Tuam Ais Atau Tuam Haba Untuk Surutkan Bengkak?

Cedera selepas bersukan adalah perkara biasa berlaku kepada sesiapa sahaja. Anggota badan bengkak dan mula timbul rasa kurang selesa. Macam apa yang Diah alami baru-baru ni. 

Kisahnya, bulan October yang lepas Diah berjaya habiskan larian sejauh 5kilometer. Syabas untuk diri sendiri dan satu pencapaian yang boleh dibanggakan sebelum tahun 2018 melabuhkan tirai. 

Lepas tamat larian dan sampai rumah, badan dan mula beri isyarat nak sakit-sakit. Padahal dah buat warm up pun sebelum berlari.


Tuam Ais Atau Tuam Haba Untuk Surutkan Bengkak?

Agaknya faktor usia dan juga lama sangat dah tak turun padang buat aktiviti berat macam ni. Tak pasti pula ada kecederaan otot atau tak tapi sakit dia memang buat tak selesa la. Muscle crampt omputih kata. 

Memang sejak dulu kalau muscle cramp lepas bersilat atau jogging perkara pertama mesti akan tuam kat anggota badan yang sakit. 

Diah suka tuam dengan pek ais lepas tu baru sapu minyak panas sebelum masuk tidur. Kebiasaan memang menjadi berkurang sedikit sakit ke esok kan harinya, tapi kena pastikan lepas tuam dan sapu minyak kena tidur. 

Pagi esok in sha Allah boleh la bangun dan buat aktiviti macam biasa walau terbatas pergerakkan.
Tuam ais atau tuam haba untuk surutkan bengkak selepas kecederaan sukan



Kebetulan terbaca artikel yang di kongsi oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan dekat Facebook tentang Tuam selepas kecederaan sukan. Macam tahu-tahu je Diah tengah mencari info pasal tuam ni. 

Kawan-kawan sila ikut laman sosial Dr. Kamarul sebab dia suka kongsi informasi berkaitan kesihatan. Ni Dr. betul punya. Bukan Dr. beli ahaks. Selalu Dr. guna twitter dengan hashtag #MedTweetMY  Jadi Diah kongsikan dekat sini penerangan Dr. tentang Tuam seperti di bawah.


“Tuam ais ke tuam haba lebih baik untuk surutkan bengkak selepas kecederaan sukan?”

Kedua-dua tuam ais dan haba memberi kesan yang baik kepada pemulihan kecederaan sukan. Namun perlu tahu bila tuam ais atau haba lebih sesuai digunakan. 

Tuam ais, atau cryotherapy sesuai untuk kecederaan akut seperti terseliuh, terkehel, otot atau tendon terlebih regang, trauma tumpul pada otot dan sebagainya.

Rawatan ini memanfaatkan reaksi pembuluh darah yang akan mengecut jika didedahkan kepada kesejukan. 

Reaksi ini akan menyebabkan penurunan bekalan darah dan secara tidak langsung mengurangkan reaksi keradangan. Hal ini mengekang pembentukan bengkak yang teruk.

Selain itu, tuam ais dapat menurunkan aktiviti saraf. Ini boleh memberi kesan kebas lantas mengurangkan kesakitan kepada kawasan kecederaan. 

Oleh yang demikian, tempoh yang sesuai untuaman ais adalah pada awal tempoh kecederaan, iaitu sebaik sahaja kecederaan berlaku dan 3 hari berikutnya.


Cara-cara melakukan tuaman ais:

1. Letakkan ais atau pek ais ke dalam balutan tuala kecil.
2. Tuam ais pada bahagian yang tercedera selama 10 minit dan angkat tuaman 5 minit.
3. Ulang langkah 2 selama 4 kitaran.
Boleh ulang set ini 2-3 kali sehari

[ ! ] Elakkan daripada meletakkan ais secara langsung pada kulit atau tuam terlalu lama bagi mengelakkan risiko kecederaan pada kulit, tisu dan saraf.


Tuam Haba

Tuam haba, atau thermotherapy pula sesuai kecederaan kronik atau kecederaan yang melibatkan kekejangan dan sengal otot. Contoh: silap bantal dan simpul biawak.

Haba memperbaiki aliran darah ke kawasan yang di tuam dan merelakskan otot dan melegakan kesakitan kekejangan otot. 

