Kes Terbaru Wabak Novel Coronavirus Di Malaysia

Kalau ikut laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, kes paling terbaru positif Novel Coronavirus adalah pada 7 Februari lepas adalah kes ke 15 merupakan pesakit warganegara China. Ya Allah seram ya keadaan sekarang. Slowly angka tu meningkat naik tapi masih dalam keadaan terkawal. Syukur sangat negara kita masih mampu kawal keadaan.

Tak dinafikan rakyat agak bengang dengan tindakan kerajaan yang tidak buat sekatan pelancong dari negara China. Kalau di ikutkan banyak je negara luar yang memang halang kemasukan pelancong China ke negara mereka. Marilah bersangka baik dan meletakan kepercayaan kepada kerajaan. Aku positifkan diri yang kerajaan lebih arif dalam bidang kuasa mereka.

Apa yang penting sekarang adalah menjaga kesihatan diri dan keluarga. Sila jaga kebersihan dan ikut segala nasihat yang disarankan. Jom lah kita cegah dari terus merebak.



Jom Kenali Apa Itu Novel Coronavirus?

Menurut perkongsian saudara Muhammad Mamzah; Coronavirus atau NOVEL CORONAVIRUS 2019 (nCoV-2019) merupakan keluarga / strain baharu daripada virus SARs-CoV dan MERs-CoV. NCoV bermakna “novel Coronavirus” dan CoV bermakna Coronavirus. “Novel Virus” bermakna sebarang jenis virus yang tidak pernah kita temui sebelum ini (emergent) atau berkembang dari keluarga yang sama tetapi dalam bentuk yang baharu (extant).

NCoV-2019 mula tersebar sekitar akhir Disember lalu di kota Wuhan, Provinsi Huibei, China. Dipercayai virus ini telah tersebar luas selama lebih sebulan dan merebak ke kota Ezhou dan Huanggang serta lain-lain tempat.

Bagaimanakah Novel Coronavirus tercetus?



Semuanya bermula dari China yang mana virus ini datangnya daripada virus yang tersembunyi dalam badan haiwan dan berjangkit kepada manusia kemudian disebarkan sesama manusia. Wabak ini juga berpunca daripada zoonotic disease iaitu wabak daripada haiwan. Salah satu contoh zoonotic disease yang pernah berlaku dulu adalah wabak e-bola.

Bangsa China merupakan bangsa yang memakan hampir semua jenis haiwan yang ada dibumi. Baik haiwan melata, haiwan berterbangan, serangga waima haiwan berbisa. Virus terbaru ini datangnya daripada kota Wuhan dan bermula disebuah pasar yang menjual haiwan liar iaitu Huanan Market. Disini terdapat ratusan jenis binatang liar dijual untuk menjadi santapan bangsa mereka. Disinilah bermulanya virus ini tercetus dan tersebar.

Dikhabarkan hasil kaji selidik saintis China, virus tersebut berpunca daripada sejenis ular hitam belang yang dinamakan ular katam tebu (Bungarus multicinctus). Ular tersebut memang terdapat dijual di Pasar Wuhan dan dijual dengan meluas serta menjadi kegemaran pembeli.

Setakat ini, TIADA vaksin untuk virus ini dan BELUM ADA ubat penawarnya lagi. Kaji selidik giat dijalankan di China oleh saintis mereka bagi membantu mengekang wabak ini dari terus tersebar dan membunuh ramai orang.

Perlu diketahui juga, virus terbaru ini tidak dapat dikesan dengan mudah. Simptom akan menjadi jelas hanya setelah 3 - 7 hari anda terkena jangkitan virus tersebut melalui bawaan udara / airbone. Kerana itu topeng muka amat membantu.



