Lunch Buffet Di Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Hari tu kami ramai-ramai menikmati lunch buffet di Restoran Rebung Dato Chef Ismail. Tetapi disebabkan jadual yang agak padat, artikel ini sedikit lambat diterbitkan. 

Sudah jadi kebiasaan, mana-mana tempat yang Diah pergi dan boleh beri boleh manfaat kepada yang membaca perkongsian penulisan di blog ni semestinya Diah akan catat untuk kenangan dan rujukan di masa depan.

Restoran Rebung Dato Chef Ismail terletak di Taman Botani Perdana, Jalan Tanglin Kuala Lumpur. Berdekatan dengan Tugu Negara.

Dekat juga dengan Menara Kuala Lumpur. Boleh Hi Tea di Restoran Berputar Atmosphere 360.

Restoran Rebung adalah dimiliki oleh Dato Chef Ismail dan angkasawan Negara kita, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha. 

Suka datang sini disebabkan makanan dan kemudahan parking khas bertingkat dan dekat dengan taman untuk riadah. Jadi lepas makan memang kami singgah ke Taman Botani Perdana.


Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail


Lunch Buffet Di Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Ini merupakan lunch date adik beradik walaupun tak semua dapat commit tapi Diah hargai usaha adik beradik yang sudi luangkan masa hujung minggu.

Kita faham lah bila masing-masing dah ada keluarga, ada komitmen dan ada yang bekerja pada hujung minggu.

Apa pun sesi makan-makan kami cukup meriah. Kebiasaan kami sebelum ni akan buat pot luck. Masing-masing (baca para isteri) akan masak lauk dan bawa menu yang disukai ramai.

Kami akan pilih satu rumah dan makan bersama-sama. Tapi semenjak dua menjak menginjak usia rasa macam penat sangat nak hadap pinggan mangkuk dan kena masak.



family-reunion-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail



Sudahlah hari biasa kena masak untuk keluarga. Penat ya. Jadi ambil jalan mudah kita makan dekat luar sajalah. Mudah bukan.

Nak cari menu yang semua suka dan tempat yang selesa jadi kita pilih makan masakan Melayu kena dengan tekak.

Sebelum ni kami dah pernah beberapa kali makan di Restoran Rebung. Dulu waktu bekerja, syarikat tempat Diah bekerja suka bawa staff makan di Restoran Rebung. 

Pernah jumpa Dato Chef Ismail, memang peramah orangnya. Tak lokek senyuman. Ringan je mulut tu bertanya khabar dan minta feedback.

Rasanya dia dengan staff mesti tegas. Itu tekaan Diah sajalah. Nampak dia punya effort nak pastikan pelanggan datang kenyang dan puas hati.

Dalam entri kali ni, Diah minta maaf tak dapat nak kongsi banyak gambar set up buffet dia. Waktu hari kejadian memang full house.

Dekorasi restoran memang Chef ambil berat sebab nak timbulkan mood tu. Boleh tengok Instagram rebung ya.


lunch-di-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail


Makanan memang banyak dan cukup untuk semua pelanggan. Maklumlah bila dah berjumpa adik beradik, memang tak sempat ambil gambar.



Cara Booking Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Mari Diah kongsikan cara nak booking kalau nak makan di Restoran Rebung Dato Chef Ismail. Nombor telefon restoran boleh guna no ini – 03 -2276 3535 / 2525

Dinasihatkan supaya telefon seminggu awal, paling tidak dua atau tiga hari lebih awal untuk buat tempahan dan jangan walk in sebab ramai pelanggan terutama hujung minggu.


booking-Lunch-buffet-Restoran-Rebung


Untuk kes Diah, kami tempah untuk 20 pax termasuk kanak-kanak. Jadi bilangan kami agak ramai dan waktu buat tempahan, staff dah beritahu yang tempat hampir penuh.

Dia akan cuba arrange supaya kami dapat makan di kawasan aircond atau worst case scenario kami akan dapat meja di bahagian luar berdekatan dengan stall makanan panas. Situ harapkan kipas sajalah.

Tapi dia beritahu juga yang selalu akan ada pelanggan yang batalkan tempahan saat akhir jadi jangan risau.

Diah sedapkan hati dan berdoa dapat tempat selesa cukup dah. Syukur waktu hari kejadian kami dapat duduk di bahagian dalam berdepan dengat stage.

Selalu ada orang buat persembahan, main alat muzik. Dapat dua meja besar. Besar dan selesa untuk kami.

Segala pembayaran dilakukan pada hari kejadian secara tunai. Waktu kami makan, ada staff yang datang untuk sahkan jumlah tempahan dengan jumlah pelanggan yang datang.

