Ikhtiar itu Perbuatan..Rezeki itu kejutan

Berat mengeluh dalam hela nafas yang panjang.
Tahu sesuatu yang tak patut aku tahu

Dan merasakan lebih baik aku tak tahu dari aku tahu.
Selalu jadi pada aku .

Kenapalah Allah takdirkan aku dapat tahu?

Perasaan tahu tu buat aku tak keruan, putus asa, dan lebih teruk kecewa.
Hilang harapan dan kepercayaan.

Perangai manusia ni kalau dikuasai nafsu lebih teruk dari jin dan syaitan
Bila perasaan tamak tu mencengkam, iri hati, dengki
Memang batu putih boleh bertukar hitam.

Nauzubillah.

Jauh kan aku dan perasaan dari sifat mazmumah Ya Allah.
Aku insan lemah.

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat, Ternyata ia hanya menutupi kekurangannya tanpa berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman2ku tak ada duka dan kepedihan, Ternyata ia hanya pandai menutupi dengan mensyukuri.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian, Ternyata ia begitu menikmati badai ujian dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna, Ternyata ia hanya berbahagia "menjadi apa adanya"..

Aku melihat hidup tetanggaku beruntung, Ternyata ia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung..
Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rejeki orang lain..

Mungkin aku tak tahu dimana rejekiku.. Tapi rejekiku tahu dimana diriku..

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Tuhan telah memerintahkannya menuju kepadaku...

Tuhan yang Maha pengasih menjamin rejekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku..

Amatlah keliru bila berkeyakinan rejeki dimaknai dari hasil bekerja.. Karena bekerja adalah ibadah, sedang rejeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran demi menghawatirkan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati..
Mereka lupa bahwa hakekat rejeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya..

Rejeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, sang Pencipta menaruh berkat sekehendak-Nya..

Ikhtiar itu perbuatan..

Rejeki itu kejutan..

Dan yang tidak boleh dilupakan, tiap hakekat rejeki akan ditanya kelak..

"Darimana dan digunakan untuk apa" Karena rejeki hanyalah "Hak Pakai", bukan "Hak Milik"...


Pusat Rawatan Sonotron di Melaka

Masa semak keyword di dashboard blog ramai betul orang cari info berkenaan Terapi Sonotron. 

Maksudnya sudah ramai yang ada kesedaran untuk mencuba rawatan alternatif Sonotron untuk kesihatan. 

Jadi aku terpanggil ingin berkongsi dengan lebih lanjut mengenani pusat rawatan yang menyediakan khidmat terapi Sonotron ni bertempat di Melaka Bandaraya Bersejarah, atau lebih tepat lagi di Durian Tunggal.

Pusat Rawatan Alternatif  Sonotron di Melaka

Bagi yang pertama kali membaca tentang rawatan Sonotron boleh rujuk kenyataan di bawah: 

"Rawatan Terapi Sonotron merupakan rawatan bebas pembedahan kerana dikendalikan secara luaran oleh pakar terapi. 

Terapi sonotron memberi kelegaan serta-merta tanpa penggunaan ubatan atau dadah. Menggunakan teknologi Amerika Syarikat, mengeluarkan PANCARAN DISCAJ KORONA BERFREKUENSI RENDAH (0.43 MHz)"


Aku ambil keputusan untuk baca lebih lanjut tentang Sonotron kerana waktu itu mak aku menghidap penyakit gout yang agak teruk.  Alang-alang mencari mencari memang aku ada follow satu facebook page klinik terapi Sonotron.

Nama dia Pusat Rawatan An – Nur.
Page dia masih aktif sehingga march 2016.
Jadi siapa yang teringin nak cuba boleh contact and follow Facebook mereka.



Berkesempatan bawa emak mencuba rawatan Sonotron - Pusat Terapi Sonotron Shafa Sri Gombak
Untuk semua umur dan harga yang aku rasa masih lg mampu bayar. Harapnya membantu sesiapa yang ingin mencuba, dan share la keberkesanan dia kalau dah cuba ok.






Cadangan Tempat Makan Steak Puas Hati, Menate Steak Hub

Minat aku terhadap makanan memang tak dapat dipisahkan. Kalau bagi aku, semua aku tak tolak. Aku memang suka mencuba. Terima kasih Allah. 

Amat berlainan dengan suami yang lebih banyak tak minat dari minatnya. Rugi betul. Dan memang tak pelik sebab aku dah jumpa orang yang memang tak makan buah, sayur dan segala mak nenek makanan pelik-pelik. 

Rugi satu nikmat syurga dunia. Syurga sementara.


Cadangan Tempat Makan Steak Puas Hati, Menate Steak Hub

Beberapa bulan lepas (baca tahun lepas) aku ambil peluang ajak suami makan steak di Menate selepas terpengaruh dengan viral yang Azwan Ali maki peminat tu.
End up restaurant tu yang popular. Rezeki dia.

Aku sekeluarga makan dekat branch Wangsamaju yang betul-betul depan Wangsa Walk Mall tu.
Rasanya branch tu masih wujud.

Kalau tak korang boleh pergi Menate branch Jalan Genting Klang kat Danau Kota tu. Lagi luas dan selesa.

Step dia, sebelum pilih seat, pergi pilih daging (beef or lamb), then ko cakap la ko nak steak ko di masak macamana.

Makan dan bayar. Boleh pulang dengan hati gembira. Air free flow dan bayar untuk makanan je. Harga masih mampu bayar.

Ikut la protion mana korang pilih. Makin tinggi kualiti daging makin mahal la. Ukur daging di poket sendiri. aku ukur di poket suami. J

So far aku puas hati. Alhamdulillah. Nak repeat tak tahu bila lagi.  




Hari tu nak try medium well sekali masih ada merah-merah. Geli geleman nak makan. kata Well Done worst ever steak harus la elak kan. hahahha suami amik well done terus nak mintak sikit. 




makanan lain pon ada and harga berpatutan



yang ni aku punya..ni lamb apa tah bahagian dia. Medium well




suami pon amik lamb tapi bahagian lain. ni la Well Done ok



ini anak aku punya. nampak kosong tapi terasa la flavour dia. Sausage dia sedap woi. 

Kawan Juga Adalah Satu Rezeki

Kawan Juga Adalah Satu Bentuk Rezeki

Alhamdulillah. Dalam kehidupan, aku berjumpa dengan orang-orang yang aku boleh gelar lebih dari seorang kawan. Aku pernah dengar ustazah cakap yang Kawan Juga Adalah Satu Rezeki. Rezeki berkawan dengan mereka yang baik. Memang dari kecil aku kalau mula berkawan aku akan jaga sehabis baik. Entah. Memang semulajadi sangat sikap sayang dan protective tu. 

Kawan-kawan baik aku, semua aku anggap tak ubah macam adik beradik yang perlu aku jaga hati perasaannya.  Aku cuba jaga sebaik mungkin sebab kisah-kisah disebalik tabir nak dapatkan kepercayaan aku memang payah. 

Kalau ingat semula, bukan mudah perjalanan aku mencari yang betul-betul namanya kawan. Jumpa kawan yang baik, pasangan dia tak suka aku. Dapat kawan satu kepala tapi tak sanggup susah senag sama-sama. Sehinggalah reezeki aku berjumpa kawan yang baik dan rapat di tempat kerja.