Tukar Kabel Copper Unifi Ke Fiber, Perkara Perlu Tahu

Baru-baru ni aku terima panggilan dari TM berkenaan tawaran untuk tukar kabel Copper kepada kabel fiber. Ikutkan bulan Oktober 2022, genaplah kontrak dua tahun kami guna UniFi.

Mengikut penerangan customer service yang telefon aku, penukaran kabel fiber merupakan salah satu cara untuk TM naik taraf perkhidmatan mereka dan bukan semua kawasan yang perlukan kabel fiber.

Pelanggan UniFi di rumah flat, apartment dan pangsapuri disarankan untuk tukar atas faktor teknikal. Modem akan mudah terjejas bila hujan petir.


Tukar-kabel-Fiber-TM-Unifi


Jadi pelanggan UniFi rumah teres boleh bertenang tak perlu tukar kabel. Itu apa aku faham berdasarkan perbualan aku dengan juruteknik yang datang buat pemasangan kabel tu.


|   Terminate ASTRO & Guna Unifi   |


Tukar Kabel Copper Unifi Ke Fiber, Perkara Perlu Tahu

Waktu Customer Service hubungi tu dia akan terangkan serba sedikit proses dan apa yang akan berlaku pada hari kejadian termasuklah kos yang terlibat.

Kos pemasangan adalah percuma tetapi pelanggan perlu bayar jika request pemasangan tambahan mengikut kehendak pelanggan yang melibatkan aktiviti drill dinding dan sebagainya.

Jika semua berjalan lancar, crew teknikal akan datang untuk pemasangan kabel Fiber pada hari temujanji.

Kesilapan aku waktu bercakap dengan Customer Service adalah aku tak tanya tentang kesan kepada kontrak UniFi semasa bila aku setuju nak tukar kabel fiber.

Waktu hari pemasangan baru aku tahu yang secara automatik kontrak akan dilanjutkan lagi sehingga dua tahun. Nak marah tapi kena sabar.


Pasang-kabel-fiber-unifi


 

Tukar Kabel Copper Kepada Kabel Fiber Unifi

Itupun selepas borak dengan crew TM yang datang pasang kabel tu. Memang tak boleh buat apa-apa la sebab dia dah mula buat kerja.

Elok je crew tu terangkan. Nama dia Razif. Sebelum ni dia pernah datang gantikan modem aku blackout kena panah petir.

Aku tidak la marah cuma sedikit kesal bila customer service tak beritahu pun waktu dia buat tawaran tukar kabel Unifi.

Kalau fikir logik itu merupakan salah satu strategi supaya pelanggan tak terminate servis TM. Bayangkan kalau pelanggan memang tak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan Unifi, pasti dia tak setuju nak tukar kabel.

Setakat setahun 10 bulan aku guna UniFi, banyak kali juga kami frust dengan mutu perkhidmatan internet. Lepas setahun guna, internet dia dah macam Ast** bila hujan je internet terganggu.

Agak kerap berlaku dan bila jadi memang sakit hati. Waktu penukaran tu tak ambil tempoh masa yang lama pun, sekitar satu jam je semua boleh siap.

Sebelum buat crew akan bagi cadangan untuk tarik kabel dan beritahu jika ada keperluan untuk tebuk dinding.


saiz-kabel-fiber-unifi


Pastinya kalau tebuk kenalah bayar. Halus je kabel fiber tu dan warna putih. Selepas pelanggan setuju maka kerja penukaran kabel pun bermula.

Kalau sebelum ni untuk kabel copper, TM hanya beri satu device sahaja iaitu modem yang juga berfungsi sebagai router untuk sambungkan internet.

Ini adalah sebab kenapa internet lembap sebab modem kena bekerja keras sebagai router. Tapi bila upgrade ke kabel fiber, pelanggan akan dapat dua device yang berasingan iaitu modem dan juga router.

So bila dah asing kelajuan internet dijangka lebih lancar. Setakat dua minggu performance lebih baik. internet ada waktu dia loading juga tapi tak lama.

Tak risau juga bila hujan petir sebab kabel fiber ni dia kalis kilat. Rumah aku pula di tingkat atas sekali iaitu di tingkat 7. Ngeri juga kalau cuaca buruk ditambah kilat guruh sabung menyabung.



Kesimpulan

Moral of the story, penukaran kabel Unifi copper kepada kabel fiber beri perubahan dari segi kelajuan internet dekat rumah aku. Ada waktu internet dia hauk tapi masih boleh diterima dan tak lama waktu dia down tu.

Update: Lepas hampir setahun tukar fiber Alhamdulillah kelajuan internet diterima akal, smooth je dan petir kuat pun tak risau. Tak kena sambar. Nauzubillah. 

Cara Dapatkan Duit Hilang Dalam Akaun Bank

Sana sini kecoh kata simpan duit dalam bank dah tak selamat. Selama ni aku hanya dengar cerita orang, duit hilang dalam akaun bank. Akhirnya aku turut menjadi mangsa. Cis betul.