Selain itu haba juga menjadikan otot lebih fleksible. Ia memberi efek yang selesa selain mempercepat proses pemulihan.

Tuam haba sesuatu dibuat pada hari ke-4 dan seterusnya selepas kecederaan.

Cara-cara lakukan tuaman haba:

1. Lembabkan tuala dengan air suam atau letakkan pek haba dalam balutan tuala.
2. Tuamkan pada bahagian yang tercedera selama 5 minit, dan berhenti seketika.
3. Ulang langkah beberapa kali sehingga kesakitan lega.

[ ! ] Elak daripada meletakkan sumber haba secara langsung pada kulit atau tuam terlalu lama bagi mengelakkan risiko kecederaan pada kulit. Tuam haba pada awal kecederaan boleh mengakibatkan bengkak yang besar.

Jika ada luka, elakkan lakukan mana-mana tuaman. Berjumpalah dengan doktor jika ada kesangsian berkenaan pilihan tuaman.

Teringat petua orang lama, kalau leher terseliuh sebab tersalah posisi masa tidur atau salah bantal petua nya ialah kena tepuk-tepuk bantal tu sebelum tidur. 

Lagi satu petua ialah lepas je bangun tidur, masukkan ibu jari dan ambil air liur dekat lelangit dan sapu ke leher yang sakit. Sebelum sapu kena selawat dulu. Bila buat kena yakin, sebab Diah tak yakin maka petua tu tak pernah la menjadi.

Kesimpulannya, kalau dah tuam tapi masih lagi tak sihat dan tak boleh bangun kena la berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Jangan memandai-mandai nak makan ubat tanpa berjumpa doktor. Buruk padahnya.

Jom jalani gaya hidup yang sihat dan majulah sukan untuk negara. 

Drama Mencari Qiblat Sesuai Untuk Tontonan Seisi Keluarga Di TV3 (Sinopsis)

Drama Mencari Qiblat Sesuai Untuk Tontonan Seisi Keluarga Di TV3 (Sinopsis) | Assalamualaikum. Jatuh hati dengan drama Mencari Qiblat di Slot Zehra TV3 yang dah pun memulakan tayangan nya sejak 25 Oktober lepas. Dah banyak episod ditayangkan tapi jangan risau sebab setiap episod adalah berlainan kisah dan pelakon nya. Watak utama yang sentiasa ada adalah Adam lakonan Aeril Zafrel.

Drama Mencari Qiblat adalah sebuah drama ber genre Islamik yang bertemakan kerohanian dan mengetengahkan nilai-nilai kemanusiaan yang patut ada dalam diri setiap orang terutama Muslim. Setiap episod mengetengahkan nilai yang berbeza dalam menyampaikan mesej dan mengajak ke arah kebaikan. Memang drama macam ni la yang patut ditayangkan. Bukan drama yang cerita tentang kisah orang kaya jatuh hati dekat perempuan miskin lepas tu main tarik tali dan berkahwin paksa rela. Cukup-cukupla kita disogok dengan jalan cerita macam tu. 

Drama Mencari Qiblat di arahkan oleh sutradara terkenal saudara Rashid Sibir. Dah banyak naskah bernilai tinggi yang dihasilkan oleh beliau. Setiap karya nya berjaya menyentuh emosi penonton. Jadi tak heran lah Rashid Sibir digelar “Pengarah Air Mata” sebab banyak cerita beliau arahkan semua nya sedih-sedih. Drama-drama Rashid Sibir yang memang best antaranya Rumah di Tengah Sawah, Pondok Buruk, Ketupat Daun Kering, Takbir Suci dan banyak lagi la. 

Jalan cerita Drama Mencari Qiblat
Pening mencari qiblat

S
inopsis Drama Mencari Qiblat

Berbalik kepada drama Mencari Qiblat ni, ianya berkisahkan tentang Adam, yang merupakan anak tunggal dan hidup dalam kemewahan keluarganya. Adam suka berfoya-foya dan tidak mempedulikan hukum hakam kehidupan sebagai seorang Muslim. Pendek kata dia lupa diri dengan apa yang dia ada. 

