Moment Of Silence Bagi Seorang Ibu

Assalamualaikum. Entri kali ni aku nak berkongsi tentang apa yang aku lakukan untuk melepaskan segala tekanan selepas seharian menghadap karenah anak dan juga kerja rumah yang tak pernah habis. 

Korang pernah dengar tentang moment of silence? 

Selalu moment of silence yang orang selalu buat adalah berdoa untuk mereka yang terkorban, ditimpa musibah dan paling kerap orang buat masa dalam majlis serta diminta sedekahkan AlFatihah untuk mereka yang telah pergi.

Moment Of Silence Bagi Seorang Ibu 


Mohon maaf kalau ayat aku tunggang langgang eh, bahasa mudah nak faham moment of silence ni kita bertafakur atau berdiam seketika mengingati dan mendoakan yang baik-baik untuk mereka yang berada dalam kesusahan atau sebagai tanda peringatan untuk mereka yang telah pergi.
 



A moment of silence is a period of silent contemplation, prayer, reflection or meditation. Similar to flying a flag at half-mast, a moment of silence is often a gesture of respect particularly in mourning for those who have died recently or as part of a tragic historical event. Moment of silence sometimes referred to as a minute’s silence. – Wikipedia.


Moment of Silence Untuk Seorang Suri Rumah


Aku tak pasti dalam adat Melayu atau ada tak benda alah ni sebab tengok omputih je banyak buat. Kalau dalam Islam similarity dia Muhasabah diri dan sedekahkan Fatihah pada arwah la kan? 

Dan dalam entri ni aku nak kaitkan Moment of Silence dengan Seorang Suri Rumah. 

Macamana activiti ni membantu aku dalam mendapat ketenangan. Aku baru practice moment of silence sejak beberapa bulan lepas dan aku gembira yang aku lebih positif dan lebih bertenaga. 

Jadi suri rumah banyak benda yang perlu dikorbankan, paling banyak perasaan sendiri. Jangan salah sangka dengan statement aku ya, tak bermaksud ibu bekerjaya tak korbankan perasaan sendiri. Chill ok.
 

Moment Of Silence Oleh Rodiah Amir


Basically, apa aku buat dalam sesi moment of silence adalah aku ambil masa untuk aku duduk bersendirian which is dalam bilik, pasang kipas, malapkan lampu dan berbaring. Handphone letak tepi.

Aku akan make sure makan malam suami dah disediakan, anak-anak dalam keadaan baik dan aku akan minta izin suami untuk bersendiri.

Moment of silence aku tak lama sangat, sebab aku kan orang penting. Mana boleh bersendirian lama sangat nanti anak aku cari. Lol. Jadi aku akan ambil masa 10-15 minit untuk meratapi, rehat sebentar, dan sedekahkan Fatihah untuk diri sendiri.

Waktu Moment Of Silence aku akan cuba buang sebanyak mungkin segala vibes negatif yang aku kumpul. Kadang-kadang berjaya dan kadang-kadang tidak. Biasalah kan, manusia. Cliché sangat alasan.

Masa awal-awal suami ingat aku protes malas jaga anak. Lama-lama dia faham Moment Of Silence aku adalah untuk aku berehat sekejap dan charge tenaga.

Kesimpulanya, setiap orang punyai cabaran dan cara berbeza untuk dia lepasi kehidpuan seharian. Bagi sesetengah orang tak perlu ada moment of silence pun tak apa. 

Tapi bagi aku yang jiwa cepat terusik, maki hanya di hujung bibir memang amat memerlukan masa bertenang seketika. 

Macam tu lah aku tempuh kehidupan sehari-hari sebagai suri rumah sepenuh masa. Korang pula? Ada Moment Of Silence tak? Ke tak sempat nak stress ni? cayalah.

Sambut Hari Bapa Dengan Kek Dari Baiwago Plus Café

Assalamualaikum. Sambutan hari bapa tahun ni lebih istimewa sebab dapat hadiahkan En suami dengan kek khas dari Baiwago Café sempena Hari Bapa. 

