Resepi Mudah Popia Salut Coklat Nestum

Kan meriah kat Facebook orang share resepi kuih raya, juadah bukak puasa la memacam lagi. Pengaruh facebook, sorang nak buat yang lain pun nak buat. 

Walau tiada bakat. Kihkihkih. Aritu viral ice cream Malaysia aku terjebak buat jugak. Kali ni terliur nak cuba Popia coklat salut nestum tu. bahan-bahan pun simple dan penting murah. 

Resepi Popia Salut Coklat Nestum

Kalau tak menjadi tak la menyesal. Paling penting masa buat Popia Coklat Nestum ni adalah kerajinan. Nak gulung kulit popia memang ambil masa yang lama, 

Tapi once kau mula makan dia tak akan berhenti dan boleh habis sekelip mata. Ini kisah benar ya. kah kah kah. 

Resepi Popia Salut Coklat Nestum Mudah;


Bahan-bahan:

1 paket kulit popia  standard size yang besar tu – aku potong 6 tapi aku rasa panjang sangat better potong 12.
1 bar coklat masakan – cairkan guna kaedah double-boiled
Minyak masak – aku lupa nak beli butter. Sukatan agak-agak je supaya coklat senang mengalir.
Nestum
Air – untuk dijadikan gam. aku malas bancuh tepung guna air melekat jugak.
Straw – nak gulung kulit popia
Minyak masak untuk menggoreng.

Step:

1.      Gulung kulit popia then goreng.
2.      Cairkan coklat then masukkan popia yang digoreng. Masa aku buat coklat tu memang sedang elok cukup nak salut semua popia jadi aku campak je dalam bekas aku cairkan coklat. Jangan risau kulit popia tu tak mudah pecah dan masih rangup.
3.      Tabur nestum dalam dulang dan Golekkan kulit popia bersalut coklat dengan nestum. Susun dalam bekas. Letak dalam fridge kalau nak hasil lagi power. Aku tak sejukkan pun ngap terus, sedap jugak.


Selamat mencuba. 

*pic credit to Bake N' Flake. Siapa nak beli contact la sendiri. ni aku dapat kat Facebook. Aku punya tak sempat nak snap picture. 



berbaloi kalau buat sendiri tapi kalau dah malas kau beli aje lah. 

Entry khas sempena Hari Bapa. Khas buat suami.

As Salam,

Tak pernah pun celebrate Hari Bapa sebenarnya. Cuma excited bila rata-rata wish kepada Bapa milik mereka. Aku pun tak ketinggalan wish suami kat FB and IG.

Sebelum post puas perah otak nak buat ayat. Dah siap karang fikir pulak baik buruk kalau post. Last-last post jugak.

Sebelum sesiapa terasa geli-geli dan nak muntah baca entry ni lebih baik cepat-cepat tekan butang pangkah atas tu. hahhahahah. Ya ini entry up suami sendiri.


Entry khas sempena Hari Bapa. Khas Buat Suami

Entry ni pun sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada suami yang bergelar bapa kepada dua anak aku. anak kita ye suami..

Kalau nak puji orang kemain mencurah-curah idea di ladang gandum, bila nak puji suami sendiri..ermmm sendu. Malu agaknya. Terlalu banyak benda nak dipuji.



Aku bukan la jenis yang mudah menutur kata manis, beri puji-pujian. Romantik, jiwang ni hoi jauh sekali.




Untuk suami kalau awak baca ni; Terima Kasih

+ Selalu ingatkan kenapa Allah jodohkan kita berdua.
+ Tak pernah putus asa untuk teruskan hubungan kita.
+ Menjadi kawan baik, sparring partner, teman pencadang, pendengar setia, pengkritik tetap dan     banyak lagi.
+ Menjadi abah terbaik di mata kami anak beranak.
+ Sentiasa sabar dan mendahulukan kami dalam apa jua situasi.
+ Berkorban wang ringgit dan menggembirakan hati kami.
+ Banyak lagi yang mungkin tak tertype kat sini. Semoga suami sentiasa sihat, dirahmati Allah dan semoga Allah panjangkan jodoh kita sekeluarga sampai ke syurga.

We love u so much.



Tersingkap Tirai Kenangan Zaman Sekolah

Singkap tirai kenangan zaman persekolahan. Banyak cerita banyak kisah gembira, kisah sedih. Kerana orang-orang yang pernah hadir dalam hidup aku.

Menjadikan siapa aku sekarang. Kawan gelak, kawan menangis, kawan buat jahat. Aku tak ramai kawan perempuan. Satu-satunya kawan rapat aku budak Felda sendiri; Tini bt Johari

Tersingkap Tirai Kenangan Zaman Sekolah

Atlet sekolah.  Kenapa aku kawan dia? banyak sangat istimewa nya dia. suka imbas balik kenangan bila baca surat2 kami utuskan sesama sendiri. itu dulu. Sekarang masing-masing dengan komitmen sendiri.






