Semak Penyata Pinjaman PTPTN Selepas Ujrah

Selamat petang. Ramadhan ke 15 aku terima email penghargaan dari PTPTN yang sudi [dengan izin Allah] memberi aku pinjaman masa belajar dulu. 

Pengajian Diploma dan juga ijazah Sarjana Muda. 


Kali ni nak kongsi tentang apa yang jadi selepas aku berjaya bertukar dari conventional ke Ujrah. 

Oleh sebab macam rasa panjang sangat so aku akan buat lebih dari satu entry tentang apa berlaku selepas aku tanda tangan setuju memilih Ujrah. 


Semak Penyata Pinjaman PTPTN Selepas Ujrah


 



Recall balik apa berlaku:

Apply Ujrah hujung December 2014 di cawangan KL Sentral.
Ikut jadual bayaran balik aku kena start bayar January 2015 tapi aku lambat bayar, aku terlupa so aku bayar dua kali masa bulan February.

Dari aku mohon Ujrah sampaila saat aku terima email dari PTPTN ni barulah aku tergerak hati nak semak dan study apa berlaku pada pinjaman aku.

Semak baki bayaran.

Aku semak dan buat perbandingan untuk dua penyata. Conventional dan Ujrah.

Untuk conventional system akan mintak no pinjaman dan ic kita. Untuk Ujrah pulak kena ada kata laluan. 

Aku ingat-ingat lupa bila aku daftar so aku just reset password. PTPTN akan hantar email new password. 

Ha yang ni pening sikit sebab system diaorg email aku sampai 3 kali dan ketiga-tiganya adalah password yang berbeza. 

Jadi guna password paling last dia bagi. Tak pun ikut nasib la yang mana boleh. Ihihihi.  Lepas dapat log in korang tukar la password yang korang nak.


Korang refer gambar bawah ni untuk lagi clear k. 



melalui email tadi dia bagi link..korang click je




masukkan kad pengenalan then nanti appear dua link..

yang ni page kalau click penyata pembiayaan Ujrah..
yg penting kena ada kata laluan



yang ni page kalau click penyata pembiayaan  Konventional..
yg penting korang hafal no pinjaman..


Untuk kata laluan dan sebagainya aku dah setel awal-awal dulu. aku tak suka call PTPTN so aku walk in sahaja ke kaunter KL Sentral. 

Senang nak tanya.  yang tak ada masa boleh la cuba call hotline diaorg. 

 

Cara Mohon Ujrah PTPTN

Dapat Soalan pasal Ujrah dari reader yang tanya tentang macamana nak apply Ujrah? Nak tahu tentang detail serta kenaikan bunga jika lambat bayar pinjaman. 

Seperti yang aku gembar gemburkan pada entry lepas hujah pasal Ujrah dan pasal kenapa aku pilih ujrah akhirnya dengan tekad hati aku memilih untuk proceed apply ujrah.








Cara Mohon Ujrah 


Penawaran Ujrah adalah terbuka kepada semua peminjam pinjaman konvensional (kecuali penerima WPP bukan peminjam) termasuk peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Bagi mana-mana peminjam yang mempunyai lebih dari satu (1) pinjaman konvensional [ macam kes aku diploma dan Ijazah]. 

Penggabungan data pinjaman akan dilakukan bagi melayakkan peminjam memohon pertukaran Ujrah. WAJIB.  



Kalau tak puas hati dengan tempoh bayaran balik boleh buat rayuan dan kemukakan salinan slip gaji terkini atau penyata KWSP atau penyata pendapatan (bagi yang bekerja sendiri).

Boleh lanjutkan tempoh bayaran had umur sehingga 60 tahun tertakluk kepada rundingan dan persetujuan.


Cara Permohonan 

Untuk mohon boleh buat dengan dua cara;

1.      Mohon online
Memohon melalui online dan kena masuk website  PTPTN  dan isi la apa yang diminta. Seharusnya bersetuju dengan syarat-syarat yang di tawarkan:    

* UJRAH adalah upah 1% setahun pada kadar rata bagi menggantikan kos pentadbiran 3% dan 5% setahun atas baki berkurangan.

* Mulai 1 Oktober 2014, peminjam yang mempunyai lebih dari 1 pinjaman diwajibkan untuk menggabungkan kesemua pinjaman untuk melayakkan pertukaran UJRAH.

So tunggula PTPTN reply status layak ke tidak then akan ada email PTPTN akan tandatangan agreement. Agreement akan state segala info tawaran Ujrah dan document yang harus di kembalikan kepada PTPTN. 
Agrement valid untuk 14 hari sahaja. Kalau dapat terus buat dan hantar ke kaunter secepat mungkin.

2.      Walk in terus ke kaunter terdekat.

Macam kes aku, aku refer to KL Sentral  punya kaunter. Aku buat online dulu sebab nak taw berapa monthly amount then aku sempat la buat research nak accept or tolak. 

