Punca Vertigo | Dizziness

Punca Penyakit Vertigo 


Bismillahirrahmanirrahim. Kepenatan sebulan ni setiap minggu penuh dengan aktiviti kami sekeluarga. Kalau tak balik kampung atau keluar berjalan pasti ada tetamu datang menziarah. Bila badan penat mudah lah penyakit singgah. Pertama kali suami kena penyakit vertigo. 

Sering kali urut dada. Ada yang datang mengejut ada yang dah plan tapi masih terperanjat. Apa pon tak boleh. Ahhahaha. 

Dah memang resmi keluarga, in sha Allah melayan tetamu bagai raja. Pantang arwah abah kalau layan ala kadar.

Dulu masa aku masih remaja, bawak kawan ke rumah masa tengah makan arwah abah pesan jangan berhenti makan selagi kawan belum berhenti makan. Kenyang macamana kau tak boleh stop dulu. Takut nanti kawan malu nak datang lagi.




Arwah abah kalau layan tetamu memang tip top. Setiap masa nak suap makanan. Sampai kami pernah jelous abah lebihkan tetamu dari anak sendiri. dah dewasa ni baru paham perasaan tu.
Terima kasih abah. J

Diserang Vertigo, Pening Kepala Berpusing


Dah selalu sangat penat dah tak dapat rehatkan badan dan diri. Makan pulak tak jaga. Sekali datang penyakit, pakej nikmat kesihatan di Tarik memang terduduk la. En suami baru-baru ni ambil mc sebab dia pening-pening mual. Bukan mengandung. Hahhahha.

Rasa tunggang langgang dunia ni dia kata. Nak kata low blood mungkin juga la. Doctor cakap hari tu masalah dengan telinga dia. selain fungsi untuk mendengar doctor kata telinga fungsi untuk balancekan manusia. Kalau ada masalah kat saluran tu memang tak balancela.

Google kalau nak tahu lanjut.

Dan hari ni suami alami masalah sama. Aku pon rajinkan diri google apa penyakit kalau symptom macam tu. dan keluar info pasal Vertigo.

Sila jumpa doctor untuk dengar penerangan.


Apa itu Vertigo: 

merupakan suatu kondisi dimana tubuh merasakan pusing pada bagian kepala. Biasanya penderita vertigo akan merasakan lingkungan sekitarnya mengalami pergerakan dan berputar – putar tak tentu arah, sehingga akan membuat kebingunngan. 

Vertigo memiliki banyak sekali penyebab yang dapat dijelaskan secara ilmiah. Secara umum, vertigo menyerang dan mempengaruhi sistem keseimbangan tubuh, yang akan menyebabkan munculnya efek pusing dan ingin terjatuh.


Berikut ini adalah munculnya penyebab vertigo :

Gangguan pada telinga bagian dalam – Gangguan pada bagian telinga dalam merupakan salah satu penyebab utama munculnya gejala vertigo pada tbuh manusia, seperti telinga berdenging terus meneruss.

Gangguan pada bagian otak atau syaraf sensori –Penyebab lainnya dari kemunculan vertigo adalah gangguan pada bagian otak dan juga syaraf sensori yang akan menyebabkan munculnya gangguan vertigo.

Ye ini aku jumpa dekat sini halosehat

Kena berehat dan makan ubat doctor bagi. Alhamdulillah lepas beberapa hari suami semakin sihat. 

Apa pun dapatkan nasihat doctor dan pembacaan kat Google ni sekadar tambah pengetahuan sahaja pk. Jangan ikut bulat-bulat.

Semoga bermanfaat. 


Tutorial | Buat Banner Blog Guna Microsoft PowerPoint

Tutorial | Buat Banner Blog Guna Microsoft PowerPoint

1. Buka PowerPoint apps - Home - New Slide - Blank
2. Then pilih tab Design - Page Setup - Slided sized for : Pilih "Banner"

- Orentation pilih Landscape dan boleh decide nak besar mana Banner dengan adjust Width & height.





3. Boleh cuba-cuba masukkan Shape/text/picture. 

- tekan tab Insert - Picture / text / Shape ikut tahap kreativiti anda. 


