Welcome April !


Assalamualaikum,

Welcome April 2018.

Wah cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar nanti dah masuk pertengahan tahun.

Selamat datang bulan April, semoga yang baik-baik sahaja.

Banyak benda berlaku sehingga April. Tapi dua benda dalam kehidupan yang berlaku telah meninggalkan kesan mendalam ialah:

Lahirnya Puteri, anak ke tiga kami dan kisah Kak Diah diberhentikan kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

Ada tawa dan ada tangisan. Tangisan kegembiraan in sha Allah.

Banyak perkara yang masih belum terlaksana so kena jalan terus dan kuatkan diri demi keluarga. 

Doakan Kak Diah. 

Resepi Nugget Homemade

Resepi Nugget Homemade 

Last week sempat buat homemade Nugget untuk dijadikan as kudapan/breakfast anak bertuah yang cukup payah nak telan nasi tu.  Kalau nak makan nasi pun kena pujuk macam-macam cara baru la nak makan. Pening kepala mak nak. Menu pun kena ikut selera dia. Lepas tu kalau suap nasi tak boleh ada ketulan sayur, bawang, dan bendasing. Hebat pulak tu, kalau tersuap dia boleh keluarkan dari mulut dia masa tengah mengunyah. 

Dijadikan cerita ternampak la satu post dekat group masakan FB tentang ibu yang ada masalah sama macam aku ni. Rasanya ibu-ibu beranak kecil ni la dilema nya. Nak ajar anak makan makanan  berkhasiat kemain hazab. So para ibu kena bijak tackle selera anak la kan. 

Nugget Homemade

Resepi Brownies Cookies Viral

Terliur tak tengok brownies cookies atas ni. Ini aku dapat dari facebook yang mana tuan resepi beri keizinan untuk share. 

Bukan apa jadi isu juga pasal cookies ni, ada makhluk Allah yang terkilan sebab owner tak nak berkongsi Resepi.

Owner ada buka kelas dan menjual cookies ni. Tu yang dia berat hati nak kongsi resepi agaknya.
Yelah mata pencarian dia kan? Apa pun alasan dia hormati sajalah.


Resepi Brownies Cookies Viral

Apa pun kita tepek sini dulu resepi. Ni boleh jadi biskut raya juga ni. Kalau jadi la. Kalau tak kita cuba biskut lain sajalah.

Resepi Brownies Cookies Viral



Kalau ikut pembacaan dan soalan-soalan dekat comment, banyak juga tips kena follow dan biskut ni agak renyah nak buat. Silap teknik jadi lemau.

Antara yang aku ingat:
  • adunan memang akan jadi cair jangan memandai tambah tepung,
  • Guna piping bag dan picit adunan atas loyang/lapik yang bakar macaroon,
  • Guna chocolate yang mahal; (hershey's) baru biskut cantik kejadiannya,
  • Timing dan suhu ikut oven masing-masing.

Tapi kalau nak mudah, nak beli yang murah boleh beli secara borong dan jual sekali check dekat sini. 

Selamat mencuba.


Si Comel Pipi Merah Lagu Berhantu

Lirik Lagu Si Comel Pipi Merah



Assalamualaikum, 

Semenjak keluar lagu Si Comel Pipi Merah ni asyik la mulut ni menyanyi lagu ni je. Rasa sweet sangat bila nyanyi pandang muka baby sendiri. Suara Tok Ti memang sedap, lunak aje. 





Ting ting tang ting tang ting tang ting tang ting (4x)

Senyuman manis menyejuk jiwa hamba
Semanis-manisnya bak gula
Rupa nan elok penghibur ayah bonda
Indah kurnian maha esa

Sayang disayang Timang ditimang
Alahai manja kuseorang
Sayang disayangi Timang ditimang
Cinta hatiku selamanya

Ting ting tang ting tang ting tang ting tang ting (4x)

Di mana dia buah hati saya
Buah hati saya ada di dalam rumah
Di mana intan payung saya
Intan payung saya yang comel pipi merah

Can mali can can mali can
Can mali can ketipung payung
Can mali can can mali can
Can mali can ketipung payung

Ting ting tang ting tang ting tang ting tang ting (4x)

Budi nan elok pekerti yang mulia
Panduan hidup hari muka
Taat berjasa jadi orang berjaya
Penuhilah ilmu di dada

Sayang disayangi Timang ditimang
Alahai manja kuseorang
Sayang disayangi Timang ditimang
Cinta hatiku selamanya

Can mali can can mali can
Can mali can ketipung payung
Can mali can can mali can
Can mali can ketipung payung

Ting ting tang ting tang ting tang ting tang ting (6x)