Quick Update Before Long Holiday For Hari Raya!

Assalamualaikum. A quick update sebelum bercuti Raya. Tak pasti lagi akan ada entri sepanjang Raya sebab satu draf pun tak prepare. 

Ramadan kali ni paling terasa cepat berlalu. Setengah bulan berlalu begitu sahaja kerana di uji dengan kesihatan yang tak menentu. 


Batuk paling teruk dan lama aku rasakan. Dan Ramadan kali ni banyak ponteng sebab susu drop teruk sangat.

Mula-mula nak biarkan je dan teruskan puasa, tapi bila anak mula crancky, melalak, berkepit 24 jam sebab perut tak penuh aku jadi tak senang duduk. 

Walaupun anak dah mula makan makanan lain tapi tetap juga nak susu. Jadi aku cuba selang seli puasa.

 





Random Post | Quick Update Before Long Holiday For Hari Raya!

Kalau ikutkan tiga hari lagi kita nak Raya. Ramai juga kawan-kawan dah pulang ke kampung halaman masing-masing. 

Aku macam biasa, setiap tahun tak kira giliran rumah sendiri atau mertua mesti akan balik sehari sebelum Raya. Kebiasaan suami akan apply cuti selepas Raya. 

Korang raya mana tahun ni? Aku Raya pertama akan beraya di Jasin. Raya ketiga baru balik ke Pahang. 



Persiapan Hari Raya Satu Keluarga

Tahun ni persiapan untuk Raya satu keluarga rasanya paling mencabar. Paling susah nak cari saiz baju yang paling kecik untuk si Airis Safiya. 

Umur dah cecah setahun empat bulan tapi badan tak begitu selari dengan usia. Maka terpaksa la belikan gaun yang sesuai ikut tema. 

Tema kami Raya pertama adalah warna Ungu. Suami beli Kurta sebab baju Melayu dah banyak. Tahun ni teringin  nak pakai baju Kebarung. 

Oleh sebab kekangan saiz dan pilihan kami tak sedondon sangat pun. Asalkan ada warna ungu kira ON saja lah. Well, baju Raya pertama adalah Kurung Riau. 

Raya Pahang pula kami beli baju Biru. Juga masih tidak sedondon ya. ahhahaha. Suami dan anak pakai Kemeja Batik Biru, aku beli kebarung batik juga ada warna biru tapi corak berbeza. Arghh seteres beli baju je. 

Tempat shopping baju Raya pun berbeza-beza untuk satu keluarga. Baju Raya anak dan isteri beli di Kenanga, Baju Suami beli di Parkson Festival City, tudung Raya di Aeon Big Wangsamaju, 

Baju basahan juga beli di Parkson Festival City, baju basahan suami di Padini dan kasut di pelbagai kedai. Anak-anak je beli kasut. Aku malas sebab kasut Bata masih elok. Bila rosak baru beli lah. 



Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Sebelum Ramadan yang mulia melabuhkan tirai, aku harap kita semua sempat capai apa sahaja target yang telah kita tetapkan. Tahniah mana yang berjaya. 

Aku walaupun tak semua tercapai tapi Alhamdulillah aku puas hati. Ada bahagian yang perlu aku improve in sya Allah aku improve. 


Ramadan yang menggembirakan bagi aku. Semoga dapat bertemu Ramadan di tahun hadapan. 


Selamat Hari Raya 

Maaf Zahir Batin!

Jack ‘N Jill Calbee Snek Untuk Kaki Wayang

Hanya dengan makan Jack ‘N Jill Calbee korang berpeluang untuk memenangi tiket ke Universal Studios Singapore, pass masuk ke ruang akses TGV Beanie, tiket eksklusif tayangan perdana dan banyak lagi. 

Peminat snek Jack ‘n Jill harus lah rebut peluang ni. Snek kentang baru Jack ‘n Jill Calbee kini bukan sahaja menawarkan para peminat snek peluang untuk merasai keenakan kerepek kentang tahap luar biasa malahan peluang menikmati pengalaman menonton filem yang esklusif. 

