Review Air Fryer Amgo

Hari tu terjebak shopping online sebab selalu la dapat email promote alat elektrik idaman akak selama ni tak lain tak bukan Air Fryer. 

Memang selama ni akak berangan nak beli air fryer jenama Philip yang RM700 tu tapi rasa macam tak berbaloi aje so tangguh punya tangguh akhirnya beli jenama Amgo ni.
Promote baik punya terus la akak jatuh cinta. Kenapa akak yakin beli jenama AMGO:
  1. Rating dan review baik oleh pengguna.
  2. Bila tengok website company dia, kira ok la boleh dipercayai.
  3. Harga yang murah dan warna mengancam. RM 173 sahaja. Boleh dapat lagi murah dekat Shopee, ikut musim. 
  4. Brand Amgo termasuk dalam list “Top 10 Air Fryer 2018”. 10 Air Fryers to Help You Create Healthier Meals

Review Air Fryer Amgo

Bila dah sampai mestilah tersangat gembira. Dah cuba masak beberapa kali dan sangat berpuas hati. Sangat bagus untuk mereka yang nak amalkan gaya pemakanan sihat. Ini serius. Memang boleh kurus.



Air Fryer Amgo

Resepi Kek Batik Simple & Sedap

Alhamdulillah menjadi juga buat Kek Batik . Yeay suka. Resepi ni lain dari yang pernah kak Diah cuba sebab ada masukkan telur. Rasa dan tekstur sedikit berbeza. Dan lagi sedap. 

Kalau ikut resepi ni, kek dia tak melekat dekat lelangit bila makan dan rasa macam kek tu ada. Resepi akak jumpa di group masakan di FB.


Tips Resepi Kek Batik Simple & Sedap

  • Nak dapatkan tekstur cantik kena celup dan susun biskut, bukan masukkan ke dalam coklat dan gaul.
  • Sejukkan dalam fridge semalaman.


Resepi Kek Batik Delicious


Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan.
250g butter
3 bji telur
1 cawan fresh milk/susu cair
1 cawan serbuk koko
1 sb esen vanila
1 cawan gula
1 peket biskut marie – Kak Diah ganti biskut bulat Jacob (300gram)
Cara-cara
Campur semua bahan di atas dalam satu periuk/kuali dan pukul adunan hingga sebati
Masak adunan tadi atas dapur gas, api sederhana dan sentiasa kacau (guna whisker) elak hangus.
Bila adunan dah mula pekat dan mendidih, sejukkan seketika.
Sediakan loyang/bekas yg dilapik dengan plastik ataupun baking paper
Celupkan biskut dalam adunan dan terus susun atas loyang/bekas. Kalau ada lebihan adunan tuang atas biskut tadi dan ratakan
Sejukkan sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman

Nak buat Kek Batik jadi lagi cantik boleh buat topping Chocolate Ganache, akak buat tapi kurang menjadi sebab guna choclate murah aje. Tapi boleh la telan.
Bahan-bahan Chocolate ganache (make sure buat lepas kek dah disejukkan)
200g cooking choc
1 cawan whipping cream
1 sudu kecil butter
Panaskan Whipping cream, jangan sampai mendidih. Suam-suam sahaja.
Sediakan cooking choc dlm mangkuk then tuang Whinpping cream tadi. Kacau guna whisk sehingga tak berketul.
Masukkan butter dan kacau lagi.
Tuang Chocolate ke atas kek yang telah disejukkan tadi. Masukkan dalam fridge sejam dua.

Selamat mencuba.

Kerana Ego


[Ya Allah rupanya ada entry terperam. Oleh sebab dah mencurahkan idea kat entry ni haruslah di tepek kan jua ke dalam blog. Cerita ni pun dah habis. Happy ending. Kelakar bila Ana kahwin dengan si botak yang dah tumbuh rambut. Apa pun cerita ni berjaya buat hati Kak Diah tersentuh. Kak Diah bagi 5 *]

Siapa tengok Drama Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Farid Kamil dan Nelydia Senrose tu. Dah nak sampai minggu akhir pun. Selalu kena tengok ulangan ke esokkan hari sebab waktu tayangan pukul 10 malam baby minta perhatian nak tidur.

