Review Safi Micellar Natural Cleansing Water Tak Pedihkan Mata

Assalamualaikum. Korang dah pernah cuba Safi Micellar Natural Cleansing Water yang katanya tak pedihkan mata macam bawang yang buat korang menangis. 

Apa ni salahkan bawang pulak. Eh! Begitu yang ayat intro nak bagitahu satu dunia yang aku dah cuba micellar water dari Safi. 

Sebenarnya jodoh aku dengan Safi Micellar Natural Cleansing Water ni macam tak disangka-sangka. Rezeki jatuh dari langit la orang kata. 

Review Safi Micellar Natural Cleansing Water Tak Pedihkan Mata 

Kisahnya, hari tu aku dapat email dari Sprout me suruh cuba Safi Micellar Natural Cleansing Water ni lah. 

Kebetulan aku memang mencari make up remover since jenama yang aku pakai sekarang pedihkan kulit muka aku. So why not kita cuba.




Safi Micellar Natural Cleansing Water


Produk Safi Micellar Natural Cleansing Water didatangkan dengan tiga pilihan iaitu Safi Micellar Natural Cleansing Water – Cucumber, Safi Micellar Natural Cleansing Water – Rose dan Safi Micellar Natural Cleansing Water – Neem. 

Selain berfungsi sebagai make up remover, setiap satu ada fungsi tambahan berbeza. 

Safi Micellar Natural Cleansing Water - Cucumber removes make up cleanses Soothing (Membersih dan melembutkan kulit muka), 

Safi Micellar Natural Cleansing Water – removes make up cleanses Tightens Pore (Mengecilkan Pori) dan Safi Micellar Natural Cleansing Water – Tea Tree Leaf removes make up cleanses controls oil fight bacteria (Mengawal minyak dan melawan bakteria).


Harga: RM17.25 | 200ML


Pengalaman Mencuba Safi Micellar Natural Cleansing Water – Rose


Aku suka bau Safi Micellar Natural Cleansing Water – Rose yang tak terlalu over bau dia. Bila apply dekat muka tak la menahan hidung bau tengik rose. 

Bau Rose ni kalau terlajak wangi dia boleh sakit kepala. Tu hidung aku la, hidung korang lain kot. Next kita cuba Cucumber dengan Neem pulak lah.


Safi Micellar Natural Cleansing Water Memang Tak Pedihkan Mata

Aku bersetuju yang Safi Micellar Natural Cleansing Water memang tak pedihkan mata, atau buat kulit korang merengsa. 

Itu aku jadi ketagih nak guna. Senang nak apply dan memang berkesan tanggalkan kesan make up, setakat ni kalau nak removes foundation full coverage tu tak perlu tonyoh kuat la. 

Memang terbaik. Lepas ni aku nak cuba Safi Micellar Natural Cleansing Water – Neem removes make up cleanses controls oil fight bacteria (Mengawal minyak dan melawan bakteria) pula. 

Korang boleh dapatkan Safi Micellar Natural Cleansing Water ni di Watsons, Guardian dan juga pasaraya.

Terima kasih Sproutmemalaysia bagi aku cuba. Nanti hantar la lagi barang-barang best lagi.


Aku suka shopping barang-barang murah Online je. Kalau sempat baru pergi fizikal store. Nak cari barang murah, klik link kat bawah ni kot jumpa Safi Micellar Natural Cleansing Water



Losyen Pencerah Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion

Assalamualaikum. Terbaru, SAFI telah memperkenalkan SAFI BALQIS OXYWHITE WHITENING HYDRATING LOTION iaitu Losyen Pencerah Menghidrat untuk melembap dan mencerahkan kulit muka. 

Memang mencabar nak kekalkan kulit yang lembap dalam cuaca panas sekarang ni. Selain memastikan minum lapan gelas air satu hari, rutin penjagaan harian terutama kulit muka memang tak boleh diabaikan. 

Baru lah cantik luar dan dalam. Sesuai dengan persekitaran sekarang, memang bagus untuk cuba Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion ni.




Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion


Untuk pengetahuan korang, Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion adalah gabungan formulasi penyegar dan juga pelembap. 

Kiranya dua fungsi di dalam satu produk, dan semestiya memberikan kesan lembapan yang optimum kepada kulit muka. Dalam satu langkah, kulit muka kekal terjaga sesuai untuk aku yang berat tulang nak pakai penyegar. Lol.

Confirm lah Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion bakal menjadi kesukaan ramai sebab fungsi Safi losyen pencerah bertindak untuk memberikan 2x penghidratan dan kesegaran dengan satu langkah penggunaan sahaja. 

Dah tak perlu la beli toner dan moisturiser yang berasingan. Jimat duit kan?


Harga: RM23.50 | 100ml



Keistimewaan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion


Just in case if korang wondering apa yang dimaksudkan dengan Oxywhite, ianya merujuk kepada gabungan Nano Oxygen dan juga Nano Biowhite. 

Fungsi Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar bermaya dan berseri manakala Nano Biowhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.

Selain itu, Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion berfungsi meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid: Macro Hyaluronic Acid, Nano Hyaluronic Acid, Bio-Hyaluronate, Oligo-Hyaluronic Acid, dan Super Nano Hyaluronic Acid. Acid yang membantu menjadikan kulit muka lebih cantik.