Jack ‘N Jill Calbee Snek Untuk Kaki Wayang 


Jun ini, Jack ‘n Jill Calbee bakal memikat hati setiap kaki wayang dengan hadiah-hadiah peraduan yang diilhamkan daripada tayangan filem, berserta promosi jualan di pasar raya dan tayangan perdana eksklusif pada awal Julai nanti.




Tiga Variasi Perisa Terbaru Jack ‘N Jill Calbee


Pelancaran Jack ‘n Jill Calbee di Malaysia bulan Januari lalu merupakan hasil usaha sama di antara URC Snack Foods Malaysia yang terkenal dengan jenama "Jack ‘n Jill", dan "Calbee" yang merupakan pengeluar rangkaian kerepek kentang terkemuka di Jepun. 

Sejak dilancarkan, keluaran tiga variasi perisa terbaru Jack ‘n Jill Calbee iaitu Classic Salted, Smokey BBQ dan Flamin’ Chilli telah mendapatkan sambutan yang menggalakkan dari peminat snek. Emmanuel B. Puno, SVP URC Indonesia, Malaysia dan Singapura berkata "2019 dijangka menjadi tahun untuk filem ‘blockbuster’. 

Memandangkan para penonton wayang dan video sentiasa menginginkan snek berkualiti serta enak dimakan, kami berharap Jack ‘n Jill Calbee akan menjadi pilihan utama snek yang dinikmati ketika menonton filem kegemaran mereka.”




Cara Menyertai Peraduan Jack ‘N Jill Calbee


Jack ‘n Jill Calbee akan memberikan tiket TGV Beanie kepada 200 pemenang bertuah bagi menikmati pengalaman eksklusif sewaktu menonton filem, serta Hadiah Utama yang merupakan pakej percutian ke Universal Studio Singapura untuk 2 orang. 

Untuk menyertai peraduan ini dan berpeluang memenangi hadiah tersebut, peminat snek kentang hanya perlu membeli Jack ‘n Jill Calbee bernilai RM8 dan tag nama seorang rakan baik di bahagian komen Facebook peraduan Jack ‘n Jill Calbee.


Movie Premiere Night” Jack ‘N Jill Calbee

Pada awal Julai nanti, Jack 'n Jill Calbee juga akan menganjurkan “Movie Premiere Night” dengan tayangan eksklusif filem adiwira di IMAX TGV One Utama, di mana penggemar snek kentang yang dijemput akan menikmati sesi menonton wayang yang mengagumkan. 

Bagi menebus tiket ke “Movie Premiere Night” Jack ‘n Jill Calbee, peminat snek boleh mengunjungi lokasi promosi Jack ‘n Jill Calbee di pasaraya Aeon sekitar Lembah Klang yang terpilih. 

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila rujuk di talian yang tertera di bawah, atau layari laman 



Tentang URC Snack Foods (M) Sdn Bhd

URC Snack Foods (Malaysia) Sdn. Bhd., ialah sebuah anak syarikat Universal Robina Corporation dari Filipina, yang mengilang dan mengedar Kerepek Kentang Jack ‘n Jill yang popular di Malaysia. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1982 dan memulakan operasi komersial pada 1984. 

Sejak itu, URC telah berjaya mengembangkan produknya daripada sekadar berasaskan kerepek kentang kepada pelbagai snek makanan lain yang berada di bawah penjenamaan Jack ‘n Jill. 

Di antara makanan snek yang dihasilkan termasuklah jenama “Roller Coaster”, “Potato Chips”, “Jigs”, “Corn Curls” dan “Chiz King“. Selain itu, URC turut menghasilkan produk-produk lain seperti coklat “Cloud 9” dan “NIPS”, biskut “Cream-O” dan “Magic”, serta gula-gula “Cloud 9” dan “Dynamite”. URC Malaysia juga mengeksport produknya ke 15 buah negara di Asia Pasifik dan Timur Tengah. 


Tentang Calbee Foods Co. Ltd

CALBEE, Inc. merupakan pengeluar dan pengedar makanan snek dan bijiran terkemuka Jepun. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1949 dan mula membangunkan teknologi bagi menghasilkan produk biskut tawar tepung gandum pada 1955. 

