Sambutan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2018

Alhamdulillah, Jumaat lepas pihak sekolah telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2018 dimana murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan telah di raikan. 

Juga meraikan graduasi murid-murid yang bakal menamatkan persekolahan darjah 6 dan seterusnya melangkah ke sekolah menengah pula. Turut diraikan graduasi murid-murid Prsekolah dan Pendidikan Khas. 

Masing-masing tersenyum lebar bila pakai topi dan jubah graduasi. Kecil lagi dah merasa graduasi, berbeza la zaman Diah dahulu bersekolah. 

Sambutan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2018 

Majlis Anugerah Kecemerlangan memang ada la tapi graduasi tu merasa waktu tamat belajar peringkat diploma dan ijazah. Waktu tu baru merasa naik pentas terima sijil dan pakai jubah graduasi. 

Apa pun budaya yang elok dan dapat beri semangat dan tanamkan sifat cintakan ilmu supaya terus belajar Diah sokong sepenuhnya. Zaman kita dengan murid-murid sekarang berbeza. 

Majlis Anugerah bermula seawal jam 8 pagi dan tamat pada pukul 12 tengahari. Majlis berjalan lancar dan cuaca sangat baik. Berangin je duduk dekat dewan. Alhamdulillah.


Ikhwan di Majlis Anugerah Kecemerlangan 2018

Sekitar Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, kemudian ucapan Guru Besar, dan kemudian perasmian oleh YDP PIBG sekolah. Tak meleret, penuh motivasi dan paling penting pendek dan tepat. 

Kemudian barulah penyampai graduasi murid Prasekolah, murid Pendidikan Khas, dan murid Tahun Enam. Memang comel kalau tengok keletah anak-anak terima sijil. Bersemangat je. 

Bangga la tu. Murid-murid Tahun Enam pula kalau tengok riak wajah tu macam dah tamat segala-galanya. Kemain gembiranya dan muka eksyen (muka berlagak akulah senior hahahha) 

Rasanya setiap majlis memang tak sah kalau tiada persembahan dari murid-murid. Dah jadi adat untuk menyerikan majlis murid-murid akan dipilih untuk melakukan persembahan tak kisah secara berkumpulan mahupun secara solo. 

Ada tiga persembahan berkumpulan dalam majlis pada hari tu. Persembahan dari Murid Arus Perdana, persembahan murid Prasekolah dan juga persembahan dari murid Pendidikan Khas. 


Persembahan Khas Daripada Murid-Murid 

Murid Arus Perdana buat persembahan nyanyian Lagu Ragaman, ala lagu Faizal Tahir kisah isteri sekejap nak makan lasagna sekejap nak cendol tu. 

Berbakat betul murid-murid ni menyanyi dan di iringi oleh alunan muzik menggunakan barang-barang terpakai. 

Sambil menari sambil ketuk baldi, botol, dulang dan macam-macam la. Sedap la di halwa telinga mendengar nya. 

Murid Prasekolah pula buat persembahan tarian lagu dari filem Kuch Kuch Hota Hai. Memang comel la tengok gelagat anak-anak umur 6 tahun lompat-lompat atas stage. 

Dressing ala-ala nak sambut Deepavali. Menari tak ingat. Kalau Shah Rukh Khan dan Kajol tengok boleh menangis la. 

Alhamdulillah sekolah Ikhwan memang tak pernah membezakan murid-murid dan sentiasa mengambil berat tentang hal ehwal pelajar baik dari segi akedemik dan kokurikulum. 

Sabar je cikgu-cikgu pimpin dan ajar murid-murid. Memang terbaik. 

Anugerah yang diterima


Penerima Hadiah Tahun Satu

Masa Ikhwan bawa balik surat jemputan ke Majlis Anugerah Kecemerlangan 2018 hati memang dah berbunga-bunga. 

Bersyukur terpilih juga dia menerima hadiah tahun satu hasil usaha dia belajar. Walaupun baru tujuh tahun, kami sedaya upaya tanamkan minat untuk dia belajar bersungguh-sungguh. 