Pengalaman Menggunakan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion

Aku suka dengan kebolehan losyen ni meresap dengan baik ke dalam kulit dan tak rasa melekit langsung. Bau dia pun boleh tahan wangi tapi bukan wangi yang menjengkelkan. Faham kan? 

Fungsi Oxywhite tu juga mencegah kulit kita menjadi gelap akibat radiasi infrared.  Saiz dia yang comel tu jadikan kita mudah nak bawa ke mana-mana terutama ketika travel. Dah tak ada alasan untuk tak jaga kulit lepas ni.




Cara Menggunakan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion

Sapukan pada keseluruhan muka. Tepuk dengan lembut sehingga produk meresap sepenuhnya. Gunakan 2 kali sehari selepas pembersih muka Safi Balqis Oxywhite.

Losyen Pencerah Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion telah diuji secara dermatologi dan semestinya Halal, Selamat dan Suci untuk digunakan. 

Nak tahu lebih lanjut tentang Losyen Pencerah Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion boleh layari laman sosial Safi Malaysia. Boleh juga dibeli di semua drugstore dan juga pusat membeli belah.

Facebook: SAFI.MY
Instagram: SAFI Malaysia

Tular Cikgu Rotan Pelajar Biadap Panggil Cikgu Pondan

Tular Cikgu Rotan Pelajar Biadap Panggil Cikgu Pondan

Assalamualaikum. Hai korang. Aku baru je selesai tengok video yang tular sehari dua ni tentang seorang cikgu yang diserang oleh ibu kepada pelajar yang di rotan oleh cikgu tersebut kerana pelajar tersebut telah bersikap kurang ajar. 

Ketahui lah semasa menulis entri ni, aku sedang menahan marah teramat. Geram sebenarnya. Ketepikan isu bangsa, warna kulit atau pangkat darjat ye hadirin. Isu sekarang ini ialah biadap. 

Apabila keluarnya video begini menunjukan bahawa ibu tersebut menyokong tindakan anak yang biadap, walaupun memang kurang tepat tindakan cikgu tu merotan pelajar terbabit. Eloknya suruh je pelajar tu berdiri dekat luar kelas lima hari berturut-turut. Eh.




Salah Ke Cikgu Mendidik Atau Ibu Yang Melahirkan?

Selepas video ni tersebar aku masih belum berjumpa lagi comment yang menyokong tindakan ibu tersebut yang naik hantu lepas anak dia di rotan sehingga berbirat. Mungkin lepas ni ada kot. 

Pandangan aku, cikgu tu rotan mungkin dia dah hilang sabar, mungkin ini bukan kali pertama cikgu tu kena macam tu. Well, kita tak berada di tempat cikgu tu kan? Mana ada budak tu sebagai pelajar yang sanggup memanggil cikgu sebagai “Ah Kua” = Lembut = Pondan la kan bahasa kasar dia.

Weh zaman aku sekolah dulu dan sampai la aku dah anak tiga ni aku selalu terapkan dekat anak, cikgu tu kau kena hormat macam kau hormat ibu bapa. Kau nak menuntut ilmu dengan cikgu, blessing cikgu tu sangat penting. 

Tu yang utama. Cerdik macamana pun kau kalau tiada cikgu yang mengajar kau tak kemana, kecuali Home Schooling la

. 
Bukan Anak Kau Yang Kena Rotan

Faham je kalau ada yang kata aku tah apa-apa menangkan cikgu tu, dan aku tak kisah cuma fikir lah semula. Hari ni kau masih kuat, masih mampu lindungi anak kau bila dia buat kesalahan. 

Satu hari dia dah besar dia dah kenal dunia, masa tu kalau dia buat kesalahan adakah kau masih nak jadi tempat dia berlindung? Atau kalau kau pendek umur, siapa nak tegur dan lindungi anak kau. 

Ni mesti tak tengok cerita P.Ramlee “Anakku Sazali” jangan sampai aku ulang dialog Sazali yang salahkan bapak dia.

Aku expect ibu bapa yang rasional, yang ada adap dan meletakan akal dekat kepala akan datang dan berbincang dengan pihak sekolah atas apa yang terjadi. Bukan serang, tular dan malukan cikgu. 

Sepatutnya ibu dia kena minta maaf kerana tak didik anak dengan baik dan alangkah indah kalau cikgu dikurniakan kesabaran tahap tertinggi supaya kelak andai ada pelajar yang biadap tingkah lakunya cikgu boleh handle tanpa berlaku kekasaran.



Kes Rotan Pelajar Akhirnya Berdamai

Lepas kes ni dapat perhatian netizen dan dengan komen-komen yang panas, mestilah mendapat perhatian pihak atasan dan seterusnya mereka masuk campur untuk kawal anasir-anasir yang lebih teruk dari merebak kan. 

Katanya dah selesai pun, kedua-dua pihak dah pon saling bermaafan. Eloklah masih di bulan Syawal kan? Cikgu tu khabarnya akan menjalani kaunseling. Ok yang ni aku ternganga mulut, dan pelajar tu? Entahlah. Suruh je lah mak dia yang didik.

Cuma aku wondering la kan, apa pula nasib guru-guru yang terbeban dengan kerja, terdera emosi dan perasaan dari hari ke hari. Bukan mudah nak mendidik nak pulak zaman sekarang. 

Kalau ibu bapa sendiri pun ada yang hilang sabar dan dera anak, ini kan pula cikgu yang tugasnya ‘mendidik’ di sekolah. Mungkin ada yang cakap, cikgu kan dibayar gaji? Yang pastinya cikgu bukan orang gaji anda.

