Influencer Cupcake Aisyah Hadiahkan Mak 10 Ribu

Masa aku tengok IGTV orang sibuk share Influencer terkenal, Cupcake Aisyah hadiahkan 10 ribu ringgit untuk mak dia memang sangat-sangat menyentuh perasaan. 

Untuk yang tak pernah tengok video tu, cerita dia macam ni, si Aisyah ni main game “What’s in the box challenge” bersama ibu dia. 

Siapa yang familiar dengan game ni, caranya mudah je nak main. Kena teka apa ada dalam kotak yang bertutup tu. Dapat teka dikira pemenang.

Influencer Cupcake Aisyah Hadiahkan Mak 10 Ribu

Selalu kita tengok orang main permainan ni akan menjerit sebab imagine benda bukan-bukan. Nak pula yang penakut dan geli dengan binatang terutama katak, tikus, lipas dan macam-macam lagi la. 

Dia buat surprise letak duit dalam kotak bertutup dan suruh mak dia teka apa ada dalam kotak tu. Apa yang cute about this video adalah reaksi mak dia bila Aisyah suruh masukan tangan, sentuh apa dia rasa dan teka apa benda tu.

Geram juga nak tunggu moment mak dia pegang “benda” tu, sebab kalau aku sendiri pun bukan boleh percaya takut anak-anak nak kenakan mak sendiri. 

Tapi kelakar la. Bila mak dia berjaya teka “benda” tu duit, Aisyah dan mak dia dah mula menangis. Sweet la anak beranak ni.



Biodata Cupcake Aisyah

Aku follow Aisyah ni secara tak sengaja masa zaman dia berkawan dengan Johanis. Bakal menyambut ulang tahun ke 20 pada 24 Ogos 2020. 

Masa tu juga aku follow Youtuber Nisha Ezzati dan beberapa lagi youtuber popular. Lama kelamaan minat aku berubah. Ikut peredaran usia, aku cari content yang lebih serius.

Anak-anak muda baru nak up memang suka la follow Aisyah Cupcake. Content vlog dia berkisar lifestyle, tempat dia study, fashion dan keluarga. 

Pendek kata video kisah seharian dan dia juga banyak kongsi tentang cabaran dia hadapi ketika melancong. 

Selain tu, dia juga bijak bergaya. Memang ikut perkembangan trend semasa. Memang cukup pakej la bagi aku, bijak, berharta, dan ada rupa. Benda lain tak mahu comment.

Rupa-rupanya Aisyah start business jual ‘squishy toys’ pada umur dia 15 tahun. Oleh sebab dia selalu melancong ke luar negara dan hobi dia kumpul permainan tu dan secara tak sengaja menarik minat peminat dia juga.

Apa yang aku nak highlight tentang Aisyah ni family is always number one bagi dia. Suka sangat bila mak dia jadi best friend, dia juga rapat dengan adik-beradik dia. 

Aku appreciate benda-benda kecil macam tu dan hopefully one day, semua anak-anak aku akan jadikan aku best friend mereka. 



Positive And Good Influences

Aku kagum gila-gila bila baca comment yang pengikut Cupcake Aisyah di Youtube tinggalkan mostly semua terharu, positif, dan terbukti apa yang dia buat dapat beri good influence kepada anak muda lain. 

Tahniah. Tak jumpa lagi yang kata dia show off tunjuk dia kaya atau dia dah padam negative comment, itu aku tak pasti. 

Cukuplah aku husnuzon yang apa dia buat memberi inspirasi kepada anak-anak lain untuk layan mak mereka dengan baik juga. 

Satu petanda baik bila semua komen yang dilemparkan adalah komen yang berhemah. Tak ada pergaduhan dan sindiri menyindir. 

Personally, bagi aku tak kisah siapa sahaja yang memakai title Influencer harus la ada ciri-ciri berkualiti dan dapat influence orang dengan perkara baik.

Aku doakan juga agar mereka-mereka yang menghebahkan benda baik, buat ibu bapa gembira, menghargai adik beradik dan kawan-kawan supaya sentiasa berada di bawah lindungan Allah. 

