Makan Pan Mee Mala Soup & Dry Pot

Korang dah pernah cuba makan dekat Mala Soup & Dry Pot? Kalau belum, mari baca pengalaman pertama kali aku cuba makan Mala Soup & Dry Pot di AEON Mall Taman Maluri.

Kebetulan waktu hujung minggu kami melawat Ikhwan dan giliran outing pelajar lelaki, jadi kami bawa dia beli barang keperluan.

Ikut Lokasi, AEON Mall Taman Maluri adalah antara mall yang paling dekat dengan sekolah dia. Malas nak drive jauh sebab waktu agak terhad.

Dekat AEON Mall ni lah aku AEON Content Gempak Search 2023 Competition. 

Dapat keluar selepas Zohor dan sebelum pukul enam petang dah kena berada di dalam kawasan sekolah.


Mala-Dry-Pot-Pan-Mee


 

Makan Pan Mee Mala Soup & Dry Pot

 

Selesai cari barang kami menuju ke food court. Memandangkan jarang datang sini jadi keputusan itu lah paling tepat. Tempat paling mudah dah banyak pilihan makanan.

Selepas fikir banyak kali aku terpedaya lepas tengok presentation Mala Soup & Dry Pot. Waktu kami lalu depan kaunter akak tu siap bagi tester. Ikhwan teringin nak cuba Pan Mee dan aku pula cuba Tomyam Soup Noodle

Agak kena dengan tekak jadi tak salah nak mencuba. Ikhwan memang ikut selera tekak aku. Lain betul dengan ayah dia yang selalu play safe kalau bab makan. Lol.

Mala Hot Pot atau “Ma-La-Tang” adalah sejenis masakan China popular di Provinsi Sichuan yang bermaksud lada dan serbuk cili pedas dengan sensasi kebas. Mala Tang berasaskan konsep “Cepat, Lazat dan Murah”.


Pan-Mee-Mala-Soup-Dry-Pot


 

 

Review Makanan Mala Soup & Dry Pot

 

Review ini adalah mengikut anak tekak aku sendiri. Lebih elok korang cuba sendiri untuk feel yang lebih tepat.

Ikhwan makan Mala Dry Pot Pan Mee dan aku pula cuba Tomyam Soup Noodle Seafood Set dan aku pilih rice noodle. Harga standard dalam mall, pan mee RM 15.90 dan tomyam cost me RM 18.90.

Untuk TomYam aku puas hati tapi tak akan repeat lagi kalau kena buat pilihan. Kuah dia biasa-biasa saja. Tiada tarikan bagi aku.

Dalam mangkuk dapat Udang, Sotong, isi Ikan, cendawan dan bahan-bahan wajib tomyam wajib perlu ada. Kuah dia tak pekat jadi masam tu rasa sedang-sedang saja.


tomyam-Mala-Dry-Pot-Pan-Mee


Makan semangkuk tu memang kenyang lah. Gigih juga aku nak habiskan.

Ikhwan pula gigih nak habiskan Mala Dry Pot Pan Mee sebab memang pedas gila. Dalam mangkuk tu walaupun saiz hidangan kelihatan agak kecil tapi azab nak habiskan.


Mala-Pan-Mee


Orang yang suka makan pedas tiada masalah nak habiskan. Pan Mee dia sedap woi. Kacang tanah, cendawan hitam dan bijan tu bagi tekstur yang rangup.

Walaupun goreng kering macam tu tapi cukup rasa. Ada dua ketul jagung. Tidak terlalu keras dan boleh dikunyah.


Mala-Pot-Pan-Mee


 

Untuk korang nak yang cuba makan Mala Soup & Dry Pot boleh cuba menu kurang pedas dulu. Kalau tak siap sedia air okay.

Bidan Terjun Jadi Coach Futsal Prasekolah

Assalamualaikum. Life currently back to normal punya sibuk. Baru je habis training Futsal dengan Prasekolah dan akhirnya dapatlah bernafas macam biasa.

Sebulan yang lepas aku sibuk hari-hari ke sekolah setiap pagi kena train anak-anak prasekolah untuk persediaan Karnival Sukan Peringkat Negeri Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan kuala Lumpur.

Walupun kemenangan tidak memihak kepada kami, tapi kami kalah bermaruah. Mengalir air mata aku waktu tengok game anak-anak hari tu.

