Ready Ke Nak Kahwin?

Salam. Kali ni aku nak bercakap pasal perkahwinan dari kaca mata aku. Itu maksudnya adalah 100% pendapat aku berdasarkan apa yang aku lalui, rasa dan apa yang aku nampak di sekeliling aku. 

Aku di ijabkabul pada 2 October 2020, tahun lepas. Kalau kira dengan jari baru je nak masuk 8 bulan aku berkahwin. la baru 8 bulan apesal aku rasa dah macam bertahun tahun?

Betul Ke Ready Nak Kahwin?

Pernah tengok drama melayu kan? Yang mak bapak kecoh bila anak lelaki or anak perempuan yang reject untuk kahwin awal atau lebih mementinkan kerjaya dari perkahwinan. 

Korang rasa kenapa lah makhluk-makhluk ni tak nak berkahwin? Macam-macam alasan akan keluar, nak enjoy dulu la, tak cukup duit lagi, tak jumpa pasangan yang memahami dan beribu alasan terkeluar dari mulut.



Bagi aku yang dah dan tengah melalui zaman perkahwinan ni sedikit sebanyak aku jumpa jawapannnya. 

Aku rasa aku macam perempuan normal lain yang melalui fasa kehidupan. Berjumpa, bercinta, berkahwin, dan punya anak (ni otw). 

Apa maksud perkahwinan sebenarnya. Dari segi istilah dan bahasa aku tak sempat nak google so aku kongsi jela istilah perkahwinan dari sudut pandangan aku. 

Berkahwin maksudnya kesediaan menerima dan berkongsi. Kalau boleh menerima dan berkongsi maksudnya anda layak untuk berkahwin. Manusia kat dunia ni dilahirkan dengan ego. 

Ada yang tinggi macam KLCC, ada yang sederhana, dan ada yang turun naik ikut keadaan. 

Kebolehan menerima dan ego amatlah berkait rapat. Sebagai contoh bila berkahwin; tema langsir rumah. 

Isteri nak warna cream tapi lelaki bertegas nak warna coklat. Ego akan masuk campur bila kena buat keputusan. 

Sampai bermasam muka bila pasangan tak dapat terima idea yang diberi. Walhal perkara remeh je. Bila terkeluarnya soalan; kenapa aku harus ikut cakap pasangan aku?  

Pilihan aku lebih baik, dan aku tak akan mengalah, tu tanda-tanda ego semakin menguasai diri. 
Matlamat sama cuma jalan ke arahnya berbeza.

Yang kedua berkongsi. Kongsi harta benda, kesukaan, perasaan dan segala-galanya. Sanggup berkongsi? Sanggup berkorban untuk mendapat sikit daripada biasa?

Dalam hal yang mudah seperti beli barang-barang pun boleh jadi isu. Bayangkan suami kurang mampu menyediakan nafkah zahir; bila isteri beli baju baru menggunakan duit sendiri, secara automatik isteri akan teringatkan suami. 

Kalau masa bujang boleh beli baju berharga rm100 sehelai, tapi bila bersuami, isteri mula berkongsi . dah berkahwin isteri akan beli baju rm50 sehelai dan belikan suami baju rm50 jugak. 

Kesudian isteri untuk berkorban dan berkongsi yang penting. If korang dah boleh buat macam tu maknanya korang dah layak nak fikir hal kahwin ni. Kalau rasa belum, korang enjoy la dulu hidup solo ni.

Aku bagi contoh yang simple-simple je; sebab hal yang simple la membuatkan pasangan bergaduh. Memang la masa bercinta dulu sanggup berkorban apa saja, kalau makan boleh share 1 set McD makan berdua, dah berkahwin jangan haraplah. Mana cukup babe. Hahhahahah. 

Bila bercinta kita akan berjumpa sekejap je, paling lama pun tak jumpa bila balik tidur. Kalau dah kahwin pasangan tu 24/7 akan bersama. 

Banyak perangai yang akan kita jumpa dan tahu. Kebaikkan keburukan masing-masing. So kebolehan menerima dan berkongsi sangat-sangat memainkan peranan penting.

