Asslamualaikum
inilah mesin Sonotron tu |
Entah
apa mimpi aku bawak mak cuba rawatan Sonotron. Ye aku pernah tulis pasal
Sonotron lama dulu. Masa tu ada niat nak cuba tapi keinginan tak kuat. Lepas
mak dah mengeluh betul-betul tak larat dengan Gout dan kebas tangan (masalah
saraf) baru-baru ni baru aku nekad call book appointment dan terus pergi.
Lagipon dekat je. Di Sri Gombak. Satu kawasan tempat aku bersalinkan Raudah
dulu.
Sebelum
ni kerap bawak mak untuk bekam. Tapi mak macam takut sikit bila libatkan darah
ni plus mak kata tak ada kesan pon. Lol. Paham perasaan mak nak cepat sembuh.
Sakit bukan sekelip mata hilang emak ku syg.
Aku
ulang balik untuk siapa boleh cuba rawatan ni okeh.
Rawatan
Terapi Sonotron merupakan:
Rawatan
bebas pembedahan kerana dikendalikan secara luaran oleh pakar terapi. Terapi
sonotron memberi kelegaan serta-merta tanpa penggunaan ubatan atau dadah.
Menggunakan teknologi Amerika Syarikat, mengeluarkan PANCARAN DISCAJ KORONA
BERFREKUENSI RENDAH (0.43 MHz.
Rawatan
sonotron diperakui selamat oleh pengamal perubatan. Ia tidak meninggalkan
sebarang kesan sampingan, selain pesakit akan berasa lemah selama beberapa jam
selepas jam menjalani rawatan. Bagaimanapun ianya hanyalah sementara dan
pesakit akan bertambah pulih. insyaAllah.
- Bronkitis
(Jangkitan saluran pernafasan)
- Selesema/kahak/batuk
- Stroke
- Gout
- Asma
(Lelah)
- Kayap/Ekzema/Kudis
- Sakit
Pinggang/Pinggul
- Sakit
siku/jari/lengan
- Migrain
- Angin
ahmar (Strok)
- Resdung
- Sakit
sendi lutut
- Kaki
terseliuh
- Bengkak
pada tapak kaki
- Luka
- Ulser
- Masalah
kulit/ jerawat
- Gastrik
Masa
aku pergi kebetulan jumpa baby umur nak masuk dua bulan selesema so dia datang
nak buat treatment kali kedua. Mak dia kata Alhamdulillah berkesan untuk anak
dia. Aku ada baca, kanak-kanak atau baby yang buat rawatan ni kahak akan keluar
sekali dengan najis.
Banyak
jugak review pasal Sonotron ni. Dah banyak orang sedar dan yang tak mahu
bergantung dengan ubat dan semestinya untuk elak dibedah.
Review
Pusat Terapi Sonotron Shafa Sri Gombak;
Bawak
mak pergi untuk dapatkan rawatan tangan mak yang kebas tu, tapak tangan mak tu
tak rasa dan tak boleh genggam, lepas tu mak kata setiap malam akan rasa panas
tapak tangan sampai tak boleh tidur. Tapak tangan pon bengkak je. Selain
tu mak ada penyakit darah tinggi dan kencing manis tapi terkawal Alhamdulillah.
Mak
jugak ada gout. Selalu serang bahagian kaki, pinggul dan peha. Jadi sebab mak
banyak sangat penyakit jadi focus kepada tangan kebas dulu. Staff dia recommend
untuk buat 3 kali sesi berturut-turut untuk nampak keberkesanan rawatan. Setiap
sesi kena ada jarak 8 jam.
alat ni dia just halakan kat kawasan yang sakit sahaja. (30minit minima) |
Untuk
next month boleh cuba untuk focus kaki, peha dan pinggul untuk gout mak.
Rawatan ni kena buat selalu. Paling bagus konsisten la selama beberapa bulan.
Untuk gout, rawatan ni bertujuan untuk hilangkan rasa sakit bengkak dan tak
perlu makan ubat gout.
Tahu
kan dalam jangka masa panjang ubat-ubat tu semua ada kesan kepada buah pinggang
dan organ lain.
Harga
lebih murah berbanding klinik lain. Untuk kanak-kanak satu sesi RM30 untuk
setengah jam. Untuk dewasa RM50 untuk setengah jam. Bergantung kepada jenis
penyakit ye.
Staff
friendly semua dia jawab dengan baik. Kalau tengok gambar aku share rawatan ni
sebenarnya dia halakan alat dia macam hair drayer tu pastu dia keluarkan bunyi
yang agak kuat. Boleh mintak penutup telinga tapi mak aku tak nak. Dia halakan
di tempat yang sakit selama 30 minit. Ada haba ye (suam-suam). Kalau tengok
betul-betul nampak cahaya biru kat muncung alat tu.
Mak
aku siap tanya boleh ke nak beli mesin tu. lawak la mak ni. Nak suruh abang aku
yang Doctor beli katanya. Mesin mahal mak ku sayang.
Siapa
nak cuba alamat seperti kat bawah ni. Dinasihatkan call and book dulu takut
full.
Pusat
Terapi Sonotron Shafa
Physical
Therapist
Address:
57, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
Phone:+60
3-6189 0757
Facebook
: https://www.facebook.com/Sonotronshafa1/
Banyak
lagi Tempat lain yang ada juga tawarkan khidmat Sonotron, ini ada beberapa
tempat.
Klinik
Keluarga Dr Hj Mohd Khadzali
No.
3, Rumah kedai, Jalan AU 5C/K, Ulu Kelang, Ampang,
54200
Kuala Lumpur.
Tel:
03 – 41083716
Isnin-Khamis
(9 pagi-1 tgh, 5 ptg-7 mlm, 8.30 mlm-1 mlm)
Jumaat
(9 pagi-12 tgh, 5 ptg-7 mlm, 8.30 mlm-1 mlm)
Sabtu
(9 pg-1 tgh), Ahad (7 ptg – 1 malam)
AN-NUR
SPECIALIST HOSPITAL
No 14
& 16, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9,
43650
Bandar Baru Bangi,
Selangor
Darul Ehsan.
Tel:
+603 8926 6060 | Fax: +603 8926 6067
Klinik
Dr Fauziah
No
15, Jalan 2a/1, Off Jalan Ulu Yam Bandar,
Baru
Selayang Fasa 2a, 68100 Batu Caves, Selangor.
Tel:
03-61890753
Selagi
ada daya kita cuba ikhtiar ye mak. In sha Allah.
Aslmkm puan, macam mana dgn keadaan ibu puan lepas buat sonotron?
BalasPadamAbang sy pun selalu kena gout n kalau ada kesan baik ingat boleh try jugak nanti.
Sy harap puan sudi reply.:)
Aslm Azwan,
BalasPadamSaya rasa kesan setiap orang adalah berbeza. macam mak saya cuba di usia 66Tahun lepas sakit gout yg agak lama so nak sihat perlu lebih banyak kali buat ulangan rawatan.
Saya tak tahu kenapa, lepas mak saya cuba buat di bahagian tangan dan kaki, mak kata ada benjolan naik dekat bahagian pinggul. tak pasti apa tu tapi mak sakit dan tak boleh bangun. hampir demam. beberapa hari menahan sakit.
saya rasa itu kesan nak elok agaknya. (healing crisis) tapi mak agak serik nak buat lagi. boleh cuba tapi jangan terlalu ghairah nak cepat sembuh.
Tak pasti sama ada itu kesan sonotron atau faktor mak saya terlalu banyak berjalan, tak cukup rehat etc.
harap membantu
Catat Komen
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.