Maggi Pedas Giler Tomyummz Pedas Tak Boleh Bincang

Aku mulakan entri dengan mukadimah nak marah pada Maggi Pedas Giler perisa Tomyummz yang sangat kurang ajar dan pedas dia tak boleh bawak bincang. Terbakar lidah aku woi. 

Tak sangka aku akan buat kerja kurang berfaedah macam ni. Sumpah aku tak beli Maggi ni tapi ini adalah ehsan kawan blogger Husniey yang bagi Maggi ni masa aku stay dengan dia masa program Nak Ubah Hidup Dr Azizan Osman yang lepas.

Maggi Pedas Giler Tomyummz Pedas Tak Boleh Bincang

Kebetulan aku memang lapar walaupun aku dah makan nasi sebelum Maghrib. Aku sempat buat kerja rumah, tertidur masa tonton televisyen dan tiba-tiba terjaga sekitar pukul 1 pagi dan aku terasa lapar. 

Tangan laju je capai Maggi Pedas Giler Tomyummz dan masak seperti arahan pada plastik bungkusan. Ejaan Maggi Pedas Giler Tomyummz tu bukan aku sengaja eja macam budak WeChat eja TomYum eh, 
Memang Maggi yang buat ejaan begitu. Nak tarik minat anak muda remaja la tu. Berjaya la kot marketing dia, bukan setakat remaja, orang dewasa pun teruja nak cuba.

Gambar Maggi aku tangkap dah terdelete, tapi lebih kurang gambar dari website Maggi juga. 



Pedas Sangat Ke Maggi Pedas Giler Tomyummz Tu?

Tolonglah percaya cakap aku ni, memang pedas nak kojol. Aku tak sangka level pedas dia macam rasa lidah terbakar. Aku tak tahan pedas sangat tapi masih mampu makan makanan pedas. 

Kalau makanan tu pedas tapi kena selera aku memang aku akan habiskan. Biar pun terpaksa menangis dan keluar air hidung sekalipun.

Dalam kes Maggi Pedas Giler Tomyummz ni aku berjaya makan hanya tiga suap sahaja. Masa awal-awal tu serius rasa pedas boleh telan. Kunyah macam biasa. Masuk suapan ketiga aku rasa tak sedap hati. 

Weh pedas dia dah mula terasa. Air mata, air hidung dah start nak mencurah keluar. Katanya kebaikan sebenar Maggi ini diperbuat daripada cili sebenar. Hah baik sangat eh.

Oklah kalau korang memang terer makan pedas dan teringin nak rasa sila cuba dan kena tanggung akibat sendiri ya. Aku ni kalau orang offer RM1000 makan benda pedas memang aku tak buat, tapi kalau bagi sejuta aku boleh pertimbangkan. ahaks. 

Petua Hilangkan Pedas

Dia punya pedas tak boleh bawa bincang woi. Pedas fokus dekat lidah sahaja. Ni pedas bukan level biasa-biasa. Rasa macam nak terbakar lidah aku. Ligat otak aku cari benda nak hilangkan pedas. 

Aku minum air sejuk bergelas-gelas lepas tu aku stop sebab jadi kembung. Pedas tak surut pun. Pui.
Teringat arwah abah pesan, kalau nak hilangkan rasa pedas kena kemam benda manis macam gula atau susu. 

Aku nampak milo depan mata tak fikir panjang terus suap satu sudu dan kemam dalam mulut. Milo kan manis, jadi aku ingat berkesan la petua tu. Tapi, tak jalan weh, otak dah mula panik. Tak boleh jadi aku ambil air sejuk dan aku biar lama-lama dalam mulut.

Perut dah start kembung jadi aku hanya kumur-kumur air sejuk. Aku biar lidah aku direndam dengan air sejuk dan kemudian aku ludahkan. 

Dalam masa beberapa minit yang aku rasa macam setengah jam aku terseksa tu aku teringat petua lain hilangkan pedas. Selalu tengok orang buat cabaran makan Maggi Pedas diaorang akan standby susu.

Rezeki weh, susu full cream Fernleaf masih ada dalam fridge. Aku tuang segelas dan minum. Ya ampun syukur sangat berkesan. Level kepedasan dan sengsara lidah aku menurun perlahan-lahan. Tapi satu cawan jelah aku minum susu tu lepas tu aku teruskan kumur-kumur dengan air sejuk semula.

Lepas beberapa ketika pedas tu berjaya pergi. Alhamdulillah. Aku pandang lebihan Maggi Pedas Giler tu dengan perasaan yang membara. Nak makan dan habiskan memang tidaklah jawapan dia. 

