Cara Pasang Kedudukan Lencana Sekolah

Dah masuk saat-saat akhir cuti persekolahan mesti ibu bapa dah siap menguruskan barang sekolah dan keperluan anak-anak menjelang pembukaan sekolah tak lama lagi kan? 

Untuk aku sendiri yang termasuk dalam kategori mak suka buat kerja last minute walaupun semua bahan dah ada, jadi seronok pula siapkan di penhujung cuti sekolah tu. Baru terasa aura persekolahan tu kata orang.

Cis dasar banyak alasan. Mengaku saja penyakit M tu menimbun. Lol. Bukanlah semua aku buat last minute. 



Cara Pasang Kedudukan Lencana Sekolah


Balut buku, beli baju dan alatan persekolahan semua dah siap awal. Yang tinggal cuma nak pasang lencana sekolah dekat baju sekolah anak sahaja.







Pasang Lencana Sekolah Salah


Bila sebut pasal lencana sekolah ni, aku teringat masa anak aku tahun satu. Sekarang dah nak masuk tahun tiga. Begitu cepat anak membesar, mak is so tua. 

Masa tu aku lah jahitkan lencana dia, kemain aku google cara tampal gam UHU tu tapi tak terbuat juga.

Lepas confirmkan dengan suami kedudukan lencana sekolah maka cepatlah aku jahit kan, sebab sekolah agak strict dengan pemakaian lencana. 

Bangga mak tengok lencana cantik dijahit rupanya sekejap je bangga sebab lepas tu suami suruh tukar. Ikhwan dan ditegur oleh cikgu, kedudukan lencana salah. Lol.  

Dan lepas kejadian tu, setiap kali cuti persekolahan seminggu sebelum sekolah bermula cikgu akan ingatkan semula tentang hal pembelian buku, kedudukan lencana sekolah, yuran dan sebagainya. 

Salute la aku dengan tugas guru. Sungguh memudahkan ibu bapa. Terima kasih guru, jasamu dikenang. Aku tak pasti sekolah lain, tapi sekolah anak aku sekarang memang cikgu dah bagi arahan dan panduan cara pasang kedudukan lencana sekolah. 

Jadi tak payah banyak songeh kita ikutkan sahaja lah. Pernah aku salah pasang lencana sekolah aku jahit lencana tu dibahagian poket sebab aku rasa macam cantik di pandangan mata aku.



Cara Mudah Pasang Lencana Sekolah Dekat Sini ~  Tampal Lencana Sekolah



Etika Pemakaian Lencana Dan Tanda Nama


Tak pernah aku bayangkan aku kena buat untuk anak sendiri. Tak sia-sia mak aku bebel suruh belajar menjahit walaupun yang basic je. Fiuh. 

Ikut apa yang cikgu kongsikan, 3 perkara yang perlu ibu bapa ambil tahu tentang kedudukan lencana adalah seperti berikut:
  1. Lencana sekolah hendaklah dijahit dan berada di atas tanda nama
  2. Tanda nama hendaklah dijahit dan berada dibawah lencana sekolah
  3. Bahagian poket hendaklah dibiarkan kosong tanpa ada sebarang tampalan mahupun jahitan






Kesimpulan

Aku pernah baca Kementerian Pendidikan Malaysia tak pernah meletakan sebarang syarat mahupun peraturan tentang kedudukan lencana. 

Bergantung kepada sekolah untuk tetapkan peraturan supaya nampak lebih seragam. Sebagai ibu bapa, selagi tak menyusahkan aku ok sahaja.

Kalau imbas semula, lencana sekolah la paling aku tak suka pakai. Dulu aku tak jahit tapi aku pakai jarum peniti bagi dia lekat dekat tudung sebab lepas perhimpunan aku akan cabut lencana. 

Pengawas selalu aim tudung aku lol. Entah, aku suka tudung tu bersih tanpa lencana.

Selamat menjahit lencana wahai ibu bapa. Tak lama lagi hadap anak sekolah pula.