Hai macam baru je semalam lahirkan dia. Pengalaman bersalin kan dia masih segar dalam ingatan. Selalu ingatkan dia kejayaan bukan datang bergolek. 

Ilmu itu penyuluh hidup. Ilmu tu la harta paling bernilai yang orang lain tak dapat curi. Ikhwan Hafeez merupakan murid cemerlang aliran dan dapat beberapa anugerah untuk Mata Pelajaran terbaik.

Alhamdulillah atas semua rezeki. 
Ucapan tahniah kepada anak mama, Ikhwan Hafeez bin Zamri atas pencapaian dia merangkul: 

  • Anugerah Kecemerlangan Sebagai Murid Cemerlang Aliran Tahun 1 dan Tempat Pertama 1 Cemerlang
  • Anugerah Kecemerlangan Dalam Mata Pelajaran Terbaik Tahun 1 - Matematik
  • Anugerah Kecemerlangan Dalam Mata Pelajaran Terbaik Tahun 1 - Sains
  • Anugerah Kecemerlangan Dalam Mata Pelajaran Terbaik Tahun 1 – Bahasa Arab

Bangganya mama dan abah bila nama Ikhwan dipanggil untuk naik ke pentas. Walau kecil bagi orang lain tapi satu pencapaian yang membanggakan buat keluarga kecil kita. 

Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk Ikhwan terus berusaha untuk berjaya. Cabaran seterusnya semestinya nak kekalkan momentum untuk dia buat yang terbaik dalam masa yang sama biar dia suka dan dia tak rasa terpaksa. 

Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah 2018


Penerima Anugerah Khas Kecemerlangan

Antara anugerah yang dinantikan dan merupakan acara kemuncak dalam majlis tersebut semestinya Anugerah Khas Kecemerlangan. 

Ada empat tokoh murid yang telah dipilih untuk menerima anugerah khas terbabit. Tokoh Akademik, Tokoh Kokurikulum, Tokoh Sahsiah dan Tokoh Pendidikan Khas. 

Tokoh-tokoh dipilih berdasarkan pencapaian memberansangkan dalam bidang masing-masing. Sebelum nama dipanggil untuk menerima hadiah, biodata murid dibaca kan. 

Kejayaan mereka turut dikongsi dan mereka di arak berjalan ke pentas bersama dengan ibu bapa. Semoga satu hari nanti ada rezeki Ikhwan pula terpilih. In sha Allah. 


Penutup 

Sesungguhnya perkongsian di blog Diah bukanlah bertujuan untuk membangga diri. Jauh sekali nak bermegah. Sekadar satu perkongsian yang bila di masa hadapan andai kata ada rezeki boleh baca semula dengan perasaan gembira. 

Sambutan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2018 merupakan salah satu kenangan manis kami sekeluarga. Terima kasih Ya Allah. 

Senarai Lagu OST Drama Mencari Qiblat

Senarai Lagu OST Drama Mencari Qiblat 

Drama Mencari Qiblat Episod Satu - Doa Anak Soleh
Sinopsis Drama Mencari Qiblat Episod Satu

Adam suka menghabiskan masanya dengan melepak di kelab dan bersuka ria bersama rakak-rakannya. Suatu hari, ibu bapa Adam terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia, ini merupakan tekanan paling hebat untuk dirinya.

Adam tidak tahu bagaiman mahu membalas jasa kedua ibu bapanya dan dia telah bertemu dengan Ustaz Malik. Dia mahu mendalami ilmu agama, belajar  mengaji dan solat. Adam mahu menjadi anak soleh dan menolong ibu bapanya.Adam mahu mencari qiblatnya.