Konon aku nak bilas Maggi tu dengan air panas dan sambung makan tapi diri aku macam tak sanggup nak ulang peristiwa pahit tu. Jadi Maggi tu terdampar sepi dekat dapur.


Jangan Seksa Diri

Aku rasa berdosa juga lepas makan Maggi Pedas Giler Tomyummz tu. Rasa macam aku telah seksa diri sendiri dalam keadaan sedar. Aku makan konon nak hilangkan rasa lapar sekali memang hilang rasa lapar tapi lepas tu menyesal. 

Terasa aku telah menzalimi diri sendiri. Rasa bongok pon ada juga ya. Nasib aku tak ajak Ikhwan makan sekali, kalau tak mahu dia cirit tak pergi sekolah.

Setakat setengah jam lepas aku makan tiga suap Maggi Pedas Giler Tomyummz, perut aku terasa bahang-bahang tak menyenangkan. Lidah aku dah pulih cuma bahagian tekak rasa tak selesa. 

Aku tak faham mereka-mereka yang berjaya habiskan sebungkus Maggi Pedas Giler. Apa kah korang makhluk asing? Tak rasa apa-apa ke? Semoga aku tak cirit birit esok hari ya.
Update: Alhamdulillah aku tak cirit dan aku masih hidup.

Aku tak faham yang makan 2X pedas tu mulut diaorang cane eh? kebal eh? Gila lah. Boleh kunyah, telan. Apa kau orang ni alien kah? 



Selain Maggi Pedas Giler Tomyummz, ada perisa Maggi Pedas Giler Ayam Bakar, Maggi Pedas Giler Seafood Berapi, Maggi Pedas Giler 2 X, Maggi Hot Mealz Kari Kaw dan banyak lagi la. 

Nak makan yang gila pedas ni kena cari Maggi On The Go which is dalam bowl dan juga bungkusan.





Kesimpulan

Aku masih tak boleh digest kenapa orang buat cabaran makan Maggi Pedas Giler dan makanan pedas lain. Ditambah pula, memang ada orang nak sahut cabaran tu. 

Kalau sahut cabaran dan dapat duit tu logik la. Ini tidak ya. Duit habis, seksa diri dan sakit je yang dapat. Aku syak memang sifat manusia, yang orang cakap jangan itu lah yang dia paling nak buat.

Untuk korang yang teringin sangat nak cuba pedas atau tak Maggi Pedas Giler sila lah cuba. Tapi sendiri ingat lah ye. 

Segala kesakitan, kerugian dan apa juga kesan terjadi pada diri korang kena tanggung sendiri ok. Tiada siapa paksa anda makan Maggi Pedas Giler ni.

Sebelum nak makan sila lah sediakan tisu, air batu, air sejuk, susu, gula-gula dan segala benda yang akan bantu hilangkan rasa pedas. 

Masa menahan pedas tu, sambil keluar air hidung sambil tu aku menggaru kepala macam monyet ada kutu.

Dapat bayangkan? Kalau anda berani? Cubalah.

Kalau Aku Bukan Seorang Penulis Blog

Sebenarnya topik aku nak kongsi kali ni adalah topik yang tak sengaja aku cadangkan untuk rakan blogger semasa sesi brainstorm minggu lepas. 

Bukan sesi yang serius pun cuma bertukar idea bila masing-masing stuck tak tahu nak buat perkongsian di blog terutamanya. 

Jadi Tuhan turunkan ilham untuk aku menulis tentang diri sendiri. Kalau aku bukan aku yang sekarang iaitu seorang penulis blog, apa aku akan jadi? 

Ni kira soalan ala-ala artis yang baru masuk industri hiburan ditemuramah dalam rancangan hiburan la kiranya. Soalan ramah mesra. Hahaha. 

Kalau Aku Bukan Seorang Penulis Blog

Sebenarnya menjadi seorang penulis blog langsung tak pernah terlintas dekat otak. Sejak kecil mana pernah didedahkan dengan dunia blog weh, aku tahu tentang blog masa aku mula masuk alam pekerjaan.

Selalu aku baca blog waktu makan tengahari dekat pejabat. Kadang-kadang malas nak makan dekat luar jadi tapau makanan siap-siap dan menghadap blog. 

Masa tu minat baca blog orang, penulis blog dulu-dulu tulis kisah peribadi tapi tak pernah bosan nak baca. Mana ada buat review berbayar macam sekarang ni.




Punca Aku Jadi Ketagih Baca Blog

Aku pernah follow satu blog perempuan misteri. Nama dia seakan-akan nama orang putih (aku lupa), dia tak pernah kongsi gambar dia tapi penceritaan dia yang bagus sehinggakan aku boleh bayangkan dia seorang perempuan free hair yang cantik. 

