Cerita Syawal 2018

Ini Cerita Syawal 2018 kami sekeluarga. Seperti yang dijanjikan bersama-sama tahun ni sekali lagi kami berkumpul beramai-ramai. tahun beraya rumah #teamisteri katanya. 

Suami masing-masing gigih ikutkan permintaan isteri. Terima kasih para suami. Syurga tempat anda semua. Syawal 2018 masih di beri nafas beraya bersama ibu tercinta. 

Tahun ni hanya 7 dari sepuluh adik beradik yang ada rezeki salam tangan mak di pagi raya. Selebihnya ada tuntutan kerja dan giliran beraya rumah mertua. 

Cerita Syawal 2018

Tahun ni sambutan dan segala persiapan raya lebih rilek. Masing-masing ambil bahagian dalam sediakan juadah untuk hari raya. 

Hari Raya pertama menu wajib ialah nasi impit kuah kacang dan rendang ayam pencen. Untuk jamu tetamu yang datang kami jamu laksa. Raya kedua masih ada nasi impit dan menu tambahan adalah bakso. 

Tahun ni juga kami ambil kesempatan untuk berehat dan tunggu tetamu di rumah sahaja. Kesihatan mak kurang mengizinkan. Jadi tak kemana pun tapi Raya masih meriah. 


Corat Coret Syawal


Tahun ni mak berbesar hati sponsor seekor kambing untuk di golekkan. Mulanya plan memang nak buat kutipan tapi berubah plan bila mak nak sedekahkan untuk anak cucu makan. 

Memang kebiasaan kami akan kutip duit belanja makan untuk beberapa hari menginap di kampung dan juga kutip bil elektrik. 

Duit terkumpul akan digunakan beli barang makanan dan lain-lain jika perlu. Selain tu, setiap adik beradik yang teringin nak makan atau nak masak menu raya amat di alu-alukan untuk sponsor.

Seronok jadinya. meriah. Kutipan pun tak sampai RM100 seorang. Itulah untungnya adik Beradik ramai. 


Membakar Cerita Syawal 2018



Aktiviti Raya 2018 kami macam biasa. Bersiap-siap dari saat menjejakkan kaki ke kampung, malam raya sibuk dengan aktiviti kukus, grill,panggang dan mengemas rumah. 

Tugas anak-anak saudara pula isi kuih raya dalam balang, dan yang lelaki akan sibuk siapkan bahan-bahan mentah untuk rendang dan aktiviti yang melibatkan bakar membakar. 

Pagi raya akan bersalaman dan bermaafan selepas balik solat raya. Dan kehidupan diteruskan seperti biasa. Kami ambil kesempatan beraya di rumah jiran-jiran terdekat. Seronok. 

Semoga tahun depan masih diberikan peluang beraya bersama-sama. Tahun depan giliran beraya bersama mertua. 

Semangat masih membara walau di rumah mertua. Semoga Syawal menjadi kenangan indah buat awak semua. Syawal kali ni memberi pengajaran amat bermakna dan paling penting hargai mereka yang masih ada di depan mata. 

Selamat Hari Raya!

Pemandu Grab Mati Disyaki Dijerut

Pemandu Grab Mati Disyaki Dijerut | Sedih baca kisah petang ni tentang pemandu Grab mati disyaki dijerut. Memang mati itu pasti. Tak boleh nak tolak bab tu, Cuma bagaimana pengakhiran kematian kita yang selalu sangat berdoa agar dipermudahkan. Semoga kita mati di dalam Khusnul Khatimah la hendaknya. Dapat tahu kisah ni masa beraya tengahari tadi. Masuk berita pukul 1.30 petang. Sedihnya kehilangan nak pula di musim raya dan bulan yang mulia ni. Bayangkanlah kalau ini salah seorang ahli keluarga kita. Siasatan masih lagi dijalankan. Semoga pembunuh dapat ditangkap. Motif pembunuhan pun tak pasti. 
Pemandu Grab
Pemandu Grab Mati Dijerut
*sumber gambar OhBulan

Masa aku bekerja dulu Grab antara pengangkutan utama yang aku dan kawan sekerja akan guna. Turun je dari LRT mesti akan naik Grab ke pejabat. Lebih selesa dan murah jika nak di bandingkan dengan teksi. Alhamdulillah sepanjang tempoh aku guna Grab semuanya baik-baik. Pemandu ramah atau pemandu professional yang memang diam seribu Bahasa dan fokus pada pemanduan. 

Bila jadi macam ni rasa risau pula. Tak mustahil pemandu Grab akan berkurangan sebab faktor keselamatan. Berani betul orang nak buat jahat walau pun tahu maklumat peribadi akan tercatat dalam sistem. Semoga mudah la pihak berkuasa nak jalankan siasatan. Keadilan untuk mangsa haruslah di tegakkan. 

Pesanan untuk mereka yang naik pengangkutan awam terutama penumpang wanita, sentiasalah beringat. Kecelakaan tak berbau. Malang tak berbau. Kena sentiasa peka dan berusaha untuk jaga diri sendiri. 

Antara perkara aku biasa buat kalau naik Grab atau teksi; 

  1. Screenshot detail pemandu, termasuk no plat kenderaan dan bagitahu suami di whatsapp atau telefon suami. Sengaja aku kuatkan suara supaya pemandu akan dengar perbualan aku dah hubungi suami dengan harapan niat jahat dia terbantut (jika ada la). 
  2. Aku jadikan amalan pastikan handphone ada battery, ada sambungan internet dan set no kecemasan dekat handphone. Bila berlaku perkara tak di ingini senang nak dail. 
  3. Elakkan naik berseorangan, jika terpaksa duduk di bahagian belakang. Aku selalu “unlock” pintu sebelah aku senang nak terjun. 
  4. Sebelum naik baca lah segala zikir dan surah yang di hafal. Memang terkumat kamit mulut aku sehingga la aku sampai ke destinasi yang di tuju. Tak kisah lah orang nak kata aku penakut atau fobia, lebih baik berhati-hati dari menyesal. 