Adam sentiasa bergembira sehinggalah satu hari dia di uji dengan kematian ibu dan ayahnya. Mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meragut nyawa kedua orang tuanya itu. Kejadian itu telah menyedarkan Adam dari terus sesat dalam kehidupanya yang penuh dosa. Kematian kedua ibu bapanya menyedarkan Adam bahawa setiap yang hidup pasti akan pulang berjumpa Penciptanya. Dia cuba kembali ke pangkal jalan, dan dalam perjalanan itu dia cuba memahami erti kehidupan sebenar. 

Seronoknya drama ni dia tak sama dengan drama lain yang meleret-leret. Semuanya on point. Kita boleh tahu penamat cerita dalam satu episod dan setakat episod yang Diah dah tonton semuanya amat dekat dengan masyarakat kita. Pemilihan pelakon pun bagus, yang senior-senior dan berbakat jadi semakin real la cerita tu. Drama Mencari Qiblat ni cukup pakej sebab jalan cerita best, pelakon berbakat dan pengarah terbaik. Jadi anda kena tonton. 

Barisan pelakon Drama Mencari Kiblat adalah Aeril Zafrel sebagai Adam dan dibantu oleh:

Arash Mohd
Octavia Menrose 
Didie Alias
Elly Mazlien
Mak wan Latah
Dato Rahim Razali
Fahrin Ahmad
Norlia Ghani
Muhd. Akhmal Mohd. Nazri
Harun Hashim
Dato Ahmad Tarmimi Siregar
Zila Bakarin
Abang Bohari
Elisha Sandha
Kismah Johari
Aleza Shadan
Anne Abdullah
Ashraf Muslim
Norkhirian
Azhan Rani
Zamarul Hisham
Fezrul Khan
Fauziah Nawi
Zahiril Adzim
Shahronizam Noor
Zarul Husin
Faradhiya
Reen Rahim
Roslan Salleh
Dian P.Ramlee
Khir Rahman
Zarina Zainuddin
Adam Shah
Mona Allen
Mubarak Majid
Haeriyanto Hassan
Enot
Sharil
Nadzmi Adwha
Atoi Tohei
Mathni
Adik Adam

Drama #MencariQiblat ditayangkan setiap hari Rabu sehingga Jumaat, jam 9:00malam di TV3 masa Slot Zehra. Diah baru tahu yang Zehra ialah nama yang diberi kepada slot drama berunsur keagamaan, kerohanian atau ketuhanan oleh TV3. Drama mencari Qiblat ada 13 episod ke semuanya. Sekarang baru episode ke-6 jadi masih sempat lagi nak tengok. Yang terlepas episode sebelumnya boleh tengok secara online di Youtube TV3. 

Tajuk:Mencari Qiblat

Waktu siaran: Rabu-Jumaat, 9:00 malam 

Siaran: slot zehra tv3 

Pengarah: Rashid Sibir 

Tonton Online: 
Episod 1: https://bit.ly/2FiznV7
Episod 2: https://bit.ly/2AYijPI
Episod 3: https://bit.ly/2FdIHcQ
Episod 4: https://bit.ly/2zIkGnZ
Episod 5: https://bit.ly/2zIkGnZ
Episod 6: https://bit.ly/2AXUO9I

Selamat Menonton!

Sedapnya Makan Domino’s Pizza dan Kempen It's All About You

Siapa peminat Domino’s Pizza sila angkat kening? Kita geng. Ingat lagi dulu masa mula belajar makan Domino’s pizza punya la penakut nak order dekat kaunter. Malu ye jugak. Takut salah order. 

Padahal staff dekat kaunter tu layan baik je. Cawangan Domino’s yang Diah suka pergi semestinya di Domino's Pizza Wangsa Delima. 

Mesra pelanggan, tak lokek dengan kata maaf dan murah senyuman. Sabar je melayan pelanggan. 

Sedapnya Makan Domino’s Pizza dan Kempen It's All About You 

Minggu lepas sempena hari gantung kuali, kami order Domino’s pizza untuk makan malam. Oleh sebab nak cari barang dulu petang tu jadi dah order Domino’s siap-siap dalam website dan tetapkan pukul berapa nak ambil. Tinggal nak bayar dan ambil pizza je. 