Rezeki team futsal jumpa team yang kuat, game pula main kalah mati. Team netball pula menang round pertama dan kalah di pusingan kedua.

Sengit ya game.

 

Bidan Terjun Jadi Coach Futsal Prasekolah

 

Alhamdulillah sesi latihan berjalan lancar walaupun fasiliti kami serba kekurangan. Aku pula jadi bidang terjun jadi coach untuk futsal.

Well, tepuk bahu sendiri, bangga dengan diri sendiri yang dapat adapt cabaran dengan masa yang terhad.

Ikutkan aku tak pernah main futsal tapi aku suka main bola. Faham tak? Setakat gelecek, passing bola tu aku tahu lah asas dia.

Jadi berbekalkan ilmu tak seberapa dan rujuk latihan dari Youtube dan TikTok aku turunkan ilmu kepada anak-anak.

Sepanjang latihan ada dua perlawanan persahabatan yang kami pergi. Jadi dapat lah rasa perit jerih, perasaan gementar dan kecewa serta rasa manisnya bila latihan membuahkan hasil.

 

coach-futsal-Peringkat-Negeri


Kumpulan Sokongan Ibu Bapa Sekolah


Nak kongsi dalam blog ni supaya nanti boleh ulang baca di masa hadapan. The process and the journey. Macamana aku boleh terjebak jadi coach dan bantu cikgu.

Penglibatan aku adalah secara tidak langsung sebab aku merupakan ahli jawatankuasa PIBG / KSIB sekolah.

Kumpulan sokongan khas ibu bapa yang memang tugas dia sokong sekolah untuk kemenjadian murid. Dekat prasekolah pula, Airis terpilih masuk bola jaring.

Alang-alang sokong dia, aku turun padang juga bantu cikgu.

Ikutkan ini tahun kedua aku pegang jawatan di sekolah. Tahun pertama aku aktif sebab waktu tu Ikhwan darjah enam. Sengaja libatkan diri memandangkan tahun terakhir dia.

Waktu AGM lepas nama aku dicalonkan sekali lagi dan memang awalnya aku menolak. Bagi peluang dekat ibu bapa lain.

Tapi dah takdir, rezeki dan ujian memang untuk aku. Dari dulu dah doa minta aku nak tabur bakti kepada Masyarakat.

Tak kisah wang ringgit, tenaga, idea, Kemahiran. Asal boleh menyumbang kepada tabung akhirat aku kira memang aku akan buat.


Karnival-Sukan-bolajaring-Peringkat-Negeri



Kongsi Pengalaman Manis Jadi Coach Futsal

 

Berbalik kepada cerita latih anak-anak prasekolah ni memang seronok. Hati anak-anak ni bersih, apa kita ajar dia itulah dia akan ikut.

Aku bahasakan diri sebagai Mama Di bila di padang. Suami aku kata, aku train cara keras. Setakat ni belum ada lagi anak-anak yang menangis jadi kira okay lah kan? Lol.

Tapi yang jadi tak seronok ialah kulit muka aku habis jadi sunburn. Huwaaa tak selera pandang muka dekat cermin. Kusam habis weh.

Tangan pun terpalit hitam terbakar. Waktu latihan dekat padang bermula 8.30pagi sehingga 10.00 pagi setiap hari.

Sepatutnya waktu bagus dapat vitamin kan? Aku dah pakai sunscreen SPF 50+ PA++++ setiap hari ya. Sekarang dalam prosess mencari produk untuk brightening semula kulit muka.

Selain kulit yang terkorban, kerja hakiki aku sebagai content creator juga terjejas. Sedaya upaya aku cuba bahagikan masa tapi tak dapat perform juga.

Penat weh, penat menjerit bagi arahan supaya anak-anak faham. Bila dah habis training aku boleh Tarik nafas lega.

Sekarang aku dah boleh susun semula jadual hidup. InshaAllah aku kongsi di lain entri pengalaman latih anak-anak dan bawa anak-anak ke pertandingan.

 

Karnival-Sukan-futsal-Peringkat-Negeri

 

Doa Keluar Rumah – Jom Amalkan

Awak semua yang beragama Islam, tak kira lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau orang dewasa tolong baca doa keluar rumah. Tolong hafal dan amalkan setiap kali korang keluar.