Terhindar dari hasad dengki manusia dan niat jahat mereka yang memandang. Semoga budaya berbuat baik ni menjadi ikutan berpanjangan. Aamiin.

Cupcake Aisyah pernah memenangi Top Lifestyle Influencer Award di Anugerah Influence Asia 2017. Aisyah juga pernah merangkul anugerah Instafamous Paling Ohsem di Anugerah Instafamous 2017 serta tersenarai sebagai 25 Remaja Paling Menyerlah 2017 oleh Majalah Remaja.


Kesimpulan

Berapa saja nilai wang atau pemberian yang korang hadiahkan untuk ibu bapa bukanlah perkara utama. Point dia ialah penghargaan anak-anak dan juga kasih sayang terhadap ibu bapa di atas segala pengorbanan dan tenaga yang ibu bapa curahkan dalam membesarkan kita. 

Hampir 9 tahun aku bergelar ibu, segala perkara kecil yang anak-anak buat dah cukup untuk buat aku tersentuh. 

Ibu bapa ni bukan minta harta benda sebagai balasan tapi ingatan dan penghargaan tu adalah segala-galanya. 

Kalau tak percaya cuba korang hadiahkan sesuatu untuk mak ayah. Tengok reaksi mereka dapat sesuatu yang mereka suka.

Semoga aku tergolong dalam golongan mereka yang berjaya buat ibu bapa bahagia. Aku doakan perkara yang sama untuk korang juga. Jumpa lagi di lain entri.

Kes Terbaru Wabak Novel Coronavirus Di Malaysia

Kalau ikut laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, kes paling terbaru positif Novel Coronavirus adalah pada 7 Februari lepas adalah kes ke 15 merupakan pesakit warganegara China. 

Ya Allah seram ya keadaan sekarang. Slowly angka tu meningkat naik tapi masih dalam keadaan terkawal. Syukur sangat negara kita masih mampu kawal keadaan.

Tak dinafikan rakyat agak bengang dengan tindakan kerajaan yang tidak buat sekatan pelancong dari negara China. 

Kes Terbaru Wabak Novel Coronavirus Di Malaysia

Kalau di ikutkan banyak je negara luar yang memang halang kemasukan pelancong China ke negara mereka. Marilah bersangka baik. 

Aku positifkan diri yang kerajaan lebih arif dalam bidang kuasa mereka. Apa yang penting sekarang adalah menjaga kesihatan diri dan keluarga. 

Sila jaga kebersihan dan ikut segala nasihat yang disarankan. Jom lah kita cegah dari terus merebak.




Jom Kenali Apa Itu Novel Coronavirus?

Menurut perkongsian saudara Muhammad Mamzah; Coronavirus atau NOVEL CORONAVIRUS 2019 (nCoV-2019) merupakan keluarga / strain baharu daripada virus SARs-CoV dan MERs-CoV. N

CoV bermakna “novel Coronavirus” dan CoV bermakna Coronavirus. “Novel Virus” bermakna sebarang jenis virus yang tidak pernah kita temui sebelum ini (emergent) atau berkembang dari keluarga yang sama tetapi dalam bentuk yang baharu (extant).

NCoV-2019 mula tersebar sekitar akhir Disember lalu di kota Wuhan, Provinsi Huibei, China. Dipercayai virus ini telah tersebar luas selama lebih sebulan dan merebak ke kota Ezhou dan Huanggang serta lain-lain tempat.

Bagaimanakah Novel Coronavirus tercetus?

Semuanya bermula dari China yang mana virus ini datangnya daripada virus yang tersembunyi dalam badan haiwan dan berjangkit kepada manusia kemudian disebarkan sesama manusia. 

Wabak ini juga berpunca daripada zoonotic disease iaitu wabak daripada haiwan. Salah satu contoh zoonotic disease yang pernah berlaku dulu adalah wabak e-bola.

Bangsa China merupakan bangsa yang memakan hampir semua jenis haiwan yang ada dibumi. Baik haiwan melata, haiwan berterbangan, serangga waima haiwan berbisa. 

Virus terbaru ini datangnya daripada kota Wuhan dan bermula disebuah pasar yang menjual haiwan liar iaitu Huanan Market. 

