Selamat datang ke blog Rodiah Amir. Perkongsian pengalaman aku menjadi seorang emak di zaman yang mencabar ini. Menulis tentang apa yang berlaku di sekeliling aku yang dirasakan membawa manfaat kepada pembaca, tentang journey aku membesarkan anak-anak melalui kacamata aku sebagai seorang emak.
Dugaan Sebelum dan Selepas Berkahwin, Yang Dah Alami Mesti Faham
Orang yang dah kahwin dah ada anak macam aku mesti faham entri aku tulis kali ni. Maksud aku faham ialah akan tersenyum bila apa yang aku tulis macam terkena tempias kat diri sendiri.
Macam biasa, sangatlah normal blogger akan tulis based on their experience. Macam aku jugak la. Ni apa aku rasa sebelum dan sesudah kahwin.
Ada yang geng tak? lol. Saja suka-suka sharing okeh dan please aku tak tujukan kepada sesiapa. Cerita diri sendiri juga ni.
Dugaan Sebelum dan Selepas Berkahwin
Berjimat.
Masa bercinta ingat bila berkahwin akan dapat jimat duit, masa, minyak kereta dan seangkatan dengannnya.
Yelah bila bercinta kena keluar duit makan sebab makan luar, nak dating kena bawak kereta, jenjalan semua.
Dah kahwin rupanya nafsu lagi tinggi nak makan itu ini, beli tak ingat dunia dan masak kat rumah. Lenguh badan shopping barang dapur kononnya.
Membazir bila tak habis makan, habis tenaga sebab bertungkus lumus nak siapkan dish sebijik macam chef dalam tivi masak, tapi rasa out. aduh kecewa.
Sentuhan Elektrik
Bila syaitan sibuk duk hasut buat maksiat memangla tak boleh bersentuhan antara satu sama lain. Getaran nya mak aih Allah je yang tahu. Godaan tak payah cakap la. Kadang-kadang kalah gak.
Mata bersinar bak mutiara, bau badan yang wangi, muka dicalit lipstick semua. tiap kali kulit bersentuhan tiap kali tu la kena renjatan elektrik. Itu yang konon-konon nak cepat kahwin ikut sunnah elak dosa.
Bila dah dapat full license nak sentuh satu sama lain, voltan letrik dah jadi slow dah. Nak-nak pas dapat anak.
Feel tu dah tak macam masa bercinta. Syaitan dah tak da mood nak goda. Dah halal. Dah tak da masalah. Perfume, make up semua tolak tepi. Alasan; malas.
Itu sebab bahaya kalau diri tak kuat. Nauzubillah minta jauh la keturunan buat benda tak senonoh.
Suprise.
Bila tarikh-tarikh penting macam anniversary couple, birthday, tarikh kali pertama keluar dating mesti sambut. Macam WAJIB.
Akan mesti dapat message jiwang, penuh dengan harapan dan doa untuk hubungan. Rasa macam bahagia dunia kami yang punya.
Tapi bila dah depan mata, hidup jadi separa kucar kacir, busy nak handle hidup laki bini plus anak so tarikh-tarikh yang biasa di sambut tak akan ingat dah.
Nak wish pun malas. Hari-hari depan mata jadi lupa. Patutnya senang nak ingat and celebrate.
Itu jela yang aku rasa benda-benda yang dah berubah bila status aku berubah. Dari bujang jadi bini orang then jadi mak orang.
Cepat betul masa berlalu. Sedar-sedar aku dah ada anak satu. Dari ada abah aku dah tak da abah. Ok yang tu sedih.
Betul ke apa yang berlaku dalam hidup satu kebetulan?
Penat badan gila hari ni. Tak sabar nak sabtu nak rehat badan, otak bagai. Nak bersenang lenang kat rumah. Minggu ni minggu aku bertemu orang-orang pelik dalam kehidupan.
Masa lunch aritu jumpa kak Maimon, pagi tadi jumpa awek Olympia, semalam jumpa lelaki gatal. Banyak-banyak orang aku terjumpa/terborak semuanya macam kebetulan aje.
Betul ke apa yang berlaku dalam hidup satu kebetulan?
Ada ke kebetulan dalam kehidupan kita ni. Macam lunch aritu aku jumpa kak Maimon masa aku lunch sengsorang, aku tumpang meja dia, dan dia start cite-cite pasal kerja and sempat bagi nasihat suh kerja elok-elok.