Sekian, aku bukanlah seorang guru di sekolah hanya guru di rumah.


Resepi Waffle Rangup & Gebu Macam Dekat Kedai

Rutin waktu bekerja dulu, setiap kali turun dari LRT mesti kena lalu depan kedai jual Waffle. Setiap kali lalu mesti tergoda dengan bau Waffle yang macam memanggil-manggil suruh beli. 

Harum semerbak weh bau dia. Selalu memang akan kalah dengan godaan la. Dah makan waffle manis, lepas tu menyesal kenapa tak tahan diri. Sejenis krisis dalam diri sungguh.

Resepi Waffle Rangup & Gebu Macam Dekat Kedai

Dah tak bekerja ni memang jarang la beli Waffle. Tapi kecintaan terhadap Waffle tak pernah pudar. Kahkahkah. 

Selalu berangan nak buat Waffle for breakfast, makan dengan chocolate & ais krim. Banyak kali juga survey Waffle Maker dekat Shopee tapi suami tak kasi green light sebab dia risau semangat aku nak masak Waffle suam-suam kuku je. 



Beli Waffle Maker di Shopee Orange Madness Campaign

Lepas lama berhajat nak beli sebiji Waffle Maker, akhirnya impian aku jadi kenyataan. Setelah lama aku simpan dekat Shopping Chart Shopee akhirnya dapat juga check out. Buat pembayaran dan zasss barang sampai cepat pulak tu. 

Sekarang kan Shopee tengah ada Orange Madness Campaign yang sedang berlangsung sehingga 7 Julai 2019. 

Memang tak sabar terus la rasmi ke esokan harinya buat Waffle untuk minum petang. Aku beli waffle maker jenama Russel Taylors. 

Sempena Shopee Orange Madness Campaign ni barang-barang yang korang beli akan di hantar oleh Shopee dalam masa 24 jam. Tak perlu tunggu lama. 

Untuk dapatkan barang on the next day, korang kena pilih “Shopee Express” sebagai pilihan untuk Shipping Option ok. 

Selain tu ada banyak tawaran hebat seperti beli barang terpilih serendah RM0.77 untuk Shocking Sale, tawaran free postage dan beli barang pada harga RM1 sahaja. 





Resepi Waffle Rangup & Gebu Macam Dekat Kedai

Aku nak kongsikan resepi Waffle yang rangup bila di gigit tapi isi dia masih gebu sebijik macam yang dijual dekat kedai aku selalu beli tu. 

Kebetulan ada kawan yang tanya jadi aku kongsi di Blog Rodiah Amir untuk rujukan bersama ya. Resepi asal aku rujuk Youtube SeminitResepi.

Bahan-bahan Waffle Rangup & Gebu

1 biji Telur
1 cawan air
1 cawan tepung naik sendiri
1 tbsp Tepung jagung
1 tbsp Mentega
2 tbsp minyak jagung
2 tbsp gula
Sedikti garam
Sedikit essence Vanilla



Cara-cara membuat Waffle Rangup & Gebu
  1. Satukan kuning telur dan air. Kacau sebati.
  2. Masukan mentega yang dicairkan, tepung, minyak, assense vanilla dan garam secukupnya.
  3. Dalam bekas lain, pukul telur putih dengan gula sehingga bertanduk.
  4. Akhir sekali satukan kesemua adunan dan kacau perlahan.
  5. Masak Waffle 5 hingga 10 minit mengikut kerangupan yang anda inginkan.

Review Russel Taylor Waffle Maker

Aku suka Waffle Maker jenama Waffle Maker ni sebab dia memang ringkas je. Tak ada button mengarut dan mudah nak guna. Hasil Waffle di pon bagus. Jadi aku puas hati. 

Harga Russel Taylor Waffle Maker yang aku beli dekat Shopee ni adalah RM69. Kalau tak silap aku ada lagi banyak bentuk Waffle maker, korang survey sendiri eh.


Cara Guna Waffle Maker Russel Taylor
  1. Bersihkan Waffle Maker dengan kain bersih.
  2. On kan suis Waffle Maker, lampu merah dan hijau akan menyala serentak. Lampu merah akan menyala pada setiap masa.
  3. Lampu Hijau akan terpadam menandakan Waffle sedia untuk digunakan. Boleh laras suhu Waffle Maker bergantung nak Waffle yang garing atau sebaliknya.
  4. Waffle masak dalam masa 5- 8 minit terpulang korang minat garing mana ya.
Selamat Mencuba.


Pengalaman & Tip Potty Training Anak Tiga Tahun


Pengalaman & Tip Potty Training Anak Tiga Tahun | Bercerita tentang pengalaman aku sendiri melatih anak potty training memang nak tergelak rasanya. Sejujurnya perasaan nak menangis lagi banyak.

Maklumlah tahap kesabaran tu semakin lama semakin menipis bila umur semakin meningkat. Memandangkan anak aku yang nombor dua nak masuk tiga tahun jadi aku berhasrat nak ceraikan dia dengan lampin pakai buang. 

Maka bermulalah kisah potty training anak aku.



Berapa umur terbaik untuk Potty Training?

Banyak artikel yang aku baca kata seawal umur dua tahun dah boleh latih untuk potty training asalkan anak anda faham dengan arahan dan dia pandai nak beritahu anda yang dia nak buang air kecil atau buang air besar.