Disini terdapat ratusan jenis binatang liar dijual untuk menjadi santapan bangsa mereka. Disinilah bermulanya virus ini tercetus dan tersebar.

Dikhabarkan hasil kaji selidik saintis China, virus tersebut berpunca daripada sejenis ular hitam belang yang dinamakan ular katam tebu (Bungarus multicinctus). 

Ular tersebut memang terdapat dijual di Pasar Wuhan dan dijual dengan meluas serta menjadi kegemaran pembeli.

Setakat ini, TIADA vaksin untuk virus ini dan BELUM ADA ubat penawarnya lagi. Kaji selidik giat dijalankan di China oleh saintis mereka bagi membantu mengekang wabak ini dari terus tersebar dan membunuh ramai orang.

Perlu diketahui juga, virus terbaru ini tidak dapat dikesan dengan mudah. Simptom akan menjadi jelas hanya setelah 3 - 7 hari anda terkena jangkitan virus tersebut melalui bawaan udara / airbone. 

Kerana itu topeng muka amat membantu.




Apakah simptom wabak NCoV-2019 ini?
  1. Mengalami demam lebih 38 darjah celcius.
  2. Mengalami batuk kering (dry cough)
  3. Masalah bernafas dan sesak dada
  4. Sakit kepala yang teruk
  5. Badan terasa terlalu penat, lenguh-lenguh dan tak bermaya
  6. Hilang selera makan
  7. Berpeluh walaupun keadaan sejuk dan menggigil walaupun keadaan panas diwaktu malam.
  8. Mengalami kekeliruan mendadak (confusion)
  9. Mengalami ruam-ruam dan bintik merah
  10. Mengalami cirit-birit
  11. Masalah masalah buah pinggang
  12. Mengalami Pnuemoni
  13. Jantung berdegup kencang

Apa yang perlu saya buat jika mengalami 4 atau lebih simptom diatas?
  1. Segera pakai topeng muka dan jarakkan diri anda daripada orang lain agar tidak berjangkit.
  2. Segera ke klinik kesihatan kerajaan atau hospital terdekat dan dapatkan rawatan serta saringan CoV.
  3. Jangan bertangguh jika anda mengalami 4 atau lebih simptom diatas. Kerana dikhuatiri anda telah terkena wabak tersebut tanpa sedar. Dapatkan rawatan saringan segera.
  4. Jangan menganiaya orang lain seperti sengaja membersin kepada orang lain atau menyediakan makanan untuk orang lain.
  5. Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu saya anbil?
  6. Kurangkan aktiviti luar rumah, dan kurangkan berada ditempat crowded terutama yang ada ramai warga asing dari China dan pelancong dari China.
  7. Pastikan anda sentiasa membawa topeng muka. Pakai topeng muka ketika berurusan diluar dan dikawasan ramai orang.
  8. Elakkan bersentuhan terus atau berinteraksi terus dengan pesakit yang ada simptom nCoV-2019 terutama warganegara China. Jarakkan diri jika berinteraksi.
  9. Sila bawa sanitizer bersama anda. Sentiasa basuh tangan / sanitize selepas bersentuhan dengan pesakit yang ada simptom. Keep yourself hygiene.
  10. Laporkan kepada KKM atau mana-mana hospital / klinik kesihatan terdekat jika ternampak pesakit dikhuatiri mengalami simptom NCoV-2019.
  11. Elakkan memakan makanan yang pelik-pelik seperti makanan eksotik, ulat, serangga atau haiwan liar. Nasihati jika anda ada ternampak orang yang memakan anjing, kucing, biawak, kelawar, ular, ulat, serangga dan lain-lain haiwan eksotik. Jika boleh, kurangkan memakan ayam dan daging yang tidak jelas sumbernya.

Maka belum terlambat untuk kita bersiap sedia. Wabak NCoV-2019 ini hanyalah permulaan bagi 2020. Selepas wabak akan diikuti dengan bencana alam pula. Maka persiapkanlah diri anda dan keluarga anda untuk mengharungi fasa 'fitnah yang melata'.