Waktu kawan aku ceritakan suami dia juga menjadi mangsa scammer yang mencuri duit dalam akaun bank aku hanya mampu suruh dia bersabar je.

Bila giliran aku sendiri yang merasai memang payah nak bersabar. Cakap memang mudah, bila kena batang hidung sendiri, perghhh.



Cara Dapatkan Duit Hilang Dalam Akaun Bank

Walaupun angka dia tidak mencapai angka ribuan ringgit tapi tetap juga terasa. Kalau aku belanja duit tu beli kopi dekat Zus Coffee boleh dapat 10 cawan CEO Latte ya.



Amaran penipuan bank



Kisahnya pagi 1 haribulan Ogos aku terima notifikasi di SMS dari no 63833 mengatakan aku ada buat transaksi guna Debit Card berjumlah RM98 pada pukul 1.27 petang.

Awalnya aku nak abaikan je SMS tu sebab macam tak percaya. Tapi, nombor yang hantar notifikasi SMS tu nombor rasmi kalau aku request TAC untuk urusan online banking. Terus rasa cuak.

Waktu tu rasa tak sedap hati terus login iMuamalat dan ternyata duit telah ditolak dan terdapat perbezaan diantara jumlah Account Balance dengan Available Balance.

Bila fikirkan macam tak logik sebenarnya scammer tu boleh buat transaksi guna kad debit aku. Aku tak pernah klik link mencurigakan baik di SMS, e-mail, mahupun Whatsapp. Tak pernah juga nak layan bila diminta isi maklumat peribadi.

Perkara pertama aku buat ialah update di Facebook dengan harapan ada yang kongsi pengalaman pernah lalui perkara yang sama. Lepas tu terus aku hubungi customer service Bank Muamalat.

Bank hold transaksi tu jadi duit tu terapung-apung status dia. Selamat? Entah tak tahu.



Duit-hilang-dalam-bank

 


Kronologi Cara Dapatkan Semula Duit Yang Hilang

Baca kronologi di bawah supaya lebih faham:

1# Terima SMS notifikasi pada pukul 1.29 petang Ahad, 31/7/2022. Berlaku transaksi pembayaran kepada Brainratingstore.com sebanyak RM98.

Pagi Isnin baru perasan SMS dan terus call Bank Muamalat.

#2 Customer Service akan block kad debit dan Internet Banking. Kena buat laporan Polis dan pergi ke bank untuk buat kad debit baru. Laporan Polis wajib buat supaya bank boleh lakukan siasatan. 4/8/2022, Khamis baru aku selesaikan semua.

#3 Kena hantar e-mail dan salinan laporan Polis kepada feedback@muamalat.com.my beserta no rujukan panggilan (CS akan beri).

#4 Bank caj RM12 untuk buat Kad Debit baru. Dah la duit kena curi, bank suruh bayar lagi duit yang sah-sah bukan salah pelanggan.

#5 Kes dijangka ambil masa 14 hari bekerja. Tapi berdasarkan pengalaman orang lain perlukan tempoh yang lebih lama dan terbukti ianya betul.

#6 Internet Banking kena daftar semula. Kena buat macam pertama kali daftar ‘First time registration’ kemudian kena hubungi Customer Service untuk aktifkan. Leceh tapi sebab perlukan kena buat juga.





Kisah Orang Hilang Duit Dalam Bank

Setiap bank prosedur dia berlainan. Ada yang tak perlu buat laporan Polis dan sebaliknya. Berdasarkan pengalaman yang diceritakan mangsa yang hilang duit dalam bank, aku simpulkan yang bank akan beri response berdasarkan tahap penglibatan pelanggan.

Kan ada kisah Doktor yang hilang duit dalam bank sotong tu dia tak puas hati sebab bank seolah meletak kesalahan ke atas pelanggan. Klik link dan ada yang serah maklumat peribadi.

Sebagai contoh untuk kes aku: aku tak klik apa-apa pautan, tak dedahkan maklumat kepada pihak ketiga melalui e-mail mahupun panggilan telefon.

Tahu-tahu je transaksi berlaku tetapi bank bekukan transkasi sebab mencurigakan. Memang lah sebab aku tak request atau masukkan TAC / OTP number.  

Kebetulan waktu balik, pakcik driver GRAB pun kongsi kisah hilang duit dalam bank sebab scammer. Bezanya dia yang serah tengkuk untuk disembelih. Lagi sedih.

Dia cerita scammer ni guna email untuk pancing pakcik tu. Scammer hantar email sebiji macam email dari pihak Unifi dan minta pelanggan untuk update maklumat akaun.

|   Taktik Scammer Kurier Servis    |

Kalau tak update servis akan ditamatkan. Lebih kurang macam tu lah penerangan pakcik tu. Maklumat yang pakcik tu isi termasuk lah bahagian bayaran auto debit.

Dia klik link dan isi maklumat pada waktu pagi dan selepas tu dia terima notifikasi penolakan bayaran berderet-deret melalui telefon tapi dia abaikan sebab sibuk bawa GRAB.

