Eczema Datang Lagi

Akak penat. Akak baru kembali bekerja di Hari Jumaat lepas emergency leave selama dua hari. Anak memerlukan penjagaan khusus. 

Elok je eczema dia reda, selesema pulak menyerang. Allahuakbar. Besar cabaran jadi mak ni. Silap hari bulan mau gila tambah berat badan jadi kingkong.

Tak nak gemuk. Tidak. Dilema akak bila penat, tertekan asyik la mencekik. Lepas makan nasi makan cupcakes. Lepas tu gatal lagi makan jeruk makan benda lain. 

Eh. Air masak tak mau nak air sirap. Letak chia seed. Amboi sihat kan? hahhahahah

Eczema Datang Lagi

Akak patut bertenang tapi akak gagal. Nak cerita masa anak berdarah-darah sebab menggaru gatal, bawak la ke klinik doctor yang selalu rawat baby tu. 

Doctor tu pegang-pegang sikit, bercakap dalam 30 patah, angguk-anguk bila akak cerita dan dia geleng-geleng kepala tanda tak perlukan ubat lain melainkan cream yang klinik bekalkan. Hanya itu ya tuan puan.

Keluar muka terkulat-kulat nurse panggil suruh buat bayaran. RM80. RM60 untuk cream sapu dan RM20 untuk consultation. Hoi mahal la. 

Cream tu memang berkesan akak tak nafikan, tapi standard rate consultation kau tu doctor buat akak tak dapat terima. Dah la muka kau macam orang mereng disarungkan bantal suruh tidur je. Cakap pon sikit je. 

Apeni..

Tapi akak redha jela dia charge kalau melawan pun ada guna ke? Mestilah tidak. Lagipun suami akak yang bayar. Hahhahah. Akak malas nak claim kat company akak. Nanti lambat dapat.

Berbalik cerita doctor tadi, akak nak suruh anak jadi doctor la. Akak dulu pemalas, cannot jadi doctor. Sempat 4 bulan je duduk dalam lab, belajar timetable acid ke apa tah akak lupa. 

Pastu akak cannot tahan. Akak pilih prinsip account. Ternyata pilihan akak tepat. Hahahhah Alhamdulillah.

Sekarang elok je baby dari eczema dia, selesema la pulak. complicated sungguh. Semalam sempat akak jadi burung hantu. Sekejap-sekejap baby bangun. Batuk kuat betul. 

Terganggu tidur dia. baby marah bila batuk pastu menangis, marah akak tak paham baby, pastu akak marah suami. Ok la kan? Suami macam mangsa segalanya kan. Itulah nasib seorang suami. Kena berkorban okei.

Hari ni akak kat office tapi jiwa akak kat rumah. jadi cepatlah habis waktu kerja nak balik nak belek anak pulak. 

Baby 10 bulan masih lagi Eczema

Assalamualaikum. 

Raudah lagi seminggu nak masuk 10 bulan.  Bermaksud 5 bulan menghidap eczema. Sedih. Alhamdulillah. 5 bulan perjalanan yang memang naik turun.  Melibatkan emosi.

Dah cuba minyak, dah cuba cream doctor dan lotion doctor cadangkan. Memang berkesan cream tu tapi cost dia buat aku mengucap.

Satu bekas kecik tu RM60. Bertahan tak sampai sebulan ikut penggunaan. Penggunaan pulak bergantung pada kesihatan Raudah.

Baby 10 bulan masih lagi Eczema

Kalau cuaca panas semakin kerap la gatal-gatal dia menyerang. Ruam biji naik. Bila naik boleh menggaru sampai berdarah. Dia elok untuk beberapa ketika dan datang semula.

Banyak factor untuk eczema:
- Allergic
- Pakaian
- Peluh
- Sabun
- Cuaca panas
- Makanan

Memang kena pandai-pandai elak .  Baju kena tukar, cadar, kebersihan semua kena beratus kali ganda kena tukar.

Tak boleh panas berpeluh dan tak boleh terlalu sejuk kulit kering. Kena sedang-sedang.
Macam-macam product aku baca kat internet. Shaklee herbal blend, Moogo, Cetaphil, Sebamed dan rasanya ikut serasi atau tak lah dengan baby. 

Kau tahu kadang-kadang rasa nak menjerit. menangis. Kalau tengah malam tengah kita penat. Rasa macam nak biar je baby menangis. Tapi tak sampai hati. Selalu doa kalau baby sakit biarlah pindah kat aku.

