Assalamualaikum. Cuti sekolah lepas aku ke klinik kesihatan di kampung untuk cabut gigi geraham. Alhamdulillah, dengan izin Allah urusan dipermudahkan walaupun aku datang sebagai pesakit walk-in.
Setahu aku, kebiasaannya rawatan
pergigian tertentu perlu melalui temujanji terlebih dahulu. Kena check MySejahtera.
Aku nekad nak cabut gigi sebab
gigi geraham bahagian bawah ni pernah sakit teruk dulu. Siapa pernah mengalami
sakit gigi mesti faham macam mana seksanya bila sakit tu datang menyerang.
Sebelum ni aku dah mendapatkan
rawatan di Klinik Pergigian UKM dan nama aku juga telah dimasukkan dalam
senarai menunggu. Tapi, senarai
pesakit panjang sangat. Nurse dah cakap paling cepat nak dapatkan rawatan ialah
tiga bulan.
Maka kalau korang duduk di kawasan luar bandar
dan kurang sibuk maka hargailah peluang yang korang dapat tu ya. Dah la murah
tak perlu berebut pula. Nikmat mana lagi yang kau dustakan.
Nekad Walk-In Cabut Gigi
Aku pilih hari Jumaat, di
penghujung cuti sekolah untuk buat cabutan gigi. Sengaja tunggu sampai hujung
cuti sekolah kerana tak mahu rasa sakit terseksa mengganggu masa bersama
keluarga di kampung.
Proses pendaftaran sangat mudah.
Aku daftar di kaunter dan dikenakan bayaran RM1 sahaja untuk yuran pendaftaran.
Yang paling seronok, boleh kira dengan jari jumlah
pesakit jadi urusan berjalan lancar dan tempoh menunggu pun tidak lama.
Ikutkan ini kali kedua aku ke klinik pergigian bila balik kampung.
Pilihan Antara Rawatan Akar Atau Cabut Gigi
Sebelum buat keputusan, aku
pernah berbincang dengan doktor di Kilinik Pergigian UKM mengenai pilihan
rawatan yang ada. Keadaan
gigi aku, tampalan bocor dan 50-50 untuk diselamatkan.
Hasil x-ray, doktor simpulkan, aku diberikan dua pilihan sama ada meneruskan rawatan akar atau cabut gigi. Oleh sebab tempoh rawatan akar yang agak panjang dan keadaan gigi ketika itu, aku pilih untuk cabut je gigi ni.
Bukan keputusan yang mudah
sebenarnya, tetapi aku rasa itu pilihan yang paling sesuai untuk situasi aku
ketika itu.
Proses Cabutan Gigi Geraham
Sebelum rawatan bermula, doktor terangkan tentang
proses cabutan. Oleh sebab gigi geraham jadi doktor pesan awal-awal kalau terasa
sakit yang tak boleh ditahan semasa doktor cabut boleh tambah bius.
Aku ambil dos tambahan untuk bius sebab takut
sakit. Bila fikir semula rasa ngilu pula. Juga rasa menyesal sebab beri kesan
kepada proses penyembuhan.
Alhamdulillah, dengan izin Allah
proses cabutan berjalan dengan baik. Secara keseluruhan, dalam sejam je semua
siap.
Masih Dalam Proses Penyembuhan
Hari ini dah masuk hari keenam
proses penyembuhan. Alhamdulillah
tak susah, tak juga mudah. Paling terasa, bila tak dapat makan macam biasa dan
ubat tahan sakit jadi best friend aku.
Kena banyak sabar. Apa pun, aku
bersyukur kerana semuanya dipermudahkan dan semoga kesihatan yang baik ini
berterusan dengan izin Allah.
Insya-Allah dalam entri seterusnya aku kongsikan pula pantang larang serta perkara yang aku buat selepas cabut gigi geraham. Mudah-mudahan ada manfaat untuk sesiapa yang tengah tunggu hari untuk cabut gigi.