Suh jaga prestasi etc. ok gak atleast tak da bosan aku ngadap makanan sengsorang. Yang aku nak cite bukan orang-orang yang aku jumpa tapi apa yang berlaku dalam kehidupan manusia. Setiap yang berlaku dah ditakdirkan, so after this takdala keluar ayat ‘eh kebetulan betul dapat itu ini’.
Tiada Istilah Kebetulan Dalam Hidup
Kebetulan jumpa seseorang. Sebab apa yang berlaku memang dah ditakdirkan oleh yang Maha Kuasa. Macam skrip cerita melayu la kan, kita tak leh mengubah takdir. Sebab skrip tu la ramai orang tak membangun.Mana tak nya sebab masing-masing guna alasan dah takdir so biar jela. Tapi Allah ada kata, tak sesiapa boleh mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri. So marilah berubah. Janganlah asyik salahkan takdir aje.
Note: tadi selepas subuh aku doa mintak kat Allah permudahkan urusan hari ni, Alhamdulillah baik semuanya. Berjalan lancar. Rajin-rajinlah berdoa dan sedekahkan alfatihah pada kedua ibu bapa.
Pengalaman Bersalin Anak Pertama
Baru tergerak hati nak kongsikan pengalaman bersalin haritu. Pengalaman bersalin anak pertama yang aku rasa agak serik. Kenapa serik? Korang baca la sendiri.
Rasa macam tamau ingat pengalaman tu hihiih. Sakit betul la. Tapi untuk kenangan aku kongsikan juga dalam blog.
Korang jangan risau pula lepas baca. Orang kata setiap orang pengalaman dan prosess bersalin adalah tidak sama. Aku ni tak tahan sakit jadi aku cepat la serik. Konon la serik.
Pengalaman Bersalin Anak Pertama
Anak
pertama aku dilahirkan pada bulan kegembiraan semua orang iaitu pada bulan
Syawal. Orang sibuk nak raya time tu lah dia nak keluar makan lemang juga. Lol.
Sedikit throwback, aku berkahwin
pada 2 Oktober 2010. Arwah abah meninggal pada tahun yang sama iaitu 29
Disember 2010 dan masa tu juga aku tahu aku sedang mengandung anak pertama.
Mak
aku kata, anak aku ni pengganti dan pengubat rindu arwah abah. Mana mungkin
boleh ganti kan?
Bergembira Di Hari Raya
Dalam otak aku dah set awal-awal
untuk bergembira di hari raya. Oleh sebab dah dapat EDD jatuh pada bulan
Syawal, iaitu pada hari raya kelima dan memang giliran tahun pertama adalah giliran
beraya di kampung aku di Pahang jadi dah ambil keputusan untuk bersalin sahaja
di hospital Temerloh.
Dah tak fikir nak bersalin di hospital swasta atau nak
balik bersalin di KL. Tak kuasa ok.
Bagus juga kami ambil keputusan
tu sekurang-kurangnya less problem nak fikir pilih hospital swasta yang ok
dekat Pahang.
Kawasan rumah aku pon kawasan luar bandar jadi pilihan nak
bersalin di hospital swasta agak terhad. Tahun pertama beraya sebagai
suami isteri dan juga memegang title ibu bapa ya.
Pengorbanan besar dibuat oleh
suami sebab dia tak dapat sambut raya dengan keluarga di Melaka. Keluarga pun
dah nasihatkan jangan travel jauh dan elak tersangkut dalam kesesakan jalan
raya.
Aku seronok beraya dan makan
dengan jayanya pada hari pertama. Aku berdoa sangat biarlah aku dapat merasa
segala juadah raya sebab lepas tu aku dah kena berpantang.
Allah makbulkan
permintaan aku jadi makan lah aku sepuas hati segala lemang dan ketupat. Masuk hari raya yang ke dua,
tarikh 31 August 2011, aku masih lagi gigih dan excited untuk sambut raya di
kampung sebelah arwah abah.
Kami konvoi adik beradik dan cuba habiskan beraya
di rumah adik beradik arwah abah. Sempat la jenguk keluarga Pak Ngah, Mak Teh,
Acik Ani dan Pak Ucu. Cuma rumah Pak Jang sahaja yang kami tak sempat singgah.
