Lirik Lagu 7 Nasihat Memang Makan Dalam

Korang dah dengar lagu terbaru penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bertajuk 7 nasihat? Lagu ni hasil duet bersama penyanyi Hip Hop Kmy Kmo dan Luca Sickta. Lagu ni baru je keluar minggu lepas dan aku dah mula ketagih dengar lagu 7 Nasihat ni.

Oleh sebab lagu ni ada unsur nasihat dan tinggi sifat kemelayuannya terus aku jadi patriotic dan terasa sopan bila dengar. Bila dengar nasihat dalam lagu ni teringat pesanan mak abah masa besarkan aku. Segala pantang larang, adap budi bahasa macam ulang balik dala kepala otak. Suka lagu ni sebab dia menyentuh perasaan dan rasa ada kaitan. Good job untuk yang terlibat.

Suara Datuk Siti memang tak dinafikan sedap sangat dan sebelum aku kongsi lirik lagu yang aku rasa makan dalam ni meh aku kongsikan tentang rakan duet untuk lagu ni tak lain tak bukan Kmy Kmo dan Luca Sickta. Rupa-rupanya Kmy Kmo dan Luca Sickta merupakan anak didik penyanyi rap Malique.

Nama sebenar Kmy Kmo adalah Lukmanul Hakim manakala Luca Sickta ialah Shameer Ashraf. Loh nama masing-masing sedap weh. Memang terserlah asuhan Malique dalam hasil seni Kmy Kmo dan Luca Sickta. Mereka dah mula aktif dalam industry seni sejak 2015 dan memang ikut langkah jejak Malique yang suka cipta lagu yang puitis tapi sarat maksud.

Suami aku pernah baca artikel tentang cara didikan Malique untuk Kmy Kmo dan Luca Sickta dalam menghasilkan lagu. Katanya dia akan beri satu subjek dan minta Kmy Kmo dan Luca Sickta untuk buat karangan berkenan subjek tu. Perghh ni memang betul-betul intensive training. Agak-agak aku kalau asah macam tu jadi blogger yang berpuitis tak? ahaks.



Lirik Lagu 7 Nasihat


(Dato’ Siti Nurhaliza)
Anak Pipit Jangan Tak Dihirau,
Gusar Esok Ke Sarang Si Rimau,
Anak Didik Harusnya Dirisau,
Gusar Esok Engkau Yang Dipisau.

(Korus) (Dato’ Siti Nurhaliza, Kmy Kmo, Luca Sickta)
Dulu Tunggu Diturut Balik,
(Dulu Tunggu Turut Balik)
Dulu Diam Sekarang Celik,
(Dulu Diam Sekarang Celik)
Dulu Tahu Waktu Balik,
(Dulu Tahu Waktu Balik)
Dulu Diam Sekarang Cerdik.
(Dulu Diam Sekarang Cerdik).

Verse 1 (Dato’ Siti Nurhaliza)
Nak Dilenturnya Buluh Biar Dari Rebungnya,
Kelak Pasti Mereka Kan Terjaga Akhlaknya,
Nak Dibentukkan Tubuh Bukan Dari Bengkungnya,
Susun Atur Mereka Sebelum Kenal Dunia,
Habis Main Di Tanah,
Sebelum Senja Ke Rumah,
Takut Nanti Tersalah,
Bawa Pulang Masalah,
Tak Endah Yang Sekarang,
Cakap Jangan Sebarang,
Elok Awal Dilarang,
Untuk Kau Jadi Orang.

Verse 2 (Rap Luca Sickta + Kmy Kmo)
Satu,
Hendak Berjaya,
Mendada Jangan,
Pastikan,
Jika Malu Bertanya Sesat Jalan,
Biar Lapar Sehari Asalkan Kenyang Bertahun,
Biar Berkerut Dahi Asahkan Minda Ber Alun,

Kedua Semua Nasihat Cam Petua,
Ketua Perlu Jua,Nak Sihat Sampai Tua,
Masuk Semua Benua,
Pelusuk Dalam Luar,
Hormat Tanpa Bersua,
Walau Darjah Sempoa,

Tiga,
Lain Liga Lain Cara,
Elak Geliga Dalam Rasa Media Masa,
Dahulu Kerna Lidah Badankan Binasa,
Sekarang Kerna Mata, Jemari Berbicara,

Cara Bicara Yang Ke 4 Semua Telinga Harus Peka,
Nenek Moyang Yang Nasihat Majoriti Ramai Leka,
Terlena,
Dibuai Mimpi
Dek Dunia Cereka,
Hanyut Dihempas Ombak Tinggi Gah Lupa Mereka,

Lima,
Usah Dikira Kanan Kiri,
Cermin Untuk Diri Kerna Hidup Tiada Siri,
Kerna Hidup Tiada Sisi Bila Hati Mula Hitam,
Lupakan Kisah Silam, Nilam Usah Disiram,

Ku Siram Yang Ke-6 Biar Mekar
Dalam Hati,
Ingati Putus Urat Dan Tenaga Urat Besi,
Korbannya Bukan Calang Tak Hilang Dimakan Hari,
Bajakan Jasa-Jasa Mereka Dengan Budi.

(Dato’ Siti Nurhaliza)
Anak Pipit Jangan Tak Dihirau,
Gusar Esok Ke Sarang Si Rimau,
Anak Didik Harusnya Dirisau,
Gusar Esok Engkau Yang Dipisau.

(Korus) (Dato’ Siti Nurhaliza, Kmy Kmo, Luca Sickta )
Dulu Tunggu Diturut Balik,
(Dulu Tunggu Turut Balik)
Dulu Diam Sekarang Celik,
(Dulu Diam Sekarang Celik)
Dulu Tahu Waktu Balik,
(Dulu Tahu Waktu Balik)
Dulu Diam Sekarang Cerdik.
(Dulu Diam Sekarang Cerdik)




Antara nasihat yang memang sangat-sangat terkesan pada diri aku. Memang arwah abah akan pastikan anak-anak ada dirumah setiap malam. Rutin dari kecil, masuk je Maghrib berlumba-lumba mengaji, siapkan kerja rumah. Dalam otak aku masa tu, mak dana bah pasak yang malam adalah waktu berehat dan beramal. Masa untuk Tuhan. Terima kasih atas didikan mak abah.

"Habis Main Di Tanah, Sebelum Senja Ke Rumah,
Takut Nanti Tersalah, Bawa Pulang Masalah"

Kesimpulan

Syabas, semoga Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo dan Luca Sickta terus diberikan badan yang sihat, dikurniakan ilham yang baik untuk menghasilkan karya yang berkualiti. Lirik dan lagu yang macam ni kita perlu untuk tawan hati dan selera anak muda. Dalam berhibur terselit dakwah dan nasihat. Lagu seterusnya aku nak kongsi adalah duet M Nasir bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta yang bertajuk Zuhud. Itu lagi level tinggi punya lirik. Aku suka.

#Sitinurhaliza #7Nasihat #TujuhNasihat




Post a Comment

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Lebih baharu Lebih lama