Paid Review Dalam Business

Paid Review Dalam Business


Semenjak dua menjak aku aktif melibatkan diri dalam perniagaan (Jual instant shawl #escarves dengan #norahwax) aku perasan sesuatu.

Chewah sebut acah-acah business woman berjaya sangat ni. Aku dapat baaaaanyaaaakk sangat ilmu. Ilmu dunia dan dunia akhirat. Banyak kisah-kisah inspirasi aku dapat. Bila yang senior-senior kongsi ilmu nak daki tangga kejayaan.

Yang junior macam aku kena bijak pilih jalan, susur galur nak kecap kejayaan. Banyak la kena fikir. Selangkah salah, jatuh gagal mula semula. Begitu. Lepas tu bukan fikir dunia je, akhirat sekali kena jaga.

Ok hari tu ada imam muda ke PU apa tah comment pasal artis review product kan? Bila upah artis promote barang kita the nanti artis tu guna ke kreatifan dia nak suruh follower ig dia beli. Maka untung la barang laku sebab artis yang promote kan?

Tahukah kamu apa hukum upah artis untuk buat review?


Haram ok. Haram hukum bila bayar artis buat review BILA artist tu tak jaga aurat dia. promote product dalam keadaan separuh telanjang. Eh kasar kan bunyi dia.

jangan ambil mudah bab halal haram ni. Lagi besar dugaan bila masa tu perniagaan dah maju, duit dah banyak, boleh gelap mata. Lupa halal haram.

Peringatan untuk diri sendiri, kalau nak berniaga pilihlah product, kawan-kawan, supplier yang berada di landasan yang benar. Yang selalu ingatkan Allah memerhatikan kita. Akhirat itu benar, dan mati itu bila-bila masa.

Banyak kena jaga, contoh berniaga baju; elak dari model/testimony yang membuka aurat. Eh bukan tu jela. Banyak lagi. Bab kewangan bab pengurusan. Semua kena jaga.


Nak senang bukanlah senang kan? Selamat maju jaya. Pesanan dari businesswoman yang acah-acah nak berjaya. 

review berbayar


Senaman Hilangkan Buncit Perut


Bukak dashboard tadi nampak satu keyword hit search engine untuk blog aku. “senaman hilangkan buncit”. Terus macam terpampan. Chewah Bahasa kau. 

Hello baru lepas breakfast nasi goreng telur mata  + ikan masin bulu ayam pastu minum bandung cincau, dessert ada biskut Bijan Kacang.

Senaman Hilangkan Buncit Perut

Tengah sedap elok sedut air bandung rasa macam nak tersembur keluar. Terus insaf. Hahahah. Ok masalah perut buncit ada di mana-mana. Ayat sedapkan hati. J




Dulu aku ada masalah tu, now bukan tak ada tapi kurang sebab aku berjaya kempiskan sedikit masa pantang anak ke dua. Masa tu kerap tungku dan jaga pemakanan.

Pastu ingatkan diri sila sedar diri yang gemuk akan datang kembali kalau tak jaga pemakanan. Meh sini nak share apa aku selalu jumpa kalau google cara hilangkan perut buncit.

1.       Jangan minum ice. A big NO ok.
2.       Buat senaman, push-up, plank. Buat tanpa tinggal.
3.       Jaga makan, kurang gula.

Cukupla aku kasi tiga ni je. Bagi banyak-banyak pon bukan buat pon kan? Jujur jela. Hahhaha. Tips paling power aku nak kasik ialah

SILA SEDAR DIRI. KALAU BERANGAN JE TAK AKAN KEMPIS PERUT TU. (ini cakap kat diri sendiri nih) selalu jadi lepas gigih google tapi tak buat or langgar je pantang.

Sekian. 





Pasang Wallpaper Dan Cantikkan Rumah

Dalam mood nak cantikkan rumah, hari tu dah beli wallpaper, dah beli langsir tapi semua terbengkalai letak tepi dulu. 

Penat shopping tak habis lagi. Hahhaha. oh beli wallpaper kat Kaison Setapak Central RM19.90 untuk satu roll tu. 

Semalam baru gigih nak start tampal wallpaper. Dan Sabtu Ahad kami habiskan masa untuk siapkan kerja rumah tertangguh dan suami start pasang wallpaper bilik anak bujang.