Dah rancang hari raya ke tiga, otak
masing-masing dah plan raya ke 3 akan berkonvoi ke rumah saudara sebelah mak
pulak.
Yelah dah EDD konon Raya ke 5 kan? Siang tu kami ke Negeri Sembilan. Habis
puas beraya kami sampai rumah dalam pukul 11 malam lebih kurang.
Penat tuhan je yang tahu. Masa tu
dah berdoa agar bersalin raya ke 4 atau raya ke 5 supaya aku dapat beraya sekali
lagi di Bahau.
Tak sempat nak beraya dengan Wan Chik lagi. Hari tu banyak betul
tangga tinggi aku kena turun naik. Maklumlah rumah kampung Negeri Sembilan,
pengaruh Minangkabau punya design. Tangga berderet.
Bersalin Di Hari Raya Ketiga
Kalau dah namanya raya memang
tiada istilah tidur awal untuk kami satu keluarga. Lepas selesaikan bersihkan
diri kemas apa yang patut ahli keluarga yang lain duduk melepak tengok tv
sebelum masuk tidur.
Sebab penat sangat aku cuci muka, dan tukar baju t-shirt
and kain batik. Kalau ikutkan suami memang
mengantuk tapi segan dengan ipar duai yang lain if masuk tidur awal.
So aku
melepak sengsorang dalam bilik. Elok je aku duduk dekat hujung katil tiba-tiba
aku dengar bunyi letusan kecil. Tak tahu nak terangkan bunyi tu.
Masa tu masih
lagi blur ya. hahhaha aku syak air ketuban aku pecah walaupun aku tak pernah
tahu air ketuban tu macam mana. Terus menjerit panggil mak.
Masa ni otak dah fikir,
perjuangan sudah pun bermula. Memang masing-masing kecoh la nak jadi hero.
Kelakar la hai. Masa tu dah masuk 1
September 2011, pukul 1 pagi air ketuban pecah.
Aku suruh suami ambil beg dan
menuju ke hospital. Abang ipar dan kakak aku yang nombor dua temankan aku ke
hospital. Terima kasih Kak Mah. Risau suami panik dan dia rabun teruk kalau nak
drive.
Hari Kelahiran Anak Pertama
Secara rasaminya pada hari raya
ke 3, kami sampai di hospital pada pukul 2 pagi. Suami sangat kalut sampai dia
dia langgar semua bonggol masa tolak wheelchair aku masuk kat registration
room.
Lepas selesai urusan pendaftaran,
aku kena duduk di wad sementara. Masa tu sakit contraction masih belum kuat tapi
air ketuban tak berhenti keluar lagi.
Dalam pukul 3.25 pagi, doctor check heart
beat baby guna mesin CTG. Aku penat beraya jadi baby tak kurang aktif.
Kemudian, doktor check bukaan dan baru 1 cm.
lepas check bukaan tu aku tak
senang duduk dah. Sakit contraction menyerang. Perasaan malu mengeluh sakit hilang
sebab aku risau tentang sakit nak bersalin terlebih.
Alhamdulillah bukaan cepat, bermula
1cm, 3cm, 4cm, dan kemudian 8cm. Masa 8cm masa tu dah dekat pukul 7 pagi. Sakit
dia Tuhan je yang tahu. Sebelum tu, nurse bagi aku keluar jumpa suami dan aku duduk
skejap dengan akak aku yang teman pergi hospital.
Nurse suh sabar sebab bilik
bersalin penuh. So if aku nak terberanak macamana sekalipun aku kena hold
sebelum nurse sediakan bilik lain.
Dalam hati aku menyumpah, aku
tahu tak baik tapi aku tak tahan dan takut. Mulut tak dapat nak baca apa-apa
surah dah sebab tahan sakit, aku lupa weh. Aku menangis.
Asyik berzikir dan
memang tak tahan aku suruh nurse check bukaan lagi sekali. Nurse baru kalut
bila bukaan aku dah cecah 8cm. dia ingat aku main-main kot tak tahan sakit.
Untuk bersalin aku ditempatkan di
dalam bilik khas sebab bilik bersalin semua penuh. Hari Raya pun penuh orang.
Memang aku sorang je bersalin dalam bilik tu. Kebetulan pagi tu juga doktor
bertugas tak available, yang ada tengah sambut baby dekat bilik lain.