Rumah Banglo Idaman Ala Resort Tepi Pantai

Hujung minggu lepas ada borak-borak dengan suami tentang perancangan nak bina rumah banglo idaman ala resort di tepi pantai untuk hari tua kami. 

Walaupun dah ada rumah sekarang tapi impian nak ada rumah di atas tanah tak pernah padam. Aku selalu sedapkan hati yang satu hari nanti impian ni akan tercapai juga.

Memang jadi kebiasaan hujung tahun, kami akan recap semula apa yang kami dah capai. Salah satu impian aku nak jadi suri rumah dah pun dimakbulkan. Alhamdulillah. 

Rumah Banglo Idaman Ala Resort Tepi Pantai

Sekarang target seterusnya adalah kumpul duit dan capai impian kami suami isteri nak bekerja dari rumah.

Bila sebut pasal rumah idaman, aku teringin betul nak bina rumah banglo ala resort di tepi pantai. Geram weh setiap kali bercuti, selalu berdoa nak ada satu rumah untuk kami sekeluarga dekat sana. Tapi kenapa pantai? 

Sebab aku jadi tenang bila menghadap unsur-unsur alam macam laut. Aku impikan, bila aku buka mata setiap hari akan terasa aku seperti sedang bercuti di resort. 

Syurga sungguh bila fikir. Langkawi menjadi salah satu lokasi impian aku untuk bina rumah banglo impian ala resort.






Kenapa Pantai Langkawi? Aku pernah kongsi dalam artikel sebelum ni aku jatuh cinta habis dengan Langkawi. Berapa kali dah kami repeat bercuti dekat sana. 

Nak cari makanan sedap dan murah, pemandangan yang cantik dan paling penting feel kampung tu masih menebal walaupun dah terkenal sebagai destinasi pelancongan.

Baca ~ Semak Senarai Hotel untuk bercuti 

Lagi satu, dari kecil aku dibesarkan dalam suasana bukan kampung atau pun bandar. Aku kira tengah-tengah, sebab aku anak Felda. 

Depan mata aku ialah ladang kelapa sawit dan hutan. Kalau ada anak Felda sedang baca ni akan faham maksud aku. 

Bukan tak bersyukur ya tapi setiap orang boleh pasang impian. Jadi impian aku nak ada rumah banglo ala resort di Pantai Langkawi.

Rumah Banglo 1 Tingkat Idaman Aku


Berbalik kepada impian nak bina rumah banglo ala resort di Pantai Langkawi, aku dah pun buat carian di internet tentang pelan rumah banglo. Kalau berbincang dengan suami, kata-kata kosong akan dipandang sepi ya. Dia akan bagi perhatian jika aku bincang dan kemukakan fakta serta nombor.


Aku suka dengan susun atur dan jumlah bilik yang ada. Kalau ikut jumlah ahli keluarga sekarang, cukuplah keluasan dan bilik yang ada. Aku suka rekabentuk rumah yang sederhana besar sebab lebih mudah nak uruskan.




Antara yang aku pertimbangkan bila nak pilih pelan rumah idaman, aku cuba meminimumkan urusan penyelenggaraan dan aktiviti mengemas. Jadi kalau bina rumah 1 tingkat tak lah penat aku nak mengemas rumah. 

Bayangkan kena cuci banyak tandas dan kalau tandas tingkat atas bocor. Alahai lecehnya.




Lagi satu aku ni penakut orangnya. Terpengaruh dengan filem seram pun ya juga. Kan ada adegan dalam rumah, bila pemilik rumah terbangun tengah malam tengok jam tepi katil pukul tiga pagi, lepas tu rasa dahaga dah kena turun tangga ambil air. 

Benda seram dan menakutkan selalu berlaku pada pukul tiga pagi. Tolong jangan tanya aku kenapa pukul tiga pagi, aku tak tahu dan tak ingin nak tahu.

Tak Suka Rumah Banglo 2 Tingkat?