Drama Mencari Qiblat Episod 1


Lagu-lagu dan muzik latar yang terdapat dalam Episod Satu Drama Mencari Qiblat adalah seperti berikut: 
  • Lagu Intimate Portrait oleh Philip Guyler dari album ANW2112 - Piano Journeys
  • Lagu Dilema oleh Rabithah (Tarbiah Sentap Records)
  • Lagu Ilahi Last oleh Hafiz Hamidun dar Album Zikir Terapi Diri 2
  • Lagu Heartache oleh David Tobin, Jeff Meegan, Julian Gallant dari Album ANW2071 - Historical Drama
  • Lagu Faces Without Names oleh Luke Richards dari Album ANW2553 - Orchestral TV Drama
  • Lagu Kembali oleh Raqib Majid dari Album Nasyid / Nasyid Viral (Kompilasi Terbaik Unicdotmy Pro)
  • Lagu Why We Fightoleh Luke Richards dari Album ANW2763 - Cinematic Emotional Warfare
  • Lagu Lost Horizon oleh Helen Jane Long dari AlbumANW1093 - Medieval, Historical, Choral
  • Lagu In Two Minds oleh Lee Pomeroy, David Michael dari Album ANW2497 - Contemporary Classical Minimalism
  • Lagu Empty oleh Helen Jane Long dari Album ANW1132 - Ambient, Atmospheric



Drama Mencari Qiblat Episod Dua – Anak Derhaka Terhadap Ibu Bapa
Sinopsis Drama Mencari Qiblat Episod Dua

Adam berjalan bersama beg sandangnya dan Johan dari jauh memperhatikannya.Sewaktu Adam sedang membetulkan tali kasut, Johan merapatinya dan mencuri dompetnya. 

Adam cuba mengejar Johan namun gagal. Kemudian Adam ternampak Johan baru membeli beras dan makanan dan Johan bergerak dengan pantas. Adam mengekori Johan sehingga ke kawasan perumahan setinggan. 

Dari jauh Adam melihat Johan memasuki rumahnya dan melihat ibu Johan, Mak Cik Ton sedang mengesot kerana kakinya lumpuh. 

Dahulunya kehidupan Johan dan Mak Cik Ton senang, tetapi sikap Mak Cik Ton yang suka berkasar dan tidak menghormati suaminya, kini dia menerima balasan untuk kesilapan lalunya.

Lagu-lagu dan muzik latar yang terdapat dalam Drama Mencari Qiblat Episod Dua – Anak Derhaka Terhadap Ibu Bapa adalah seperti berikut: 
  • Lagu Jangan Berhenti oleh Hafiz Hamidun dari Album Jangan Berhenti
  • Lagu Bob Bradley, Thomas Balmforth dari Album ANW2681 - Touching Simplicity
  • Lagu Heartache oleh David Tobin, Jeff Meegan, Julian Gallant dari Album ANW2071 - Historical Drama
  • Lagu Cumulo Nimbus oleh Paul Mottram dari Album ANW1124 - Minimalist, Contemporary Classical
  • Lagu Yearn oleh David Tobin, Jeff Meegan, Julian Gallan dari Album ANW2071 - Historical Drama
  • Lagu Civil War / Emancipation oleh Luke Richards dari Album The Gettysburg Address (Original Soundtrack Album)
  • Lagu Hasbirabbi oleh Hafiz Hamidun dari Album Zikir Terapi Diri 3
  • Lagu Why We Fight oleh Luke Richards dari AlbumANW2763 - Cinematic Emotional Warfare
  • Lagu Jalan Keluar oleh Rabithah dari Album The Album
  • Lagu Faces Without Names oleh Luke Richards dari Album ANW2553 - Orchestral TV Drama



Drama Mencari Qiblat Episod Tiga – Kelebihan Sedekah
Sinopsis Drama Mencari Qiblat Episod Tiga

Adam sampai di satu stesen bas dan melalui satu lorong yang terdapat beberapa orang gelandangan sedang menuggu. Haji Samad datang bersama beberapa bungkusan nasi mengedarkan kepada gelandangan di situ termasuk Adam.