Berbalik pada kisah potty training anak aku, masuk umur tiga tahun baru aku yakin dia faham arahan dari aku. 

Sengaja aku mulakan bila umur dia tiga tahun disamping aku mengumpul kekuatan dan kesabaran nak tangani dugaan andai kata dia terkucil dekat lantai.


Pengalaman Ajar Anak Potty Training

Aku baru mula tiga hari yang lepas. Tiga hari yang mencabar dan dengan bangganya aku umumkan Potty training tu GAGAL. Ye tuan-tuan dan puan-puan, misi gagal. Mari tepuk bahu aku sambil ucap takziah.

Aku hanya latih dia pada waktu siang dan waktu malam aku pakaikan dia lampin pakai buang. Aku rancang perlahan-perlahan untuk bebas lampin waktu malam bila dia dah pandai control bunag air pada waktu siang hari.

Hari pertama aku terangkan kenapa tak perlu pakai lampin pakai buang dan dia ok tapi dia kurang faham. Bila tak pakai lampin dia jadi sangat berhati-hati nak membuang.

Sudahnya anak aku tahan kencing dan tahan nak buang air besar. Malam baru dia buang air besar sebab aku pakaikan lampin pakai buang. Hari pertama dia sembelit. kahkahkah.




Penat tak usah di cakap la. Nak layan drama penakut dia, nak hadap karenah anak bongsu aku yang setahun tu lagi. Jadi tumpuan agak terganggu bila aku kena tidurkan adik dia, dan nak tak nak aku pakaikan dia lampin pakai buang. 

Jadi dekat situ dah tak konsisten.



5 Tip latih anak Potty Training

#1 Kenalkan Anak Dengan Tandas Dan Biasa Kan Anak Dengan Fungsi Tandas

Aku memang purposely akan cerita dekat dia apa yang orang buat di tandas. Asyik la ulang tanya “kalau nak kecing pergi mana kakak?” 

Dia akan jawab.. Tandas mama. Second day baru dia minta ke tandas. Sebelum tu memang aku asyik tanya je nak ke tandas atau tak.



#2 Mula Bila Ibu Dan Anak Bersedia

Jangan latih potty training sehingga anda bersedia terutama sekali bagi ibu. Kawalan emosi amat penting. 

Jangan fikir dengan sekali percubaan sahaja latihan itu akan membuahkan hasil sebab setiap kanak-kanak adalah berbeza. Janga biar anda dan anak anda tertekan.



#3 Paksa Dia Kencing Setiap Setengah Jam

Rajinkan diri bertanya anak setiap setengah jam. Makin banyak dia minum dan makan semakin kerap la anda harus tanya. 

Macam Raudah dia tak dapat bayangkan kencing tu macamana, air tu keluar dan apa perlu dibuat. Masa pertama kali berjaya kencing, dia menjerit bersorak kegembiraan. 

Syabas nak, syabas. Berjaya juga kau faham kencing tu apa.



#4 Puji Jika Berjaya Dan Jangan Marah Jika Anak Gagal Bertahan

Aku selalu amalkan untuk puji dia apabila dia berjaya buat sesuatu. Dan sekarang dia asyik puji diri sendiri bila berjaya kencing.

Hebat kan kakak mama, pandai kan kakak, bagus la kakak ni. Angkat bakul sungguh kau nak.


#5 Sabar Dan Teruskan

Melatih anak potty training perlukan kesabaran dan kesungguhan tinggi. Kalau si ibu perlu kekuatan untuk bersabar, maka fahami lah yang anak perlukan kekuatan untuk melawan ketakutan dia terhadap perkara baru bagi dia. Bak kata orang putih, steady and slowly.

Secara keseluruhan, pengalaman & tip potty training anak tiga tahun ini adalah pengalaman sekali seumur hidup yang pasti anak dan ibu akan ingat sampai bila-bila.

Aku berpegang untuk menghayati setiap detik yang aku dan anak-anak lalui. Selamat berjaya untuk ibu-ibu yang sedang melalui fasa potty training. Kita boleh!


Kisah Kontroversi kemenangan Miss Korea 2018

Dapat bayangkan tak tekanan kalau hidup di negara yang pentingkan kecantikan macam dekat Korea. Aku terbaca tentang kisah kontroversi kemenangan Miss Korea 2018, Miss Soo Min Kim. 

Jadi kontroversi bila kemenangan Miss Korea 2018 dipertikai sebab dia tak cukup ‘cantik’ di pandangan rakyat Korea. 

Cantik selalu dikaitkan dengan putih dan kurus. Sama la kan dekat Malaysia, semua berlumba-lumba nak kurus dan putih.





Kontroversi kemenangan Miss Korea 2018


Korea memang terkenal dengan rakyat yang begitu obses dengan kecantikan. Tengok la mereka yang terlibat dalam bidang hiburan, memang harus sempurna dalam bab-bab penampilan diri. 

Pendek kata, yang nak masuk industri hiburan kena cukup pakej. 

Harus cantik, kurus dan berbakat. Kalau ikut kan Korean standard beauty (South Korea), perempuan yang beratnya melebihi 50 kilogram tidak kira berapa ketinggian dia akan di anggap ‘chubby’ oleh masyarakat. 

Perghh. Depress woi. Memang sah aku termasuk kategori gajah chubby kalau di Korea.