Dia beri sekeping resit untuk rujukan waktu pembayaran. Selepas selesai makan baru ke kaunter untuk selesaikan bayaran.

 

Menu Restoran Rebung Dato Chef Ismail


Datang Restoran Rebung Dato Chef Ismail mesti Diah akan makan Kuih Onde-Onde yang dibuat fresh depan mata.

Itu yang menambah kesedapan. Sama juga dengan pisang goreng dan keropok lekor. Cuma kali ni keropok lekor kurang kena dengan selera Diah.


review-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail


Datang sini digalakkan cuba segala jenis menu masakan kampung. Pendek kata semua makanan yang popular ada mewakili pelbagai negeri dalam Malaysia.

Dari segi pilihan memang banyak. Tak terhad kepada nasi sahaja, ada aneka mi, sup tulang, makanan bergoreng, manisan dan kuih kampung, Cendol, dodol dan banyak lagi.



menu-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail


Sekadar untuk penambah baikkan diharap Chef dapat tukar Ikan Patin yang digunakan dalam masakan Ikan Patin Tempoyak.

Ikan dia berbau hanyir. Diah cadangkan untuk guna Ikan Patin Temerloh gerenti sedap. Masakan lain okay saja.

Overall kami kenyang. Puas hati. Sebelum balik sempat bergambar ramai-ramai dekat atas stage. Tahun ini boleh buat lagi tapi kena cari tempat lain pula. Makan steamboat pun okay kan?

 

Celebrate Birthday Suami Di Pizza Hut

Syukur ke hadrat Ilahi. Baru-Baru ni kami celebrate birthday Tuan Suami di Pizza Hut. Branch biasa kami pergi waktu awal-awal kahwin dulu. Dekat dengan rumah.

Macam biasa, lepas beberapa tahun duduk di Klang Valley ni dah tahu branch mana yang sedap dan puas hati dengan service tempat tu.

Serik sebab pernah hadap servis teruk tu yang rajin survey & food hunting. Ada branch yang okay untuk dine in, ada pula branch yang laju bila take away.


Pizza-hut-Wangsamaju


Celebrate Birthday Suami Di Pizza Hut


Sudah jadi kebiasaan, kami akan celebrate setiap ulang tahun kelahiran ahli keluarga. Tak ketinggalan juga kami akan raikan walaupun kejayaan tu kejayaan kecil. 

Sebagai contoh pencapaian akademik cemerlang anak-anak.

Tanda kami menghargai ‘kewujudan’ masing-masing. Nak semaikan dalam diri anak-anak supaya saling sayang menyayangi dan menghargai.



Celebrate-Birthday-Suami-Di-Pizza-Hut

Celebrate bermaksud keluar makan makanan kesukaan mereka yang diraikan. Kalau dapat hadiah dikira bonus.

Kami pilih Pizza Hut sebab kegemaran semua orang. Makan dekat situ panas-panas memang terbaik. 

Ada beza dari segi rasa kalau take away atau delivery Pizza Hut ya. Kalau take away biasanya akan beli Domino


Beez-pepperoni-Pizza-Hut


Oh kalau ikut Kalendar Islam, (1 Sya’ban) merupakan tarikh ulang tahun Kelahiran Tuan Suami. Menginjak ke satu lagi tangga umur. Sedar pun awal pagi tu naik notifikasi di aplikasi Muslim Pro.

Kalau ikut kalendar Georgian, bulan Mei akan datang merupakan tarikh kelahiran suami. Ada rezeki kita sambut lagi sekali.


Pizza-Hut

Pizza-Hut-menu


Memang dalam keluarga kebiasaan, walau tak semua si Isteri lah yang akan catat dan ingatkan ahli keluarga lain. Kami decide keluar celebrate untuk gembirakan hati suami.

Awalnya nak buat surprise tapi dek kesuntukan masa kita buat saja yang termampu. Itu pun suami dah gembira sangat.

Tahun ni suami menginjak 40 tahun. Alhamdulillah. Bak kata pepatah Mat Saleh, live begins at forty. Ah gitu.

First time surprise untuk suami waktu umur dia 32 tahun. Malu betul bila ingat semula. Kelakar pun ada. 

Yelah kan di izinkan Allah untuk hidup selama 40 tahun semestinya banyak pengalaman hidup, ilmu, kemahiran kita perolehi.

Secara logiknya hidup seseorang itu akan jadi lebih baik dari segala sudut. Nikmat mana lagi kita nak dustakan.

Bila kenang balik dari awal perkenalan sehingga kami dah ada tiga orang anak banyak sangat perkara yang jadi.