Malam tu dia baru semak notifikasi dan buat laporan kepada bank. Esok dia pergi ke bank. Apa yang dia cerita ialah duit tu dah berjaya dipindahkan ke akaun scammer tapi scammer belum withdraw duit.

Pakcik tu bernasib baik sebab bank kata boleh ambil duit tu semula. Adalah perkara teknikal yang dia cerita tapi aku tak berapa nak faham.

Jadi untuk kes kehilangan duit setiap bank berbeza cara dia selesaikan. Jadi isu dia sekarang selamat tak nak simpan duit dekat bank?

Bayangkan eh kalau pelanggan yang memang simpan dan harapkan bank jaga duit kita, lepas tu kehidupan dahlah miskin bandar. Jadi perkara begini yang ambil masa nak dapat semula duit tu.

Tidak ke membebankan rakyat. Hei saya marah. 

|   Guru Ditipu 12 Ribu Ringgit Oleh Sindiket Parcel Scam  |

 


Pesanan Bank Tentang Panggilan, SMS, Whatsapp Palsu

Awas! Panggilan atau sms/whatsapp palsu

Anda Cemas?

  • Tidak bayar cukai
  • Pengubahan wang haram
  • Kad kredit digunakan
  • Tunggakan kad kredit
  • Mykad digunakan oleh orang lain
  • Dadah

Anda diugut?

  • Waran tangkap
  • Penjara
  • Wang simpanan hilang
  • Akaun simpanan dibekukan

Anda menerima arahan?

  • Muat turun aplikasi
  • Mengisi data peribadi dan perbankan ke dalam aplikasi/ laman
  • sesawang daripada pautan yang diberikan
  • Membuat pinjaman peribadi
  • Menjual rumah
  • Memindahkan wang simpanan
  • Tidak boleh memberitahu sesiapa termasuk ahli keluarga 

Sekiranya anda menjawab YA untuk semua solan di atas, anda mungkin sedang ditipu! hentikan perbualan serta merta dan telefon pihak berkuasa dengan segera.

 


Update!

Selepas hampir satu bulan aku follow up dengan Customer service BMMB semula. Waktu tu aku dah hantar email juga tapi as expected memang sampai ke sudah tiada balasan ya. 

Aku tergerak hati nak semak guna iMuamalat dan jumlah Account Balance dengan Available Balance dah sama. 

Sama ada duit dah ditolak atau duit dimasukkan semula ke dalam akaun. Terus aku hubungi customer service.  

Menurut perbualan aku dengan CS, staff lelaki tu terangkan yang duit aku telah ditolak dan dibayar kepada scammer. 

Sikit lagi aku nak menjerit. Memang aku hilang sabar. Waktu ni darah aku betul-betul mendidih. Semua jawapan yang CS tu bagi sangat menyakitkan hati. 

Lama juga aku pertikaikan sebab aku dah buat apa pihak bank suruh, laporan polis dan aku dah beritahu bank supaya jangan release duit kepada scammer. 

Aku suruh dia jawab dengan jujur aku akan dapat duit itu atau tak. Peluang tu tipis dia kata. Dia kata dia boleh tolong buka laporan untuk tanyakan kepada Jabatan yang terlibat siasat kes aku ni. 

Dengan harapan jabatan tu boleh bagi jawapan yang logik diterima akal kenapa duit aku ditolak. Banyak kali juga perkataan maaf keluar tapi maaf tu bukan boleh kembalikan duit dan kepercayaan aku kepada bank. 

Aku geram sampai aku cakap aku nak withdraw dan tuutp akaun Muamalat. CS tu redha je. Nasib lah kan. Tapi tidak la aku sampai mencarut. 

Sebelum letak telefon aku sempat tanya tarikh perlu aku hubungi semula untuk tahu status duit aku. Sepanjang tempoh menunggu tarikh aku perlu follow up, aku ada call customer service untuk kes lain. 

Waktu inilah aku baru tahu yang CS lelaki tu bagi salah maklumat. Aku minta CS perempuan ni semak status kes aku dan dia terangkan satu persatu. 

Rupa-rupanya selepas kes aku di siasat, duit aku dipulangkan semula ke dalam akaun. Jadi status duit floating tadi tiada sebab bank dah batalkan transaksi mencurigakan itu. 

Pentingnya aku buat laporan Polis sebagai langkah keselamatan tambahan supaya kes kecurian duit tidak berlaku lagi di masa hadapan. 

Mengikut SOP mereka patutnya ada staff hubungi aku untuk update laporan yang aku buat, malangnya aku tak terima satu panggilan pun. 

Kalau aku tak hubungi semula BMMB dan aku biar je sampai bila-bila pasti aku akan kenang BMMB sebagai bank yang teruk. 

Salah pelanggan? Salah Staff? Salah bank? 



Adi Putra & Fattah Amin dalam Mat Kilau King Of Nations

Kalau sebelum ni Mat Kilau ditayangkan di pawagam kini Mat Kilau menemui peminatnya dalam King Of Nations versi permainan mudah alih pula. 