Pasang Wallpaper Dan Cantikkan Rumah

Kemain excited bila dah pasang it turn macam apa yang aku bayangkan. Tenang dan cantik. So kumpul duit lagi nak cantikkan rumah.

Anak bujang pon tak sabar nak suruh beli katil dia. nak hias bilik. Semoga lepas siap nanti dia ada keberanian nak tidur dalam bilik sendiri.

Nanti dah betul-betul siap share lagi. Next nak aim cantikkan dapur. Chaiyok.



Nampak kat FB ada akak tu share gambar dapur dia. Tarik rambut sendiri bila tengok orang boleh kemas dapur camni. akak jeles. 

kemas sangat ni. haishhh



Celebrate Birthday Mak tersayang

Celebrate Birthday Mak tersayang

Kejadian sambut birthday mak yang ke 65 Tahun. Kejadian tahun lepas baru tahun ni nak cerita. Hari lahir mak jatuh pada 27 November 1951. Baru berkesempatan. Seronoknya Ya Allah.

Masing-masing berebut-rebut nak bahagiakan mak. Sebab kami hanya tinggal mak seorang. Memang selalu bergaduh adik beradik kalau mak turun KL. Masing-masing sibuk nak suruh mak datang rumah masing-masing dan nak belanja mak. Memang kecoh. J

Kami sambut birthday mak agak lambat. Siang tu bawak mak jalan-jalan shopping then surprise kan mak dinner kat SIXTY9 ISLAMIC STEAKHOUSE TAMAN MELAWATI. Yes again kat tempat favourite. Masa awal-awal dah booked untuk 20 orang then mintak satu slice kek.

Masa kek datang, waiters nyanyi ramai-ramai. Mak macam tergamam. Ya Allah that feeling. Seronoknya.


Resepi Cupcake Chocolate mudah dan sedap

*second time buat tak pakai butter tapi pakai marjerin Cap Pelangi, jadi gebu dan lembut sangat walau dah sejuk. Guna butter bau dia harum tapi kurang gebu tapi masih lembut. 

Assalamualaikum.

Im excited. Yeay. Alhamdulillah selama ni asyik tak jadi je kalau buat, semalam cuba lagi buat muffin chocolate pulak.

Rezeki semuanya menjadi siap suami puji, anak pon gembira. Eh. Hahhaha resepi simple sangat-sangat. 

Lepas ni kalau anak ada jamuan kat sekolah tak payah la cuak nak beli lagi. Jimat mak.
Ikhwan siap bawak bekal ke sekolah nak bagi kawan-kawan.

Dapat resepi kat Instagram,

150gram marjerin
150gram castor sugar
3 biji telur
Essen vanilla
175gram tepung self raising
1tbs baking powder
5 tbs Serbuk koko
Bakar pada suhu 170c selama 20minit.

Cara-cara:

Masukkan bahan ikut turutan dan mix sampai semua bahan sebati.
Gula castor + marjerin, telur, essen vanilla, tepung, baking powder, serbuk koko.
Isikan dalam ¾ penuh nanti dia kembang.
Sedap dimakan ketika panas.



malas nak comot so masukkan dalam plastik je then picit

muka memang tak menawan tapi rasa tertawan

Rawatan Terapi Sonotron untuk Gout mak

Entah apa mimpi aku bawak mak cuba rawatan Sonotron. Ye aku pernah tulis pasal Sonotron lama dulu. Masa tu ada niat nak cuba tapi keinginan tak kuat. 

Lepas mak dah mengeluh betul-betul tak larat dengan Gout dan kebas tangan (masalah saraf) baru-baru ni baru aku nekad call book appointment dan terus pergi. 

Lagipon dekat je. Di Sri Gombak. Satu kawasan tempat aku bersalinkan Raudah dulu. Sebelum ni kerap bawak mak untuk bekam. 

Tapi mak macam takut sikit bila libatkan darah ni plus mak kata tak ada kesan pon. Lol. Paham perasaan mak nak cepat sembuh. Sakit bukan sekelip mata hilang emak ku sayang.