Bila aku tunjukkan pada suami Pelan Rumah 1 Tingkat Idaman aku tak bermaksud aku tak suka dengan rumah banglo 2 tingkat. 

Aku dah siap sedia dengan pelan rumah banglo 2 tingkat andai rancangan rumah banglo 1 tingkat tak tercapai atau aku tiba-tiba berubah minat. In sha Allah masih jauh perjalanan kalau dipanjangkan umur.

Pelan Rumah Banglo 2 Tingkat, 6 Bilik Tidur & 5 Bilik Air pon cantik juga. Tingkat bawah boleh buat bilik tetamu dan bilik kami dekat tingkat atas. Lepas tu nak buat perpustakaan untuk koleksi buku-buku aku kumpul selama ni dan buat bilik ibadah khas untuk kami solat berjemaah. Wah bestnya bila bayangkan. 




Rumah banglo 2 tingkat dengan pemandangan menghadap laut pun cantik juga. Boleh la aku buat verandah untuk kami seisi keluarga menikmati keindahan alam. 

Tengok matahari terbit sambil meditasi, berehat baca buku, atau pun buat aktiviti BBQ di malam hari. Ya ampun seronoknya.




Nak jemput adik beradik dan saudara mara datang ke rumah pun tak segan. Tetamu boleh duduk di bilik bawah, tak la segan dan paling penting aurat terjaga. 

Untuk aku yang ada adik beradik ramai ni memang kami dah fikirkan untuk sediakan bilik tetamu bila mereka datang bertandang. Biar mereka rasa selesa.

Menginap Di Homestay atau Hotel Di Langkawi?

Setiap kali bercuti pilihan utama kami adalah menginap di Homestay untuk keselesaan kami satu keluarga. Bukanlah bermaksud aku tolak terus menginap di hotel. Kebiasaan tak kira dekat mana destinasi kami pilih, aku dan suami lebih selesa untuk menjadi sebahagian penduduk setempat. 

Bagi kami, waktu bercuti kami bukan setakat datang untuk rehatkan fikiran tapi kami suka ambil peluang untuk pelajari budaya dan cara hidup orang tempatan. Lain padang lain belalang kan?

Seronok weh bila pergi tempat orang dan pelajari benda baru. Oleh sebab tu juga aku memilih untuk menginap di Homestay berbanding menginap di hotel. Kami sekeluarga lebih bebas nak lakukan aktiviti dan sesuai dengan bilangan ahli keluarga kami yang ramai.

Memang seronok kalau jarak homestay dengan pantai dekat dan boleh berjalan kaki. Dah masuk dalam wishlist percutian seterusnya ke Langkawi kami nak merasa aktiviti berbasikal di tepi pantai. 

Moga impian nak ada banglo idaman di tepi pantai Langkawi menjadi kenyataan. Aamiin.



Nas Nuri Construction Bina Rumah Banglo Idaman Hati


Masa aku mencari maklumat tentang pelan rumah banglo dan kontraktor dipercayai di internet, aku terjumpa maklumat tentang Nas Nuri Construction. 

Seperti ahli bijak pandai selalu ingatkan, kejarlah impian dan jangan putus asa. Persiapkan diri dengan ilmu. 

Langkah pertama haruslah survey tentang kontraktor, proses membina rumah banglo dan dokumen diperlukan untuk mengelakan diri ditipu.




Selepas baca laman web Nas Nuri Construction rasa lega kerana website mereka sangat membantu dari segi pengetahuan tentang apa yang pengguna tahu jika berniat nak bina banglo. 

Untuk pengetahuan, Nas Nuri Construction merupakan Kontraktor rumah di Selangor, KL & Negeri Sembilan yang berpengalaman dan menyediakan kontrak yang jelas serta tanpa kos tersembunyi. 

Pendek kata apa yang anda laburkan dan banglo yang siap adalah setimpal dengan wang dibayar.