Nama Mat Kilau memang tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia dalam kamus sejarah negara ini. 

Selepas kisahnya diabadikan menerusi filem yang mendapat sambutan hangat baru-baru ini, Mat Kilau telah meninggalkan kesan di kalangan rakyat Malaysia dalam budaya pop tempatan hari ini.

Namun, ianya tidak terhenti di situ sahaja. VNG Games dengan bangganya mengumumkan bahawa wira legenda Mat Kilau kini akan memasuki dunia alam maya dan mengembangkan legasinya pada permainan mudah alih - King of Nations!


King-Of-Nations-Rise-of-Heroes



Mat Kilau dalam King Of Nations - Versi Permainan Mudah Alih    

King of Nations kini tersedia di Google Play & App Store mulai 22 Ogos 2022, jangkaan peminat tempatan semakin memuncak apabila permainan itu diperkenalkan oleh pelakon asal - Dato’ Adi Putra Dan Fattah Amin. 

Lakonan yang mantap dan semangat juang dalam filem Mat Kilau membuatkan 2 selebriti popular ini dipilih untuk mencuba permainan mudah alih terkini keluaran VNG Games.

Menurut Dato’ Adi Putra, “Replikasi watak Mat Kilau yang menarik dalam versi permainan digital ini dipadankan dengan Busana Melayu yang dibuat terperinci dan senjata tradisional.”


Mat-Kilau-King-Of-Nations


Dato’ Adi Putra Dan Fattah Amin Bicara Tentang King Of Nations!

Dato Adi Putra adalah bintang Malaysia yang mempunyai kebolehan untuk menjiwai semangat Melayu sejati seperti Mat Kilau. 

Dengan Dato Adi Putra memiliki sifat itu, wajarlah untuk melihat beliau mengulas permainan digital King Of Nations ini yang menampilkan Mat Kilau sebagai watak permainan.

Dalam itu, Fattah Amin juga menyaran supaya rakyat Malaysia turut meraihkan permainan mudah alih tersebut demi menyemarakkan semangat kepahlawanan bangsa Melayu sempena hari Kebangsaan Malaysia.

Karisma Fattah Amin amat terserlah dalam hasil kerjayanya dan dia memperlihat mempunyai bakat untuk berlakon pelbagai jenis watak. 

Juga merupakan sesuatu bernilai yang VNG Games sampaikan– iaitu mampu pelbagai memainkan watak, taktik, dan mencipta pertempuran yang berbeza yang menakjubkan.



Hero Baru ‘Mat Kilau’ Kini Terdapat Di King Of Nations!

King Of Nations telah membuat penambahan baharu yang istimewa dalam penciptaan watak permainan sedia ada dengan menampilkan pahlawan tempatan yang tidak pernah lagi diadaptasi dalam mana-mana permainan sebelum ini. 

King Of Nations mencipta sejarah sebagai permainan pertama di dunia yang pernah memasukkan Mat Kilau dalam permainannya! 

Rakyat Malaysia pastinya menyukai ciri baharu ini kerana penambahan itu juga menandakan kemunculan pertama pahlawan Melayu dalam mana-mana permainan mudah alih. Permainan ini boleh diakses oleh pemain mulai 22 Ogos 2022!


Character-game-King-Of-Nations


Merdeka: Pahlawan Melayu Sebagai Watak Permainan!

Penciptaan watak permainan mudah alih Mat Kilau ini diilhamkan oleh pahlawan Melayu sejarah kehidupan sebenar iaitu Mat Kilau yang baru-baru ini menjadi bualan utama tempatan dan antarabangsa dengan kejayaan besar di box office pawagam. 

Watak itu sering dipandang tinggi kerana kesungguhannya menjaga keamanan bangsa melayu. Keberanian, ketabahan, dan kemahiran bersilat beliau menjadi inspirasi ramai, khususnya golongan belia. 

Dalam semangat Hari Kemerdekaan yang akan berlangsung pada bulan Ogos ini, watak Mat Kilau kini telah ditambah ke dalam permainan sebagai watak yang boleh dimainkan untuk menggalakkan kebanggaan dan patriotisme tempatan di kalangan pemain Malaysia!


Ciri-Ciri Unik Pahlawan Melayu!

Gaya seni wira baharu itu melibatkan penggunaan Baju Silat dengan buatan yang terperinci – pakaian budaya tradisional Melayu khas untuk mempertahankan diri ini sebagai pakaian tempurnya untuk mengekalkan semangat pahlawan Melayunya. 

Sebagai usaha untuk menyemai nilai kebanggaan negara terhadap adat budaya, King of Nations turut memakai hiasan kepala tradisional yang dipanggil 'tengkolok'. 

Senjata tradisional seperti keris Melayu untuk menampakkan beliau sebagai lambang keberanian dan patriotisme sebagai pahlawan Melayu di era penjajahan.


King-Of-Nations


Impak Wira Melayu Dalam Dunia Maya

Dengan penambahan watak baharu Mat Kilau ini dalam King Of Nations, pemain juga boleh bermain dengan watak tempatan yang berpotensi mereka hubungkan. 

