Lunch Buffet Di Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Rodiah Amir
6

Hari tu kami ramai-ramai menikmati lunch buffet di Restoran Rebung Dato Chef Ismail. Tetapi disebabkan jadual yang agak padat, artikel ini sedikit lambat diterbitkan. 

Sudah jadi kebiasaan, mana-mana tempat yang Diah pergi dan boleh beri boleh manfaat kepada yang membaca perkongsian penulisan di blog ni semestinya Diah akan catat untuk kenangan dan rujukan di masa depan.

Restoran Rebung Dato Chef Ismail terletak di Taman Botani Perdana, Jalan Tanglin Kuala Lumpur. Berdekatan dengan Tugu Negara.

Dekat juga dengan Menara Kuala Lumpur. Boleh Hi Tea di Restoran Berputar Atmosphere 360.

Restoran Rebung adalah dimiliki oleh Dato Chef Ismail dan angkasawan Negara kita, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha. 

Suka datang sini disebabkan makanan dan kemudahan parking khas bertingkat dan dekat dengan taman untuk riadah. Jadi lepas makan memang kami singgah ke Taman Botani Perdana.


Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail


Lunch Buffet Di Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Ini merupakan lunch date adik beradik walaupun tak semua dapat commit tapi Diah hargai usaha adik beradik yang sudi luangkan masa hujung minggu.

Kita faham lah bila masing-masing dah ada keluarga, ada komitmen dan ada yang bekerja pada hujung minggu.

Apa pun sesi makan-makan kami cukup meriah. Kebiasaan kami sebelum ni akan buat pot luck. Masing-masing (baca para isteri) akan masak lauk dan bawa menu yang disukai ramai.

Kami akan pilih satu rumah dan makan bersama-sama. Tapi semenjak dua menjak menginjak usia rasa macam penat sangat nak hadap pinggan mangkuk dan kena masak.


family-reunion-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail


Sudahlah hari biasa kena masak untuk keluarga. Penat ya. Jadi ambil jalan mudah kita makan dekat luar sajalah. Mudah bukan.

Nak cari menu yang semua suka dan tempat yang selesa jadi kita pilih makan masakan Melayu kena dengan tekak.

Sebelum ni kami dah pernah beberapa kali makan di Restoran Rebung. Dulu waktu bekerja, syarikat tempat Diah bekerja suka bawa staff makan di Restoran Rebung. 

Pernah jumpa Dato Chef Ismail, memang peramah orangnya. Tak lokek senyuman. Ringan je mulut tu bertanya khabar dan minta feedback.

Rasanya dia dengan staff mesti tegas. Itu tekaan Diah sajalah. Nampak dia punya effort nak pastikan pelanggan datang kenyang dan puas hati.

Dalam entri kali ni, Diah minta maaf tak dapat nak kongsi banyak gambar set up buffet dia. Waktu hari kejadian memang full house.

Dekorasi restoran memang Chef ambil berat sebab nak timbulkan mood tu. Boleh tengok Instagram rebung ya.

lunch-di-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail

Makanan memang banyak dan cukup untuk semua pelanggan. Maklumlah bila dah berjumpa adik beradik, memang tak sempat ambil gambar.


Cara Booking Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Mari Diah kongsikan cara nak booking kalau nak makan di Restoran Rebung Dato Chef Ismail. Nombor telefon restoran boleh guna no ini – 03 -2276 3535 / 2525

Dinasihatkan supaya telefon seminggu awal, paling tidak dua atau tiga hari lebih awal untuk buat tempahan dan jangan walk in sebab ramai pelanggan terutama hujung minggu.


booking-Lunch-buffet-Restoran-Rebung

Untuk kes Diah, kami tempah untuk 20 pax termasuk kanak-kanak. Jadi bilangan kami agak ramai dan waktu buat tempahan, staff dah beritahu yang tempat hampir penuh.

Dia akan cuba arrange supaya kami dapat makan di kawasan aircond atau worst case scenario kami akan dapat meja di bahagian luar berdekatan dengan stall makanan panas. Situ harapkan kipas sajalah.

Tapi dia beritahu juga yang selalu akan ada pelanggan yang batalkan tempahan saat akhir jadi jangan risau.

Diah sedapkan hati dan berdoa dapat tempat selesa cukup dah. Syukur waktu hari kejadian kami dapat duduk di bahagian dalam berdepan dengat stage.

Selalu ada orang buat persembahan, main alat muzik. Dapat dua meja besar. Besar dan selesa untuk kami.

Segala pembayaran dilakukan pada hari kejadian secara tunai. Waktu kami makan, ada staff yang datang untuk sahkan jumlah tempahan dengan jumlah pelanggan yang datang.

Dia beri sekeping resit untuk rujukan waktu pembayaran. Selepas selesai makan baru ke kaunter untuk selesaikan bayaran.

 

Menu Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Datang Restoran Rebung Dato Chef Ismail mesti Diah akan makan Kuih Onde-Onde yang dibuat fresh depan mata.

Itu yang menambah kesedapan. Sama juga dengan pisang goreng dan keropok lekor. Cuma kali ni keropok lekor kurang kena dengan selera Diah.


review-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail

Datang sini digalakkan cuba segala jenis menu masakan kampung. Pendek kata semua makanan yang popular ada mewakili pelbagai negeri dalam Malaysia.

Dari segi pilihan memang banyak. Tak terhad kepada nasi sahaja, ada aneka mi, sup tulang, makanan bergoreng, manisan dan kuih kampung, Cendol, dodol dan banyak lagi.


menu-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail

Sekadar untuk penambah baikkan diharap Chef dapat tukar Ikan Patin yang digunakan dalam masakan Ikan Patin Tempoyak.

Ikan dia berbau hanyir. Diah cadangkan untuk guna Ikan Patin Temerloh gerenti sedap. Masakan lain okay saja.

Overall kami kenyang. Puas hati. Sebelum balik sempat bergambar ramai-ramai dekat atas stage. Tahun ini boleh buat lagi tapi kena cari tempat lain pula. Makan steamboat pun okay kan?

 

Catat Ulasan

6Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. sama la kita cerita dah lama peram pun tetap nak share. hihih. menarik jugak lunch buffet tu.

    BalasPadam
  2. ramai ckp sedapp mknan kat sini tp ciknur tak penah lg try

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada rezeki boleh try. Banyak masakan Melayu. Ada yang masak on the spot tu seronok

      Padam
  3. betul diah..dah berusia ni, penat nak masak lepas tu mengemas pinggan mangkuk..so paling senang, makan kat luar macamni bila nak makan ramai-ramai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak. Dah kenyang perut boleh balik berehat

      Padam
Catat Ulasan