Antara proses penting untuk mendapatkan banglo idaman adalah mendapatkan Certificate of completion & Compliance (CCC). Sebelum nak bina banglo anda impikan tu semestinya kena la mohon CCC dari majlis perbandaran mukim masing-masing. 

Kalau anda masih kabur-kabur dengan prosess CCC jangan risau sebab Nas Nuri memang arif dan akan membantu pelanggan mereka dari awal sehingga siap rumah di bina.

Prihatin dan sedar akan risiko yang ditanggung oleh pelanggan dalam melantik kontraktor rumah yang bakal dibina, Nas Nuri menawarkan jaminan dan pengalaman yang menjadi kelebihan mereka dalam menambat hati pelanggan. 

Pelanggan tidak lagi perlu merasa risau kerana Nas Nuri mempunyai pengalaman membina 90 rumah banglo, memberikan 3 tahun waranti struktur serta menawarkan menawarkan jaminan 1 tahun waranti kemasan. Menarik kan? 



Untuk keterangan lanjut boleh layari website Nas Nuri seperti dibawah:

Website: www.nasnuri.com
Email: sales.nasnuri@gmail.com


NAS NURI CONSTRUCTION SDN BHD

No. 26-2F (2nd floor),
Jalan Setia Perdana AY U13/AY,
40170 Shah Alam, Malaysia
Kesimpulan

Untuk korang yang ada rancangan nak bina rumah impian aku nasihatkan supaya banyakan membaca, rujuk mereka yang dah pernah lalui proses bina rumah atau seangkatan, pilih kontraktor yang berpengalaman dan boleh dipercaya.

Paling utama, set kan dahulu berapa duit yang hendak dilaburkan dan rumah jenis macamana korang suka. Kena tahu juga langkah-langkah yang perlu diambil untuk membina rumah idaman anda. Keselesaan tu perlu jadi faktor utama dan kena fikir baik buruk dan kesan dalam jangka masa panjang.

Doakan impian aku nak bina rumah banglo idaman hati tercapai. Aku faham bukan mudah dan boleh dapat dalam sekelip mata, tapi aku juga percaya dengan impian lah akan buat aku lebih bersemangat untuk terus hidup dan capai cita-cita.


Pengalaman Merasai Gerhana Matahari Anulus


Pengalaman Merasai Gerhana Matahari Anulus

Tahun pertama aku betul-betul merasai pengalaman kejadian Gerhana Matahari Anulus. Kalau tahun-tahun sebelumnya waktu aku bekerja, jujurnya tak ambil peduli sangat sebab aku terlalu sibuk dengan kerja. Rezeki sekali lagi tahun ni fenomena Gerhana Matahari Anulus berulang lagi dan aku antara makhluk bertuah dapat merasainya.

Sehari sebelum fenomena Gerhana Matahari Anulus berlaku, ramai kongsikan info Gerhana Matahari Analus dan juga cara solat Sunat Gerhana Matahari (Solat Sunat Kusuuf). Terima kasih Allah kerana hantarkan kawan-kawan yang sebegini baik.

Gerhana Matahari Anulus yang berlaku di Malaysia telah pun bermula pada pukul 11:20 pagi, gerhana maksimum pada pukul 1:14 petang dan tamat pada jam 3:11 petang. Alhamdulillah aku memang siap sedia tunggu kejadian Gerhana. Perasaan tu tak usah disebut gembiranya. Gembira sebab berpeluang menikmati keajiaban Maha Pencipta.

Sudah Usaha Tapi Masih Belum Berjaya


Sudah Usaha Tapi Masih Belum Berjaya

Aku selalu didatangi oleh kawan-kawan yang selalu mengadu dia dah usaha macam-macam tapi masih belum berjaya. Selalunya bab kerja la. 

Pendek kata usaha tentang mencari rezeki dalam kehidupan. Mengadu bukanlah bermaksud mengeluh dan tak bersyukur, cuma mencari jalan keluar untuk baiki lagi kehidupan.