Pada asasnya untuk meningkatkan pengalaman pertempuran dalam permainan dan lawan mereka! 

Pemain boleh menyelami dunia King Of Nations dan bertempur melawan wira tamadun lain, samada dari Timur atau Barat, dan menulis semula sejarah perang terbesar dunia dan meninggalkan jejak mereka.


Spesifikasi Rendah, Lebih Ruang, Tawaran Percuma!

King of Nations merupakan permainan muat turun percuma yang hanya memerlukan 480mb ruang pada telefon pintar pemain! 

Apa yang membezakan King of Nations daripada permainan mudah alih lain ialah mod permainan Pertempuran Wira Berbilang tamadun mereka yang menarik. 

Selain itu, permainan ini juga menawarkan pelbagai tawaran promosi sebagai tanda penghargaan kepada pemain mereka! 

Tawaran promosi termasuk 300 tiket pengambilan percuma untuk Wira Lagenda dalam masa 7 hari, Hero Athena 5-bintang secara percuma dengan tempoh log masuk 7 hari dan cabaran untuk mendapatkan lebih banyak tiket ahli percuma.

Untuk lebih banyak maklumat terkini mengenai King Of Nations, teruskan ke halaman rasmi:

 | Facebook  |  Facebook Group  |  Instagram  |  

Cara Buat Duit Tasneem MarketPlace Tak Perlu Modal

Dikala keadaan ekonomi yang kurang memberansangkan terutama waktu sekarang, ramai mula buka mata mencari peluang untuk mencari duit poket lebih bagi menampung kos keperluan hidup yang semakin tinggi.

Baru-baru ini Tasneem Business Legacy mengumumkan pelancaran Tasneem MarketPlace (TMP) yang merupakan sebuah platform baharu untuk menjana pendapatan tanpa modal dengan gandingan usaha bersama empat lagi jenama terkenal iaitu Tanamera, Pustaka Darul Iman (PDI), Eyyoo dan juga Aqiqah Centre.


Tasneem-Marketplace-Platform-online


Cara Buat Duit Tasneem MarketPlace Tak Perlu Modal

Tasneem MarketPlace merupakan sebuah platform online yang mengumpulkan produk-produk di bawah niche keluarga, kanak-kanak dan juga bayi.

TMP komited membantu golongan berpendapatan sederhana untuk memperoleh income minima empat angka sebulan khususnya golongan suri rumah. Tasneem MarketPlace mensasarkan lebih 10,000 usahawan berdaftar menjelang Disember 2022.

TMP menjadi pilihan pengguna kerana menawarkan kepelbagaian produk yang memenuhi kehendak pelanggan setiap peringkat umur. Mudah sebab semuanya berada dibawah satu bumbung.


Kolaborasi-Tasneem-Marketplace


Pilihan Produk Dalam Tasneem MarketPlace Untuk Pengguna

Antara Jenama dan produk yang tersedia di bawah Tasneem Business Legacy ialah Tasneem Naturel, Tasneem Food dan Two Birds.

Tasneem Naturel – Produk Penjagaan Bayi

Memfokuskan penyelesaian masalah bayi seperti mengatasi selsema, kembung, sembelit, jaundis, ekzema dan sebagainya secara semula jadi dengan pati tumbuhan terpilih.

Tasneem Food – Pes Makanan

Memfokuskan pes masakan Melayu asli yang enak setaraf chef hotel ternama. Membantu ibu-ibu sibuk untuk siapkan hidangan sepantas 30 minit.

Two Birds – Produk Penjagaan Diri

Rangkaian produk penjagaan diri seperti mandian mewah dan minyak urut menggunakan formulasi minyak pati semula jadi dengan pelbagai kebaikan untuk memberikan pengalaman unik kepada pelanggan.

Antara jenama dan produk kolaborasi bersama: Tanamera, Aqiqah Centre, Pustaka Darul Iman (PDI) & Eyyoo.

Tanamera – Produk Penjagaan Diri Organik

Produk berkonsepkan aromaterapi yang menawarkan pelbagai jenis produk penjagaan diri organik. Sabun mandi, minyak urut, minyak pati semuanya dihasilkan daripada sumber alam semula jadi yang terpilih.

Aqiqah Centre – Aqiqah dan Qurban

Syarikat yang menguruskan aqiqah dan qurban di tanah suci Mekah. Diyakini lebih 45,000 pelanggan termasuk sebilangan selebriti tanah air. Aqiqah dan qurban lebih mudah dan murah dengan Aqiqah Centre.

Pustaka Darul Iman (PDI) – Al -Quran

Merupakan syarikat penerbitan Al-Quran yang terkenal dengan quran tagging, quran lelaki, quran wanita & quran besar. Selain lengkap dengan panduan tajwid dan terjemahan, rekaan luarannya juga sangat menawan. Syarikat ini turut menjual buku kanak-kanak dan muqaddam.