(Boleh buat bayaran secara online juga) Jadi tak la lama nak menunggu. Waktu menunggu itu ibarat bom jangka kalau keluar dengan baby. 

Bila-bila masa je angin kus-kus dia boleh datang. So memang elok la order online sahaja. 

Diam tak diam rupanya dah lama rupanya Domino’s berada di Malaysia. Terinspirasi sungguh dengan kisah kejayaan Domino Malaysia yang bermula 21 tahun lepas bermula dengan satu-satunya kedai dibuka di USJ dan masa tu mereka bermula dengan 15 orang pekerja sahaja. 

Kalau tengok sekarang mereka berjaya melebarkan sayap ke seluruh Malaysia dengan lebih 200 cawangan yang ada. Tahniah Domino’s Malaysia. 




Memang bersesuaian la dengan kempen It's All About You yang mana matlamat utama Domino’s untuk menghargai setiap pelanggan mereka "Tidak kira siapa anda, dan tidak kira apa yang anda lakukan ... kami akan berada di sana untuk anda." Domino’s amat memahami selera rakyat Malaysia yang sukakan makanan. 

Pilihan Flavour / Topping dan Crust Yang Pelbagai


Apa yang Diah suka tentang Domino’s Pizza ni mereka tawarkan banyak flavour dan juga pilihan crust untuk pizza dia. Baru-baru ni Domino’s memperkenalkan crust terbaru mereka iaitu Cheddar Cheese Tarik dan Mozarella Cheese Tarik

Hari tu Diah cuba Mozarella Cheese Tarik dan memang pilihan yang tepat. Sedap nya hoi. Jangan risau mozarella cheese tu tak muak pun. 


Kempen Dominos


Kempen All About You



Yang Diah beli dekat bawah ni adalah Set Combo Deal. Dapat pizza size Regular dan pilihan side order Diah pilih Breadstix. Rasa bawang putih dan dapat sos masam. 

Breadstix ni favourite Diah, makan sambil pejam mata sebab roti dia lembut yakmat. Walau dah sejuk pun masih lembut. Terbayang lagi kesedapan dia. Kalau nak roti manis pilih Cinnastix ok. 

Order Online & Delivery Pun Boleh

Domino’s Pizza juga ada buat penghantaran ke rumah anda. Tak perlu risau kalau anda malas nak keluar redah jem call je dan buat tempahan di talian 1-300-888-333

Sampai la pizza depan pintu. Nak rujuk promosi terbaru dan mendapatkan diskaun kena layari website mereka di https://www.dominos.com.my

Selain daripada makanan yang sedap, Domino juga amat menjaga hati pelanggan mereka dengan sentiasa memberikan potongan harga dan diskaun untuk pembelian pizza yang seterusnya. Memang tak pernah habis la tawaran percuma pizza tu dan lain-lain juga. Tu makin lama makin sayang Dominos.


All about you


Untuk memastikan Domino's sentiasa berdaya saing dan nak pikat hati pelanggan dari hari ke hari ada sahaja menu menarik dan semestinya sedap ditawarkan oleh mereka. 

Selain pizza hidangan sampingan yang lain turut ditawarkan oleh Domino seperti roti, pencuci mulut, hidangan ayam dan juga hidangan barat yang lain (meatball, spageti dll). 

Pendek kata memang berbaloi-baloi kalau makan di Domino dan tak rugi mencuba. Sekali lagi Tahniah Domino's di atas pencapaian 21 tahun melakar kejayaan. 

Teruskan menghasilkan makanan yang dekat di hati pelanggan. Semestinya kalau craving nak makan Pizza, Domino's semestinya pilihan kami sekeluarga.

Jom ke Dominos!

BGRC dan McDonald's Riangkan Hati Adik-adik KAFA

BGRC dan McDonald's Riangkan Hati Adik-adik KAFA 

Pada 07 November 2018 bersamaan dengan hari Rabu telah berlangsung satu aktiviti amal yang telah dianjurkan oleh 2 (dua) buah pihak yang sememangnya telah dikenali di Malaysia. 2 pihak ini tidak lain dan tidak bukan adalah Bukit Gambang Resort City dan juga McDonald's.
Bukit Gambang Resort City
Aktiviti amal ini dilangsungkan demi untuk meraikan anak-anak tahfiz seramai 74 orang anak-anak tahfiz termasuk guru dari Sekolah Agama Rakyat KAFA Al-Hidayah Ad-Diniah Perkampungan (F) Bukit Goh, Kuantan, Pahang sebagai tanda sokongan untuk adik-adik ini terus berusaha di dalam pelajaran masing-masing meskipun kebanyakan daripada mereka datang dari keluarga yang kurang berkemampuan.
Sekolah Agama Rakyat KAFA Al-Hidayah Ad-Diniah Perkampungan (F) Bukit Goh, Kuantan, Pahang

