Permohonan Kerja Ditolak Sebab Mengandung

Ok ini pengalaman sendiri di syarikat Melayu yang memang majoriti nya Melayu. Oleh sebab aku watak utama haruslah aku bias sedikit di dalam penceritaan ini. 

Bias dari segi emosi la. Tapi tak ada la sampai tokok tambah fakta. Apa yang berlaku ialah aku ada mohon satu internal posting bawah Syarikat Induk.

Kira salah satu anak syarikat open posting which is aku rasa nak try benda baru dalam career. So dengan besar hati after discussion dengan superior aku dan dia pon give his blessing aku pon isi form.

Deal dengan HR, dan ada informal interview; which is aku sengaja risik-risik dengan one of the department’s team members. Kira macam aku dah luahkan isi hati yang aku berminat nak try.

Permohonan Kerja Ditolak Sebab Mengandung

Masa aku apply ni aku pregnant 5/6 bulan. masa ni aku tak rasa satu masalah pon sebab kalau bercuti hanyalah dua bulan. 

Sekejap sahaja bagi aku tidak menjadi isu. Tapi tidak bagi mereka. Alasan  ni pun aku baru tahu saat ini.

Masa tahun lepas aku apply aku ada follow up dengan HR; kata HR team sana mahu orang yang ada background Finance (aku background business) dan ada preferred candidate. 

Then paling aku kesalkan langsung tak ada formal explanation dan aku dibiarkan gantung tak bertali.

Bayangkan aku dah macam menagih sedekah pulak. frust memang tak ingat la. Bertambah kecewa bukan aku tak kenal dengan team tu pon. Kenal sangat dan pernah jadi colleague.

Bayangkan masa tu aku tengah ada crisis dengan current company which is memang tengah buat downsizing, reduce mainpower, dengan tekanan semua. Rezeki sangat masa tu, one of the director nampak aku. dia panggil dan interview aku. dan absorb aku untuk current position.

Dan sekali lagi, team yang kecewakan aku tu blast internal posting. The same job, post and scope. Kekosongan masih tidak dapat di isi. Aku hanya mampu senyum.  

Staff yang interview aku secara informal mesej aku tanya tak berminat nak apply ke atau tidak? Manager department tu pun risik-risik pasal aku kat one of my best friends and HR.

Bila kawan aku tanya, dia cakap alasan aku masa tu sarat mengandung dan dia nak pakai urgent untuk position tu. dan dia of course blame HR for not informed me the reason. Well, tak apa la. Bukan rezeki maka kita tak berjodoh.

Tapi hati aku tawar dah. Dan logic andai kata during transfer period kot aku declare aku pregnant apa mereka akan buat? reject dan buang aku macam sampah sekali lagi?

Aku jugak kenang budi Director yang masih sudi dengar isi hati aku, yang masih bagi aku peluang walau tak tahu potensi kerja aku macamana. Alhamdulillah Allah mudahkan.

Dan sekali lagi, aku seakan berada di situasi yang sama. Tapi kali ni aku lebih yakin sebab rezeki semua kat tangan Allah. Selagi Allah masih kata aku di sini maka di sini la tempat aku.


Sekian luahan tak seberapa dari orang yang teraniaya. Chewah. 

Percaya cakap bomoh Pegawai kadet Zulfarhan Osman mati didera dituduh mencuri laptop

Assalamualaikum,

Takziah kepada keluarga mangsa dan semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang mulia darjatnya. Perginya di Bulan Ramadhan yang mulia. 

Allahyarham merupakan mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain dan berusia 21 tahun.

Telah di buli/dera/pukul oleh sekumpulan pelajar dipercayai lebih 20 orang dan semua suspek dari dua buah university 32 mahasiswa UPNM dan empat mahasiswa Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Allahyarham dipukul suspek yang percaya pada BOMOH yang menyatakan arwah adalah individu yang mencuri komputer ribanya. 


Percaya cakap bomoh Pegawai kadet Zulfarhan Osman mati didera dituduh mencuri laptop

Dipukul sehingga menyebabkan kecederaan dan menyebabkan kematian.

Allahyarham telah dibelasah dengan tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sebelum beberapa bahagian badannya ditekap dengan seterika wap pada 20 dan 21 Mei 2017.

Allahyarham antara individu yang dituduh mencuri komputer riba dan mengikut saksi sebenarnya Allahyarham tak mencuri pun. Siasatan masih dijalankan.

Paling aku sedih sampai kemaluan dia melecur. Maut mesti sebab kulit melecur dan akibatkan jangkitan kuman. Apa la suspek fikir masa buat ya? 



sumber : Utusan & Astro Gempak


Resepi Vietnamese Spring Roll

Semalam Ramadhan ke 9 dapat merasa makan  Vietnamese Roll. 
Akhirnya!!  Alhamdulillah.
Selalu tengok orang post kat Fb dan Ig je.