Eyyoo – Bahan Belajar & Permainan Kanak-Kanak

Pengeluar Creative Magnetic Box untuk bantu anak 2 tahun ke atas cepat belajar sambil berseronok. Bantu ibu bapa mengajar anak dari awal dengan puzzle bermagnet, sekaligus mengelakkan anak ketagih gajet.


Kolaborasi-lima-jenama-Tasneem-Marketplace


Peluang Menjana Pendapatan Bersama Tasneem MarketPlace

TMP menawarkan ganjaran menarik kepada agen seperti pemberian komisen, mata ganjaran, reward dan juga bonus.

  • Komisen akan diberikan kepada agen melalui pelanggan yang membuat pembelian. Komisen akan dimasukkan ke dalam eCash segera tanpa syarat dan boleh digunakan untuk membeli produk lain di dalam sistem.
  • Mata ganjaran adalah bersifat kumulatif dan boleh tebus dengan HQ tanpa ada tarikh tamat tempoh.
  • Reward menarik kepada Top Recruiter dan Top Bonus Earner.
  • Bonus diberikan mengikut kelayakan berdasarkan pelan insentif dan dikira dari PV produk yang dibeli sepanjang bulan. PV akan di reset setiap bulan.

 

Kelebihan Tasneem MarketPlace Reseller

  1. Jana pendapatan tanpa perlu keluarkan modal
  2. Pendaftaran adalah percuma
  3. Pelbagai rangkaian produk untuk dipromosi
  4. HQ uruskan pengeposan produk kepada pelanggan
  5. Pelan pemasaran jitu untuk bantu dapatkan pelanggan
  6. Pelbagai reward menarik menanti. 
  7. Bonus dibayar seawal 7 haribulan bulan seterusnya
  8. Penyata pendapatan disediakan

 

Team-Tasneem-Marketplace


Kelebihan Tasneem MarketPlace Customer

  1. Pengguna boleh membeli produk jenama kegemaran pada harga hebat, jimat dan berbaloi berbanding dengan pembelian secara berasingan.
  2. Produk juga dijamin berkualiti, autentik keluaran anak tempatan.
  3. Pendaftaran Percuma
  4. Minimum 3% cashback
  5. Terima komisen
  6. Boleh kumpul point
  7. Postage direct HQ

 

Jangan bertangguh lagi. Rebut peluang baik ini untuk tambah duit saku dengan cara yang sangat mudah dan fleksibel.

Mereka yang berminat untuk berjaya dan menjana pendapatan bersama TMP boleh klik link Telegram ini: https://t.me/+WAWjyDQCeT0xMTA

Keterangan lebih lanjut boleh hubungi Tasneem 

FacebookInstagram  |  Website  |  Youtube


Pengaruh TikTok, Berbaloi Ke Makan SukiYa?

Rancangan awal mulanya nak makan dekat tempat lain tapi akhirnya Suki-Ya KL East Mall juga jadi destinasi akhir kami terjah. Datang sebab nak makan lamb dan beef dia tu. 

Lama betul aku mengidam nak makan dekat situ akhirnya suami setuju nak pergi. Selalu nak pergi mesti clash dengan aktiviti lain.

Kan hari tu viral dekat TikTok orang flip beef guna chopstick sampai terbang ke meja sebelah. Aku buat juga, syukur tiada kejadian memalukan berlaku. 

Awal-awal tu segan dan tak yakin je nak buat, tapi lepas beberapa kali percubaan aku jadi ketagih. 

Tak perlu celup lama-lama dalam kuah, cukup terasa manis daging. Memang betul la mereka gunakan daging fresh. 



Pengaruh-TikTok-Makan-Suki-Ya


Pengaruh TikTok, Berbaloi Ke Makan Suki-Ya?


Dah jadi rutin, hujung minggu adalah waktu kami habiskan masa bersama.  Meriah betul orang dekat KL East Mall. 

Seawal jam 11 pagi tu dah ramai orang memenuhi mall. Restoran Suki-ya ni terletak di Ground 2. 

Level bawah tu pula ialah Blue Ice Skating Rink, tempat orang main Ice Skating. Penuh dengan anak muda dan seronok tengok gelagat mereka yang main dekat situ. 

Ada yang jatuh tergolek, yang gelakkan kawan-kawan dan ramai juga yang mahir meluncur ais. 

Ini kali ketiga kami ke sini, sebelum ni kami datang untuk  makan Cheesy Fried Chicken Bumbuk K Fry.

Berbalik kepada cerita food hunting; Suki-ya Eat All You Can Sukiyaki & Shabu Shabu. Aku yang cadangkan kepada suami dan anak-anak pun setuju disebabkan pilihan makanan yang ada. 

Pagi tu sengaja tak makan pagi sebab nak kosongkan perut supaya boleh enjoy makan banyak-banyak. Ternyata memang berjaya ya strategi tu. 

Buat yang belum pernah ke Suki-Ya mari aku kongsikan pengalaman aku bawa anak-anak dine in dekat sana. Boleh korang jadikan rujukan bila nak pergi nanti. 