Salam takziah untuk seisi keluarga mangsa. Kita yang masih hidup ni kena ambil iktibar dan jadikan pengajaran. Mati itu pasti. Semoga pesalah dapat di bawa ke muka pengadilan. 




Kisah sedih Raya 2018


Kisah sedih Raya 2018 | Alhamdulillah selamat berhari raya di kampung. Sekarang dah balik pun ke KL. Balik kali ni dengan beribu perasaan. Raya kali ni penuh dengan perisa. Penuh pengajaran. Kisah sedih ada kisah gembira pun ada. Mungkin di sebabkan faktor usia jadi raya kali ni penuh dengan emosi rasa. Banyak kisah duka raya tahun ni. Nanti ada masa aku kongsi satu persatu biar jadi kenangan di hari tua. Badan tak sihat sangat jadi mood selepas raya ni pun kelaut dalam la jadinya.

Banyak kisah suka duka aku dapat raya kali ni. Raya bersejarah untuk diri sendiri dan orang sekeliling. Rasanya tahun ni tahun paling banyak aku terima berita sedih. Berita kehilangan orang-orang penting dalam hidup kawan-kawan dan orang sekeliling. Kawan-kawan sekolah ada yang kehilangan ibu bapa kerana sakit tua, ada yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dan ada yang pergi tiba-tiba. Bayangkanlah di saat Ramadhan terakhir dan ada juga yang kehilangan semasa Syawal. Sedihnya tak terkira.

Untuk diri sendiri, aku ajarkan supaya bersedia. Kematian tu bila-bila masa sahaja. Aku dah pernah kehilangan arwah abah. Sakit tu dah paham sangat. Tinggal lah mak sahaja yang kami ada. Entah bukan mak yang pergi dulu tapi aku yang masih “muda” ni. Kehilangan orang tersayang juga buat kita belajar menghargai orang yang masih ada. Itu aku belajar selepas ketiadaan abah. Pergi yang tiada galang gantinya.

Semoga yang masih ada ibu bapa, jaga lah sebaiknya. Cuba lah balas jasa mereka. bahagiakan mereka selagi masih berkesempatan. Jangan dilukakan hati ibu bapa, berikan hadiah, layan seikhlas hati, bawa mereka berjalan-jalan, penuhi segala hajat mereka. kebahagiaan mereka adalah kunci kejayaan hidup kita. Kelak, bila mereka dipanggil kembali menghadap Ilahi mereka boleh merasa lega kerana tanggungjawab mereka dah selamat mereka laksanakan.

Semoga arwah abah tenang kat sana. Semoga Allah menempatkan arwah abah di kalangan orang yang beriman. Semoga nanti kami semua dapat berkumpul di syurga. Terima kasih abah, terima kasih mak. Jasa kamu tidak terbalas di dunia.

Hukum Guna Duit Raya Anak

Musim raya ni anak-anak kecil la golongan paling gembira sebab dapat duit raya. Inilah waktu yang paling di nantikan oleh anak-anak kecil sebab nak kumpul duit raya. 

Ada juga anak-anak yang bertanding siapa dapat duit raya paling banyak dan dah ada perancangan sendiri nak beli barang kesukaan masing-masing. 

Hukum Guna Duit Raya Anak 

Sebagai ibu bapa, kitalah yang harus membimbing dan menasihatkan anak-anak kita supaya tidak boros dalam berbelanja. 

Macam tahun-tahun sudah hal pengurusan duit raya anak-anak akan jadi tanggungjawab akak. Anak-anak pun dah faham sangat bila dapat je duit raya dari tuan rumah akan segera di masuk kan ke dalam beg tangan mama. 

Mama secara automatiknya menjadi pemegang amanah sementara sebab bila sampai je ke rumah anak-anak akan bertanya ke mana pergi duit raya mereka. 

Anak-anak sekarang bijak ya. Anak-anak dah kenal duit dan nilainya.


BOLEH ke GUNA DUIT RAYA ANAK
credit google image

Haram Guna Duit Raya Anak

Kalau nama nya pemegang amanah sementara maka haram hukumnya jika ibu bapa menggunakan duit raya anak-anak. 

Berdosa jika kita salah guna untuk kepentingan diri sendiri. Jika ibu bapa dalam keadaan terdesak dan terpaksa menggunakan duit raya anak-anak, dibolehkan untuk meminjam namun wajib dibayar semula. 

Kira berhutang dengan anak sendiri. Hutang wajib dibayar. Akak sendiri pernah pinjam sekejap lepas tu memang bayar semula malah bayar lebih dari di pinjam. 

Yang jadi salah tu bila pinjam beli rokok, pinjam beli perhiasan diri. 

Ustaz Azhar Idrus (UAI) juga pernah menjawab isu yang sama dalam ceramahnya. 🔊

"Perkara ini selalu berlaku dalam masyarakat kita. Ada yang menggunakan duit raya anak-anak untuk membeli sport rim, spoiler dan lain-lain. 

Haram guna duit raya anak-anak untuk kepentingan diri. Namun boleh gunakan duit raya anak-anak sekiranya dalam keadaan terdesak seperti bekalan elektrik hendak dipotong sebab tak bayar. 

Yang mana masalah itu juga akan mendatangkan kemudaratan kepada anak-anak. Jadi boleh gunakan duit raya anak-anak untuk membayar bil elektrik. 

Walau bagaimanapun ia perlu dibayar segera." katanya.