Dia banyak berkongsi cerita diri dia yang terperangkap dalam cinta tiga segi.

Dia sukakan duda anak satu, then kawan satu pejabat dia lelaki bujang sukakan dia. ha begitulah cinta tiga segi sebiji macam dalam drama tv. 

Hebatnya skill dia menulis tu sampai ramai follow blog dia dan menantikan update kisah cinta mereka.

Sehinggalah satu ketika, blogger ni tiba-tiba menyepikan diri. Serius aku frust juga sebab masa tu cerita cinta mereka dah menuju klimaks. Ramai yang komen bertanya khabar. 

Tambah kecewa aku terjumpa satu artikel tentang perempuan ni. Ada orang bongkarkan yang kisah perempuan tu hanyalah imiginasi penulis blog. Kiranya cerita rekaan sahaja lah.

Tak cukup dengan kejutan pendedahan tentang kisah cinta penulis blog tu, ada orang bongkarkan juga yang sebenarnya penulis blog tu sebenarnya seorang lelaki. Cis betul. 

Spoil sungguh. Patutlah kisah dia sangat menyentuh jiwa. Nampak sempurna dan sarat dengan emosi. Rekaan je gais. Terciduk aku. hahaha.

Lepas kejadian tu memang aku berhati-hati dengan apa aku baca. Yelah memang di alam maya orang boleh buat apa sahaja. Kita la kena bijak menilai. 

Mula dari kejadian tu, aku mula berjinak-jinak menulis kisah peribadi yang aku wajar kongsi sekitar tahun 2010 lepas tu aku berdiam diri selama beberapa tahun dan kemudian aktif semula beberapa tahun kebelakangan ni.



Cita-Cita Nak Jadi Cikgu

Wah panjangnya aku throwback, jom kita sambung cerita kalau aku bukan seorang penulis blog aku syak aku akan jadi seorang cikgu. Cikgu ni memang dah termasuk dalam senarai cita-cita impian masa kecil. 

Masa tu aku tanam dalam otak jadi cikgu Bahasa Melayu pun dah ok, nak ajar subjek lain aku rasa aku tak cukup pandai. Selalu aku risau kalau anak murid tanya soalan dan aku tak pandai nak jawab. Mesti jatuh air muka depan anak murid.

Oleh sebab aku takut yang bukan-bukan lah aku matikan je hasrat aku jadi cikgu. Agaknya kalau aku tekad pasti aku dah jadi seorang guru sekarang ni. 

Dalam keluarga aku, dua daripada sepuluh orang adik beradik aku adalah cikgu.

Walaupun selalu aku dengar betapa stressnya mereka dengan bebanan kerja dan sakit otak menghadap perangai pelajar tapi sedikit pun tiada penyesalan menjadi cikgu. 

Salute ah. Aku kalau jadi cikgu mahu aku bertukar jadi singa. Sabar aku tak banyak.

Cerita pasal cita-cita ni aku teringat kenangan aku tentang perkongsian cita-cita masa kecil.  Aku ingat lagi masa sekolah rendah, masa tu subjek English. 

Cikgu buat ice breaking dan minta murid-murid perkenalkan diri dan nyatakan apa cita-cita dalam bahasa English. 

Aku punyalah panik, dah la tak pandai cakap omputih sekali kena pula kenalkan diri. Puas aku berlatih sehinggalah tiba giliran aku. 

aku ingat lagi aku panik sehingga aku salah sebut perkataan “Clerk”. Dalam banyak-banyak cita-cita aku pilih nak jadi KERANI gais.

Ya ampun, apa yang telah merasuk aku masa tu tak pasti. Kenapa tah aku rasa jadi kerani tu cool. Sampai je giliran aku, aku bangun dan memperkenalkan diri. 

My name is Rodiah binti Amir Hamzah, I want to be a klerk. Aku cuak sampai salah sebut, sepatutnya bunyi dia “klak” (kerani) aku pula sebut “klek”. Cikgu tinggikan suara sebab tak faham apa aku sebut. Malunya ya Allah.

Rasa macam ada guli tersekat dekat anak tekak bila cikgu suruh ulang semula. Akhirnya cikgu betulkan sebutan Clerk aku tu. Masa tu kalau aku toreh dengan pisau confirm muka aku tak berdarah sebab takut sangat. suruh cakap dua baris ayat je kot. Itulah kenangan.