Keperihatinan pihak Bukit Gambang Resort City ( BGRC ) dan McDonald's yang telah sudi meraikan adik-adik ini pada hari tersebut telah merakamkan sebuah lagi sejarah kerana secara tidak langsung ia adalah merupakan kerjasama rasmi pertama di antara BGRC dan juga McDonald's Jalan Gambang yang selama ini hanyalah terletak lebih kurang setengah jam saja perjalanan di antara keduanya.

Ini patut dibanggakan oleh warga Kuantan itu sendiri kerana di tempat mereka masih ada pihak-pihak yang sudi menyumbang semula kepada pihak masyarakat setempat. Sedikit info ringkas mengenai majlis riadah setengah hari antara Sekolah Agama Rakyat KAFA Al-Hidayah Ad-Diniah , Bukit Gambang Resort City dan McDonald's Malaysia.

Kehadiran adik-adik comel di BGRC

Kehadiran adik-adik ini di nanti oleh wakil BGRC yang bertugas sejak daripada jam 9pagi lagi dan turut sama ada ketika itu adalah wakil daripada pihak bloggers dari Pantai Timur yang telah siap sedia dari awal pagi lagi untuk meraikan kedatangan adik-adik ini di pintu utama bahagian Waterpark.

Setelah tiba, perkara pertama yang diambil kira adalah soal tiket masuk dan syukur alhamdulillah pihak BGRC sudi menaja tiket masuk untuk semua dengan murah hati. Terima kasih banyak pihak BGRC!


Senyuman yang terukir di wajah adik-adik ini sangat-sangat bernilai untuk semua yang terlibat dan makin bermakna apabila pihak BGRC sudi juga membantu adik-adik ini dengan wakil crew mereka di sepanjang aktiviti riadah ini berlangsung dari awal hingga akhir.


Adik-adik ini bebas bermain di mana-mana bahagian yang mereka inginkan dengan di kawal tahap keselamatan oleh pihak BGRC yang berwajib.

Jika anda ke Kuantan, silalah singgah ke BGRC ini kerana di sana ada pelbagai aktiviti bermain air yang sangat best! Ada ombak buatan, ada slide dan bermacam jenis lagi sesuai dengan mengikut usia dari kanak-kanak hingga dewasa.
Coco Beach
Apabila di tanya , masing-masing sangat berpuashati dan gembira dengan layanan yang diberikan oleh pihak BGRC ketika berada di sana. Wajah penuh senyuman dengan suara layanan yang ramah daripada pihak BGRC melalui staff staff yang bertugas juga amat terbaik sekali. Tiada apa yang kurang malah terlebih pula rasanya.

Kedatangan Happy Meal McDonalds Meriahkan Suasana 


Ketika pihak Bukit Gambang Resort City (BGRC) sedang bertungkuslumus meraikan adik-adik ini di kawasan waterpark, pihak Mc'Donalds pula dari sedang beruasaha untuk menyiapkan makanan tengahari untuk diedarkan di pintu keluar setelah selesai aktiviti bermain air itu nanti sebagai kejutan istimewa untuk menggembirakan lagi hati adik-adik yang seramai 60 orang ini.


Penyiapan makanan tengahari dalam bentuk Happy Meal sengaja di pilih sesuai dengan usia adik-adik itu sendiri dan persiapan ini dilakukan secara terus melalui McDonald's cawangan Jalan Gambang dengan di pantau oleh pihak manager yang bertugas sepenuhnya.

Meskipun jumlah yang perlu disiapkan agak banyak namun staff yang bertugas tetap tampak relaks, cekap dan tersusun dalam melalukan kerja mereka dari awal hingga akhir.



