Kisah Hari Raya Kami – Melaka & Pahang

Rodiah Amir
14

Lebih sebulan asyik on off menulis. Bermula sebelum puasa lagi sehinggalah dah masuk seminggu Syawal. Baru hari ini gagahkan diri untuk kembali aktif. Rindu nak menulis tapi apakan daya tenaga dan masa asyik tak mencukupi.

Sebelum terlambat Diah nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin untuk semua. Apa khabar Syawal korang? Cerita pagi raya ada tak? harap okay sahaja.


Kisah Hari Raya Kami – Melaka & Pahang

Alhamdulillah cerita raya 2023 Diah berjalan lancar sahaja. Anak-anak semakin membesar dan semakin faham serta semangat nak sambut raya.

Tahun ini giliran beraya di rumah mentua dahulu, di Melaka. Tahun ni tiada kejutan macam tahun sudah, tarikh hari raya sama dengan jangkaan dalam kalendar Georgia.

Jumaat pagi kami bertolak balik ke Melaka dan seronoknya lebuhraya PLUS tak sesak. Rezeki dapat berbuka dengan keluarga mentua.

Persiapan raya kami dah mula awal jadi tahun ni kurang penat dan terkejar-kejar. Fokus hanya puasa dan nak balik raya.

raya-pertama-di-melaka


Hari Raya Pertama 2023 – Raya Di Melaka

Sampai je dekat rumah MIL dah mula sibuk siapkan juadah raya. Tolong kakak ipar siapkan bahan-bahan memasak. Cuci balang dan masukkan biskut raya.

Menu hari raya pertama kami ialah nasi impit, ayam pencen masak rendang, kari daging, ayam kurma untuk anak-anak, dan juga kuah kacang.

Tahun ni seronok sangat sebab berkesempatan solat raya Aidilfitri berjemaah. Berpeluang solat dengan anak-anak sekali.

solat-sunat-aidilfitri

Mudah sangat sebab surau tak jauh dari rumah mentua. Airis dan Raudah paling teruja sebab ini pengalaman pertama mereka.


sembahyang-raya

Selesai solat, siapkan anak-anak dan seperti tahun-tahun sudah rumah mentua selalu jadi persinggahan sanak saudara.

Tema baju Raya pertama tahun ni ialah Navy Blue. Baju lelaki beli dekat Butik Omar Ali, anak perempuan beli di Butik Sireh Pinang dan Diah beli dekat TikTok Shop.

Berkesempatan juga ke rumah pakcik makcik dan selebihnya kami beraya di rumah sahaja. Melaka panas ya, tapi tak mematahkan semangat kami bergambar dekat luar.

Lighting cantik haruslah digunakan sebaiknya. Malam tu kami check in homestay yang berdekatan. Ambil kesempatan untuk tempah homestay demi keselesaan semua dan mentua pun faham.

Sebelum ni pernah - check in di Hotel Bestari, Jasin Melaka - bila ramai-ramai balik kampung. 

Raya kami sederhana saja, ada adik beradik suami yang terpaksa bekerja pada hari raya pertama. Emak dan ayah mentua redha saja.

Baru perasan tiada satu pun gambar juadah Raya. Sibuk bersiap dan makan saja. 


Hari Raya Kedua 2023 – Raya Di Pahang

Siap berkemas di rumah mentua, sambung pula gosok baju untuk raya kedua. Tema baju Raya kedua kami suami isteri pilih warna Olive. Anak-anak pula belikan baju lebih santai (Padini & Brands Outlet).  

Ikut giliran, tahun 2023 tahun adik beradik perempuan beraya di rumah mentua terlebih dahulu.

Jadi memang tak dapat ambil gambar 10 orang adik beradik dan bermaafan di pagi raya. Tunggu kalau ada rezeki tahun depan.

Pagi tu selepas sarapan kami bertolak balik ke Pahang. Risau tersangkut dalam kesesakan kena bertolak awal.

raya-kedua

Tahun ni terpaksa waze dan ikut jalan lain sebab jalan biasa kami lalu sesak tak ingat. Puncanya pemandu takut nak keluar simpang ke jalan utama.

Syukur walaupun ikut laluan berbeza, perjalanan kami dipermudahkan. Selepas empat jam dalam kereta kami selamat sampai ke destinasi.

Bila dah sampai rumah sendiri memang kena terus bertugas. Baru je duduk di meja makan, saudara sebelah arwah abah sampai.

Kebetulan emak dan adik beradik lain balik kampung, ziarah kubur arwah atuk dan yang ada dekat rumah hanya adik bongsu dan kakak ipar.

Kami sajalah yang berperang siapkan juadah dan melayan tetamu. Menu raya kedua ialah laksa Utara disamping juadah utama rendang ayam, lemang dan nasi impit.

Tiga buah kereta kesemuanya. Segan gila nak layan tapi terpaksa la. Adik bongsu awal lagi dan angkat bendera putih.  

Malam tu pula keluarga makcik sebelah emak pula sampai. Memang tradisi keluarga sebelah emak (adik emak), mereka akan menziarah rumah adik beradik sehari suntuk.


raya-di-kampung


Bertolak dari Selangor, bermula dengan berkumpul di rumah pakcik di Temerloh, kemudian singgah di rumah emak kemudian teruskan perjalanan ke Bahau sebelum pulang ke rumah.

Bermusafir dan menggunakan 24 jam di bulan Syawal sebaik mungkin. Peluang setahun sekali digunakan sebaik mungkin.

Keadaan sama pada hari Raya ketiga. Menerima kunjungan saudara mara dan kami jamu bihun sup untuk tetamu.

Nak kongsi berita baik dengan semua, emak ditemani adik bongsu Diah akan menunaikan umrah dan penerbangan dijadualkan pada 29 April ini.

Raya keempat masing-masing dan pulang ke sarang dan emak kami bawa sekali ke rumah abang di Negeri Sembilan.

Decide untuk recycle je baju raya pertama. Nak bawa baju banyak-banyak nanti kena tambah luggage. Pakai saja apa yang ada. 

raya-keempat

Mudah urusan nak menghantar ke lapangan terbang nanti cadangnya. Minta doakan emak dan adik Diah mudah urusan dan selamat pergi dan balik.

Alang-alang tu kami beraya di Bahau, rumah saudara sebelah emak. Tahun lepas tak dapat beraya bersama. Tahun ni tunaikan hajat emak jumpa sanak saudara. 

raya-di-bahau

Apa pun seronok sangat kisah raya kami di tahun 2023. Setiap pengalaman, setiap saat dan kenangan akan dikenang sampai bila-bila.

Catat Ulasan

14Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. selamat hari raya...blk kampung perjalanan lancar alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah tahun ni smooth saja perjalanan

      Padam
  2. selamat hari ray, maaf zahir batin
    alhamdulillah..meriah sgt raya tahun nie...seronok leh berkumpul ramai2 & jenjalan raya semua...kannn

    BalasPadam
  3. kenapa menu raya hari kedua kebanyakannya laksa haha cantik lah baju raya tema blue black

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah kunjung-mengunjung di hari raya itulah yang seronoknya. Selamat hari raya Aidilfitri Diah dan keluarga serta mohon maaf zahir dan batin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari raya, tahun ni meriah berbanding tahun yang sudah

      Padam
  5. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin

    BalasPadam
  6. seronoknya beraya. selamat hari raya dear.

    BalasPadam
  7. slmt hari raya
    seronok kan dpt blk beraya bersama keluaga
    hilangg penat hadap jem janji bertzmu saudara mara

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Lagi seronok dapat jumpa sedara mara

      Padam
Catat Ulasan