Paling teruk dua minggu lepas, cuaca panas melampau. Berdarah telinga Raudah garu + kulit belakang telinga nipis + berair. Eczema dia serang bahagian muka dna telinga.

Harapan aku nak Raudah sihat. Tak nak dah dia menggaru. Sekarang masih lagi bertahan guna lotion dan mandian jenama Dermaveen.

Next aku nak beli semula cream doctor tu. Pakai jimat-jimat.

Ada satu kenyataan yang aku baca pasal Eczema: "Eczema tidak dapat diubati tapi dapat dikawal"
Terus Hati tisu. 



Kita Sering Sakit Jiwa Bila Sering Berharap Pada Manusia

Berharap manusia paham apa kita rasa
Berharap manusia menghargai kita
Berharap manusia sedar kehadiran kita
Berharap manusia sentiasa ada untuk kita
Jadi berhentilah berharap pada manusia.


Kita Sering  Sakit Jiwa Bila Sering Berharap Pada Manusia


“ketika melakukan sesuatu kebaikkan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah.”

Kata bijak pandai “ jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di antara Hukama berkata,

“sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa”.

Ayat atas ni memang aku tak nafikan. Betul sangat-sangat. Setiap kali ingatkan diri, jangan terjatuh dengan perangkap syaitan. Jangan berharap pada manusia. Patutnya diri lebih cool dan tawakal kepada Allah. Dah doa dan usaha.

Betul kehidupan kita kat dunia ni memang takdirnya kena berdiri di atas kaki sendiri. bila Allah selalu turunkan ujian dan kita tercampak seorang diri dalam kehidupan maksudnya Allah nak biasakan kita yang satu masa nanti, dalam kubur kita seorang jugak.

Tak akan ada anak, suami, isteri, harta yang teman kita melainkan bekalan akhirat. Bukan aku bijak pandai bila aku bercakap pasal kebaikkan. Jauh lagi perjalanan, tapi dah namanya Islam, Islam tu adalah nasihat. Maka marilah nasihat menasihati.  



Surely we belong to Allah & to Him shall we return

Assalamualaikum.

Pagi tadi dapat condolences email from HR that one of our staff lost her mother. Innalillah. Penyakit tak diketahui. Yang aku tahu staff tu sarat mengandung, atau dah bersalin agaknya. Macamana la ya dia menerima berita ni. Dalam keadaan yang lemah, kehilangan permata paling berharga dan pastinya kehadiran mak di sisi amat penting di waktu kritikal.

Aku doakan dia kuat.

Ingat lagi tahun lepas, in May. Masa berpantangkan Raudah. Masa ni kalut after 5 years tak pegang baby now kena mula semula seolah-olah baru dapat anak pertama. Yeah, completely different perangai dengan abang dia. sebab anak perempuan ke?

Entah.

Tapi masa tu mak banyak sangat-sangat tolong. Kalau mak tak ada, tak tahu lah. Terima kasih mak. Tak terbalas jasa hidup kat dunia ni.

Kehilangan semua akan rasa kan? Cepat atau lambat je. Macam kehilangan arwah abah dulu. Abah sihat malam tu tapi menjelang tengah malam arwah terus semput dan rebah. Abah pergi tapi mak ada dengan arwah abah. Aku? aku jauh mencari rezeki di KL.

Aku berdoa andai kata nyawa aku ditarik atau nyawa mak di Tarik biarlah mak ada disisi aku. biar aku tak terkilan. Biar bukan aku terima perkhabaran kematian melalui telefon.

Sakit betul bila nak dengar orang cakap, abah kau dah tak ada.

Masih terngiang lagi akak bagitahu aku pagi tu, abah dah tinggalkan kita. Sumpah macam dalam drama. Rasanya saat terkeluarnya perkataan dah tak ada tu, otak mula ligat menafikan. Kan arwah abah sihat? Kan arwah abah elok je bergurau tadi? Kan arwah abah nampak gembira tak menahan sakit?

Aku doa sesiapa saja di saat ini yang tengah kehilangan dan jiwa tengah rapuh carilah sokongan. Jangan bersendirian. Tidak salah menangis tapi jangan sampai meratap. Peraturan Allah yang terbaik. Sehingga saat ini aku masih mengajar diri supaya bersedia, saat aku dan orang-orang tersayang akan dipanggil menghadap ilahi.

Sakit betul bila kau rindu seseorang tapi dia dah tak ada dengan kita kat dunia ni. Nak tengok senyuman, keletah, dan gurau senda. Rindu yang tak pernah terubat. Semoga arwah abah aman di sana. Ditempatkan digolongan orang beriman. Aamiin.


alFatihah.