Syarikat ini telah memperluaskan produk dan pasarannya ke Amerika Syarikat pada tahun 1970, seterusnya diikuti dengan Thailand, Hong Kong, dan China. Kini Calbee, telah dikenali di seluruh dunia dengan mengusahakan produk-produk yang unik menggunakan sistem kawalan yang bermutu tinggi bagi menjamin makanan yang berkualiti, selamat, lazat dan menyeronokkan untuk pengguna di seluruh dunia.

Lagu Raya 2019, Seru Hari Lebaran Duet Syamel & Ernie

Lagu Raya 2019, Seru Hari Lebaran Duet Syamel & Ernie

Assalamualaikum. Korang dah dengar lagu Raya 2019? Ala lagu duet Syamel & Ernie tu. First time dengar hari tu terus terpikat sebab dia ala-ala etnik kreatif gitu. Lembut je Ernie ni menyanyi. Dah memang aku suka gandingan duet #syanie ni.  Tajuk lagu ni ialah Seru Hari Lebaran. Bila dengar rasa Old Skoll gilos. Rasa nak menari tarian Melayu pun ada juga. Korang tengok sendiri la muzik video dia.

Ucapan Hari Raya

Dah tak lama lagi nak raya kan? Jadi aku ambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon maaf andai ada terkasar bahasa tersilap kata dan segala kelemahan aku berkongsi dalam blog yang mungkin mengguris hati korang. Maaf ya. 

Selamat beraya dan jaga kesihatan. 

Tajuk Lagu: Seru Hari Lebaran 

Artis: Syamel & Ernie

Lirik

Seru lebaran merdu dilangit
Membelai jiwa di subuh hening
Dalam kasih ku menunggu
Saat manis kau dan aku

Setiap kali raya menjelma
Syukur aku pada yang Esa
Kerna masih kita bertemu
Di pagi raya penuh syahdu

Chorus
Ramadhan yang pergi  menguji kita
Betapa nikmatnya erti bersama
Lebaran yang suci mengajar kita
Syukuri nikmat yang tuhan berikan

Di pagi syawal yang mulia ini
Maniskan senyuman tuluskan hati
Bersaksi lebaran yang suci ini
Berjanjilah kita hidup semati

#syanie raya duet #seruharilebaran

Resepi Roti Jala, Juadah Berbuka Puasa

Assalamualaikum. Aku tengah rajin berkongsi resepi makanan di blog memandangkan kita sedang berpuasa. 

Baru-baru ni aku teringin nak makan roti jala dan kebetulan salah satu menu berbuka pada hari tu ialah kari ayam. 

Resepi Roti Jala, Juadah Berbuka Puasa 

Dah alang-alang, terus la google resepi roti jala. Ini cubaan pertama aku buat roti jala. Tak sangka mudah je nak buat. 


Resepi Roti Jala mudah

Resepi Roti Jala


Acuan roti jala ni dah lama aku beli. Memang stand by dekat rumah untuk situasi yang macam ni la. tiba-tiba teringin. Aku tidak mengandung ya. Hahahaha. 

Apa yang aku belajar buat roti jala ni hanya perlukan kesabaran. Sebab dia buat satu demi satu. Lepas tu cara ko bentuk kan corak jala tu dan cara melipat juga penting. 

Salah arah maka jadi lah roti jala terburai. Alah tapi tak susah lah. Confirm korang boleh buat jugak. 
Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Roti Jala:

3 cawan tepung gandum
3 cawan air
½ cawan minyak
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning - aku buat versi pink pastel



Cara membuat:

Masukan kesemua bahan di atas ke dalam blender dan kacau dengan sudu. Kemudian blend sehingga semuanya sebati. 

Tapis bancuhan dengan penapis. Masukkan ke dalam botol acuan. 

Goreng tanpa minyak di atas non-stick pan. Buat la bentuk jala secara garis empat segi (sila google) atau bulat-bulat macam aku buat. 

Siap. 


Kalau buat roti jala sebagai menu berbuka elak masak di saat akhir sebab kalau makan roti jala sekali makan atleast 3 keping. 

Boleh berebut tarik rambut kalau tak cukup. Pepandai la korang timing masa. Aku cakap sebab hari tu aku buat 30 minit sebelum berbuka dan memang habis sekelip mata. 

Tak pepasal berbuka dekat dapur sambil buat roti jala. Selamat mencuba.