Pengalaman Bawa Emak - Rawatan Terapi Sonotron untuk Gout mak

Aku dah banyak kali terangkan tentang info dan lokasi berkaitan Rawatan Sonotron. Masa aku pergi kebetulan jumpa baby umur nak masuk dua bulan selesema so dia datang nak buat treatment kali kedua. 

Mak dia kata Alhamdulillah berkesan untuk anak dia. 
Aku ada baca, kanak-kanak atau baby yang buat rawatan ni kahak akan keluar sekali dengan najis.

Banyak jugak review pasal Sonotron ni. Dah banyak orang sedar dan yang tak mahu bergantung dengan ubat dan semestinya untuk elak dibedah.


Review Pusat Terapi Sonotron Shafa Sri Gombak;

Bawak mak pergi untuk dapatkan rawatan tangan mak yang kebas tu, tapak tangan mak tu tak rasa dan tak boleh genggam, lepas tu mak kata setiap malam akan rasa panas tapak tangan sampai tak boleh tidur. 

Tapak tangan pon bengkak je. Selain tu mak ada penyakit darah tinggi dan kencing manis tapi terkawal Alhamdulillah.

Mak jugak ada gout. Selalu serang bahagian kaki, pinggul dan peha. Jadi sebab mak banyak sangat penyakit jadi focus kepada tangan kebas dulu. 

Staff dia recommend untuk buat 3 kali sesi berturut-turut untuk nampak keberkesanan rawatan. Setiap sesi kena ada jarak 8 jam. Dia guna sejenis alat dan halakan kat kawasan yang sakit sahaja. (30minit minima)






Untuk next month boleh cuba untuk focus kaki, peha dan pinggul untuk gout mak. Rawatan ni kena buat selalu. Paling bagus konsisten la selama beberapa bulan. 

Untuk gout, rawatan ni bertujuan untuk hilangkan rasa sakit bengkak dan tak perlu makan ubat gout.
Tahu kan dalam jangka masa panjang ubat-ubat tu semua ada kesan kepada buah pinggang dan organ lain. 

Harga lebih murah berbanding klinik lain. Untuk kanak-kanak satu sesi RM30 untuk setengah jam. Untuk dewasa RM50 untuk setengah jam. Bergantung kepada jenis penyakit ye.

Staff friendly semua dia jawab dengan baik. Kalau tengok gambar aku share rawatan ni sebenarnya dia halakan alat dia macam hair drayer tu pastu dia keluarkan bunyi yang agak kuat. 

Boleh mintak penutup telinga tapi mak aku tak nak. Dia halakan di tempat yang sakit selama 30 minit. Ada haba ye (suam-suam). Kalau tengok betul-betul nampak cahaya biru kat muncung alat tu.




Mak aku siap tanya boleh ke nak beli mesin tu. lawak la mak ni. Nak suruh abang aku yang sulong beli katanya. Mesin mahal mak ku sayang.

Siapa nak cuba alamat seperti kat bawah ni. Dinasihatkan call and book dulu takut full.

Pusat Terapi Sonotron Shafa  
Physical Therapist
Address: 57, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
Phone:+60 3-6189 0757
Facebook : https://www.facebook.com/Sonotronshafa1/

Resepi Kek Coklat Mudah

Assalamualaikum. Masa hari cuti lepas aku sempat buat kek Coklat. Masih baru dalam buat kek. Kalau tanya siapa yang makan kalau aku baking ni jawapannya ialah diri sendiri yang makan. 

Sebab utama ialah suami dan anak tak makan pun. Geram je. Kek Keju ke kek Coklat ke, kirim salam ok. mereka tekak Melayu asli makan kuih muih je. Hahahhaha. 

Dan tujuan nak baking pon sebab nak pandaikan diri je. Bukan la craving sangat pon. Dan seperti biasa; masih belajar. 

Kek pertama aku baked jatuh ke lantai. Membazir ok membazir. Jatuh semasa proses mengalihkan kek.


Resepi Kek Coklat Mudah

Tergamam seketika pastu terus move on baked Kek Coklat. Kek tu kena betul-betul sejuk dan biar semalaman baru la rasa kek orang jual. Hahhahah don’t ask me why tapi itu la yang jadi. 

Kek moist dan sila jangan derhaka dengan resepi ganti dengan benda lain ok. contoh minyak jagung tukar kepada minyak masak. Bantat la kek ko. Sekian ye.