Bergolak emosi tengok cerita tu. Sakit hati tengok peel suami isteri yang kadang-kadang terperasan macam sama je jadi kat diri sendiri dan laki.

Kan ada scene yang isteri cemburu lepas tu hilang kepercayaan kat suami dia, lepas tu marah then hamburkan kata-kata tak sepatutnya. Tak lama kemudian istri baru tahu cerita sebenar nya suami tak bersalah pun. Tapi dah terlajak kata. Nasi dah jadi bubur.

Suami pun tercalar ego, merajuk membawa diri. Terasa hati dengan kata-kata isteri. Bila isteri tersedar atas kesilapan sendiri dan datang minta maaf pada suami atas kata-kata kasar dia dan beria minta maaf boleh pula suami keraskan hati dan hukum isteri.

Diamkan diri dan menjauhkan diri dari isteri. Dah dua-dua sengsara. Nak maafkan isteri tapi EGO dan DENDAM menguasai diri. Akhirnya dua-dua mereput terseksa. Hahahhaha. Masa ni aku dah rasa over la jantan ni nak hukum isteri lama-lama. Biasalah kan tersalah sangka. Orang dah minta maaf, teruskan lah kehidupan.

Tak sabar nak tunggu ending dia macamana. Kalau ikut sedutan minggu akhir si isteri terlantar kat hospital sebab ada penyakit. Ha ada jugak bab suami menangis minta maaf. Padan muka uols. Masa ada masa berbaik uols tak berdamai. Degil, ego. Rasakan. Ok akak emo.

Back to reality, macam tu juga la kehidupan rumahtangga. Ada masa bertikam lidah dengan suami. Bergaduh bagai nak rak. Siap bentang hujah 3 muka surat nak make sure menang perselisihan. Perempuan kalau bab menjawab memang terbaik. Akak cakap kat diri sendiri ni.

Tapi apa selalu akak buat tau. Lepas habis berhujah akak akan lari ke suatu sudut atau buat kerja. Selalu ke dapur la sambal pasang air sinki tu sambil bercakap dengan diri sendiri. Buatnya masa bertekak salah seorang dari kami ni di cabut nyawa. Adoi tragis kan. Tak sanggup nak bayangkan seterusnya.

Biasanya kalau dah dapat bayangan macam tu terus tone suara akan berubah. Nada akan jadi lebih rendah dan cuba tukar tajuk. Terus tak jadi gaduh. Hahhhhaha. Rasa ruginya habiskan masa dengan gaduh aje. Hidup pun sekejap aje kat dunia ni. Kata tempat persinggahan.

Akak bukan hebat nak nasihat tapi tak rugi kalau rendahkan ego untuk bahagia. So moral of the story, bergaduh dan bersikap negative ni memenatkan dan membuang tenaga. Selain dari mengundang kemurkaan Allah dalam rumahtangga, Ego juga tidak mendatangkan kebaikkan. Elok-elok suami nak belikan barang kemas sebagai hadiah terus dia guna duit tu beli handphone baru dia. Lol.

Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh kak Diah untuk pembaca tersayang. Bye.
* credit Google image - picture

Cara Mohon Faedah Tunai Interim PERKESO

Berita baik khas untuk mereka yang kehilangan pekerjaan di tahun 2018 dan nak dapat duit bantuan selama tiga bulan dari PERKESO. 
Dan juga nak sertai Program Penempatan Pekerjaan Semula wajib baca entry ni sampai habis. 
Duit yang diberikan adalah salah satu inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat yang hilang punca pendapatan sementara nak dapatkan pekerjaan baru.
Bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM600 bagi tempoh maksima 3 bulan. Pemohon haruslah memenuhi syarat dan aktif mencari pekerjaan untuk kembali bekerja.

Cara Mohon Faedah Tunai Interim PERKESO

Oleh sebab aku dan rakan-rakan adalah antara pekerja yang telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal dari tarikh yang dinyatakan di dalam kontrak (bukan sukarela berhenti).

Maka kami termasuk dalam golongan yang layak untuk memohon mengikuti Program Penempatan Pekerjaan Semula dan mendapat faedah tunai dari PERKESO atau nama lain dia SIP.


PERKESO SIP