Dugaan Sebelum dan Selepas Berkahwin, Yang Dah Alami Mesti Faham

Orang yang dah kahwin dah ada anak macam aku mesti faham entri aku tulis kali ni. Maksud aku faham ialah akan tersenyum bila apa yang aku tulis macam terkena tempias kat diri sendiri. 

Macam biasa, sangatlah normal blogger akan tulis based on their experience. Macam aku jugak la. Ni apa aku rasa sebelum dan sesudah kahwin.

Ada yang geng tak? lol. Saja suka-suka sharing okeh dan please aku tak tujukan kepada sesiapa. Cerita diri sendiri juga ni. 


Dugaan Sebelum dan Selepas Berkahwin

Berjimat.

Masa bercinta ingat bila berkahwin akan dapat jimat duit, masa, minyak kereta dan seangkatan dengannnya. 

Yelah bila bercinta kena keluar duit makan sebab makan luar, nak dating kena bawak kereta, jenjalan semua.

Dah kahwin rupanya nafsu lagi tinggi nak makan itu ini, beli tak ingat dunia dan masak kat rumah. Lenguh badan shopping barang dapur kononnya. 

Membazir bila tak habis makan, habis tenaga sebab bertungkus lumus nak siapkan dish sebijik macam chef dalam tivi masak, tapi rasa out. aduh kecewa. 



Sentuhan Elektrik

Bila syaitan sibuk duk hasut buat maksiat memangla tak boleh bersentuhan antara satu sama lain. Getaran nya mak aih Allah je yang tahu. Godaan tak payah cakap la. Kadang-kadang kalah gak. 

Mata bersinar bak mutiara, bau badan yang wangi, muka dicalit lipstick semua. tiap kali kulit bersentuhan tiap kali tu la kena renjatan elektrik. Itu yang konon-konon nak cepat kahwin ikut sunnah elak dosa.

Bila dah dapat full license nak sentuh satu sama lain, voltan letrik dah jadi slow dah. Nak-nak pas dapat anak. 

Feel tu dah tak macam masa bercinta. Syaitan dah tak da mood nak goda. Dah halal. Dah tak da masalah. Perfume, make up semua tolak tepi. Alasan; malas.

Itu sebab bahaya kalau diri tak kuat. Nauzubillah minta jauh la keturunan buat benda tak senonoh. 



Suprise.

Bila tarikh-tarikh penting macam anniversary couple, birthday, tarikh kali pertama keluar dating mesti sambut. Macam WAJIB. 

Akan mesti dapat message jiwang, penuh dengan harapan dan doa untuk hubungan. Rasa macam bahagia dunia kami yang punya.

Tapi bila dah depan mata, hidup jadi separa kucar kacir, busy nak handle hidup laki bini plus anak so tarikh-tarikh yang biasa di sambut tak akan ingat dah. 

Nak wish pun malas. Hari-hari depan mata jadi lupa. Patutnya senang nak ingat and celebrate.

Itu jela yang aku rasa benda-benda yang dah berubah bila status aku berubah. Dari bujang jadi bini orang then jadi mak orang. 

Cepat betul masa berlalu. Sedar-sedar aku dah ada anak satu. Dari ada abah aku dah tak da abah. Ok yang tu sedih. 

Betul ke apa yang berlaku dalam hidup satu kebetulan?

Penat badan gila hari ni. Tak sabar nak sabtu nak rehat badan, otak bagai. Nak bersenang lenang kat rumah. Minggu ni minggu aku bertemu orang-orang pelik dalam kehidupan. 

Masa lunch aritu jumpa kak Maimon, pagi tadi jumpa awek Olympia, semalam jumpa lelaki gatal. Banyak-banyak orang aku terjumpa/terborak semuanya macam kebetulan aje. 

Betul ke apa yang berlaku dalam hidup satu kebetulan?

Ada ke kebetulan dalam kehidupan kita ni. Macam lunch aritu aku jumpa kak Maimon masa aku lunch sengsorang, aku tumpang meja dia, dan dia start cite-cite pasal kerja and sempat bagi nasihat suh kerja elok-elok. 

Suh jaga prestasi etc. ok gak atleast tak da bosan aku ngadap makanan sengsorang. Yang aku nak cite bukan orang-orang yang aku jumpa tapi apa yang berlaku dalam kehidupan manusia. Setiap yang berlaku dah ditakdirkan, so after this takdala keluar ayat ‘eh kebetulan betul dapat itu ini’. 