Semangat berpasukan sebegini sememangnya sudah lama dipraktikan di kalangan semua staff McDonald's kerana sebelum dibenarkan bertugas melayan para pelanggan mereka sebenarnya telahpun di latih dengan asas yang cukup.

Walaupun sibuk perlu melayani pelanggan secara terus namun staff yang bertugas tetap terus mempercepatkan tugas mereka menyediakan segalanya sambil sesekali membalas senyuman untuk pelanggan lain yang ada di premis.
Kenangan Terindah Yang Tak Mungkin Akan Dilupakan Meskipun majlis ini tampak biasa namun sebenarnya ia amat bermakna dan sangat luarbiasa untuk adik-adik ini. Kehadiran maskot daripada Bukit Gambang Resort City telah menambahkan lagi keceriaan di wajah adik-adik ini.

Masing-masing terus tersenyum lebar meskipun hakikatnya telah penat bermain dengan sepuas hati tadi.

Setiap pertemuan ada perpisahan dan ketika salaman terakhir di beri, pihak BGRC dan McDonald's tukarkan saat sedih berpisah ini dengan Happy Meal untuk terus mengukir senyuman di wajah mereka sehingga ke akhirnya.

Semoga ingatan setengah hari bersama BGRC dan McDonald's ini akan terus tersemat di ingatan dan moga-moga dapatlah hendaknya kembali ke sini lagi di lain kali bersama keluarga masing-masing.





Wakil Blogger Turut Hadir Dengan Di Layan Bagaikan Keluarga
Menyentuh isu tentang blogger, suka untuk diceritakan serba ringkas mengenai blogger ini kerana hakikatnya masih ramai lagi yang belum mengenali apakah tugas blogger itu sebenarnya.

Untuk pengetahuan anda, blogger ini ada komunitinya yang tersendiri dan tidak semua blogger itu hanya tahu untuk menulis berita panas , viral dan hot tanpa tahu asal usul demi untuk meraih perhatian pembaca. Bak kata pepatah, janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.


Hakikat sebenarnya, di kalangan blogger ( penulis blog ) ini masih ramai yang aktif membuat amal dengan berada bersama masyarakat untuk memberi bakti sedaya yang termampu dalam bentuk penulisan bagi merapatkan ukhwah antara mana-mana syarikat dengan masyarakat dalam bentuk menjayakan aktiviti amal, menghebohkan berita-berita baik yang patut diketahui umum dan sebagainya.




Kerana itu tidak mustahillah mengapa pihak BGRC dan McDonald's sendiri dengan penuh rasa gembira, sangat suka untuk menerima kehadiran para penulis blog ini untuk pelbagai acara dari dulu hingga kini demi untuk memberikan lebih banyak info yang sepatutnya kepada masyarakat di seluruh Malaysia.

Bagi pihak blogger pula, kesudian pihak-pihak ini menerima kewujudan kami sejak dulu hingga kini dengan ikatan bagaikan sebuah keluarga amatlah dihargai dengan penuh rasa terima kasih dari hati.

Keprihatian BGRC dan McDonald's Memang Patut Dipuji
Harapan di masa akan datang semoga akan ada lebih banyak pihak yang akan mengikut jejak langkah BGRC dan McDonald's ini. Siapa sangka meskipun ke dua-duanya ada nama yang agak besar di Malaysia namun masih sudi untuk terlibat dengan projek amal sebegini.

Bagi yang masih tercari-cari destinasi untuk bercuti, singgahlah ke Bukit Gambang Resort City kerana segala-galanya ada di sana dan pada yang sedang tercari-cari menu yang sedap untuk dinikmati, jejakkan kaki ke McDonald's di mana-mana cawangan yang berhampiran dengan anda.

Sambil itu jangan lupa juga untuk menderma melalui tabung yang disediakan supaya dapat turut sama berbakti untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald di HUSM yang sedang berlangsung sekarang ini.


Terima Kasih BGRC , Terima Kasih McDonald's Malaysia !!

Bukit Gambang Resort City
Lamanweb : https://www.facebook.com/BukitGambangResortCity/
FB Pages : https://www.facebook.com/BukitGambangResortCity/



McDonald's Malaysia

Lamanweb : https://www.mcdonalds.com.my/
FB Pages : https://www.facebook.com/My.McDonalds/