30 tahun aku hidup dan berkawan; ada beberapa insan yang aku rasa kesal dalam perhubungan.
Paling yang memberi kesan kalau perhubungan yang bermula dengan baik dan diakhiri dengan kenangan yang seakan mengkhianati persahabatan tu sendiri.

Atas alasan tersendiri, penerimaan, dan pemahaman.
Aku takut bila aku meluah rindu pada kawan lama, salah paham berlaku.
Lillahitaala. Aku berkawan kerana Allah.

Tak bermaksud aku akan hancurkan hidup dan hubungan orang lain.
Lama dahulu aku usaha, aku mencari. Akibatnya aku telan sendiri.
Aku tak pernah berhenti berdoa moga satu hari nanti aku akan terserempak dengan kau kawan.

Betapa aku rindu.

Aku nak hidup dalam ketenangan. Aku cuba terima kelemahan kawan-kawan lama aku.
aku cuba letakkan diri aku di tempat mereka.

Aku telan yang buruk aku hanya ingat yang manis dan baik.
Aku jugak tak sempurna. Dan juga mereka. 

Tahun ni aku doa aku dapat jumpa kawan-kawan lama aku.
Aamiin.

Terima kasih Allah, atas laluan kehidupan  yang kau tetapkan.  

Tips Turunkan Bacaan Demam Kuning Jaundice Baby

As salam. Kali ni sempat nak share journey demam kuning si baby no dua. Baby kali ni perempuan so orang kata perempuan ni kalau kena demam kuning agak lama dan teruk jugak compare dengan anak lelaki.

Kalau ikut pengalaman aku tak jauh beza kot kalau lelaki ke perempuan. Macam abang dia dulu, masa tu Klinik kesihatan Bandar 32 ni masih tak ketatkan piawaian kena lepas angka selamat untuk demam kuning. Masa tu tahun 2011.

Tips Turunkan Bacaan Demam Kuning Jaundice Baby

Sekarang tahun 2016, Klinik kesihatan Bandar 32 telah menetapkan syarat; mana-mana baby demam kuning kena bacaan bawah 85 baru Klinik kesihatan Bandar 32 akan suruh stop ambil darah. Baru dikira bebas demam kuning. 

Kalau sebaliknya dan cecah angka 291 baby kena admit ke hospital dan akan dipantau. Kalau dah masuk wad tu faham-fahamla.


perangai mak2 sgt..gambar kaki pon nak upload

Ambil Sample Air Kencing 

Masa aku bawak baby ke klinik sempat la jumpa ibu lain yang alami nasib sama. Ada yang baby kena ambil sample air kencing sebab baby dah berumur 14 hari tapi bacaan kuning masih tinggi. 

Bayangkan anak sendiri kena macam tu. mesti susah hati. Rupa-rupanya kena juga tapi waktu anak ketiga yang kena prolonged jaundice

Macam kes baby aku, punya la risau masa first day untuk register Klinik kesihatan, memang baby dah ada demam kuning.

23 May – 154 – Muka sahaja yang kuning
24 May – 170.5 – Demam kuning sampai ke dada
30 May – 117 – overall
6 June – 71.5

Mujur mak masih ada. So mak la yang ikhtiar kan macam-macam untuk turunkan demam kuning. Selain dari berpantang tak makan kunyit, berjemur di bawah sinaran matahari mak aku focus kepada air mandian. 

Kan ada tip mandi sirap la, mandi air taugeh la, daun kucai dan lain-lain. Tapi mak aku mandikan dengan serbuk herba beli kat kedai cina, pastu air rebusan labu air, pastu last sekali mak rebus air daun belimbing. 
Alhamdulillah bacaan demam kuning menurun.

Note kepada korang yang cuba semua petua di atas adalah atas risiko sendiri ya. Selagi tak mudaratkan bayi, aku cuba dan santuni cadangan orang tua.

Tak pasti lah kebetulan atau betul-betul terbukti berkesan. Aku nak reject pun tak boleh. Mana yang boleh bawa mudarat aku pandai-pandai lah elak untuk tak bagi mak terasa.

Tip Turunkan Demam Kuning Bayi


Apa yang patut dijaga semasa baby kuning ni ialah tali pusat baby. Kalau dah tercabut awal so lega la senang nak bersihkan. Cuma kena kerap bersihkan dan kalau berdarah kena cuci. 

Kata mak, kebersihan pusat juga mempengaruhi demam kuning.

Bagi mak baby pulak kalau boleh stop sekejap pengambilan herba dan jamu. Jamu kan panas. Itu pon penyumbang la jugak walau tak banyak. Paling penting kerapkan susuan. Bagi sekerap mungkin.

Akhir sekali mak pesan suruh urut-urut baby supaya baby aktif dan jangan pakaikan baju. Elok pakaikan barut dengan pampers je. 

Tapi jaga-jaga la jangan kembung. Semua tips kat atas aku buat beserta doa yang tak putus-putus mintak Allah permudahkan.

Paling penting, banyak susukan anak supaya dia kenyang dan membuang. 
Itu sahaja dapat aku share. Harap membantu ibu kat luar sana.