Kesimpulan

Aku rasa cita-cita menjadi seorang cikgu adalah cita-cita yang memang jadi impian budak-budak sebaya aku dulu. Pekerjaan paling senang orang nak kenal, dan menjadi calon idaman untuk dijadikan isteri, dan menantu. 

Sesungguhnya aku tak pernah kesal menjadi penulis blog, mungkin ada yang anggap menulis blog sebagai satu hobi tapi aku percaya ianya juga boleh dijadikan punca pendapatan walau tak semewah pekerjaan dekat luar sana. 

In Sha Allah semoga perkongsian aku sebagai penulis blog bukan sahaja membantu kehidupan dekat dunia tapi untuk akhirat juga.
Salam sayang dari aku. Terima kasih sudi baca. Kita jumpa dilain entri.

Lirik Lagu 7 Nasihat Memang Makan Dalam

Korang dah dengar lagu terbaru penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bertajuk 7 nasihat? 

Lagu ni hasil duet bersama penyanyi Hip Hop Kmy Kmo dan Luca Sickta. Lagu ni baru je keluar minggu lepas dan aku dah mula ketagih dengar lagu 7 Nasihat ni.

Oleh sebab lagu ni ada unsur nasihat dan tinggi sifat kemelayuannya terus aku jadi patriotic dan terasa sopan bila dengar. Bila dengar nasihat dalam lagu ni teringat pesanan mak abah masa besarkan aku. 

Segala pantang larang, adap budi bahasa macam ulang balik dala kepala otak. Suka lagu ni sebab dia menyentuh perasaan dan rasa ada kaitan. Good job untuk yang terlibat.

Suara Datuk Siti memang tak dinafikan sedap sangat dan sebelum aku kongsi lirik lagu yang aku rasa makan dalam ni meh aku kongsikan tentang rakan duet untuk lagu ni tak lain tak bukan Kmy Kmo dan Luca Sickta. Rupa-rupanya Kmy Kmo dan Luca Sickta merupakan anak didik penyanyi rap Malique.

Lirik Lagu 7 Nasihat Memang Makan Dalam

Nama sebenar Kmy Kmo adalah Lukmanul Hakim manakala Luca Sickta ialah Shameer Ashraf. Loh nama masing-masing sedap weh. Memang terserlah asuhan Malique dalam hasil seni Kmy Kmo dan Luca Sickta. 

Mereka dah mula aktif dalam industry seni sejak 2015 dan memang ikut langkah jejak Malique yang suka cipta lagu yang puitis tapi sarat maksud.

Suami aku pernah baca artikel tentang cara didikan Malique untuk Kmy Kmo dan Luca Sickta dalam menghasilkan lagu. Katanya dia akan beri satu subjek dan minta Kmy Kmo dan Luca Sickta untuk buat karangan berkenan subjek tu. 

Perghh ni memang betul-betul intensive training. Agak-agak aku kalau asah macam tu jadi blogger yang berpuitis tak? ahaks.




Lirik Lagu 7 Nasihat


(Dato’ Siti Nurhaliza)
Anak Pipit Jangan Tak Dihirau,
Gusar Esok Ke Sarang Si Rimau,
Anak Didik Harusnya Dirisau,
Gusar Esok Engkau Yang Dipisau.

(Korus) (Dato’ Siti Nurhaliza, Kmy Kmo, Luca Sickta)
Dulu Tunggu Diturut Balik,
(Dulu Tunggu Turut Balik)
Dulu Diam Sekarang Celik,
(Dulu Diam Sekarang Celik)
Dulu Tahu Waktu Balik,
(Dulu Tahu Waktu Balik)
Dulu Diam Sekarang Cerdik.
(Dulu Diam Sekarang Cerdik).

Verse 1 (Dato’ Siti Nurhaliza)
Nak Dilenturnya Buluh Biar Dari Rebungnya,
Kelak Pasti Mereka Kan Terjaga Akhlaknya,
Nak Dibentukkan Tubuh Bukan Dari Bengkungnya,
Susun Atur Mereka Sebelum Kenal Dunia,
Habis Main Di Tanah,
Sebelum Senja Ke Rumah,
Takut Nanti Tersalah,
Bawa Pulang Masalah,
Tak Endah Yang Sekarang,
Cakap Jangan Sebarang,
Elok Awal Dilarang,
Untuk Kau Jadi Orang.