Dulu tengok telan-telan air liur walau tak pernah rasa pon.
Bayangkan je kemanisan udang dan kerangupan sayur-sayur yang dia je dah cukup.
Beli dekat bazar Ramadhan Taman Melawati.

Resepi Vietnamese Spring Roll

Satu pack dia jual RM10 ada dalam 3 ke 4 roll kalau tak silap.
Sos dia tak terlalu pedas. Rasanya dia letak daun mint dan bawang putih.

Roll Vietnam
gambar dari blog : DapurKakJee


Terus google resepi ni, mana tahu satu hari akan buat.
Banyak tips kena tahu antaranya:

  1. Kena rendam rice paper (pembalut) dalam air suam hanya selama 3 saat then letak atas kain towel bersih yang basah. Rendam lama-lama nanti dia hancur.
  2. Sebelum nak start, make sure bahan-bahan dia dah ready.
  3. Kebanyakkan guna sos Thai siap je, nak sedap boleh letak kacang tanah tumbuk.
  4. Resepi asal letak udang yang direbus sahaja, boleh jugak letak daging, crab meat, dan ikut selera masing-masing.
  5. Rice paper aku pernah jumpa kat Aeon Wangsamaju, bahagian kering dekat section jual papadom etc.

Aku jumpa resepi dari blog ni Kak Zila 

Bahan-bahan

Beberapa keping kulit rice paper
Udang segar - dicelur dan dibelah dua
Daun salad - secukupnya
Daun Pudina - secukupnya
Timun - dihiris memanjang
Daun Ketumbar - secukupnya
Daun Bawang - secukupnya
Suh hoon - dicelur dan toskan

Caranya

Ambil sekeping rice paper celupkan seketika didalam air,balik balikkan supaya semua permukaan lembut.
Kemudian angkat susun sayur-sayuran,lipat kiri dan kanan dan gulung sedikit,susunkan udang dan gulung sedikit lagi ,letak daun bawang biarkan sedikit terkeluar dan terus gulung sehingga habis.
Sedia dihidang bersama sos pilihan.

Vietnamese Dipping sauce 'nuoc cham'

2 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu besar gula
1/2 cawan air suam
1/4 cawan sos ikan
1/4 cawan jus limau
2 sudu makan cuka
lada cili kecil merah - secukupnya 1 atau 2 batang
daun bawang - hiris halus.

Rasanya tak susah pon nak buat. Dari segi rasa untuk aku yang memang suka mencuba makanan ni aku beri 8/10. 

Nanti la kan kalau buat sendiri nak letak lauk banyak-banyak. hahahahha. 


Menu Buka Puasa Hari ke 6

Assalamualaikum.

Puasa tak semua? Akak masih puasa tak ponteng Alhamdulillah. Dilema setiap kali puasa nak makan apa? Nak masak apa?

Seperti biasa bila dekat office Semangat membara balik mesti nak masak. Tak kira apa halangan. Tapi bila je ambil anak Semangat merudum kemain. Hahahhaha. 

Ditambah pulak suami kata, larat ke nak masak? Sempat ke? Ewah macam cabar je. End up semalam kali kedua sepanjang berpuasa beli kat bazar Ramadhan. Nampak orang jual Nasi Kerabu. Suami belikan Nasi Tomato. 

Masa makan elok lagi. Start malam je perut memulas. Sambung sampai la pagi ni. Habis keluar semua isi perut. Apa tah masalah. 


Menu Buka Puasa Hari ke 6

Suami isteri kena. Kalau memang kronik bukak je kang. Tak larat. Tapi now masih mampu in sha Allah. Doa jangan la meleret sampai petang. Dan menu petang ni pun dijangka tapau sebab suami ajak teman belikan barang dia.

Sahur tadi goreng ikan makan dengan sambal hitam. Pun selera jugak. Ada ulam kacang panjang.  Bertambah nasi. Dah lama aim nak masak lemak cili padi, telur kurma. Tapi tak terbuat jugak lagi.

Oh Ikhwan semalam dia sepatutnya puasa, Cantik sangat sampai pukul 5 dia tahan then dia start muntah-muntah. 

Muntah banjir habis pulak tu. masa tu kat rumah pengasuh then sambung muntah dalam perjalanan tapau makanan.

Bocor rahsia rupanya dia main kat luar. Semalam kan cuaca panas ya amat. Lama gila main kat luar tapi berkeras nak teruskan puasa. Memang dapat free lecturer dari mama. 

Secara live sampai pagi ni mama ungkit dan pesan kalau buat lagi tahu la mama buat apa. Alhamdulillah dia recover cepat. Hari ni sihat dah tapi tak suruh dia berpuasa suruh ok dulu nanti boleh sambung. 

Dah tetibe terbayang nasi putih kicap dengan ikan kembung goreng. Sebelum terfikir makanan lain kena stop menulis hahhaha. ok babai.