Sedikit pesanan akhir buat tatapan semua pembaca:

  • Bacalah, dan hafal lah sekurang-kurangnya 10 ayat awal atau 10 ayat akhir dari Surah Al-Kahfi.
  • Banyakkan berdoa agar anda semua dijauhkan dari fitnah yang melata dan fitnah Dajjal.
  • Berdoalah agar anda dan keluarga anda dijauhkan daripada wabak musibah, bala bencana dan juga dijauhkan daripada kefakiran serta kepapaan.
  • Perkemaskanlah asas-asas akidah dan fardhu ain anda. Lazimkan membaca zikir harian seperti Hizb Bahar, Manzil, Ratib Al-Haddad dan lain-lain. Lazimi juga berselawat ke atas Nabi. Kerana makanan orang beriman ketika fitnah itu melata adalah zikruLLLAH.

Semoga kita semua sama-sama beroleh manfaat dan dijauhkan daripada apa jua wabak musibah, bala bencana dan dijauhkan daripada kefakiran dan kepapaan. Semoga kita semua tetap dalam Iman. Aamiin.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Novel Coronavirus (2019-nCoV) anda boleh terus berhubung ke Crisis Preparedness And Response Centre (CPRC) Kebangsaan sama ada melalui talian telefon atau emel seperti yang tertera di infografik dibawah ini.



Tip Penting Menjawab Soalan Temuduga

Tahniah di ucapkan buat bakal pencari kerja yang terpilih untuk menghadiri temuduga. Setelah berjaya mencuri perhatian bakal majikan dengan resume yang bagus, waktu temuduga adalah waktu terbaik untuk membuktikan anda adalah orang yang paling layak untuk bekerja di syarikat mereka.

Aku nak berkongsi 9 tips penting yang aku amalkan masa nak menjawab soalan temuduga sebelum aku “bercuti sementara” dari dunia pekerjaan. 


Tip Penting Menjawab Soalan Temuduga 

Sekarang bekerja juga tapi di rumah sendiri. Amat penting menjawab soalan-soalan semasa temuduga dengan betul. 

Melalui temuduga la bakal majikan akan menilai siapa kita dan berbaloi atau tidak untuk ambil kita bekerja. Paling penting jangan stress dan cuba ikut tips yang aku kongsi di bawah ni.


Menjawab Soalan Temuduga


5 Tips Penting Menjawab soalan Temuduga

Tips ni aku jumpa dalam carian google dan aku olah ikut kesesuaian dan kefahaman sendiri. Apa yang aku paham sebagai pencari kerja kita kena alert dengan semua benda dan cuba sehabis baik dalam menonjolkan diri. Paling penting jadi diri sendiri dan postitif.


#1 Talk more than 3 words

Perkara paling mudah berlaku ialah kita panik dan gagal nak menjawab bila soalan di ajukan. Apa perlu buat ialah bertenang dan biar otak dapat berfikir. 

Buat latihan secukupnya dan cuba kembangkan idea bila nak menjawab soalan. Boleh gunakan Why, When, Who, Where & How question. 

Sekarang semua di hujung jari, semua bahan boleh dapat di internet. Apa yang buat kita berbeza ialah cara penyampaian kita. 



#2 Speak louder

Untuk yang memang sejak azali bersuara lemah gemalai boleh la praktis supaya suara anda kedengaran tegas dan dapat yakinkan bakal majikan. 

Tak salah bersuara lembut Cuma kena pandai guna antonasi suara. Yang bersuara petir harap dapat kawal suara juga. 

Ada sesetengah orang bila berada dalam keadaan tertekan suara memang out. Berlatih bercakap depan cermin amat membantu. Kata kunci dia ialah berlatih.



#3 Don’t stress

Elakkan stress. ada yang sampai tak lalu makan, tak boleh tidur dan macam-macam lagi. Jangan tak tidur sebab risau pula ya. 

Tak tidur hanya buatkan keadaan jadi bertambah buruk. Muka pun huduh. Satu pesanan aku, nikmati setiap saat.



#4 Practice reading / read a lot

Persediaan yang baik adalah termasuk sediakan skrip dan cari soalan-soalan bocor yang selalu orang share dekat internet. 

Baca sebanyak mungkin dan cuba hadamkan. Jangan terlalu menghafal sampai nampak macam baca cerita. 