Kelahiran anak pertama  |  Kelahiran anak kedua  |  Kelahiran anak ketiga

Segala perit jerih, manis masam asam garam perkahwinan kami lalui bersama-sama. Terima kasih Tuhan.



great-time-at-Pizza-Hut

Review Air Coolblog Magical Unicool Series

Masuk tahun baru, Coolblog muncul lagi dengan menu baru. Kali ini, ciptaan menu terbaharu di inspirasikan daripada Unicorn.

Kalau sebut Unicorn mesti terbayang seekor kuda berwarna putih yang memiliki tanduk di kepala. Terkenal di dunia sebagai haiwan mitos yang ada kuasa magik. Selain tu selalu digambarkan sebagai haiwan yang misteri & warna yang ceria dan cantik.


Coolblog-Magical-Unicool-Series


Review Air Coolblog Magical Unicool Series

Jadi bila Coolblog perkenalkan smoothie Magical series mestilah Diah teruja nak cuba. Maklumlah sejak dari kecil lagi Diah memang sukakan Unicorn.

Siri Magical Unicool diilhamkan oleh Unicorn yang melambangkan fantasi dan kisah dongeng, selari dengan objektif dan konsep kempen untuk menghasilkan siri minuman yang akan menceriakan hari-hari pelanggan Coolblog.

Setiap musim ada je perisa baharu keluaran Coolblog. Last hari tu Diah cuba Red Velvet Cheese

Dulu-dulu selalu bayangkan seronoknya kalau dapat jadikan Unicorn haiwan peliharaan. Kelakar betul bila ingat.

review-air-Coolblog-Magical-Unicool-Series


3 Siri Coolblog Magical Unicool

Kali ini, Coolblog memperkenalkan minuman perisa terbaharu iaitu Coolblog Magical Unicool Series, minuman smoothie dengan topping Fluffy Cloud Bits yang akan menyerlahkan lagi kelazatan dan dijangka menjadi kegemaran ramai.

Siri Magical Unicool ini tersedia dalam tiga perisa iaitu Unicool Magical, Unicool Dazzle dan Unicool Twinkle. 

review-air-Coolblog-Magical-Unicool

Memang ikut tema Unicorn air dia berwarna berasaskan rona pelangi. Memang ceria. Topping marshmallow bersaiz mini yang gebu dan berwarna-warni menambah seri.

Kalau nak tahu Unicool Magical merupakan kombinasi perisa strawberi dan Blue Coral yang mencetuskan rasa manis dan lazat.

Coolblog-Magical-Unicool

Unicool Dazzle pula berperisakan keladi dicampur dengan Blue Coral manakala Unicool Twinkle merupakan gabungan perisa keladi serta strawberi.

Dalam smoothie ni pula ada brown sugar pearls, rainbow jelly dan marshmallow Fluffy Cloud Bits mini. Boleh serbu Coolblog dan dijual pada harga RM10.90.


perisa-baru-Air-Coolblog


Peraduan “Can You Spot The Unicorn?”

Sempena pelancaran Air Coolblog Magical Unicool Series, Coolblog mengadakan peraduan mencari Unicorn. Peraduan beli satu percuma satu minuman Coolblog.

Comel betul. Kalau korang sertai peraduan, korang berpeluang menang voucher minuman Coolblog. Cara dia mudah sahaja.


contest-coolblog


Langkah 1: Walk in ke cawangan Coolblog yang mengambil bahagian.

Langkah 2: Imbas Kod QR dan gunakan filter “Can You Spot The Unicorn?”

Langkah 3: Ambil gambar anda menikmati Air Coolblog Magical Unicool Series. Pastikan Unicorn kelihatan dalam gambar.

Langkah 4: Muat naik ke media sosial dan tag di Facebook serta Instagram @coolblogmalaysia (pastikan akaun anda set to public).

Langkah 5:  Pemenang akan dihubungi oleh @coolblogmalaysia  (Terhad kepada satu kod setiap entri, setiap akaun)

Jadi apa tunggu lagi. Jom ke Coolblog dan gunakan Kod QR untuk mendapatkan minuman korang!


Untuk maklumat lanjut tentang Coolblog dan promosi mereka, sila layari:

Laman Web: https://www.coolblog.com.my/

Facebook: Coolblog.my 

Instagram: CoolblogMalaysia

Twitter: CoolblogMY

Review Museum of Illusion Kuala Lumpur

Kalau bercuti di Kuala Lumpur, Museum of Illusions atau Muzium Ilusi merupakan antara tempat menarik untuk dilawati. Sesuai sangat kalau bawa anak-anak. 

Terletak di tengah bandaraya, Muzium Ilusi Kuala Lumpur menawarkan pengalaman interaktif, mengasyikkan dan menyeronokkan untuk semua peringkat umur. 