Aku pun masih belajar menerima dan berkongsi.  Payah babe. Percayalah. Tapi tak mustahil kita berjaya. 

Kalau yang dah dapat seru nak berkahwin teruskanlah, mana yang ada kesempatan nak baiki diri eloklah korang fikir banyak kali. 

Masih tak terlambat. Aku menulis pasal entry kahwin ni pun bukan tak bagi korang kahwin, tapi fikirlah semasak-masaknya. 

Setiap saat kita belajar dari kehidupan jadi tak timbul soal menyesal kahwin awal or lambat. Yang dah terkahwin masih ada peluang nak perbaiki. Latih diri berkongsi dan menerima.

Jangan kongsi suami sudahla ye. Aku pun tak sanggup. Chaos.

Ramadan Pertama Tanpa Abah

Ramadhan pertama tanpa abah. Memang memilukan. Semalam kami adik beradik yang balik ke kampung bersama mak ke kuburan membacakan Yassin untuk abah. Pagi semalam tenang sangat. 
Abah,
kalau abah ada dengan kami sekarang macam-macam yah nak bagitahu; kandungan yah dah masuk 35 minggu. 

Ramadan Pertama Tanpa Abah

Mungkin tak lama lagi cucu abah ni dah nak keluar. Semua orang excited tunggu dia. Abah mesti happy kan dapat cucu lagi.



Abah,
Mak rindukan abah. Bukan mak je. Kami semua. Kami adik beradik perempuan (yang 7 orang tu) selalu mimpikan abah balik jenguk kami. 
Selalu tiba-tiba emosi dan menangis bila teringat kenangan dengan abah. 
Semalam dalam kereta masa balik dari kampung pun kiah dan yah tak putus-putus cerita kenangan dengan abah. 
Nak-nak time puasa and raya ni. Abah sangat ‘lorat’ kalau tak beli daging orang sembelih awal-awal. 
Risau anak-anak tak dapat merasa.

Abah,
Tahun ni tahun pertama kami adik beradik tak dapat cium tangan abah. Tak dapat nak mohon ampun dengan abah. 
Tak dapat cium tangan abah yang selalu sejuk, keras dan ada bau rokok tu (abah kuat bekerja, kuat merokok dan selalu masuk sungai tangkap ikan). 
Tak kisah walau macamana bau sekalipun yah rindu nak cium tangan tu. Tak dapat lagi berebut duit raya dari abah. 
Tak merasa nak beratur panjang-panjang duk barisan belakang dengan cucu-cucu abah untuk mintak duit raya. 
Sebab bagi abah, cucu adalah keutamaan. Mesti bagi cucu dulu baru anak-anak.
 
Abah,
Walau abah takda kami adik beradik insyaAllah ingat pesan abah. Abah tak suka kami bergaduh dan kena tolong menolong antara satu sama lain. Abah jangan risau, kami akan jaga mak elok-elok. 
Kami cuma nak bagitahu kami rindu abah sangat-sangat. Moga roh abah tenang kat sana. Moga abah ditempatkan dikalangan orang beriman. Yah nak jumpa abah nanti. Yah rindu.

Luahan Ibu Mengandung Kali Pertama

Salam. Pagi isnin bukan nak melampiaskan kemarahan kat semua orang Cuma nak share kesakitan mata dan hati bila diri yang tak berdaya ini dianiyai..arhh pasrah. Ayat intro tak boleh blah nak minta simpati.

Apa yang aku ceritakan kali ni sebenarnya dah banyak kali sangat berlaku kat aku. tak kira pagi-pagi waktu nak g kerja or balik kerja. Sama je. 

Macam semua dah taw, aku si owner blog ni tengah mengandung anak pertama. Kandungan sekarang mencecah 34 minggu atau dlm erti kata lain 8 bulan 2 minggu mengendong bayi dalam perut.