Sukiya Eat All You Can Sukiyaki & Shabu Shabu


Waktu kami sampai masih ada kekosongan jadi tak perlu beratur lama. Crew restoran sangat peramah dan banyak membantu. 

Ada empat jenis kuah yang disediakan dan boleh pilih dua jenis kuah untuk korang cuba. Kuah Shabu Shabu, Sukiyaki, Miso Sup dan Kimuchi. 

Kami pilih kuah Sukiyaki (manis, kicap) dan Kimuchi (rasa kimchi). 

Pilih Sukiyaki Sup sebab anak-anak dan Kimuchi tu tidak la pedas dan masam pun. Sedang elok rasa dia. 

Kuah jadi bertambah sedap bila dah masukkan daging dan sayuran ke dalam air rebusan. 



Soup-Sukiyaki-Kimuchi


Menu utama semestinya hirisan daging, Kambing dan juga Ayam serta aneka pilihan sayuran dari Healthy Bar. 

Free flow untuk tiga jenis daging tu dan korang boleh makan seberapa banyak korang mahu. Minta je dengan crew restoran. 


Daging-Lamb-gulung-sukiya


Daging gulung dia memang sedap dan berbeza dengan restoran steamboat lain yang mana daging dekat Suki-Ya tidak diperap. 

Satu perkara yang aku suka tentang Sukiya, ialah mereka memandang berat tentang pemilihan makanan dan kualiti bahan segar yang diletakkan di kaunter “healthy bar”.  


Sukiya-healthy-bar


Setiap makanan yang ada dekat situ terjaga kualiti dia. Selain menu untuk hot pot menu sampingan yang ada ialah nasi kukus Jepun, sushi dan juga ais krim untuk pencuci mulut. 

Kalau di Jepun, Sukiyaki dan Shabu Shabu merujuk kepada hirisan daging, sayur-sayuran dan tauhu yang direbus di dalam periuk panas. 

Sebagai penambah perasa, kicap, gula dan mirin (Alkohol) ditambah ke dalam air rebusan. 



Sukiya-Lunch-Buffet


Beza Antara Sukiyaki & Shabu Shabu

Cuma yang membezakan Sukiyaki dan Shabu Shabu ialah cara menikmati daging hiris tersebut. Untuk Sukiyaki, daging dimasak di dalam kuah kemudian dicelup dengan telur ayam mentah. 

Risau tak tertelan jadi aku tak cuba pun. 

Manakala Shabu Shabu pula, daging hiris yang telah dimasak dimakan dengan sos pencicah pilihan. Ada banyak jenis sos pencicah dan korang boleh buat sendiri sos pilihan hati.  

Pilihan yang ada ialah Gomatare (Sesame Sauce), Ponzu dan Misotare. Dari segi sos pencicah, aku lebih suka pilihan sos di Seoul Garden. 


Dipping-sauce-Sukiya


Kalau datang SukiYa korang boleh datang untuk sesi lunch ataupun dinner. Semestinya harga dinner buffet lebih mahal berbanding lunch buffet. 

Harga juga berbeza pada hujung minggu dan hari bekerja. 

Next time mungkin boleh cuba dinner dekat Sukiya pula. Agaknya ada pertambahan menu sebab tu mahal. Anak-anak pun enjoy makan, siap ajak datang lagi. 

Harga buffet lunch SukiYa hujung minggu: RM43.80 untuk dewasa dan RM21.90 untuk kanak-kanak. Harga tu belum masuk service charge dan service tax ya. 

Sebagai peminat daging dan kambing memang puas hati sangat makan dekat sini. Ada rezeki nanti kita datang lagi. 

Makan Cheesy Beef Katsu Don – Kimukatsu pun sedap. 

Kenali 36 Red Flad Dalam Hubungan Elak Jadi Mangsa

Tak ada siapa pun dalam dunia memilih untuk terlibat dalam hubungan yang bermasalah. Dah nampak red flag dalam hubungan tapi hati masih menafikan. Mengharapkan yang baik-baik tentang pasangan.

Lebih teruk kalau awal-awal dalam perhubungan semua nampak okay tapi semua berubah setelah berkahwin.

Lepas tinggal sebumbung, makan sepinggan dan tidur sebantal baru lah keluar perangai sebenar pasangan. Lepas berkahwin baru semua perkara terbongkar. Takut kan?


Kenali 36 Red Flad Dalam Hubungan Elak Jadi Mangsa

Tapi sebenarnya setiap yang berlaku pasti ada titik mula. Tanda-tanda mesti ada tapi pasangan tak perasan, atau lebih teruk pasangan pejam mata sebab fikir semuanya akan berubah jadi lebih baik.

Memang ada yang memilih untuk bertahan walaupun didera emosi dan fizikal, digantung tidak bertali malah ada yang tidak diberi nafkah. Nak keluar dari hubungan bermasalah perlukan kekuatan dan juga sokongan.

|  Cara Dapatkan Bantuan Keganasan Rumah Tangga  |


 

kenali-red flag-dalam-relationship


Apa itu Red Flag? Elak Jadi Mangsa Keganasan Dalam Hubungan

Jadi mari kenali red flag dalam hubungan supaya kita boleh elak dari menjadi mangsa di masa hadapan. Apa itu red flag dalam hubungan?