Pendek kata sesuai untuk kanak-kanak, ibu bapa, pasangan, dan kalau datang sini secara berkumpulan pasti seronok. 

Museum-of-Illusion-Kuala-Lumpur


Review Museum of Illusion Kuala Lumpur

Landmark paling senang, korang cari je Hotel ANSA sederet dengan LOT10. Museum of Illusions ni terletak di Tingkat 1 & 2 Hotel Ansa, Bukit Bintang. 

Kalau naik pengangkutan awam boleh gunakan MRT dan berhenti di stesen Bukit Bintang. Keluar ikut pintu D. 

Muzium dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. 




Museum of Illusion Tempat Best Untuk Dilawati di KL

Pengalaman pertama Diah dan anak-anak ke Muzium Ilusi amat mengujakan. Perasaan keliru, kagum, terhibur dan teruja bercampur dalam masa yang sama. 

Mana taknya bukan semua yang kita nampak tu betul ya. Ada helah di sebalik apa yang berlaku. Hebat betul otak manusia berfungsi. 





Macam persembahan ahli silap mata. Penglihatan manusia kan terhad jadi bila digabungkan dengan teknologi sains dan otak manusia memang betul-betul membuka minda. 



Lepas ni jangan mudah percaya dengan mata yang melihat. 




Nama pun muzium ilusi semestinya muzium ni direka adalah berdasarkan sains, matematik, psikologi dan seni yang membolehkan orang ramai belajar tentang penglihatan dan otak manusia tetapi dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif. 




Tarikan Menarik Di Museum of Illusion 

Muzium Ilusi Kuala Lumpur memang berbeza dari tempat yang pernah Diah lawati sebelum ini. Tak sangka kami habiskan masa lebih dua jam dekat dalam ni untuk selesaikan teka teki dan bergambar. 

Jadi korang yang mencari cara terbaik untuk meluangkan masa bersama anak-anak & keluarga, atau cara unik untuk meluangkan masa berkualiti bersama kawan-kawan kena datang sini. 

Antara tarikan menarik yang ada ialah:

Bilik Permainan Pintar

Membolehkan anda bermain sambil belajar dengan permainan minda dan teka teki pintar yang mencabar minda anda. 


Bilik AMes

Alami ilusi yang memberikan anda pandangan yang berbeza dari segi visual dimana anda boleh kelihatan kecil ataupun besar melalui teknik ilusi visual. 

Anda mungkin kelihatan bersaiz normal tapi teknik ilusi visual ini akan memukau anda memberikan anda pengalaman baru tentang dunia ilusi. 


Hollow Face Illusion, Moving Picture 

Perlu berdiri di hadapan pameran dan perhatikan pameran sambil anda bergerak ke kiri dan ke kanan. 

Tilted Room, Swap Noses, Infinity Room, Vortex Tunnel dan banyak lagi. 


Jangan risau kalau anda tak berjaya selesaikan permainan minda atau teka teki, kakitangan Museum of Illusion Kuala Lumpur sangat ramah bersedia membantu korang. 

Mereka akan tunjuk demonstrasi dan helah untuk ambil gambar supaya nampak ‘real’ dalam gambar. Memang terbaik. 

Untuk korang yang mudah pening atau pun rabun, hati-hati ketika masuk ke Vortex Tunnel sebab dalam tu gelap, dan dinding dia berputar 360 darjah. 

Tapi dalam tu cantik sebab tunnel tu glow in the dark. 


Harga Tiket Museum of Illusion

Tiket dewasa: RM 35 (MyKad) / RM 45 (Non-MyKad)

Kanak-Kanak (5-15 Tahun): RM 25 (MyKad) / RM 35 (Non-MyKad)

Pakej Keluarga: RM 90 (MyKad) / RM 120 (Non-MyKad)

*Termasuk 2 Dewasa, Maksima 2 Kanak-Kanak (5-15 Tahun)



Kesimpulannya, Museum of Illusion Kuala Lumpur adalah antara tempat menarik di KL untuk dilawati. Banyak perkara boleh dipelajari dan paling penting korang tak sempat nak bosan berada dalam ni. 

Fun fact: Museum Of Illusions Kuala Lumpur merupakan salah satu rangkaian muzium persendirian terbesar di dunia dan ada 40 muzium beroperasi di seluruh dunia. 


Untuk keterangan lanjut korang boleh layari website rasmi Museum of illusions atau rujuk laman Instagram https://www.instagram.com/museumofillusions_kl/


Alamat:

Ansa Hotel 1st&2nd floor

101 Jalan Bukit Bintang

55100 Kuala Lumpur

Phone: 03-21102654

info@museumofillusions.my