Jadi wartawan tanyalah berat Miss Soo Min Kim, dengan yakin dia jawab berat dia ialah 58.9 kilogram dengan ketinggian 173 centimeter. 

Ikut kiraan BMI dia kira normal la. Masyarakat Korea pula cadangkan untuk dia turunkan berat badan ke 47 kilogram. Baru ideal katanya. 

Habis la tinggal rangka. Selain dari isu berat badan, ramai pertikai kemenangan Miss Soo Min Kim sebab dia bukan dari bidang kecantikan sebaliknya graduate in International Business.



Cabaran Menjadi Miss Korea 2018


Kisahnya, mamat yang interview tu tanya la apa yang berlaku sepanjang Miss Soo Min Kim bertanding dalam pertandingan Ratu Cantik Korea. Seronok ke? 

Apa cabaran dihadapi sepanjang pertandingan dan soalan soalan-soalan lain yang biasa ditanya. Rupa-rupanya masa awal-awal dia menyandang gelaran Miss Korea, dia di hentam teruk dalam internet.

Miss Soo Min Kim kongsikan pengalaman semasa Pertandingan Peringkat Negeri, semua peserta dikawal ketat. 

Hari pertama mereka tiba di akademi, semua beg mereka di periksa untuk pastikan tiada peserta bawa coklat atau makanan ringan. 

Paling teruk, jika peserta nak ke tandas harus ditemani security guard sebab ada sebelum ni kes peserta lari.


Berjaya Dinobatkan Sebagai Miss Korea 2018


Setelah berjaya melalui pelbagai tugasan dan tempuh banyak cabaran, akhirnya Miss Soo Min Kim ditabalkan sebagai Miss Korea 2018. 

Sejurus dia menang dia banyak terima kutukan dan fitnah bukan sahaja pada diri dia tapi ahli keluarga dia. 

Mula-mula dia down dan akhirnya di bangkit dan dia cuba nak betulkan persepsi rakyat Korea tentang kecantikan. Setiap orang patutnya rasa cantik dan yakin dengan diri sendiri.

Kenapa aku masukan kisah kontroversi kemenangan Miss Korea 2018 dalam blog aku tak lain tak bukan aku juga nak sampaikan mesej yang sama. 

Kecantikan bukan segala-galanya. Tak berguna muka cantik tapi tiada ilmu dan adap. Kalau boleh biarlah semua seimbang. 

Muka cantik akhlak pun cantik. Jom sama-sama muhasabah diri, elak diri dari tertekan dan jadi bangga dengan diri sendiri. Kita boleh!



Istimewa Althea A'bloom Koleksi Terbaru Althea

Istimewa Althea A'bloom Koleksi Kosmetik Terbaru Althea 

Assalamualaikum. Kita tahu kan yang negara Korea memang terkenal sebagai negara yang begitu obses dengan kecantikan dan terkenal dengan produk-produk kosmetik yang semakin mendapat tempat di hati peminat barangan kosmetik di seluruh dunia. 

Jadi kali ni aku nak berkongsi tentang satu laman web untuk korang shopping barang-barang kecantikan dari Korea. 


Untuk yang belum pernah dengar tentang Althea, ianya adalah laman web membeli belah barangan produk kecantikan dan kosmetik dari Korea yang berkualiti dan boleh dipercayai. 

Nama Althea dipilih hasil inspirasi dari bunga kebangsaan Korea iaitu Althea yang melambangkan kecantikan orang Korea itu sendiri. Simbolik sangat.



Memperkenalkan Althea A'bloom, Koleksi Terbaru Althea

Terbaru, Althea telah memperkenalkan koleksi terbaru mereka iaitu Althea A'bloom. Ada empat produk dalam set Althea A'bloom iaitu A'bloom Mask Sheet, A'bloom Giant Meringue Puff, A'bloom Baby Meringue Puffs dan A'bloom BHA Blackhead Blaster. 



Pengalaman Menggunakan Althea A'bloom Mask Sheet

Ramai orang abaikan kepentingan pakai mask sedangkan mask membantu menjadikan kulit korang kekal lembap dan berseri. Jadi kalau nak kulit cantik macam orang Korea kena rajin ok.

Ada empat jenis mask yang terdapat dalam set A'bloom iaitu bloom Brightening Lemon Lime, A'bloom Moisturizing Watermelon, A'bloom Nourishing Avocado dan A'bloom Anti-Blemish Peach. 

Setiap mask mempunyai fungsi yang berbeza-beza. Aku dah cuba A'bloom Anti Blemish Peach - AC Me. Memang moist gila dan dalam tu ada 25gram jus okeh. 

Bau Peach yang tak terlalu over dan kulit muka jadi super lembut lepas 20 minit pakai.


Harga: RM2.00 / sheet 

Cara Pakai Althea A'bloom Mask Sheet
  1. Cuci muka dan sapukan toner.
  2. Apply Althea A'bloom Mask Sheet dan biarkan sehingga 10 hingga 20 minit.
  3. Jangan bilas muka selepas tanggalkan mask dan jangan pakai mask lebih dari 20 minit kerana mask akan menyedut kelembapan kulit muka. 