Ikut tafsiran di media sosial, emoji Bendera Merah 🚩 popular digunakan untuk merujuk kepada "bendera merah" dalam perhubungan atau hubungan berpotensi— tanda seseorang itu tidak akan menjadi pasangan romantik yang baik atau mereka umumnya mempunyai personaliti yang buruk.


“In relationships, red flags are signs that the person probably can't have a healthy relationship and proceeding down the road together would be emotionally dangerous,” - Dr. Wendy Walsh, PhD, a clinical psychologist specializes in relationships.


Red flag-dalam-hubungan


 

Kenali Red Flag Untuk Elak Jadi Mangsa Dalam Hubungan

Kenali 36 red flag untuk elak jadi mangsa konflik hubungan. Berikut merupakan perkongsian dari orang ramai tentang Red Flag berdasarkan pengalaman mereka sendiri. 

Jom baca perkongsian dibawah supaya menjadi peringatan kepada orang lain supaya tidak menjadi mangsa.


1. Baru kenal tapi dah suruh turunkan berat badan. Beri pendapat yang menyakitkan hati dan kritikan seperti menghina. 

2. Tak izinkan bekerja selepas berkahwin dan letak syarat-syarat mengarut seperti setiap keputusan berkaitan kerja perlu dapat izin dia. 

3. Acah tahu semua perkara. Gaya bercakap tu jenis membangga diri dengan apa yang dia ada dan anggap orang lain tiada apa-apa.  


4. Nak tahu semua aksess akaun sosial media seperti Facebook, Instagram, TikTok dan lain-lain. 


5. Nak tahu passcode telefon dan suka check mesej dengan siapa di whatsapp. 


6. Paksa pasangan untuk unfriend sahabat di alam maya yang berlainan jantina sedangkan dia bebas untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. 


7. Berani pegang-pegang dan berbincang tentang perkahwinan waktu perjumpaan pertama.  


8. Ajak berkahwin dan tinggal serta minta jaga mentua selepas kahwin. 


9. Awal perkenalan lagi dah berani berborak tentang seks dan tanya pasangan open minded atau tidak. Open minded = terbuka untuk bercerita tentang seks. 


10. Bandingkan pasangan dengan perempuan lain termasuk bekas teman wanita. 

11. Suka mendiamkan diri secara tiba-tiba terutama bila tengah mesej. 

12. Minta benda yang pelik-pelik seperti mintak baju yang dipakai pasangan sewaktu pertama kali keluar dating. 

13. Sepanjang masa asyik bercerita tentang diri sendiri dan tak pernah tanya tentang pasangan. 

14. Kutuk penampilan pasangan. 

15. Minta gambar selfie setiap hari dan setiap jam. 

16. Kutuk dan merendah-rendahkan minat pasangan.   

17. Pasangan tak suka dan mengharapkan orang lain untuk buat keputusan. 

18. Suka menipu walaupun perkara kecil. 

19. Terlampau lebihkan kawan daripada pasangan. 

20. Cemburu dan panas baran. 


Ciri-ciri-hubungan-bermasalah



21. Baru kenal tapi asyik nak video call setiap hari. 

22. Asyik bercerita dan mengungkit tentang kenangan dengan ex. 

23. Baru berkenalan tak sampai sebulan dah berani pinjam duit dari pasangan. 

24. Merahsiakan hubungan dan tak dedahkan tentang keluarga, kawan-kawan termasuk dekat mana tempat bekerja. 


25. Menipu status perkahwinan. Sudah berkahwin dan ada anak dan isteri tapi mengaku bujang. 


26. Sikap suka berahsia dalam semua perkara. 


27. Pasangan ajak keluar tapi minta teman wanita untuk tanggung segala kos setiap kali keluar. 


28. Suka play victim. 


29. Setiap minggu bergaduh, sering diugut apabila pendapat tak sama, sering dipersalahkan, dimaki dan dihina serta paksa pasangan untuk ikut cakap dia. 


30. Sambil lewa waktu diajak berbincang, kurang serius apabila melibatkan perancangan untuk masa hadapan. Takut untuk buat keputusan.


31. Lelaki kaki pukul, suka maki dan angkat tangan walaupun belum ada hubungan rasmi. 


32. Asyik nak berkepit setiap masa dan kuat merajuk terutama bila lambat balas mesej. 


33. Minta gambar bogel pasangan. 


34. Suka memaksa dan cemburu buta. 


35. Terlalu lama berada dalam fasa perkenalan, tidak menunjukkan mahu serius ke peringkat hubungan seterusnya.  


36. Anak emak. 

1

Kesimpulan

Kenal pasti tanda-tanda red flag dalam hubungan supaya kita tak terjebak dalam hubungan yang bermasalah seterusnya bakal jadi mangsa keganasan. Cegah sebelum parah.