Tahun ni rezeki En suami dapat la belanja dia kek sedap. Dia yang pilih sendiri kek coklat tu, kalau ikut tekak aku mestilah aku pilih ada unsur keju tapi tu lah tak jadi hari bapa lah kan kalau aku yang pilih. Hahaha.

Sambut Hari Bapa Dengan Kek Dari Baiwago Plus Café




Aku suka betul pendekatan yang dilakukan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri bila menjawab persoalan dari orang awam tentang hukum menyambut Hari Ibu Bapa. Penerangan dia untuk setiap soalan tu lebut dan berhemah je.

Aku kalau ikut kan mana ada tradisi sambut Hari Ibu atau Hari Bapa ni. Sambut sebab aku nak tunjuk kan dekat anak-anak cara menghargai ibu bapa, ahli keluarga dan orang tersayang sementara mereka masih ada. 

Boleh eh Sambut Hari Bapa?


Suami selalu sebut, kasih sayang tak perlu ditunjuk tapi boleh dirasai. Eh tidak ya, zaman sekarang kasih sayang kena tunjuk, kalau tidak kasih sayang tu akan kusam, muram je jadinya perhubungan. Begitu sangat beza perangai laki dengan bini. Hahaha.

Harapnya nanti bila anak-anak dah dewasa dan ada duit dapatlah kiranya mereka belikan aku hadiah, bawa melancong, belanja makanan yang sedap-sedap di setiap tarikh-tarikh penting dalam hidup kami satu keluarga. Ingat ya anak. Korang lupa siap la.



Kek Baiwago Sempena Hari Bapa


Sempena memperingati Hari Bapa, Bawaigo Plus Café Malaysia ada menjual tiga kek Khas yang disediakan untuk Bapa. Kek ni limited edition tau, jadi apa salahnya korang belikan untuk bapa korang atau bapa kepada anak korang.

Super Dad Quote = Some people don't believe in heroes’ coz they haven't met my super dad
Vanilla cake with Cheese Mouse & Milk Pudding

Classy Dad Quote = Anyone can be a father, but it takes someone special to be a classy dad.
Coffee coated black forest cake

Diligent Dad Quote = A truly rich man is one whose children run to his arms, even when his hands are empty.
Chocolate cake with brown sugar QQ Jelly filling.



Suami pilih kek yang ada hiasan spanar dan skru tu. Selain dari perisa coklat yang memang anak dia suka aku syak dia nak hiasan atas tu. 

Boleh makan ok, tu semua diperbuat daripada coklat sebenar. Jadi aku kagum dengan kemahiran baker mereka. Rasa kek yang lembut dan coklat yang padu. 

Elemen jelly dalam kek tu memang tambah tekstur bila kita kunyah ada rasa kenyal-kenyal. Maka sedap lah. Itu ikut tekak aku la, kang marah pulak bila korang rasa tak kena tekak.


Baiwago Plus Café ni ada lima cawangan yang korang boleh pergi, memang cafe yang korang boleh lepak dan minum coffee. Selesa pon selesa. Ada dekat Kuchai Lama, KLIA2, SS2, Eko Sky dan Puchong. Nak tahu lebih lanjut boleh rujuk website mereka ok. 

Website Baiwago Plus Cafe



Ucapan Untuk Suami Sempena Hari Bapa

Sempena Hari Bapa, yang aku jarang sangat nak sambut tapi percayalah setiap hari adalah hari untuk berkasih sayang dan mengingati serta menghargai jasa dan segala pengorbanan En Suami. rasanya suami tak baca blog aku jadi tak apa lah. 

Kalau tak geli-geli rasa. Terima kasih di atas setiap kasih sayang, wang ringgit, masa dan perasaan. Dah itu tugas seorang bapa dan suami kan. Siapa suruh kahwin? Eh ni nak gaduh ke bagi ucapan? Ok Bye nak sambung makan kek.