Kek ni sesuai untuk peminat Coklat.



Bahan-Bahan;


1 ½  Cawan Tepung Naik Sendiri
1 Cawan Minyak Jagung
1 Cawan Gula Kastor
¾  Cawan Serbuk Koko
1 Cawan Susu Cair
1 Sudu Teh Serbuk Vanilla
1 Biji Telur




Cara-Cara;

1. Pukul telur dalam bekas, sehingga berbuih.
2. Masukkan minyak, susu, gula, serbuk koko dan vanilla. Gaul sebati.
3. Masukkan tepung. Gaul sebati lagi, tetapi jangan terlalu lama.
4. Tapis semua adunan kedalam loyang. Guna penapis teh je.

5. Kukus selama 45 minit / Bakar (180'c) selama 45 minit





sumber asal ikut resepi akak ni Blog Buat Wanita

Tips Rawat Demam Selesema Bayi

Lama betul tak menaip. Gian sungguh sampai update guna handphone aje. Nak set autoschedule entry pon masa amat mencemburui. 

Start curi panjang setelkan hal Ikhwan sekolah, Alhamdulillah selamat register tahun satu 2018. Lepas tu sempat bawak mak cuba rawatan Sonotron di Sri Gombak

Then balik kampung sekejap hantar mak. Selamat je mendarat di KL, baby pulak kurang sihat. Bertahan sehingga lah hari ahad baru ni bawak ke klinik sebab badan panas.

Kalau anak dah demam mula la mama sekali nak demam. Nak pulak baby kalau demam badan panas eczema dia akan berganda lagi la susah hati. 

Hari tu sempat mintak tips kat fb apa nak buat kalau baby panas badan selesema. Dah lama tinggalkan zaman jaga baby, lupe dah.

Tips Rawat Demam Selesema Bayi

Kawan-kawan memang prihatin. Maciam-maciam tips dapat. So aku ambil mana yang senang dan bahan memang dah ada kat rumah. 

Ok ni tips untuk baby yang selesema ya. Selain ikhtiar ubat doctor bagi ( dilema sangat nak bagi ubat doctor) aku cuba jugak cara alternatif macam ni.

Ok harap membantu. Baby aku demam badan agak panas nak cecah 38celcius then hidung berhingus. Awal demam aku dah start sapu semua yang patut.


3 Tips untuk Rawat Selesema Bayi


1. Mandi air hirisan lemon. Air suam ye. Mandikan dlm 5-10 minit tapi tengok keadaan bayi jugak. Agak- agak dia tak selesa sangat berhenti lah.


2. Buang minyak bawang putih.
Ketuk bawang putih then sangai. Penyekkan dan campurkan dengan olive oil. Sapu di dada, betis, belakang badan dan setiap pelipat. Sapu sekerap mungkin.

Tak ada olive oil boleh je guna minyak bayi. Paling tidak guna minyak masak. 


3. Hirisan bawang merah.
Hiris bawang merah dan taburkan di dalam bekas. Letak di ruang tamu berdekatan dengan baby. Jangan terlalu dekat. Pedih mata.

Selalu aku buat belah bawang merah jadi dua bahagian dan letak dalam bilik waktu dia tidur. Sangat membantu. 


Untuk tips golek telur, lumur air asam jawa dll masih belum sempat prektis. Tenkiu kawan-kawan yang suggest. 

Semua kesembuhan dengan izin Allah. Kita ikhtiar. Semoga bermanfaat untuk orang lain.

Selamat mencuba😇



viral sakit kerapuhan kulit

Assalamualaikum.

Saya sangka saya paling teruk. Saya paling penat. Saya paling susah.

Saya gagal nak jalankan tanggungjawab dan saya tak ikut apa yang saya janjikan.

Janji dengan diri sendiri. atas banyak alasan.

Tapi saya lupa. Saya terleka. Saya sedih dan asyik meratap kepayahan diri.

Sampai lupa nasib orang sekeliling.

Saya baru dapat tahu tadi;
  1. Ada orang yang baru je di sahkan menghidap kanser.
  2. Ada kawan pulak anak pertama kali sakit eczema di usia 7 tahun. Ibu tunggal pulak tu.
  3. Ada orang hilang keyakinan diri bila kepercayaan diragut.
  4. Ada orang anak dia sakit kerapuhan kulit.