Tiada Istilah Kebetulan Dalam Hidup

Kebetulan jumpa seseorang. Sebab apa yang berlaku memang dah ditakdirkan oleh yang Maha Kuasa. Macam skrip cerita melayu la kan, kita tak leh mengubah takdir. Sebab skrip tu la ramai orang tak membangun. 

Mana tak nya sebab masing-masing guna alasan dah takdir so biar jela. Tapi Allah ada kata, tak sesiapa boleh mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri. So marilah berubah. Janganlah asyik salahkan takdir aje.

Note: tadi selepas subuh aku doa mintak kat Allah permudahkan urusan hari ni, Alhamdulillah baik semuanya. Berjalan lancar. Rajin-rajinlah berdoa dan sedekahkan alfatihah pada kedua ibu bapa. 

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Baru tergerak hati nak kongsikan pengalaman bersalin haritu. Pengalaman bersalin anak pertama yang aku rasa agak serik. Kenapa serik? Korang baca la sendiri. 

Rasa macam tamau ingat pengalaman tu hihiih. Sakit betul la. Tapi untuk kenangan aku kongsikan juga dalam blog.

Korang jangan risau pula lepas baca. Orang kata setiap orang pengalaman dan prosess bersalin adalah tidak sama. Aku ni tak tahan sakit jadi aku cepat la serik. Konon la serik. 

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Anak pertama aku dilahirkan pada bulan kegembiraan semua orang iaitu pada bulan Syawal. Orang sibuk nak raya time tu lah dia nak keluar makan lemang juga. Lol.

Sedikit throwback, aku berkahwin pada 2 Oktober 2010. Arwah abah meninggal pada tahun yang sama iaitu 29 Disember 2010 dan masa tu juga aku tahu aku sedang mengandung anak pertama. 

Mak aku kata, anak aku ni pengganti dan pengubat rindu arwah abah. Mana mungkin boleh ganti kan?



Bergembira Di Hari Raya

Dalam otak aku dah set awal-awal untuk bergembira di hari raya. Oleh sebab dah dapat EDD jatuh pada bulan Syawal, iaitu pada hari raya kelima dan memang giliran tahun pertama adalah giliran beraya di kampung aku di Pahang jadi dah ambil keputusan untuk bersalin sahaja di hospital Temerloh. 

Dah tak fikir nak bersalin di hospital swasta atau nak balik bersalin di KL. Tak kuasa ok.
Bagus juga kami ambil keputusan tu sekurang-kurangnya less problem nak fikir pilih hospital swasta yang ok dekat Pahang. 

Kawasan rumah aku pon kawasan luar bandar jadi pilihan nak bersalin di hospital swasta agak terhad. Tahun pertama beraya sebagai suami isteri dan juga memegang title ibu bapa ya. 

Pengorbanan besar dibuat oleh suami sebab dia tak dapat sambut raya dengan keluarga di Melaka. Keluarga pun dah nasihatkan jangan travel jauh dan elak tersangkut dalam kesesakan jalan raya.

Aku seronok beraya dan makan dengan jayanya pada hari pertama. Aku berdoa sangat biarlah aku dapat merasa segala juadah raya sebab lepas tu aku dah kena berpantang. 

Allah makbulkan permintaan aku jadi makan lah aku sepuas hati segala lemang dan ketupat. Masuk hari raya yang ke dua, tarikh 31 August 2011, aku masih lagi gigih dan excited untuk sambut raya di kampung sebelah arwah abah. 

Kami konvoi adik beradik dan cuba habiskan beraya di rumah adik beradik arwah abah. Sempat la jenguk keluarga Pak Ngah, Mak Teh, Acik Ani dan Pak Ucu.  Cuma rumah Pak Jang sahaja yang kami tak sempat singgah.

Dah rancang hari raya ke tiga, otak masing-masing dah plan raya ke 3 akan berkonvoi ke rumah saudara sebelah mak pulak. 

Yelah dah EDD konon Raya ke 5 kan? Siang tu kami ke Negeri Sembilan. Habis puas beraya kami sampai rumah dalam pukul 11 malam lebih kurang.

Penat tuhan je yang tahu. Masa tu dah berdoa agar bersalin raya ke 4 atau raya ke 5 supaya aku dapat beraya sekali lagi di Bahau. 

Tak sempat nak beraya dengan Wan Chik lagi. Hari tu banyak betul tangga tinggi aku kena turun naik. Maklumlah rumah kampung Negeri Sembilan, pengaruh Minangkabau punya design. Tangga berderet.