Bagaimanapun Adam menolak kerana merasakan dirinya tak layak menerima sedekah. Haji Samad memberitahu Adam yang di suka menolong orang yang tidak berumah dan memberi sedekah kepada orang susah. 

Adam meminta Haji Samad memberi kerja untuk dia bantu memberi makanan kepada gelandangan itu dan Haji Samad bersetuju tapi dia tidak akan berikan upah dan akan beri tempat berteduh untuknya. 

Haji Samad bukannya orang senang dan Adam faham walau betapa susah sekalipun kita mesti ada orang lain yang lebih susah.

Drama Mencari Qiblat episod 3


Lagu-lagu dan muzik latar yang terdapat dalam Episod Tiga Drama Mencari Qiblat Episod Tiga – Kelebihan Sedekah adalah seperti berikut:
  • Lagu Ku Impikan oleh Rabithah dari Album Ku Impikan
  • Lagu At One oleh Bruce Maginnis dari Album ANW - 2948 Intimate Acoustic
  • Lagu Desert Life oleh Terry Devine-King dari Album ANW1181 - Editor's Series - Middle East 3
  • Lagu In Two Minds oleh Lee Pomeroy, David Michael dari Album ANW2497 - Contemporary Classical Minimalism
  • Lagu Mandola oleh Ian Hughes dari Album ANW1087 - Middle East, Arabia, World
  • Lagu Faces Without Names dari Album ANW2553 - Orchestral TV Drama
  • Lagu Love And Betrayal dari Album Dramedy
  • Lagu Yearn oleh David Tobin, Jeff Meegan, Julian Gallant dari AlbumANW2071 - Historical Drama
  • Lagu Aquarium oleh Mark Johns dari Album ANW1086 - Solo Guitar, Atmospheric
  • Lagu Arabian Sands oleh Darren Leigh Purkiss dari Album ANW - 1526 Asia & the East 2

Biodata Rasulullah S.A.W Jom Kenali Rasul

Semalam ulangtahun kelahiran Rasul kesayangan kita, Rasulullah S.A.W. Kalau zaman sekolah dahulu mesti akan ikut perarakan keliling kampung sambil berselawat ke atas Nabi. Memang meriah. 

Kebiasaannya akan bermula dari Sekolah dan kemudian berarak sehingga ke Masjid di kampung. Manis sungguh kenangan tu. 

Diah dan rakan sebaya akan pastikan kami berada di barisan hadapan sambil berbaju kurung. Teruja habis. 

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1440H (2018) Diah nak kongsikan Biodata Rasulullah S.A.W supaya kita terus menerus ingat dan dapat pupuk semangat cintakan Rasul walau belu pernah bersua muka. 

Moga nanti di padang Mahsyar kita semua dapat syafaat dari Baginda. In sha Allah. 


Biodata Rasulullah S.A.W Jom Kenali Rasul 


Jangan lupa berselawat kepada Baginda sebab siapa yang rajin berselawat kepada Baginda Rasul, Allah akan berselawat terhadapnya. Jom kita imbas semula biodata Rasul kecintaan hati. Kira buat ulangkaji la. 


Biodata Rasulullah S.A.W

Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim.

Tarikh lahir: Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah S.A.W).

Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).


Detik-Detik Penting Yang Di Alami Oleh Rasulullah S.A.W

  • Peristiwa yang Di alami Rasulullah S.A.W pada usia 5 Tahun

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah S.A.W yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

  • Peristiwa yang Di alami Rasulullah S.A.W pada Usia 6 Tahun

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina. 

Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah S.A.W) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

  • Peristiwa Yang Di Alami Rasulullah S.A.W Pada Usia 8 Tahun

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

  • Peristiwa Yang Di Alami Rasulullah S.A.W Pada Usia 9 tahun (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. 

Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

  • Peristiwa Yang Di Alami Rasulullah S.A.W Pada Usia 20 Tahun

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad S.A.W ialah 14 atau 15 tahun. 

Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

  • Peristiwa Yang Di Alami Rasulullah S.A.W Pada Usia 25 Tahun

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda S.A.W bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. 

Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

  • Peristiwa Yang Di Alami Rasulullah S.A.W Pada Usia 35 Tahun

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. 

Rasulullah S.A.W diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

  • Peristiwa Yang Di Alami Rasulullah S.A.W Pada Usia 40 Tahun

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

  • Peristiwa Yang Di Alami Rasulullah S.A.W Pada Usia 53 Tahun

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

  • Peristiwa Yang Di Alami Rasulullah S.A.W Pada Usia 63 Tahun

Kewafatan Rasulullah S.A.W di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.



Berikut adalah senarai wanita yang pernah menjadi Isteri-Isteri Rasulullah S.A.W. 
  1. Khadijah Binti Khuwailid.
  2. Saudah Binti Zam'ah.
  3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
  4. Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
  5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
  6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
  7. Zainab Binti Jahsy.
  8. Maimunah Binti Harith.
  9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
  10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ‘; Ibu Orang Miskin).


7 orang Anak-Anak Rasulullah S.A.W
  1. Qasim
  2. Abdullah
  3. Ibrahim
  4. Zainab
  5. Ruqaiyah
  6. Ummi Kalthum
  7. Fatimah Al-Zahra '


Anak Tiri Rasulullah S.A.W

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).


Saudara Sesusu Rasulullah S.A.W

Ibu Susuan / Saudara Susuan

1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


Saudara Susuan

1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


Bapa Dan Ibu Saudara Rasulullah S.A.W (Anak-Anak Kepada Abdul Muttalib)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.


Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga" (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم


Nabi Muhammad S.A.W - Manusia Agung

Jom Kenali Nabi Muhammad S.A.W. Secara Lahiriah

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaranapa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
  • Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah S.A.W.
  • Aku melihat cahaya dari lidahnya.
  • Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
  • Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
  • Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
  • Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
  • Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.
  • Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
  • Wajahnya seperti bulan purnama.
  • Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
  • Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
  • Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
  • Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
  • Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
  • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
  • Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
  • Janggutnya penuh dan tebal menawan.
  • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
  • Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
  • Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
  • Rambutnya sedikit ikal.
  • Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
  • Rambutnya terbelah di tengah.
  • Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
  • Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunyalebih drpd biasa.
  • Seimbang antara kedua bahunya.
  • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
  • Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
  • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
  • Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
  • Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
  • Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
  • Warna putihnya lebih banyak.
  • Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
  • Warna kulitnya putih tapi sihat.
  • Kulitnya putih lagi bercahaya.
  • Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
  • Badannya tidak gemuk dan tidak kurus.
  • Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
  • Perutnya tidak buncit.
  • Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan orang ramai baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.

Kesimpulannya:

Nabi Muhammad S.A.W adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia. 

Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang dipilih oleh Rasulullah S.A.W untuk mendapat Syafaatnya dan bersama di syurga. 

Sungguh perasaan rindu ingin berjumpa setiap kali nama Baginda di sebut. Entah bagaimana detiknya nanti. Salam Maulidur Rasul untuk semua. 

Adap Dan Cara Menegur Dalam Islam

Assalamualaikum, Diah selalu terperangkap dalam situasi berhadapan dengan perasaan serba salah untuk tegur, sampaikan, dan berterus terang. Kebiasaan dengan kawan-kawan la. Nak bercakap atau biarkan? 

Kalau tegur takut tersinggung, tapi kalau tak tegur seolah-olah kita tak sayang saudara kita sendiri. Bila habis fikir, tindakan akhir sekali Diah doa je semoga kawan tu dapat petunjuk. 

Pernah dulu masa darah masih muda, masih belum cukup pengalaman, masa hati cukup kuat untuk menerima penolakan, tegur kawan tentang perlakuan salah dia. Akibatnya rosak satu hubungan.