Kalau korang jenis yang nak amik masa study dulu mampu bayar etc eloklah buat macam aku. So far aku berkenan. 

So aku pun teruskan niat apply kat kaunter saja. Paling penting pergi sana bawak setem hasil RM 10 dua keping. 

Nanti boleh siap terus agreement. Bagitahu siap-siap kat staff tu kata nak siapkan hari tu jugak. Tak sampai dua jam boleh setel. 

Kau orang juga boleh  minta dokumen tawaran di kaunter PTPTN di cawangan PTPTN seluruh negara.

Perjanjian yang lengkap di isi beserta setem hasil (RM 10 – 2 keping) hendaklah segera dipulangkan di kaunter atau melalui pos kepada mana-mana Pejabat PTPTN Negeri. 

Selewat-lewatnya 14 hari daripada tarikh surat tawaran. Lepas 14 hari dah tak valid dan kena isi borang baru.

Urusan permohonan in sha Allah boleh siap dalam masa satu hari dengan syarat dokumen lengkap dan ada stem hasil. 

* Nota Tambahan: "Bagi PENERIMA BIAYA yang lewat membayar mana-mana ansuran bulanan sebagaimana yang ditetapkan oleh PERBADANAN, PENERIMA BIAYA adalah bertanggungjawab untuk membayar ta'wid (pampasan) kepada PERBADANAN dikira pada kadar 1% setahun atas baki bulanan di atas amaun yang lewat dibayar. 

Amaun ta'wid (pampasan) terhadap kelewatan membayar adalah dikira dari tarikh ansuran kena dibayar sehingga bayaran diterima oleh PERBADANAN". 

Itu sahaja rasanya yang korang perlu tahu. Harap membantu.



Semoga Emak Sihat Selalu

Bersyukur masih diberi nikmat meneruskan kehidupan. Diberi kesempatan hidup tanpa ada pergaduhan dengan orang sekeliling. Masih senyum dan boleh bergurau senda dengan suami. 

Anak masih dibawah kawalan. Syukur. Sabtu ahad lepas turn aku balik Pahang. Dah jadi amalan setiap kali berpuasa selepas berkahwin akan pastikan sekali berbuka dengan mak dan mertua. 

Nak balik banyak kali masih belum ada rezeki. Balik kali ni mak kurang sihat. Gout mak menyerang.  Masih ingat Ramadhan lepas mak tak sihat jugak. 

Semoga Emak Sihat Selalu

Mak seorang yang kental. Tegas. Bila minta mak tak puasa mak akan tolak dengan seribu satu alasan. 
Paham mak nak merasai nikmat berpuasa tapi kesihatan mak tak mengizinkan. 

Syukur diberi peluang jaga mak semasa sakit walau sekejap. Dapat mandikan mak. Tolong papah mak ke tandas. Itu semua rezeki. Lubuk pahala. Kalau dulu mak mandikan kami. Sekarang giliran kami berbakti pada mak.

Kalau boleh setiap apa mak nak aku cuba untuk tunaikan. Semua keinginan dan minat mak. Selagi masih ada masa. 

Aku tahu kita semua ni pinjaman Allah. Bukan hak kita. Maka aku aja diri aku bersedia. Kehilangan sementara kat dunia.

Kehilangan arwah abah ajar aku menghargai orang depan mata. Dan aku masih belajar. Tak akan pernah tamat sehingga aku dipanggil oleh Pencipta. 

Rindunya pada arwah abah. Kalau arwah masih ada… tak mampu aku nak ulang semula. Terlalu sebak. Semoga arwah abah ditempatkan di kalangan orang beriman. 

Allah jangan seksa abah. Tak terbalas budi abah membesarkan kami adik beradik. Ramadhan kali ni paling biasa-biasa sambutan kami sekeluarga. 

Sekatan ekonomi dengan harga yang merepek jadi macam sangat berkira. Beli benda yang perlu sahaja. Ini lah hikmah Allah izinkan apa yang berlaku sekarang. Hikmah pembaziran. 

Surprise Birthday Suami Ulang Tahun Ke 32

Hari ini ulang tahun kelahiran suami yang ke 32. Tahun kelima bergelar suami isteri dan kami akan celebrate sama-sama. Kalau tahun-tahun sebelum ni aku kami akan keluar makan dan berseronok.

Cuma tahun ni lain sikit bila aku berjaya buat surprise birthday untuk suami sempena ulang tahun yang ke 32.

Memang gila punya plan la. Tak pernah terfikir seumur hidup aku akan buat semua ni. Ketahuilah bahawa aku memang orang yang keras berhati batu.