Masa inilah bidan (ketua nurse
kot pangkat dia) yang tolong sambut baby dan tolong aku bersalin. Aku tak pasti
cuma aku berdoa semua mudah dan selamat je masa ni.
Agak kelam kabut sebab
pengalaman pertama aku nak bersalin mana tahu kan.
Nurse suruh angkat dan bengkokkan
lutut, dan kemudian pegang pergelangan kaki. Dapat bayangkan? Sambil pegang
sambil teran. Masa ni sumpah aku blur dan tenaga memang dah habis nak meneran.
Bila dapat teran aku pula teran dengan teknik yang salah.
Teran yang betul adalah teran
macam nak buang air besar (teran nak keluarkan sesuatu). Nurse kata aku teran
dekat leher dan muka je yang lebih. Entah aku tengah sakit mana aku nak tahu
teran atas ke bawah.
Sejak pukul 7 pagi aku masuk,
hampir 15 minit aku belajar dan cuba untuk teran. Nurse dah beritahu, dia bagi
masa dalam satu jam untuk aku meneran dan bersalin, kalau tidak dia kena buat
cara lain which is bergantung kepada kedudukan bayi aku.
Terus la aku jadi takut sebab aku
tak mahu caeseran. Adehla. Terus aku takut and cuba sebaik mungkin. Memang gila
aku teran. Entah kali ke berapa aku meneran aku dengar nurse cakap nak gunting
sikit ya nak tolong baby keluar ni.
Aku tak sempat jawab apa-apa dah
lantak kau nak buat apa (cakap dalam hati) ok dengar dia gunting kat bawah tu.
Ngeri ok. Suami tak putus asa suruh aku mencuba.
Dia usap kepala and cium dahi.
Insaf dia sekejap. Aku siap suh dia tolong tarik kaki aku sekali sebab tak
larat sangat dah.
Suami masuk di saat-saat akhir aku nak bersalin. Aku syak
nurse suruh bagi sokongan sebab aku macam nak putus asa. Andaian aku la.
Pukul 7.35 pagi, aku dengar bunyi
‘plop’ baby keluar. Tapi tak dengar tangisan bayi pun. Masa tu cepat-cepat nurse
amik gunting tali pusat pastu dia letak bayi di dada and dia kata ni ‘bonding’
ye. Supaya anak kenal ibu dia. Mcm first touch antara ibu dan anak.
Tapi anak aku tak menangis. Aku
dah start risau. Anak aku lemas ke? sebab lama stuck kat ‘pintu’, aku asyik tak
jadi push je. Aku perasan baby aku warna biru.
Then nurse bergegas bawak baby
ke bilik lain. tak putus-putus aku doa agar bayi tak apa-apa.
Nurse arahkan suami tunggu di
luar. Dalam hati aku berdoa semoga anak aku sihat dan selamat.
Alhamdulillah
selamat urusan aku bersalin. Syukur anak aku pun tiada masalah. Lepas bersalin
proses seterusnya ialah kena jahit.
Memang jahit inilah punca aku
serik untuk bersalin. Paling banyak bahagian bersalin, kea jahit adalah
pengalaman paling sakit dan aku tak mahu ulang.
Seingat aku tiada suntikan
tahan sakit diberikan, memang aku tersentak bila dia jahit terutama bahagian
kulit. Allahuakbar.
Selesai doktor periksa jahitan
dan lain-lain baru aku dapat jumpa baby untuk pemberian susu pertama. Masa tu
dah pukul 10 pagi.
Perasaan indah yang tak dapat digambarkan. Masa tu aku masih
di atas katil dan diletakkan di penjuru bilik bersalin menunggu nurse bawa ke
wad biasa.
Memang macam pelarian aku rasa
tapi aku tak peduli sebab rasa indah sangat masa tu dapat baring bersama anak.
Masa beri susu memang sangat kekok. Kelakar semua ada. Tak sangka dah jadi
seorang ibu. Alhamdulillah syukur untuk setiap yang Allah aturkan.
Baca Pengalaman Bersalin Anak Kedua ~ Jarak Lima Tahun Dengan Kelahiran Pertama
Pengalaman Melahirkan Anak Ketiga ~ Adik Kakak
Pengalaman Melahirkan Anak Ketiga ~ Adik Kakak
Langgan:
Catatan (Atom)



