Lunch Di Ayam Gepuk Pak Raden HQ

Rodiah Amir
2

Masih lagi tak boleh move on dengan percutian kami di Alor Setar. Kali ni Diah nak kongsikan pengalaman kami makan tengahari di Ayam Gepuk Pak Raden HQ, Restoran Mama yang terletak di Jalan Sultanah Kedah.

Pertama kali cuba dan baru tahu tentang kewujudan Ayam Gepuk Pak Raden HQ. Dekat Kedah banyak cawangan Ayam Gepuk Pak Raden ni ya.

Kalau di Kuala Lumpur, selalu dengar orang makan di restoran Ayam Gembus je. Sungguh sedikit pengetahuan diri ini.

Macam-macam jenis eh ayam ni. Ayam Gepuk, Ayam Penyet, Ayam Kicap 3 Budak Gemuk. Masing-masing ada peminat tersendiri.

Bercuti Ke Alor Setar dan kami menginap di Hotel Grand Alora 3 Hari Dua Malam. 


Ayam-Gepuk-Pak-Raden-HQ-Alor-Setar



Lunch Di Ayam Gepuk Pak Raden HQ

Kami singgah makan Ayam Gepuk Pak Raden HQ lepas selesai jalan-jalan di Menara Alor Setar. Rancangan awal nak makan Nasi Kuning tapi masa amat mencemburui.

Memandangkan lokasi Ayam Gepuk Pak Raden ni satu hala balik ke Kuala Lumpur jadi anggap saja memang rezeki kami sekeluarga.

Waktu kami sampai sekitar jam satu petang. Ada pelanggan yang dah siap makan dan bergambar di hadapan kedai.


Ayam-Gepuk-Pak-Raden-HQ


Tak lama lepas tu kedai mula dipenuhi orang ramai. First impression bila melangkah masuk ke kedai ialah rasa teruja. Kedai dia luas, kemas dan bersih.

Susun atur kedai pun menarik. Tandas dia besar dan bersih. Disediakan juga surau untuk digunakan oleh pengunjung.

Kaunter bayaran dan ada dapur yang berasingan. Lagi teruja bila nampak salah satu dapur dia buat open kitchen.

Nampak la sotong celup tepung saiz XL di susun dalam pinggan. Dekat sini menu sotong diberikan nama Sotong Gajah. Sebab saiz dia yang besar. Bertambah lapar jadinya. Dekat sini konsep dia layan diri.


Ayam-Gepuk-Pak-Raden



Signature Menu Ayam Gepuk Pak Raden HQ

Duduk je di meja, pelayan akan beri buku menu, kertas dan pensel. Pilih makanan yang kita nak dan kemudian boleh buat pesanan di kaunter bayaran.

Singnature menu Pak Raden ialah Nasi Ayam Gepuk, Nasi Sotong Gajah, Maggi Ayam Gepuk & Maggi Sotong Gajah. Boleh pilih set single, set kid, set couple atau set family.


set-nasi-Ayam-Gepuk-Pak-Raden-HQ
]


Meriah betul menu, rasa macam nak cuba semua. Pilihan sambal dia pula ada tiga tahap; Biasa, Pedas dan Extra Pedas.

Tapi kami ambil jalan selamat makan sambal biasa je takut sakit perut dalam perjalanan. Tak mahu ambil risiko. Naya nak cari tandas dan la jalan raya sesak.

Kami ambil Nasi Sotong Gajah set single dan Combo yang ada Ayam Gepuk dan Maggi Sotong Gajah termasuk dua air. Untuk anak kecil kami pesan Honey Popcorn Nasi Ayam. Tambah lagi air bandung dan sirap limau.


Nasi-Sotong-Gajah Ayam-Gepuk


Kalau tak mahu makan nasi boleh makan Chili Pan Mee. Maaf tak dapat nak kongsi lebih sebab kami fokus makan nasi.

Anak-anak pun enjoy waktu makan dekat sini. 


Honey-Popcorn-Ayam-Gepuk


Harga Ayam Gepuk Pak Raden HQ

Murahnya lah makanan dekat Utara ni. Geram je rasa. Jumlah bil untuk kami adalah RM 76.68 termasuk service charge.

Nasi Sotong Gajah set single – RM17

Set Combo – RM 38

Honey Popcorn Nasi Ayam – RM10

Bandung – RM 3

Sirap Limau – RM 3

Dalam set Ayam Gepuk dan Maggi Sotong Gajah lengkap dengan tempe goreng, kobis, timun dan sup. Dapat juga Keropok sayur.

Memang tersandar kekenyangan lepas makan. Kalau ada rezeki kami nak singgah lagi. Penduduk sekitar mesti dah tahu tentang kewujudan Ayam Gepuk Pak Raden HQ ni.


Kedai-Ayam-Gepuk-Pak-Raden-HQ-Alor-Setar


Jadi aku cadangkan untuk yang bercuti di Kedah tolong singgah dan support kedai ni. Layanan bagus, makanan cepat, environment dia pun nice, makanan pun sedap.

Berbaloi untuk dicuba. Nak datang sini waze saja Ayam Gepuk Pak Raden HQ. Alamat lengkap Diah kongsi dekat bawah.

Jalan Sultanah, Taman Bayu, 

05350 Alor Setar, Kedah

HP: 019 - 9531690

 

Catat Ulasan

2Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Boleh tahan portionnya..Berbaloi dengan harga kalau gitu..huhu..Teringin maggi Sotong gajahhh

    BalasPadam
  2. betul Diah, bila travel ni nak makan pedas-pedas tak berani. nak cari tandas, naya. tmbh yg tahap udah tak tahan sangat tu..jalan selamat, pilih makanan yg sedang-sedang je rasa pedas. biasa lah lidah melayu. nak juga pedas sikit..hehe..

    BalasPadam
Catat Ulasan