Althea A'bloom Anti Blemish Peach - AC Me Peach

Khas untuk kulit wajah jenis berminyak dan membantu membersihkan serta merawat kulit muka sensitif. Althea A'bloom Anti Blemish Peach - AC Me Peach kaya dengan ekstrak buah Peach dan Tea Tree oil yang berfungsi mengawal pengeluaran minyak, mengimbangi kelembapan dan membersihkan kulit.
Althea A'bloom Nourishing Avocado - Avo Cuddle Me


Kaya dengan antioksidan dari Avocado untuk menyuburkan dan melindungi kulit dari faktor persekitaran yang berbahaya dan juga membantu mencegah kedutan di wajah. 

Ekstrak buah Avocado dan Bunga Raya yang terdapat dalam Althea A'bloom Nourishing Avocado - Avo Cuddle Me berfungsi melicinkan kulit muka dan jadikan kulit lebih lembut. 



Althea A'bloom Moisturizing Watermelon - Water Me Long

Althea A'bloom Moisturizing Watermelon - Water Me Long sheet sesuai untuk semua jenis kulit terutama jenis kulit kombinasi. Ada ekstrak tembikai yang popular dengan fungsi kelembapan dan juga ekstrak Lavender yang menenangkan.

Althea A'bloom Brightening Lemon Lime - Sparkle Me Bright


Sparkle-Me-Bright Sheet Mask membantu mencerahkan kulit dan anti kusam. Vitamin C dari Lemon dan ekstrak Limau nipis membantu menghilangkan bintik-bintik gelap dan ramuan tambahan Teh hijau menjadikan kulit lebih cerah. Mask khas untuk kulit muka kombinasi. 

Pengalaman menggunakan Althea A'bloom Giant & Baby Meringue Puff

Si comel Althea A'bloom Meringue Puff datang dengan dua saiz iaitu saiz Giant dan saiz Baby. Bentuk puff yang seakan menyerupai Meringue memang sangat applicable sebab senang nak pegang dan perbezaan saiz puff untuk memberikan kesan sapuan yang sekata pada muka. 



Althea A'bloom Baby Meringue Puffs sesuai digunakan pada bahagian T-Zone, bawah mata dan untuk buat contouring dan highlight muka. Manakala Althea A'bloom Giant Meringue Puffs digunakan untuk bahagian muka yang lebih luas seperti dahi dan pipi.

Giant Meringue Puff: (RM8.00 / 1 pieces) | Size: 48*46mm
Baby Meringue Puff: (RM11.00 / 3 pieces) | Size: 30*28mm



Tip: Untuk dapatkan make up yang cantik dan foundation nampak sekata dekat kulit muka memang korang kena pakai puff ni. Jangan tonyoh tapi kena dap dap dengan lemah lembut je kat kulit muka. 

Cuba la. Ada beza tau. Lagi satu, aku suka basahkan puff rasa macam cantik je make up. Jadi glowing muka. 


Pengalaman Menggunakan Althea A'bloom BHA Blackhead Blaster

Penghapus Blackhead paling berkesan untuk aku so far. Sebelum ni aku pernah try blackhead remover jenis liquid dan jenis stiker tapi semua tu tak memberikan kepuasan hati. 

Tapi lepas aku guna Althea A'bloom BHA Blackhead Blaster ni memang aku melompat kegembiraan. Habis bintik hitam dan bintik putih terutama dekat bahagian T-Zone aku tanggal.

Aku ada habit suka pegang hidung. Lepas pakai Althea A'bloom BHA Blackhead Blaster ni hidung aku rasa licin weh. 

Sebelum ni kasar ok. Ciri lain yang aku suka sangat Althea A'bloom BHA Blackhead Blaster ni sebab dia stick jadi senang nak pegang. 

Macam pakai lipstick tapi kena tonyoh kat muka la jangan bibir. Jahanam bibir korang aku tak tanggung. Hahahaha.

Kandungan utama Althea A'bloom BHA Blackhead Blaster ialah Charcoal, Apricot Seed Powder, Natural BHA dan Tea Tree Leaf Oil. Aku suka pakai sebab rasa berangin je.

Harga: RM16.00 | Weight: 8 Gram


Cara pakai BHA Blackhead Blaster:

1. Cuci muka dan sapukan pada bahagian muka yang ada blackhead macam hidung dan bahagian dagu.  
2. Urut secara membulat dengan perlahan selama beberapa minit.
3. Bilas dengan air.
Please do check out website Althea untuk korang borong semua produk yang aku cerita dekat atas. Boleh guna link aku kongsi dekat bawah ni. Selamat ber shopping dan cantik macam artis Korea.



Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2019

Bermula tahun 2019, pencapaian murid-murid tidak lagi dinilai melalui peperiksaan sebaliknya murid-murid bakal dinilai melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). 

Apa dia PBD ni? Kalau rujuk perlaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Tahap 1 yang di war-warkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, pentaksiran akan dilakukan menerusi lima aktiviti yang dilakukan di sekolah dan dipantau guru yang bertanggungjawab. 

Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 


Sebagi ibu bapa agak pening juga aku nak terima cara penilaian yang baru ni. Yelah kali pertama menghadiri hari Pelaporan Pentaksiran.

Masa dia darjah satu mana wujud lagi sistem ni. Kalau sebelum ni pencapaian murid dinilai dengan peperiksaan kini tiada lagi peperiksaan tapi diganti dengan PBD. 

Lima aktiviti yang bakal dinilai oleh guru termasuk; Kuiz, Permainan, Main Peranan, Bercerita, dan Projek Mudah.