Luahan Ibu Mengandung Kali Pertama

Siapa-siapa kat luar tu yang tak pernah mengandung dan tak mungkin mengandung – lelaki of cos – percayalah yang mengandung ni betul-betul memerlukan kekuatan yang banyak. Diulangi BANYAK. 

Kenapa banyak? Ada peringkat dimana di awal kehamilan si ibu mengalami alahan yang teruk. Asyik-asyik muntah, tak lalu muntah, tak dapat berjalan dan sampai masuk hospital. Ada yang menanggung penyakit baru seperti diabetes dan darah tinggi. 

Ada yang selalu kena jumpa doctor, check darah, dan macam-macam ujian lagi. dan bila dah semakin hampir dengan hari yang dinanti-nantikan macam-macam kesakitan yang perlu ditanggung.

Macam aku sekarang ni; sakit pinggang, pinggul, bengkak peha, celah kangkang, perut keras-keras. Semua sekaligus datang. 

Bila malam tak boleh tidur dengan nyenyak. Haishh baru tahu seksanya mengandung dan bertambah derita bila anak tak mengenang jasa. Aku doa sangat anak aku jadi anak yang soleh/solehah. Amin.

Ok kenapa aku membebel panjang-panjang? Sampai last paragraph baru nak cerita main point is aku tak puas hati dengan pengguna LRT yang sihat segar bugar yang tak bagi aku duduk.  Even lelaki. 

Ada yang duduk, baca buku then pandang aku kemudian buat tak tahu. Kurang hajar. I hate you all. Kan aku dah emo. Hahahahha ok tak semua tak bagi tapi banyak kali jugak la merasa kaki kejang and sakit pinggang.

Kesimpulan

Tolonglah hargai, hormati, kasihi ibu mengandung. Tunjukkan rasa simpati kalau nampak di tempat awam. Kami terseksa setiap masa tahu tak. 

Syurga itu Mahal Harganya

Apa yang berlaku dalam hidup aku dari aku pandai berfikir sampai lah semalam banyak mengajar aku tentang kehidupan, harapan dan juga kepercayaan. 
Ada prinsip yang aku guna dulu; jangan berharap pada manusia, kerana manusia akan membuat kita kecewa, jangan berharap pada duit, sebab duit tak akan pernah cukup. 
Tapi berharaplah pada Allah. Kerana hanya Allah yang layak membalas apa yang kita harapkan dan lakukan. Tempat terbaik untuk meminta dan berbuat baik.

Syurga itu Mahal Harganya

Memang sakit bila berharap pada manusia, sakit sangat bila rasa apa yang kita buat dengan harapan manusia lain faham dan buat yang terbaik seperti kita juga. 
Tapi manusia itu tak sama, tak sempurna. Antara satu sama lain tidaklah sama. Ada jurang perbezaan dan mengakibatkan kekecewaan.
Apa yang perlu di ingat dalam setiap perkara, bila kita mula berkorban contohnya kenalah pahatkan dalam hati apa yang kita korbankan; kewangan, jiwa raga, perasaan segalanya. 
Hanya kerna Allah kita lakukan. 

Jangan Berharap Pada Manusia

Untuk mendapat keberkatan, balasan di akhirat dan keberkatan. Bukan kerana seseorang manusia. Sebab manusia tu lemah. Tak ada kuasa nak balas apa yang kita korbankan.
Sama juga dalam kehidupan suami isteri. Bila isteri masak, mengemas rumah, basuh baju, angkat baju dan macam-macam lagi janganlah berharap suami faham kepenatan isteri sepenuhnya. 
Niatkan dalam hati, itu adalah ibadah. Mendapat pahala; syurga itu mahal harganya.  
Kalau boleh jauhkan perasaan tidak adil, dan kenapa hanya isteri sahaja yang berkorban buat yang terbaik untuk rumah tangga? Anggaplah apa yang isteri lakukan untuk mendapat nikmat syurga kelak.
Jika suami gagal beri apa yang kita harapkan, sejukkan hati dengan istigfar. Allah Maha Mengetahui. Banyakkan berdoa. insyaAllah. Pengajaran untuk aku juga.