Kena tahu tentang syarikat yang di pohon sekurang-kurangnya siapa Executive Chairman dan buat summary tentang syarikat. Taktik ni aku selalu apply bila di tanya dan berjaya impress penemuduga.



#5 Don’t memorize or give lecture

Jawab soalan yang di tanya dengan penuh semangat dan ada antonasi. Jangan cakap terlalu laju dan terlalu perlahan takut penemuduga menguap pula. 

Kalau takut tak ingat sila jangan HAFAL, tapi pahamkan. Ulang banyak kali semua maklumat supaya melekat kat otak dan mulut akan automatik fasih.



Kesimpulan 

Itu antara 5 tips penting menjawab soalan temuduga. Kata kunci persediaan untuk menghadiri temuduga ialah berlatih. 

Tak salah kalau kita tak tahu semua jawapan, mana ada manusia sempurna kan? Cara menjawab dengan berhemah dan tunjukkan yang kita bersedia jika di ambil bekerja. 

Pesanan terakhir, cuba enjoy sebanyak mana yang boleh. Ini adalah sebahagian besar proses menjadi dewasa. 

Jangan putus asa sehingga jumpa kerja yang betul-betul sesuai untuk diri kita. Selamat berjaya.


Betul ke Wujud Ibu Melahirkan Tuan?

Terpanggil nak kupas topik tentang apabila ibu melahirkan Tuan atau lebih tepat lagi bila anak-anak menjadi Tuan kepada ibu dan bapa. 

Dalam agama Islam sendiri memang ada hadith sahih tentang hamba wanita yang melahirkan tuannya. Bila semakin banyak ibu melahirkan tuan juga merupakan tanda-tanda yang kiamat juga semakin hampir. Takutnya.

Sedih tapi itulah kenyataan yang pahit untuk ditelan. Saban hari semakin parah pula wabak ini merebak. Kalau dulu, sekadar ditayangkan di dalam televisyen tapi sekarang memang dah banyak berlaku depan mata.

Betul ke Wujud Ibu Melahirkan Tuan?

Bagi aku personally sebagai seorang ibu, aku dah pernah saksikan beberapa kisah benar bila anak menjadi tuan. Merasakan diri “tuan” dan perlu dituruti setiap permintaannya. 

Entah, mungkin penilaian dan cara didikan aku terima berbeza jadi ianya salah di kaca mata aku. 


Salah Satu Tanda-Tanda Kiamat

Dalam satu hadith Rasulullah bersabda:

“Jibril bertanya: Khabarkan kepadaku tentang hari Kiamat. Nabi SAW menjawab: Tidaklah yang ditanya itu lebih mengetahui daripada yang bertanya.

Maka Jibril bertanya lagi: Khabarkan kepadaku tentang tanda-tanda kiamat. Maka Nabi SAW menjawab: (Antara tandanya ialah) apabila seorang hamba wanita melahirkan tuannya”. (Sahih Muslim [8])

Sesungguhnya gerun bila hadith di atas ni dibaca berulang kali. Akan berlaku lah kehancuran manusia bila sifat hormat, sifat malu dan kasih sayang terpisah dari jiwa. 

Dunia kita ini semakin tua, Tuhan juga dah ingatkan kita adalah umat di akhir zaman yang akan berdepan kiamat. Hari kehancuran bumi.

Dimana Silap Dan Apa Punca?

Sebelum aku berceloteh lebih panjang, mencari dimana silap dan mengetahui punca ibu melahirkan tuan ni lebih elok kita fahami dulu maksud ibu melahirkan tuan. 

Satu persamaan ibu-ibu yang telah menjadi hamba kepada anak-anak mereka adalah mereka tidak sedar anak telah menaiki takhta. 

Sebab itu sewenang-wenangnya si anak memberi arahan, meminta tu dan ini serta tak segan nak menderhaka.

Ibu bapa boleh memberikan pilihan kepada anak-anak tapi bukan membiarkan mereka membuat keputusan.

Menurut penjelasan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad AlBakri, tentang hadith yang aku kongsikan di atas tadi memberi kiasan akan berleluasanya perbuatan derhaka dan layanan kasar terhadap ibu bapa oleh anak-anak, sepertimana layanan kasar tuan terhadap hambanya.