Pentaksiran Bilik Darjah Ibu Bapa Perlu Tahu

Semua aktiviti pembelajaran yang berlaku dalam lingkungan guru dan murid akan dinilai secara berterusan melalui pentaksiran di dalam atau di luar bilik darjah. 

Jadi dengan adanya PBD dapatlah ibu bapa kenal pasti kekuatan dan kelemahan anak-anak yang dinilai melalui Tahap Penguasaan.

Kiranya cikgu dah tak tanda kertas peperiksaan tapi kerja cikgu bertambah untuk pantau murid-murid ketika dalam dan juga luar kelas. 


Aku rasa lebih terperinci dan harapnya cikgu-cikgu mampu dan cukup tenaga pengajar nak laksanakan semua ni. Silap haribulan cikgu tertekan banyak kerja. 



Tahap Penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah

Rata-rata aku baca tentang tahap penguasaan pentaksiran bilik darjah ada 6 tahap kesemuanya, tapi di sekolah Ikhwan ada sampai Tahap 5 sahaja. Emak confuse wahai anak. 

Dah balik rumah baru teringat nak google lebih tentang tahap penguasaan ni. 

Nanti nak rujuk cikgu semula tentang Tahap Penguasaan ni. Murid yang score Tahap 6 kira paling bagus la. Tandanya murid tu faham, boleh amalkan dan boleh ajar kawan-kawan pula.


Tahap 1 - Tahu
Tahap 2 - Tahu dan Faham
Tahap 3 - Tahu, Faham dan Boleh Buat
Tahap 4 - Tahu, Faham dan Boleh Buat Dengan Beradap
Tahap 5 - Tahu, Faham dan Boleh Buat Dengan Beradap Terpuji
Tahap 6 - Tahu, Faham dan Boleh Buat Dengan Beradap Mithali




*Imej: Cikgu Share

Oleh sebab PBD ni masih baru jadi aku rasa ia nya akan ambil masa untuk murid-murid terima sistem pemarkahan sebegini. Aku sebagai ibu bapa pun cuak juga. 

Apa jadi kalau tiba-tiba PBD dibatalkan dan diganti dengan sistem lain pula? Lepas ni nak kena duduk dengan anak dan terangkan betul-betul apa yang perlu dia tahu.

Sanny & Joleen Lifestyle Serum Antioxidant Serum Muka Terbaik Untuk Semua

Assalamualaikum. Kalau korang sedang mencari serum muka terbaik untuk merawat kulit muka yang bermasalah dan risau kalau serum tu tak sesuai dengan kulit korang yang sensitif, apa kata korang cuba Sanny & Joleen Lifestyle Serum Antioxidant. 

Apa yang best tentang Sanny & Joleen Lifestyle Serum Antioxidant ni ialah ianya sesuai untuk semua jenis kulit tau. 

Diperbuat daripada bahan semulajadi, bebas SLS, Paraben, bebas pewangi dan juga telah mendapat GMP certification uols. Rupa-rupanya serum ni juga boleh dipakai di badan selain daripada kulit muka tau.






Isi Kandungan Sanny & Joleen Lifestyle Serum Antioxidant


Sebelum aku explain lebih tentang kelebihan Antioxidant Serum, jom aku terangkan apa bahan utama Sanny & Joleen Lifestyle Serum Antioxidant ni. Ianya diperbuat daripada;

Aqua, Niacinamide, Glycerin, Trehalose, Citrus Reticulata (Tangerine) Peel Extract, Yeast beta glucan, Sodium Acrylates Copolymer, Sorbitan Caprylate, Panthenol, Lecithin, Tocotrienols, Calendula Officinalis Seed Oil, Olea Europaea (Olive) Fruit Oil, Propanediol, Benzoic Acid, Tetrasodium Glutamate Diacetate

  • NO Sodium Lauryl Sulfate
  • NO Sodium Laureth Sulfate
  • NO Animal Derivatives
  • NO Mineral Oil
  • No Alcohol
  • NO Harsh Detergent
  • NO Artificial Colours
  • NO EDTA
  • NO Propylene Glycol
  • NO Synthetic Fragrance 


Fungsi Sanny & Joleen Lifestyle Serum Antioxidant

  1. Membaiki tekstur kulit agar lebih sihat, segar, anjal dan tona lebih sekata.
  2. Memudarkan bintik-bintik hitam, parut, jeragat kesan daripada pigmentasi.
  3. Mengecut, merawat dan menghilangkan kesan jerawat.
  4. Memperbaiki kesan sunburn, lebam bawah mata.
  5. Mengecilkan pori-pori kulit.
  6. Melembapkan dan menghidrasi kulit.
  7. Membantu melambatkan kesan penuaan
  8. Melicinkan dan mencerahkan kulit.

Cara Penggunaan Sanny & Joleen Lifestyle Serum Antioxidant

Digalakan untuk pakai dua kali sehari selepas mandi. Aku selalu pakai pagi dan juga malam semasa muka tengah fresh bila bangun tidur dan pakai sebelum masuk tidur.


Pengalaman Menggunakan Sanny & Joleen Lifestyle Serum Antioxidant

Aku suka apply Sanny & Joleen Lifestyle Serum Antioxidant sebelum aku pakai foundation. Bila dah siap make up nampak kemasan make up tu jadi cantik dan berseri je. 

Itu pada pandangan mata aku sendiri la. Lagi satu, sejak aku amalkan apply serum ke muka sebelum pakai foundation yang full coverage, bila nak remove make up memang mudah sangat. 