4. Contoh banner aku sekarang. Sebab tengah tak ada mood nak letak gambar sendiri maka aku tepek gambar google sahaja. 

5. Bila dah selesai edit semua, masa nak Save as - pilih "save as type: JPEG file. 

Selesai. Boleh upload kat blog :)


Perkembangan Eczema Raudah

Perkembangan Eczema Raudah

Assalamualaikum. Dah lama tak update pasal Perkembangan Eczema Raudah. Dia disahkan ada eczema start dari umur 5 bulan tu.  Alhamdulillah now dah masuk 1 tahun 2 bulan. 

Keadaan dia semakin hari semakin elok. Dah berjaya lepas stage yang kritikal tapi masih amalkan apa yang boleh dan tidak untuk dia.

Banyak kali juga aku kongsi kisah dia dekat blog. Apa aku cuba. Banyak juga kalau ikutkan. Ada yang berjaya kurangkan dan ada yang langsung tidak. 

Duit tu malas nak kira berapa banyak habis. Demi anak in sha Allah. Amanah kan?

Pantang Makan Demi Eczema

Yes walau ada je kata makanan tak pengaruhi pun tapi sebab aku fobia sangat memang aku tak bagi terus. Pantang jelah. Untuk dia dan aku. 

Dari segi pemakanan memang totally avoid crab, udang, kekacang dan telur. Itu paling bahaya untuk Raudah so far. Pernah dia sesak nafas sebab nasi goreng crab.

Untuk mandian masih lagi setia pakai mandian dermaveen. Untuk minyak sapu dan sebagai lotion aku selang seli lotion dermaveen – minyak habatussauda – dan sekarang minyak Argan.  Sapu setiap kali lepas mandi dan kalau dia menggaru.

Sekarang skin area yang paling teruk adalah bahagian siku dan tapak kaki bahagian atas. Tak pernah tak kering dan selalu dia garu. 

Memang kalau menggaru aku akan sapu vicks atau minyak angin yang berangin khas untuk gatal-gatal. Pastu sapu pulak la minyak argan tu.

Alhamdulillah aku tak bergantung lagi pada cream yang aku beli dr Klinik Dr Kevin. Telinga dia pon dah tak berdarah. Syukur sangat.  

Nak kata 100% cantik kulit dia memang tak la, tapi dah cukup bersyukur bila dia tak berdarah dan boleh tidur nyenyak bila malam.

Nasihat aku untuk mak-mak yang ada masalah eczema jangan putus asa.  In sha Allah ada jalannya. Sedar tak sedar lama dah aku tak makan udang dan ketam. Berpantang punya pasal. Demi anak ku turutkan. Apa pun syukur Ya Allah.

Abah kita kaya kerja kat KLCC

Assalamualaikum.

Selamat pagi. Akak memang suka buat entry pagi buta sebab masih banyak idea nak membebel pastu akak buat la scheduled post. Jangan la heran kalau korang yang baca (ada ke yang baca) waktu petang tapi akak ucap selamat pagi uols.

Tengah duk susun semula jadual kerja sebab macam lost track sebab semalam bercuti dapat mesej dari Cikgu sekolah Ikhwan. Nak tergelak baca. Cikgu Siti terdengar perbualan Ikhwan dengan kawan-kawan dia; 

Ikhwan cakap:
“Ayah kita kaya, kerja kat KLCC, kalau nak duit mintak kat ayah kita.”

Oh my Allah, anak ku. Siapa ajar kau nak oi. Sejak bila ayah kau kerja KLCC? 
Dan sedap pulak tu offer orang kalau nak duit mintak kat ayah ye, kalau duit tu mengalir lama dah mak kau ni mintak shopping then pergi spa anak oi. 
Pastu mak tak payah kerja nak.

Adui ini agak membimbangkan ye. Setakat rumah ada swimming pool, ada lift Ikhwan rasa kaya sangat dah agaknya. Orang lain lagi kaya la anak bertuah. 

Apa la dalam fikiran dia ya. Kami terlajak mewahkan dia ke? nak kena tukar semua jadi nampak sederhana ke?

Pernah dulu Ikhwan cakap yang adik dia Raudah beruntung, tak perlu naik tangga sampai tingkat 5, tak duduk kat flat, tak merasa naik Kenari. Sebab dia merasa semua tu. merasa susahnya kehidupan. Ala bukan la susah sangat sampai kais pagi makan pagi. Sedang-sedang je pon.

Masih lagi mencari jalan macamana nak ajar Ikhwan ni. Betul lah aku pernah baca pasal didik anak ni:

Your Child will follow your example Not your Advice.


Puas kita beri nasihat, perbuatan kita juga yang dia follow.