own Device atau Bahasa Melayu, Bawa Perangkat Anda Sendiri. DLP pula ialah Dual Language Program, pembelajaran subjek Matematik dan Sains dalam dwi Bahasa.

Untuk sekolah anak aku ni, tahun ni dah semakin kerap cikgu menggalakkan penggunaan peranti untuk tujuan pembelajaran.

Sekolah baru je laksanakan program BYOD secara berperingkat dan fokus kepada murid tahap 2 terlebih dahulu sebab computer agak terhad di sekolah.

Oleh sebab itulah dah semakin banyak latihan dan juga pertandingan cikgu galakkan guna platform digital dalam talian.

Kerja-Sekolah-Guna-Aplikasi-Canva


 
Reka Bentuk Poster Guna Canva


Tambahan pula sekarang ni bulan Kemerdekaan. Jadi banyaklah aktiviti dan pertandingan sekolah adakan. Terkini, kena buat poster berkenaan Bunga Raya.

Dah dengan aku sekali belajar fakta tentang Bunga Raya. Lol.

Bila sekolah buat rasa sayang lah kalau tak sertai. Bukan nak menang pun tapi nak beri pendedahan dekat Raudah sebenarnya.

Tapi itulah, setiap kali ada kena buat poster setiap kali itulah kelas pembelajaran Canva dekat dia. Bersyukur sangat aku tahu asas Canva.

Setakat nak buat design guna template sedia ada, kemudian tambah elements yang perlu tu tiada masalah. InshaAllah boleh bantu dia.

sekolah-rendah


 

Secara kesimpulannya, adalah perlu untuk ibu bapa berikan pendedahan awal tentang penggunaan aplikasi Canva kepada anak-anak. Tugas kita bantu dan beri tunjuk ajar.

Makan Pan Mee Mala Soup & Dry Pot

Korang dah pernah cuba makan dekat Mala Soup & Dry Pot? Kalau belum, mari baca pengalaman pertama kali aku cuba makan Mala Soup & Dry Pot di AEON Mall Taman Maluri.

Kebetulan waktu hujung minggu kami melawat Ikhwan dan giliran outing pelajar lelaki, jadi kami bawa dia beli barang keperluan.

Ikut Lokasi, AEON Mall Taman Maluri adalah antara mall yang paling dekat dengan sekolah dia. Malas nak drive jauh sebab waktu agak terhad.

Dekat AEON Mall ni lah aku AEON Content Gempak Search 2023 Competition. 

Dapat keluar selepas Zohor dan sebelum pukul enam petang dah kena berada di dalam kawasan sekolah.


Mala-Dry-Pot-Pan-Mee


 

Makan Pan Mee Mala Soup & Dry Pot

 

Selesai cari barang kami menuju ke food court. Memandangkan jarang datang sini jadi keputusan itu lah paling tepat. Tempat paling mudah dah banyak pilihan makanan.

Selepas fikir banyak kali aku terpedaya lepas tengok presentation Mala Soup & Dry Pot. Waktu kami lalu depan kaunter akak tu siap bagi tester. Ikhwan teringin nak cuba Pan Mee dan aku pula cuba Tomyam Soup Noodle

Agak kena dengan tekak jadi tak salah nak mencuba. Ikhwan memang ikut selera tekak aku. Lain betul dengan ayah dia yang selalu play safe kalau bab makan. Lol.

Mala Hot Pot atau “Ma-La-Tang” adalah sejenis masakan China popular di Provinsi Sichuan yang bermaksud lada dan serbuk cili pedas dengan sensasi kebas. Mala Tang berasaskan konsep “Cepat, Lazat dan Murah”.


Pan-Mee-Mala-Soup-Dry-Pot


 

 

Review Makanan Mala Soup & Dry Pot

 

Review ini adalah mengikut anak tekak aku sendiri. Lebih elok korang cuba sendiri untuk feel yang lebih tepat.

Ikhwan makan Mala Dry Pot Pan Mee dan aku pula cuba Tomyam Soup Noodle Seafood Set dan aku pilih rice noodle. Harga standard dalam mall, pan mee RM 15.90 dan tomyam cost me RM 18.90.

Untuk TomYam aku puas hati tapi tak akan repeat lagi kalau kena buat pilihan. Kuah dia biasa-biasa saja. Tiada tarikan bagi aku.

Dalam mangkuk dapat Udang, Sotong, isi Ikan, cendawan dan bahan-bahan wajib tomyam wajib perlu ada. Kuah dia tak pekat jadi masam tu rasa sedang-sedang saja.


tomyam-Mala-Dry-Pot-Pan-Mee


Makan semangkuk tu memang kenyang lah. Gigih juga aku nak habiskan.

Ikhwan pula gigih nak habiskan Mala Dry Pot Pan Mee sebab memang pedas gila. Dalam mangkuk tu walaupun saiz hidangan kelihatan agak kecil tapi azab nak habiskan.


Mala-Pan-Mee


Orang yang suka makan pedas tiada masalah nak habiskan. Pan Mee dia sedap woi. Kacang tanah, cendawan hitam dan bijan tu bagi tekstur yang rangup.