Allahu. Beratnya ujian mereka.

Sebenarnya saya patut bersyukur. Saya selalu lupa. Selalu kena ingatkan.

Jom jadi sebahagian yang bersyukur dan membantu mereka yang memerlukan.  

Ini bantuan untuk adik Aqif; mak dia Umi Umeera, boleh follow fb dia.

Mak dia berniaga online untuk cari duit untuk membiayai cost perubatan dan juga senang nak jaga adik Aqif dirumah.

Umi umeera : 017 – 6494405
Acc Maybank: 562405616166 UMI AMEERA BT MAZLAN

pedihnya. sakitnya. Ya Allah sembuhkanlah dia

haishh comel sangat ni. semoga awak sembuh dik.

Restaurant Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati

Aku ni kalau dah suka dengan satu tempat, memang tempat tu saja lah kami akan tuju. Sama juga kalau sekali terkena benda tak best sampai mati pun duk asyik ungkit. 

Kisahnya, pagi tu aku teringin sangat nak breakfast western food. Dah selalu sangat makan roti canai dan nasi lemak, sengaja ajak suami ubah angin. 

Bukan lah selalu dapat layan tekak mengada macam ni. Kadang-kadang je bak kata suami. Bila rindu. 

Bila fikir semua harga barang yang naik dan kos hidup yang makin lama makin tinggi boleh stress dibuatnya. 


Restaurant Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati

Untuk menu breakfast aku order egg benedict dan Smoked Salmon. Makan sambil mata bercahaya. Tak tahu nak terangkan macamana. 

Telur tu cair dan terasa Smoked Salmon tu. Walaupun porton dia nampak kecil tapi dapat buat aku rasa kenyang sampai lunch hour. 

Suami pula order Signature menu restaurant 69 Islamic Sandwich pun sedap. 





Kenapa Suka Sangat Dengan Sixty9 Islamic Steakhouse?

Alasan paling munasabah kenapa aku suka sangat datang sini ialah sebab jarak restoren Sixty9 Islamic Steakhouse ini hanya 15 minit dari rumah. 

Parking pun mudah dan selamat. Antara faktor-faktor lain ialah: 

#1 Bersih dan Selesa - Dari segi kebersihan dalam restoren dan tandas memang aku puji terjaga. Staff dia rajin dan pastikan semua teratur. 


#2 Kualiti - Oleh sebab dia jaga kualiti bahan-bahan yang digunakan maka rasa masakan dia sedap di tekak aku la. 

Aku jarang berkira kalau bab makanan. As long as berbaloi dengan apa dia offer aku masih ok. Steak kami pun dimasak elok dan daging tak liat. 



#3 Harga Berpatutan - Total harga untuk tiga main dish dan dua air ialah RM110++. Aku rasa munasabah dengan harga yang dikenakan. Sesuai dengan portion, side dish dan service. 


#4 Friendly Staff - Salah satu faktor utama aku akan kembali ke sesebuah restoren adalah layanan staff dan juga staff jaga kaunter. 

Kalau dia mesra, tak kedekut senyuman, merendah diri dan selalu ucap terima kasih adalah antara bonus point sesebuah restoran. 



Makan Malam Di Sixty9 Islamic Steakhouse 

Kebiasaan kalau makan malam di Restoren Sixty9 Islamic Steakhouse suami macam biasa akan makan lamb. Semestinya pilihan cara masak adalah well done. 

Suami aku pantang kalau makan steak ada warna merah. Memang tak la dia nak telan. 




Aku pula cuba lamb rack oven baked. Daging well done jugak dimasaknya dan gravy pilih mushroom. Wah nama panjang dan of course la sedap. Juling-juling mata makan. 

Masa type pon meleleh air liur. Semestinya menepati pilihan citarasa aku. Maka menu ni akan di repeat in future. 




Overall aku recommend sangat untuk korang cuba makan di Restoren Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati ni. 

Banyak lagi menu lain boleh korang cuba. Next food hunting kita cari restoren western lain untuk kita terjah. 

Selamat makan-makan!

Boleh cuba juga Tim’s Tea House Café Taman Melawati tak jauh dari tempat makan ni.