Tidak adil jika mengatakan ibu bapa adalah punca dan silap ini terjadi kerana kelemahan dalam didikan mereka sepenuhnya. 

Aku yakin setiap ibu bapa akan cuba beri yang terbaik dalam membesarkan anak-anak. Apa yang banyak berlaku sekarang ialah bila anak-anak naik lemak bila tanggungjawab yang seharusnya anak-anak pikul tapi terus menerus digalas oleh ibu bapa. 

Anak-anak dengan mudahnya menjadikan ibu bapa sebagai orang gaji dan mengerah tenaga atas tiket kasih sayang.

Kita ambil contoh tugas harian, mengemas rumah. Anak-anak cenderung hanya melihat tanpa menghulurkan bantuan apabila ibu melakukan tugasan. 

Semakin seronok bila si ayah membenarkan sahaja perlakuan ibu menjadi hamba. Seringkali aku dengar alasan bila si ibu tak benarkan anak turut serta adalah supaya anak tak penat dan hilang fokus untuk belajar.

Alahai mudah betul ya. Jadi kepantangan aku yang garang macam ibu singa, membiarkan anak-anak terlepas dari tanggungjawab mereka. Aku bukan kejam. Aku masih ada timbangrasa. Setiap kali ada kesempatan apa aku cuba buat adalah libatkan anak seberapa kerap.

Sambil buat kerja rumah bersama sambil aku titipkan nasihat kenapa pentingnya tahu buat kerja rumah. 

Entah esok lusa aku dipanggil Tuhan jadi anak aku dah ada kemahiran untuk meneruskan kehidupan. Tak tahu apa bahagian dia, dengan siapa dia akan hidup jadi aku nak anak-anak aku bersiap sedia.


Trend Ibu Menjadi Hamba

Berlainan pula dengan layanan anak yang dah besar dan bekeluarga. Perasan tak trend ibu menjadi hamba? Jadi hamba tapi secara senyap-senyap. Dalam diam anak ambil kesempatan. Selalu jadi bila ibu yang semakin berusia diperguna anak untuk menjaga anak-anak mereka.

Sepatutnya di penghujung usia, ibu dah sepatutnya cuci tangan dalam bab mendidik tapi anak-anak sewenangnya menyerahkan tanggungjawab mendidik anak terhadap ibu masing-masing. Atas alasan lebih percayakan nenek menjaga cucu sendiri. Jarang sangat nenek nak tolak pelawaan jaga cucu sebab nenek sunyi.

Kasihan kan? Kadang kita tak sengaja. Kita fikir, bila ibu menjaga cucu adalah perkara biasa. Mungkin lepas ni boleh difikirkan semula. 

Beri peluang ibu berehat dan tumpukan masa beribadah kepada Tuhan di hujung usia. Biar ibu buat apa yang ibu tak sempat buat kerana besarkan kita. 


Tanda-Tanda Anak Sudah Mula Menjadi Raja
  1. Anak yang buat semua keputusan.
  2. Gagal berkata Tidak kepada permintaan anak-anak.
  3. Over Protective atau terlalu melindungi anak-anak.
  4. Terlalu percayakan anak.
  5. Anak dapat semua apa yang dinginkan.
  6. Pantang dengar anak menangis pasti anak dapat apa yang dia mahu.
  7. Telefon pintar menjadi peneman anak setiap masa.

Kesimpulan

Tolonglah hargai dan sayangi ibu bapa selagi ada peluang. Banyak orang dekat luar sana yang sanggup buat apa sahaja untuk kembalikan ibu bapa mereka yang lebih awal menghadap Pencipta. 

Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu. Layanlah dia seperti permaisuri kerana ibu memang layak sebab pengorbanan yang dibuat membesarkan kita memang tidak terkira.

Hari ni kita berlaku zalim pada ibu kita, ingatlah satu masa nanti bila kita berada di tempat ibu kita kelak baru kita faham. 

Setiap tindakan akan ada balasanya. Peringatan ini juga untuk diri aku yang kadang-kadang lupa nak hargai ibu sendiri. Sibuk dengan dunia. Berjumpa lagi di lain entri. Salam sayang dari aku untuk korang.