Tak perlu tonyoh beria macam sebelum ni.

Bertambah suka la aku. Sanny & Joleen Lifestyle Serum Antioxidant ni bagus sebab dia cepat meresap dan tak rasa melekit bila pakai. Suka pegang kulit muka sebab rasa anjal. 

Cuma serum ni tiada bau wangi tau, dia bau Olive je. Lagi satu, sifat patriotik dalam diri aku ni tinggi, bila tahu Sanny & Joleen Lifestyle Serum Antioxidant produk buatan Malaysia memang aku gembira la.




Harga Sanny & Joleen Lifestyle Serum Antioxidant

Sanny & Joleen Lifestyle Serum Antioxidant datang dengan dua saiz iaitu 10ml (RM49.00) dan 30ml (RM97.00). 

Untuk urusan pembelian dan apa sahaja pertanyaan berkaitan Sanny & Joleen Lifestyle Serum Antioxidant boleh lah jenguk mereka di laman sesawang dan juga media sosial Sanny & Joleen.


Facebook

Instagram

Pengalaman Jaga Anak Ekzema

Pengalaman Jaga Anak Ekzema

Assalamualaikum, baru hari ni ada kelapangan nak bercerita tentang perkembangan Raudah lepas dia pulih dari ekzema walau bukan sepenuhnya. Kalau ada yang pernah baca aku banyak berkongsi tentang rawatan ekzema dekat blog tahun-tahun sudah. Anak kedua aku, Raudah Sakinah disahkan ada ekzema sejak usia dia lima bulan. Rashes dan tanda-tanda lain keluar lepas dapat suntikan vaksin. Aku tak salahkan vaksin lepas aku belajar tentang ekzema. Alhamdulillah dia semakin sihat dari hari ke hari.

Sebenarnya aku dapat comment dari reader bertanya tentang perkembangan Raudah jadi aku rasa lebih baik aku update dalam bentuk entri. Lebih ramai boleh baca dan dapat manfaat hendaknya. Mana yang elok boleh la ambil sebagai rujukan. Saja nak ingatkan setiap kita ada pendapat, cara, dan pemahaman yang berbeza. Ada ubat yang berkesan untuk Raudah dan mungkin tak berkesan untuk anak korang ya.

Hari Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah

Assalamualaikum. Pagi tadi selesai sudah sesi bertemu Guru Kelas Ikhwan untuk Hari Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). 

Kalau nak tahu kaedah PBD baru je mula tahun ni. Hari tandatangan buku rekod la kiranya. Sebelum ni murid-murid dinilai melalui keputusan peperiksaan semata-mata tapi melalui kaedah PBD murid-murid akan dinilai dari pelbagai aspek.

Hari Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah

Aku bukan faham sangat apa yang dinilai tapi lepas cikgu dia explain tadi baru la dapat tarik nafas lega. 

Berbeza sungguh sistem pendidikan negara. Maklumlah zaman kita dulu lain. Zaman orang tanya berapa banyak A kau dapat. Kahkahkah.




Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah Tahap 1


Tahun ni hari pelaporan disambut sekali dengan jamuan Raya di sekolah. Beberapa hari sebelum tu cikgu dah umumkan dalam group WhatsApp jadi ramai lah ibu bapa bersedekah makanan. 

Aku tak larat nak masak dan aku sedekahkan duit suruh cikgu top up je makanan yang tak cukup. Senang kerja kan? Sesi borak-borak dengan cikgu pun tak lama mana.

Malas nak bersesak jadi memang sengaja aku ajak suami datang awal. Kalau tahun lepas murid dinilai melalui peperiksaan, tahun ni bermulanya PBD dimana murid dinilai secara berterusan melalui aktiviti-aktiviti yang dipantau oleh cikgu.


Alhamdulillah, untuk keputusan pertengahan tahun Ikhwan kami sebagai ibu bapa agak lega. Cikgu cakap Ikhwan dapat jawab jika ditanya soalan dan faham apa yang di ajar cuma dia cepat hilang fokus. 

Mudah sangat terpengaruh dengan rakan sekeliling. Itu perlu dibaiki. Kita tengok sehingga hujung tahun nanti tapi apa cikgu cakap dah cukup jadi modal aku nak ugut dia supaya lebih fokus belajar.

Tahap Penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah

Rata-rata aku baca tentang tahap penguasaan pentaksiran bilik darjah ada 6 tahap kesemuanya, tapi di sekolah Ikhwan ada sampai Tahap 5 sahaja. Emak confuse nak. 

Dah balik rumah baru teringat nak google lebih tentang tahap penguasaan ni. Ada 6 tahap kesemuanya, makin tinggi tahap penguasaan makin bagus la penguasaan seorang murid tu.

Apa pun masih jauh perjalanan kehidupan Ikhwan Hafeez. Mama doakan minat terhadap pelajaran tu sentiasa mekar dalam dada. Semoga sentiasa cerah hati nak terima ilmu. 

Bila dah tiada periksa tu tekanan tu hilang sekejap, harapnya PBD akan memberi manfaat kepada murid-murid dan ibu bapa. Doa sangat jangan la asyik berubah sistem pendidikan Malaysia ni. Kasihan anak-anak.

Kali kedua datang untuk Hari Dialog Kemenjadian Kualiti Murid Siri 1/2022 Ikhwan dah darjah Lima.