Verse 2 (Rap Luca Sickta + Kmy Kmo)
Satu,
Hendak Berjaya,
Mendada Jangan,
Pastikan,
Jika Malu Bertanya Sesat Jalan,
Biar Lapar Sehari Asalkan Kenyang Bertahun,
Biar Berkerut Dahi Asahkan Minda Ber Alun,

Kedua Semua Nasihat Cam Petua,
Ketua Perlu Jua,Nak Sihat Sampai Tua,
Masuk Semua Benua,
Pelusuk Dalam Luar,
Hormat Tanpa Bersua,
Walau Darjah Sempoa,

Tiga,
Lain Liga Lain Cara,
Elak Geliga Dalam Rasa Media Masa,
Dahulu Kerna Lidah Badankan Binasa,
Sekarang Kerna Mata, Jemari Berbicara,

Cara Bicara Yang Ke 4 Semua Telinga Harus Peka,
Nenek Moyang Yang Nasihat Majoriti Ramai Leka,
Terlena,
Dibuai Mimpi
Dek Dunia Cereka,
Hanyut Dihempas Ombak Tinggi Gah Lupa Mereka,

Lima,
Usah Dikira Kanan Kiri,
Cermin Untuk Diri Kerna Hidup Tiada Siri,
Kerna Hidup Tiada Sisi Bila Hati Mula Hitam,
Lupakan Kisah Silam, Nilam Usah Disiram,

Ku Siram Yang Ke-6 Biar Mekar
Dalam Hati,
Ingati Putus Urat Dan Tenaga Urat Besi,
Korbannya Bukan Calang Tak Hilang Dimakan Hari,
Bajakan Jasa-Jasa Mereka Dengan Budi.

(Dato’ Siti Nurhaliza)
Anak Pipit Jangan Tak Dihirau,
Gusar Esok Ke Sarang Si Rimau,
Anak Didik Harusnya Dirisau,
Gusar Esok Engkau Yang Dipisau.

(Korus) (Dato’ Siti Nurhaliza, Kmy Kmo, Luca Sickta )
Dulu Tunggu Diturut Balik,
(Dulu Tunggu Turut Balik)
Dulu Diam Sekarang Celik,
(Dulu Diam Sekarang Celik)
Dulu Tahu Waktu Balik,
(Dulu Tahu Waktu Balik)
Dulu Diam Sekarang Cerdik.
(Dulu Diam Sekarang Cerdik)




Antara nasihat yang memang sangat-sangat terkesan pada diri aku. Memang arwah abah akan pastikan anak-anak ada dirumah setiap malam. 

Rutin dari kecil, masuk je Maghrib berlumba-lumba mengaji, siapkan kerja rumah. 

Dalam otak aku masa tu, mak dana bah pasak yang malam adalah waktu berehat dan beramal. Masa untuk Tuhan. Terima kasih atas didikan mak abah.

"Habis Main Di Tanah, Sebelum Senja Ke Rumah,
Takut Nanti Tersalah, Bawa Pulang Masalah"

Kesimpulan

Syabas, semoga Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo dan Luca Sickta terus diberikan badan yang sihat, dikurniakan ilham yang baik untuk menghasilkan karya yang berkualiti. 

Lirik dan lagu yang macam ni kita perlu untuk tawan hati dan selera anak muda. Dalam berhibur terselit dakwah dan nasihat. 

Lagu seterusnya aku nak kongsi adalah duet M Nasir bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta yang bertajuk Zuhud. Itu lagi level tinggi punya lirik. Aku suka.




Kematian Abam Bocey Yang Dicemburui


Kematian Abam Bocey Yang Dicemburui

Walaupun dah hampir satu minggu Abam Bocey meninggalkan kita yang masih hidup ni, tapi namanya masih lagi disebut-sebut seolah-olah dia masih hidup. Bukan setakat ahli keluarga dan kawan-kawan malah ahli ugama pun memberi ucapan dan doa yang baik-baik tentang beliau. Wangi nama dia disebut penduduk dunia. Sungguh pemergian Abam Bocey amat dicemburui dan memberi kesan kepada semua.

Malah yang tak pernah jumpa tapi sekadar melihat dia buat persembahan di kaca tv sahaja sudah cukup menyentuh perasaan dengan berita kematian arwah. Terkesan juga bila ada peminat cilik arwah yang menangis bila dapat tahu tentang pemergian Abam yang secara tiba-tiba. Sungguh mati itu pasti dan satu rahsia. Kita tahu kita akan mati tapi bila masanya yang menjadi tanda tanya.

Seronok bila ramai yang bercerita tentang peribadi Abam yang sangat baik dan merupakan anak yang soleh. Anak yang sentiasa mengutamakan ibu dan juga adik beradik dia. Tiada satu pun cerita buruk tentang arwah, sungguh Allah jaga aib arwah sehingga akhir usia malah semakin wangi namanya disebut penduduk dunia bila dia pergi menghadap Tuhan.