Tak kisah lah korang keluar mencari nafkah, hantar anak ke sekolah atau keluar jumpa kawan. Keluar seorang atau ramai-ramai.

Mulai hari ini jadikan amalan setiap kali keluar baca doa keluar rumah. Pendek je korang. InshaAllah boleh hafal.

 


Doa Keluar Rumah – Jom Amalkan


Alhamdulillah aku dah amalkan doa keluar rumah ni sejak dulu lagi sebab emak selalu pesan. Itu lah nasihat yang keluar dari mulut emak setiap kali balik kampung.

Ajal maut tu memang dah ditetapkan tapi kita ikhtiar mohon perlindungan biar waktu kita dipanggil menghadap Tuhan dengan cara yang mudah.

Tak lain tak bukan kita ini makhluk yang lemah, semestinya kita akan selalu bergantung kepada Tuhan yang satu.

Hendaklah selalu berdoa dan yakin akan diberi petunjuk, dicukupkan dan dilindungi.

Aku terpanggil nak kongsi doa keluar rumah sebab masih lagi bersedih tentang kes kematian Nur Farah Kartini dan aku yakin satu Malaysia simpati dan mendoakan beliau.


 

doa-keluar-rumah


Maksud Doa Keluar Rumah – Rumi

 

Dalam hadis dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan keutamaan doa ini,


إِذَا خَرَجَ الرَّجُلُ مِنْ بَيْتِهِ فَقَالَ بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ، قَالَ: يُقَالُ حِينَئِذٍ: هُدِيتَ، وَكُفِيتَ، وَوُقِيتَ، فَتَتَنَحَّى لَهُ الشَّيَاطِينُ، فَيَقُولُ لَهُ شَيْطَانٌ آخَرُ: كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ هُدِيَ وَكُفِيَ وَوُقِيَ؟


”Apabila seseorang keluar dari rumahnya kemudian dia membaca doa di atas, maka disampaikan kepadanya: ‘Kamu diberi petunjuk, kamu dicukupi kebutuhannya, dan kamu dilindungi.’

Seketika itu syaitan-syaitan pun menjauh darinya. Lalu salah satu syaitan berkata kepada temannya,

’Bagaimana mungkin kamu boleh mengganggu orang yang telah diberi petunjuk, dicukupi, dan dilindungi.’ (HR. Abu Daud 5095, Turmudzi 3426, dan disahihkan al-Albani)

 

Doa Keluar Rumah:

“Bismillahi Tawakkaltu ‘Alaallahi Laa Haula Wa Laa Quwwata Illa Billah”

Maksudnya:

Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah.

 

maksud-doa-keluar-rumah


Salam Takziah Untuk Keluarga Nur Farah Kartini

Sayu sangat hati dengar berita tentang arwah Nur Farah Kartini yang hilang dan kemudian mayatnya ditemukan di Felda Gedangsa, Kuala Kubu Baharu dipercayai dibunuh.

Suspek telah ditangkap dan sekarang Polis tengah buat kerja. Tersebar pula spekulasi tentang berang jadi punca jenayah berlaku. Masih perlu dirungkai oleh pihak polis. Siasatan masih berlangsung.

Jadi kita doakan yang baik-baik supaya sisasatan berjalan lancar, pembelaan dapat ditegakkan. Ah sedih.


kronologi-nur-farah-kartini


Tengok video peguam dekat TikTok, dia terangkan yang kes pembunuhan macam ni boleh jadi macam-macam dari segi pembelaan.

Bila berlaku kes bunuh, suspek boleh beri hujahan yang baik  untuk melepaskan diri dan bagi alasan tidak sengaja bunuh, tiada niat nak membunuh atau dia bertindak sebab provokasi.

Orang belajar undang-undang lebih arif lah bab ni. Apa pun sebab tu peguam ingatkan supaya masyarakat tidak masuk campur dan elak sebarang spekulasi.

Bila baca kes arwah Nur Farah Kartini rasa sebak sangat. Walaupun tak kenal tapi tetap terasa kehilangan beliau.

Orang baik kan, semua perkara yang baik je yang berlegar. Suspek pun dah ditahan oleh pihak polis. Biar lah pihak berwajib jalankan tanggungjawab mereka.



 

Semoga perkongsian kali ini; doa keluar rumah memberi manfaat kepada korang yang membaca. Hidup di dunia yang kejam dan kurang kasih sayang amat menakutkan. Orang baik ramai sayang. 