Apakah simptom wabak NCoV-2019 ini?
  1. Mengalami demam lebih 38 darjah celcius.
  2. Mengalami batuk kering (dry cough)
  3. Masalah bernafas dan sesak dada
  4. Sakit kepala yang teruk
  5. Badan terasa terlalu penat, lenguh-lenguh dan tak bermaya
  6. Hilang selera makan
  7. Berpeluh walaupun keadaan sejuk dan menggigil walaupun keadaan panas diwaktu malam.
  8. Mengalami kekeliruan mendadak (confusion)
  9. Mengalami ruam-ruam dan bintik merah
  10. Mengalami cirit-birit
  11. Masalah masalah buah pinggang
  12. Mengalami Pnuemoni
  13. Jantung berdegup kencang

Apa yang perlu saya buat jika mengalami 4 atau lebih simptom diatas?
  1. Segera pakai topeng muka dan jarakkan diri anda daripada orang lain agar tidak berjangkit.
  2. Segera ke klinik kesihatan kerajaan atau hospital terdekat dan dapatkan rawatan serta saringan CoV.
  3. Jangan bertangguh jika anda mengalami 4 atau lebih simptom diatas. Kerana dikhuatiri anda telah terkena wabak tersebut tanpa sedar. Dapatkan rawatan saringan segera.
  4. Jangan menganiaya orang lain seperti sengaja membersin kepada orang lain atau menyediakan makanan untuk orang lain.
  5. Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu saya anbil?
  6. Kurangkan aktiviti luar rumah, dan kurangkan berada ditempat crowded terutama yang ada ramai warga asing dari China dan pelancong dari China.
  7. Pastikan anda sentiasa membawa topeng muka. Pakai topeng muka ketika berurusan diluar dan dikawasan ramai orang.
  8. Elakkan bersentuhan terus atau berinteraksi terus dengan pesakit yang ada simptom nCoV-2019 terutama warganegara China. Jarakkan diri jika berinteraksi.
  9. Sila bawa sanitizer bersama anda. Sentiasa basuh tangan / sanitize selepas bersentuhan dengan pesakit yang ada simptom. Keep yourself hygiene.
  10. Laporkan kepada KKM atau mana-mana hospital / klinik kesihatan terdekat jika ternampak pesakit dikhuatiri mengalami simptom NCoV-2019.
  11. Elakkan memakan makanan yang pelik-pelik seperti makanan eksotik, ulat, serangga atau haiwan liar. Nasihati jika anda ada ternampak orang yang memakan anjing, kucing, biawak, kelawar, ular, ulat, serangga dan lain-lain haiwan eksotik. Jika boleh, kurangkan memakan ayam dan daging yang tidak jelas sumbernya.

Maka belum terlambat untuk kita bersiap sedia. Wabak NCoV-2019 ini hanyalah permulaan bagi 2020. Selepas wabak akan diikuti dengan bencana alam pula. Maka persiapkanlah diri anda dan keluarga anda untuk mengharungi fasa 'fitnah yang melata'.

Sedikit pesanan akhir buat tatapan semua pembaca:

  • Bacalah, dan hafal lah sekurang-kurangnya 10 ayat awal atau 10 ayat akhir dari Surah Al-Kahfi.
  • Banyakkan berdoa agar anda semua dijauhkan dari fitnah yang melata dan fitnah Dajjal.
  • Berdoalah agar anda dan keluarga anda dijauhkan daripada wabak musibah, bala bencana dan juga dijauhkan daripada kefakiran serta kepapaan.
  • Perkemaskanlah asas-asas akidah dan fardhu ain anda. Lazimkan membaca zikir harian seperti Hizb Bahar, Manzil, Ratib Al-Haddad dan lain-lain. Lazimi juga berselawat ke atas Nabi. Kerana makanan orang beriman ketika fitnah itu melata adalah zikruLLLAH.


Semoga kita semua sama-sama beroleh manfaat dan dijauhkan daripada apa jua wabak musibah, bala bencana dan dijauhkan daripada kefakiran dan kepapaan. Semoga kita semua tetap dalam Iman. Aamiin.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Novel Coronavirus (2019-nCoV) anda boleh terus berhubung ke Crisis Preparedness And Response Centre (CPRC) Kebangsaan sama ada melalui talian telefon atau emel seperti yang tertera di infografik dibawah ini.



1 Comments

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Post a Comment

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Previous Post Next Post