Entah, aku bukan orang arif kalau nak ulas bab usaha dan rezeki ni. Tapi aku percaya, bila Allah dorongkan sesuatu dan terjadi ke atas diri itu adalah takdir dan rezeki yang Allah tetapkan. 

Bila kawan-kawan datang bertanya dan berbincang, aku yakin itu salah satu jawapan yang Allah beri untuk segala persoalan.

Tipulah kalau kata aku tak pernah tanya soalan yang sama. Terutama bila gagal dapat apa aku nak lepas habis berusaha. Apa lagi yang tak cukup ya? Usaha aku tak cukup baik ke? 

Aku dah buat sehabis baik kot, tak dapat macam apa aku nak pun. Dan persoalan tu akan berlarutan sampai la aku penat nak fikir. Selalunya diakhiri dengan perasaan sebal dan cuba untuk positif.




5 Sebab Dah Usaha Tapi Masih Belum Berjaya

Ada beberapa situasi yang aku alami minggu lepas berjaya buka mata aku tentang usaha.


#1 Usaha Tapi Masih Belum Cukup

Antara sebab kita gagal dapatkan apa kita mahu adalah masih belum cukup usaha. Kita selalu sangka kita dah buat banyak benda tapi pernahkan kita semak cukup atau tidak syarat nak berjaya. Cara paling senang nak semak adalah minta pasangan atau kawan nilaikan tahap usaha kita.


#2 Usaha Tapi Bukan Rezeki Kita

Selalu aku pujuk hati aku dengan ayat “bukan rezeki aku lagi, mungkin giliran aku selepas ni”. berapa banyak kita berusaha tapi kalau belum masanya maka tetaplah bukan jadi milik kita. Allah menjawab doa hambaNya dalam tiga cara;


Ya ~ Allah memberi apa yang kita Inginkan
Tidak ~ Allah akan memberi sesuatu dengan menggantikan yang lebih baik
Tunggu ~ Allah akan memberi yang terbaik pada waktunya


#3 Usaha Tapi Tak Faham Apa Kita Nak


Antara faktor penting sebelum nak dapatkan sesuatu kena la faham betul-betul apa kita nak capai. Usaha macam orang gila tapi tak tahu arah mana nak tuju. Gagal tetapkan dengan betul apa yang nak dicapai. Kan sia-sia. Sit down dan fikir semula apa nak capai.




#4 Tak cukup ilmu dan Dorongan

Aku pernah dengar ceramah usahawan di Radio Bernama. Antara faktor kegagalan usahawan dalam perniagaan ialah tak cukup ilmu dan dorongan. Tiada mentor atau pun silap pilih mentor. Sama dalam kehidupan juga, cari lah mentor yang baik untuk ditiru.


#5 Usaha Tapi Tak Sepenuh Hati

Usaha tapi tak sepenuh hati terjadi bila kita nak cepat dapat keputusan. Kita tak peduli step by step yang diperlukan. Sesuatu perkara yang dibuat dalam keadaan tergopoh gapah hasilnya pastilah tidak setanding apa yang kita harapkan.


#6 Tak Bersyukur

Soalan paling banyak aku akan tanya diri sendiri adakah aku ni dikategorikan dalam golongan yang tak bersyukur. Orang yang rugi adalah orang yang tidak bersyukur dengan apa adanya dia. tak mahu la tergolongan dalam mereka yang rugi.


Pucuk pangkalnya, sebanyak mana kita meletakan usaha dalam sesuatu yang kita amat inginkan, keizinan itu hanya datang dari Dia yang satu. Adakah kita sebagai hamba ada perasaan marah pada Tuhan yang menciptakan kita? Nauzubillah. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah. 

Pesan bijak pandai, 7 kali jatuh kena bangun 8 kali. Begitu dan teruskan sahaja jangan putus asa.
Sungguh banyak lagi sebab dan alasan untuk kita terus gali dan cari. Anggap saja kelemahan datang dari kita sendiri. Jangan pernah bersangka dengan takdir Allah.