Ais Krim Onde Onde Dari King’s Inspirasi dari Kuih Tradisional

Assalamualaikum. Korang dah cuba ais krim King’s Potong Onde Onde? Ini merupakan perisa paling latest dari King’s Potong. 

Di inspirasikan dari kuih tradisional iaitu Onde Onde atau nama lain dia Kuih Buah Melaka. Dulu aku adik beradik akan dapat makan Kuih Onde Onde ni masa bulan puasa je. 

Sekarang dah banyak orang jual tak kira bulan apa pun. Dalam banyak-banyak Ais Krim King’s Potong yang pernah aku cuba, perisa Teh Tarik dan Onde Onde ni berjaya menambat hati aku. 

Ais Krim Onde Onde Perisa Terbaru Dari King’s Potong Inspirasi dari Kuih Tradisional 

Cukup lemak dan tak terlalu manis. Tu kalau ikut tekak aku la. lain orang lain selera. Rasa Ais Krim King’s Potong Onde Onde ni sebiji rasa Kuih Onde Onde yang sebenar, tapi bertambah sedap sebab dia sejuk. 

Ada gula Melaka dekat tengah-tengah. Siap ada kelapa parut.



King’s Potong Onde Onde


Korang boleh dapatkan Ais Krim King’s Potong Onde Onde ni dekat pasaraya dan kedai serbaneka. Hari tu masa balik Melaka, dekat Jasin kami tak jumpa pula. Sold Out agaknya. 

Balik Pahang baru berjaya beli. Harga satu batang Ais Krim King’s Potong Onde Onde ialah RM2, dan satu kotak ada enam batang berharga RM11.


Pendapat Aku Tentang King’s Potong Onde Onde

Personally bagi aku tak rugi nak cuba Ais Krim King’s Potong Onde Onde terutama untuk mereka yang suka makan macam aku ni. Tapi makan berpada-pada ya. 

Next perisa yang aku nak cuba ialah Ais Krim King’s Potong Cempedak dan Ais Krim King’s Potong Pulut Hitam. 

Korang dah cuba?


Resepi Kuih Keria Viral Keria Tower

Aku rasa tak layak pon nak share resepi, Sebab bukan menjadi sangat kadang-kadang. Jadi or sedap kat tekak aku tak bermakna jadik kat tekak orang lain kan?

Orang tengah sibuk buat kuih keria antarabangsa dari Melaka tu. Tak payahlah nak drive jauh jauh ke melaka nak beli kuih ni kan. Banyak la belanjanya kan. Nak kena beratur lagi tengah panas.

Resepi Kuih Keria Viral Keria Tower 

Itu tahun lepas. Tahun ni belum datang angin viral. Aku tak teringin pon saja nak jadi sebahagian benda viral. Supaya Suami nampak aku rajin dan bagus. Gitu. 


Mula-mula beli Sweet Japanese Potato ni nak buat puri Raudah. Sekali Raudah tak boleh makan. Meragam perut. Maka dengan apa yang ada kat dapur jadilah keria comel.



Bahan-bahan:

Untuk Keria

Rebus Keledek 200gram dan lenyekkan.
Uli dengan tiga sudu tepung gandum + 1 sudu Soda Bikarbonat.
Aku suka buat kecik-kecik dan goreng api slow dan minyak panas.
Fail goreng maka tak sedapla Keria kau.

Untuk sira:

Brown sugar, gula batu dan sedikit air, dan sedikit garam. Cairkan garam + Gula jatuhkan keria yang dan digoreng dan golekkan.
Longgokkan atau kau hias la Keria macam tower.

Tips:
  • Jangan banyak sangat tepung nanti Keria kau boleh jadi batu.
  • Tak suka manis tak payah letak letak Gula batu semasa Sira. Aku saja nak cuba.
  • Keria tak leceh macam donut kena tunggu bagai. Boleh rebus, uli dan goreng, dan makan.