Walaupun goreng kering macam tu tapi cukup rasa. Ada dua ketul jagung. Tidak terlalu keras dan boleh dikunyah.


Mala-Pot-Pan-Mee


 

Untuk korang nak yang cuba makan Mala Soup & Dry Pot boleh cuba menu kurang pedas dulu. Kalau tak siap sedia air okay.

Bidan Terjun Jadi Coach Futsal Prasekolah

Assalamualaikum. Life currently back to normal punya sibuk. Baru je habis training Futsal dengan Prasekolah dan akhirnya dapatlah bernafas macam biasa.

Sebulan yang lepas aku sibuk hari-hari ke sekolah setiap pagi kena train anak-anak prasekolah untuk persediaan Karnival Sukan Peringkat Negeri Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan kuala Lumpur.

Walupun kemenangan tidak memihak kepada kami, tapi kami kalah bermaruah. Mengalir air mata aku waktu tengok game anak-anak hari tu.

Rezeki team futsal jumpa team yang kuat, game pula main kalah mati. Team netball pula menang round pertama dan kalah di pusingan kedua.

Sengit ya game.

 

Bidan Terjun Jadi Coach Futsal Prasekolah

 

Alhamdulillah sesi latihan berjalan lancar walaupun fasiliti kami serba kekurangan. Aku pula jadi bidang terjun jadi coach untuk futsal.

Well, tepuk bahu sendiri, bangga dengan diri sendiri yang dapat adapt cabaran dengan masa yang terhad.

Ikutkan aku tak pernah main futsal tapi aku suka main bola. Faham tak? Setakat gelecek, passing bola tu aku tahu lah asas dia.

Jadi berbekalkan ilmu tak seberapa dan rujuk latihan dari Youtube dan TikTok aku turunkan ilmu kepada anak-anak.

Sepanjang latihan ada dua perlawanan persahabatan yang kami pergi. Jadi dapat lah rasa perit jerih, perasaan gementar dan kecewa serta rasa manisnya bila latihan membuahkan hasil.

 

coach-futsal-Peringkat-Negeri


Kumpulan Sokongan Ibu Bapa Sekolah


Nak kongsi dalam blog ni supaya nanti boleh ulang baca di masa hadapan. The process and the journey. Macamana aku boleh terjebak jadi coach dan bantu cikgu.

Penglibatan aku adalah secara tidak langsung sebab aku merupakan ahli jawatankuasa PIBG / KSIB sekolah.

Kumpulan sokongan khas ibu bapa yang memang tugas dia sokong sekolah untuk kemenjadian murid. Dekat prasekolah pula, Airis terpilih masuk bola jaring.

Alang-alang sokong dia, aku turun padang juga bantu cikgu.

Ikutkan ini tahun kedua aku pegang jawatan di sekolah. Tahun pertama aku aktif sebab waktu tu Ikhwan darjah enam. Sengaja libatkan diri memandangkan tahun terakhir dia.

Waktu AGM lepas nama aku dicalonkan sekali lagi dan memang awalnya aku menolak. Bagi peluang dekat ibu bapa lain.

Tapi dah takdir, rezeki dan ujian memang untuk aku. Dari dulu dah doa minta aku nak tabur bakti kepada Masyarakat.

Tak kisah wang ringgit, tenaga, idea, Kemahiran. Asal boleh menyumbang kepada tabung akhirat aku kira memang aku akan buat.


Karnival-Sukan-bolajaring-Peringkat-Negeri



Kongsi Pengalaman Manis Jadi Coach Futsal

 

Berbalik kepada cerita latih anak-anak prasekolah ni memang seronok. Hati anak-anak ni bersih, apa kita ajar dia itulah dia akan ikut.

Aku bahasakan diri sebagai Mama Di bila di padang. Suami aku kata, aku train cara keras. Setakat ni belum ada lagi anak-anak yang menangis jadi kira okay lah kan? Lol.

Tapi yang jadi tak seronok ialah kulit muka aku habis jadi sunburn. Huwaaa tak selera pandang muka dekat cermin. Kusam habis weh.

Tangan pun terpalit hitam terbakar. Waktu latihan dekat padang bermula 8.30pagi sehingga 10.00 pagi setiap hari.

Sepatutnya waktu bagus dapat vitamin kan? Aku dah pakai sunscreen SPF 50+ PA++++ setiap hari ya. Sekarang dalam prosess mencari produk untuk brightening semula kulit muka.

Selain kulit yang terkorban, kerja hakiki aku sebagai content creator juga terjejas. Sedaya upaya aku cuba bahagikan masa tapi tak dapat perform juga.

Penat weh, penat menjerit bagi arahan supaya anak-anak faham. Bila dah habis training aku boleh Tarik nafas lega.

Sekarang aku dah boleh susun semula jadual hidup. InshaAllah aku kongsi di lain entri pengalaman latih anak-anak dan bawa anak-anak ke pertandingan.

 

Karnival-Sukan-futsal-Peringkat-Negeri