Adap Dan Cara Menegur Dalam Islam  

Memang tak bergaduh besar tapi hubungan tu tak macam sebelum tu. Menyesal? Tak menyesal tegur cuma kalau ada kesempatan untuk baiki cara teguran pasti Diah buat. 

Perlu Ke Tegur?

Sekarang orang dah semakin terbuka untuk beri kan pendapat. Orang semakin berani, tak kisah teguran kepada siapa pun tapi sayang kurang HIKMAH dalam teguran. 

Hikmah bermaksud bijaksana. Dalam hikmah perlu juga santun dalam berbicara. Kerana kekurangan hikmah dan santun lah perangai melabel orang lain wujud. 

Sebab tu Islam anjurkan adap dan hikmah berfikir sebelum melakukan sesuatu. 

Lepas tu keluar lah istilah mak cik bawang. Ada yang nak tegur memang dia berniat baik, nak bendung orang lain juga melakukan dosa yang sama dan kongsi ilmu apa yang dia tahu. 

Ada yang tegur memang nak memalukan, dan ada juga yang berniat tegur sebab ikut orang lain tegur jadi dia nak tegur juga ibarat nasi tambah. 

Perlu ke Tegur



Kita tak mahu dengan cara kita tegur, orang yang ditegur akan semakin menjauhkan diri. Agama Islam dipandang rendah dan buruk, orang salah sangka dan paling teruk kita secara tak langsung sampaikan ajaran yang salah. Nauzubillah. 


Tegur Secara Terbuka


Situasi paling kerap kita dapat tengok teguran kepada orang-orang dalam industri seni, tak kisah dia seorang pelakon, penyanyi, pengarah atau sesiapa je. 

Asalkan dia dikenali lagi mudah menjadi target untuk di tegur kalau melakukan kesalahan. Tegur pula secara terbuka. Malu la orang tu. 


Cara Untuk Menegur 

Pernah terbaca tentang adap menegur. Bila menegur jangan sampai kita menghina, bila kita berniat untuk mendidik jangan pula sampai memaki jika orang yang ditegur tak mahu terima teguran kita. 

Kita boleh meminta dia untuk berubah ke arah kebaikan tapi kita tak boleh memaksa sebab semuanya dengan izin Allah. Sekeras mana paksaan kita, seikhlas mana kita nak tolong kena selalu ingatkan diri. 

Takut nanti bila kita dah terlalu memberi kita tak sengaja mengungkit. Kita kecewa kita mula menyesal. Rugi diri sendiri. 

Imam Syafie berkata “Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia benar-benar Menasihati Mu. Sesiapa Yang Menasihatimu Di Khalayak Ramai, Dia Sebenarnya Sedang Menghinamu” 

Ujian Sebagai Peringatan


Diah selalu fikir yang sebenarnya orang yang menegur itu lah yang sedang di beri ujian oleh Allah. Ujian berdakwah, ujian kehidupan, ujian nak tengok sejauh mana kefahaman kita tentang Islam. 

Kalau kita berjaya lepasi ujian tu in sha Allah besar sangat hikmah yang dapat kita belajar. Orang di sekeliling juga akan dapat belajar. 


Kesimpulan 

Tegur atau tak terpulang pada situasi dan juga perlu tekankan hikmah bila nak menegur. Niat yang baik sesekali tidak akan menghalalkan sesuatu cara. 

Tiada manusia yang sempurna. Penulisan di atas ni sekadar pendapat Diah, mungkin ada yang tak bersetuju. Itu normal. Kita kan dah bersetuju untuk tidak bersetuju. 

Apa pun kita tegur dan nasihat bukan sebab kita nak tunjuk pandai tapi ianya sebahagian tanggungjawab kita sebagai saudara seagama dan sebenarnya teguran itu lebih kepada nak ingatkan diri kita sendiri. 

Allah hantarkan peringatan kepada kita melalui orang di sekeliling. Terima atau tidak, berubah atau tidak itu semua dengan izin Allah. 
Wallahualam.