Surprise Birthday Suami Ulang Tahun Ke 32

Tak ada makna aku nak buat surprise sebab aku jenis cepat panik dan kurang sabar. Kisahnya, berjaya come out dengan plan nak buat surprise suami lepas fikir panjang dan kebetulan suami mesej dia balik lambat pada hari tersebut. 

Kiranya aku akan sampai rumah dahulu sebelum dia.




Plan Surprise Birthday Suami


Oleh sebab plan nak surprise kan suami maka aku balik kerja awal sikit dari biasa. Plan nak singgah Jaya Jusco Alpha Angel untuk cari bahan decoration, kek dan lain-lain. 

Aku berjaya sampai wangsamaju 30 minit sebelum pukul 7 malam. Kebetulan aku puasa ganti jadi dah plan nak beli juadah berbuka dan balik makan dirumah. Berdoa agar plan aku berjalan lancar.

Dalam otak dah imagine apa perlu beli tapi hampa. Semua barang yang aku survey, satu pon tak berkenan di hati. Memang aku sejenis susah nak buat pilihan dan susah dipengaruhi untuk beli.

Lepas lama berjalan dalam Jaya Jusco akhirnya aku beli kek secret recipe dua slice (Turkish Delight dan Chocolate Cheese Berries). 

Beli banyak pun membazir. Suami tak suka sangat kek. Semestinya kek yang dibeli beli perisa kegemaran aku sebab nanti aku dan Ikhwan yang akan habiskan.

Lepas beli kek aku pergi beli buang ros merah. Aku beli satu kuntum je. Sila muntah sebab aku sendiri tak percaya apa yang aku buat. 

eli bunga dan hadiahkan untuk pasangan sesuatu yang menggelikan hati bagi aku. Memang dah pesan pada suami sejak bercinta lagi, jangan bazir duit hadiahkan aku bunga. Kalau coklat aku suka.  

Lepas tu aku beli sekeping kad ucapan birthday. Tulis ucapan pun simple sangat. aku bukan jenis orang yang meluahkan perasaan atas kertas. 

Kekok habis weh. Ni semua pengaruh drama dekat televisyen. Aku tiru je.


 

Pertama Kali Surprise Suami


Ini kali pertama kali aku beli bunga woi. Rasa nak gelak sorang-sorang. Puas aku fikir macamana aku nak buat surprise. Nak jerit ucap selamat hari jadi kuat-kuat? 

Nak tutup lampu ke? atau buat-buat tak tahu kemudian surprise kan suami dengan kek bila dia tengah berehat?

Akhirnya pada 9:30 malam baru suami sampai di rumah. Memang sempat la aku hiaskan serba sedikit rumah. 

Setelah habis fikir, aku buat kejutan waktu suami ketuk pintu rumah dan masa tu aku padam lampu dan nyalakan lilin. Kira sambut dalam gelap dan cuma disinari cahaya lampu lilin sahaja.

Lilin yang aku guna bukan lilin kek hari jadi, aku guna lilin putih untuk kegunaan bila elektrik tak ada. Punya la buruk perangai pakai apa yang ada je, sebab masa beli kek aku tak rasa nak tiup lilin. Lilin sekadar jadi prop dan hanya nak timbulkan mood surprise je.

Reaksi suami: dia senyum gembira tapi tak adalah sampai melompat terperanjat. Dia tak sangka je. Yelah sepanjang kenal aku mana pernah sangka aku akan buat macam tu. 

Baru je nak feeling lebih-lebih, Ikhwan menyampuk dia nak masuk rumah cepat. Dia cakap takut sebab gelap. Maka berakhirla surprise yang hanya seminit dua tu. Mama dan abah baru nak feeling lah anak oi. Lol.


Kesimpulan

Tak kisah apa sahaja cara nak surprise kan suami sempena birthday dia asalkan ikhlas dan buat dia happy dah cukup. 

Menjadi atau tidak paling penting adalah usaha yang kita letak dalam sesuatu perkara. Alhamdulillah suami nampak usaha aku nak meriahkan hubungan kami. Siapa tak sayang suami kan.

Aku terfikir juga kenapa aku buat semua ni? Kiranya aku betul-betul keluar dari zon selesa aku la. Aku buat semua ni untuk kembalikan kemeriahan perkahwinan kami. 

Maklumlah dah nak masuk lima tahun usia perkahwinan kami. Orang kata, lima tahun pertama adalah tahun untuk melihat sesuatu hubungan tu boleh terus maju atau tidak. 

Itu orang kata la. Semoga hubungan kami terus diberkati, dipanjangkan jodoh sehingga ke syurga dan mendapat rahmat Allah.

Semua ni untuk kenangan. Pos dalam blog ni pon untuk ingatan jangka panjang. Jauh sekali nak riak tunjuk kat orang. [Motif: ingat kau sorang je ada suami sambut birthday 14haribulan] Wakakkaka.