Throwback 12 Tahun - Kau Pergi Jua

Rodiah Amir
1
Assalamualaikum. 

Malam ni sempat mengimbau dan jenguk kembali draft lama. Entah baru tergerak nak tengok semula entri aku pernah kongsi. 

Entri ni aku dah pernah publish dan kemudian aku revert to draft. Bila baca semula, rasa tersentuh hati. Ikut tarikh asal diterbitkan adalah pada 2 Jun 2011. 

Lebih 12 tahun la maksudnya perkongsian aku. Tahun kedua aku jadi isteri dan waktu ni aku Tengah mengandung anak pertama. Jadi alang-alang tu aku throwback. 


Throwback 12 Tahun - Kau Pergi Jua

Okay kali ni entry tentang bayi. Ada kisah sedih aku nak share. Ni tentang housemate aku, Kak Rose yang aku kenal lebih kurang dua tahun duduk serumah waktu bujang masa aku start keje dekat KL. 

Waktu tu aku menyewa di Flat WangsaMaju Seksyen Satu. Flat betul-betul belakang food court dan dekat dengan tapak bazar Ramadan Wangsamaju. 

Kak Rose berkahwin awal setengah tahun dari aku. Duduk pun berjauhan dengan suami masa tu. dia kerja di KL manakala suami kerja di Langkawi. 

Oh ya kami kiranya senasib sebab waktu awal perkahwinan aku dan suami pun tidak tinggal Bersama. Waktu tu suami masih berniaga di Melaka dan aku kerja di KL. 


Long-distance-relationship-married-couple




Pindah Ikut Suami

Sayang nak berpindah akhirnya housemate aku ni bagi tempoh 2 tahun duduk berjauhan. Kiranya LDR. Mereka dah janji. 

Jika dalam tempoh 2 tahun masing-masing tak dapat tukar tempat kerja housemate aku akan mengalah la. 

Maksudnya dia berpindah ikut suami. Aku panggil housemate aku kak Roses. Kak Roses sangat baik. Seronok and aku dah anggap dia macam kakak aku sendiri. 

Sambung semula cerita kak Roses. Setelah tempoh 2 tahun sampai ke penghujung maka dia dengan rela hati berpindah ke Langkawi tempat suami dia bekerja. 


Long-distance-relationship





Orang Pertama Tahu Berita Mengandung

Masa tu aku sempat berkongsi kegembiraan dengan dia aku mengandung sebulan lebih. Dia yang suggest kat aku untuk beli pregnancy test kat Guardian. 

Dia teman sebab aku malu + nervous. Alhamdulillah dia orang pertama aku bagitahu resultnya. Aku positif mengandung. Alhamdulilah. 

Tak lama selepas tu kami berpisah. Kak Rose di Langkawi dan aku meneruskan kehidupan dan stay dengan suami aku.

Tak lama dia berpindah dia merungut yang period dia terlewat 3 hari. Maklumlah excited nak mengandung jugak aku rasa. 

Tak lama tu dia cepat-cepat beli pregnancy test dan buat pengesahan kat private clinic. Siap scan bagai. Ok bagi aku normal. 

Sebab masa aku mengandung pun scan camtuh. Tapi kandungan kak Roses kecik sangat masa tuh, baru nak masuk sebulan kot.

Aku turut gembira yang dia jugak mengandung. Alhamdulillah, atleast aku ada kawan nak berkongsi cerita dan tip. Hampir setiap hari aku tetap menghubungi dia melalui YM. 


Terima Berita Duka - Keguguran

Hubungan kami baik. Sampai la semalam, aku terlalu sibuk dengan kerja, aku terlupa online. Dan kak Rose betul- betul perlukan aku masa tuh.

Pagi tadi aku dapat offline message dari kak ros. Pendek dan tersangkut-sangkut penggunaan bahasanya:

“Baby dah tak ada”..”akak operate petang ni”..kau cuti ker?”

Lebih kurang macam tu la ayat dia. Aku tersentak. Cepat-cepat aku bukak Fb dan tangok wall status dia. Kecewa. Sedih. Tergamam. Semuanya milik Allah. Dari Dia kita datang kepada Dia kita kembali. 

Walaupun kak Roses nampak kuat tapi aku tahu dia menangis semahunya. Dia tak sempat bagitaw mak ayah dia, risau katanya. 

Now keadaan dia selepas operate tadi (aku xtaw nama khas utk cuci perut tu) dia semakin ok. Oleh sebab kelalaian klinik kerajaan lambat aturkan temujanji dengan pakar (sebelum kejadian dia refer klinik kerajaan sebab bila kali kedua scan baby tak nampak) dia dijangkiti virus. 

Pusat dia bernanah. Skang dibawah pemerhatian lagi. nasib dia dan suami refer to private clinic, if tak sampai skang baby dia dalam perut. Nak tunggu klinik kerajaan nampaknya lambat sangat.

Pada awal kehamilan dia disahkan ada Diabetes. Kesian sungguh dia ulang alik ke klinik cucuk dan amik darah setiap 4 jam. 

Lama jugak dia macam tuh. pernah dulu dia kata bila aku tanya tak sakit ke selalu cm ni, dia just jawab “demi baby akak sanggup”. 

Bila aku kenangkan semua perbualan aku dengan dia air mata memmang nak tumpah. Sedih.


Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. sedihnya baca entry ni...mmg org ckp mgkn da bkn rezeki tp kes ni ada pihak yg cuai.smga dia tbh n redha.:(

    BalasPadam
Catat Ulasan