Salah Jatuh Hukum, Jangan Cepat Melatah

Tadi baca berita tentang penangkapan pasangan pempengaruh, ditahan reman untuk bantu siasatan untuk kes salah guna kuasa.

Rasanya ramai dah tahu sebab sah-sah terpampang muka pasangan terbabit di serata media sosial. Tangan digari, pakai baju warna oren.

Satu benda je terlintas dekat otak aku bila tengok video tu, aku jatuh kasihan pada anak-anak mereka. Ya Allah anak sekecil itu, Tuhan pilih untuk di uji.

Ujian juga untuk orang sekeliling. Kalau ikut latar belakang keluarga, pasangan pempengaruh tu bukan calang-calang orang.


dont-judge


 

Salah Jatuh Hukum, Jangan Cepat Melatah

Ikut bacaan, pihak yang tahan ialah SPRM di bawah Seksyen 23 Akta SPRM, salah guna kuasa. Banyak maklumat dan penerangan korang google lah sendiri ya.

Dalam entri aku ni bukan aku nak ajak berdebat siapa betul dan siapa salah. Bukan juga nak buka ruang untuk kutuk pasangan pempengaruh ni.

Siapalah kita. Manusia lemah yang tunggu masa je untuk di uji. Jadi jangan cepat melatah. Takut nanti salah hukum. Apa kuasa kita nak hukum mereka.

Biar lah pihak yang layak je tentukan hukuman sewajarnya.


simpati-empati



 

Bukan Pentaksub - Salah Faham Status Thread


Aku ada menulis berkaitan pasangan ni di thread. Memang aku luahkan yang aku rasa kasihan dekat anak-anak yang terlibat.

Tiada nak ulas salah laku atau kritik individu tapi lebih kepada perasaan kemanusiaan. Aku bukan pentaksub pempengaruh tu ye.


Salah-Jatuh-Hukum-Jangan-Cepat-Melatah


Pernah jumpa face to face masa PestaBuku tahun lepas. Tak singgah pun reruai dia dan tak beli pun buku mereka.

Tapi aku agak terkejut dengan respond dekat thread. Risau ya dengan manusia. Anak kecil tu tak bersalah pon tapi masing-masing terikut emosi marahkan mak ayah mereka.

Jatuh hukum dekat anak yang tak berdosa. Weh janganlah kesalahan mak ayah tu jatuh dekat anak-anak pula.


pentaksub-pempengaruh


Nilai lah sendiri. Belum kena batang hidung atau keluarga sendiri. Aku bukan back up pempengaruh tu, aku kasihan dekat anak dia yang tak tahu apa-apa tu. 


komen-netizen

Dah kenapa pula nak bandingkan anak kena tinggal tepi jalan. Kalau nak compare kena la bandingkan Apple dengan Apple. 

Again aku kasihan dekat anak je. 


komen-negative-netizen

Dia boleh samakan kesalahan dan tunding jari dekat anak kecil tak berdosa. Weh apa masalah manusia sekarang?

Mereka tiada kuasa nak pilih siapa yang jadi mak ayah mereka tau. Again! Tolong jangan serang mana-mana akaun yang tinggalkan komen ‘kurang perasaan manusia’.

Aku bukan cari gaduh. Aku masih kekalkan kewarasan dan balas thread yang aku rasa layak untuk aku balas Sahaja.

 

 

 

Gelap Masa Depan Anak-Anak


Aku bayangkan esok anak tu besar dia lah yang akan pikul beban tu. Dengan perangai masyarakat kita yang mudah menghukum ni nampak gelapnya masa depan tu.

Mesti akan kacau emosi punya. Hidup dalam dunia tanpa sempadan ni menakutkan. Apa yang terpampang di internet akan kekal di internet selamanya.

Sebab tu aku selalu ingatkan anak-anak dan keluarga. Jaga tingkah laku, jaga adab. Doa selalu kita dijauhkan dari perkara yang memudaratkan.

 

Sekali lagi aku ingatkan diri aku supaya tidak mudah menjatuhkan hukum. Tidak terlalu beremosi bila berhadapan situasi macam ni. Kalau bukan kita yang di uji, anak keturunan kita panjang lagi umur kalau Tuhan izinkan.