Bersalin Di Hari Raya Ketiga

Kalau dah namanya raya memang tiada istilah tidur awal untuk kami satu keluarga. Lepas selesaikan bersihkan diri kemas apa yang patut ahli keluarga yang lain duduk melepak tengok tv sebelum masuk tidur. 

Sebab penat sangat aku cuci muka, dan tukar baju t-shirt and kain batik. Kalau ikutkan suami memang mengantuk tapi segan dengan ipar duai yang lain if masuk tidur awal. 

So aku melepak sengsorang dalam bilik. Elok je aku duduk dekat hujung katil tiba-tiba aku dengar bunyi letusan kecil. Tak tahu nak terangkan bunyi tu. 

Masa tu masih lagi blur ya. hahhaha aku syak air ketuban aku pecah walaupun aku tak pernah tahu air ketuban tu macam mana. Terus menjerit panggil mak.

Masa ni otak dah fikir, perjuangan sudah pun bermula. Memang masing-masing kecoh la nak jadi hero. Kelakar la hai.  Masa tu dah masuk 1 September 2011, pukul 1 pagi air ketuban pecah. 

Aku suruh suami ambil beg dan menuju ke hospital. Abang ipar dan kakak aku yang nombor dua temankan aku ke hospital. Terima kasih Kak Mah. Risau suami panik dan dia rabun teruk kalau nak drive.


Hari Kelahiran Anak Pertama

Secara rasaminya pada hari raya ke 3, kami sampai di hospital pada pukul 2 pagi. Suami sangat kalut sampai dia dia langgar semua bonggol masa tolak wheelchair aku masuk kat registration room.

Lepas selesai urusan pendaftaran, aku kena duduk di wad sementara. Masa tu sakit contraction masih belum kuat tapi air ketuban tak berhenti keluar lagi. 

Dalam pukul 3.25 pagi, doctor check heart beat baby guna mesin CTG. Aku penat beraya jadi baby tak kurang aktif. Kemudian, doktor check bukaan dan baru 1 cm. 

lepas check bukaan tu aku tak senang duduk dah. Sakit contraction menyerang. Perasaan malu mengeluh sakit hilang sebab aku risau tentang sakit nak bersalin terlebih.

Alhamdulillah bukaan cepat, bermula 1cm, 3cm, 4cm, dan kemudian 8cm. Masa 8cm masa tu dah dekat pukul 7 pagi. Sakit dia Tuhan je yang tahu. Sebelum tu, nurse bagi aku keluar jumpa suami dan aku duduk skejap dengan akak aku yang teman pergi hospital. 

Nurse suh sabar sebab bilik bersalin penuh. So if aku nak terberanak macamana sekalipun aku kena hold sebelum nurse sediakan bilik lain.

Dalam hati aku menyumpah, aku tahu tak baik tapi aku tak tahan dan takut. Mulut tak dapat nak baca apa-apa surah dah sebab tahan sakit, aku lupa weh. Aku menangis. 

Asyik berzikir dan memang tak tahan aku suruh nurse check bukaan lagi sekali. Nurse baru kalut bila bukaan aku dah cecah 8cm. dia ingat aku main-main kot tak tahan sakit.  

Untuk bersalin aku ditempatkan di dalam bilik khas sebab bilik bersalin semua penuh. Hari Raya pun penuh orang. Memang aku sorang je bersalin dalam bilik tu. Kebetulan pagi tu juga doktor bertugas tak available, yang ada tengah sambut baby dekat bilik lain.

Masa inilah bidan (ketua nurse kot pangkat dia) yang tolong sambut baby dan tolong aku bersalin. Aku tak pasti cuma aku berdoa semua mudah dan selamat je masa ni. 

Agak kelam kabut sebab pengalaman pertama aku nak bersalin mana tahu kan.

Nurse suruh angkat dan bengkokkan lutut, dan kemudian pegang pergelangan kaki. Dapat bayangkan? Sambil pegang sambil teran. Masa ni sumpah aku blur dan tenaga memang dah habis nak meneran. Bila dapat teran aku pula teran dengan teknik yang salah.

Teran yang betul adalah teran macam nak buang air besar (teran nak keluarkan sesuatu). Nurse kata aku teran dekat leher dan muka je yang lebih. Entah aku tengah sakit mana aku nak tahu teran atas ke bawah.

Sejak pukul 7 pagi aku masuk, hampir 15 minit aku belajar dan cuba untuk teran. Nurse dah beritahu, dia bagi masa dalam satu jam untuk aku meneran dan bersalin, kalau tidak dia kena buat cara lain which is bergantung kepada kedudukan bayi aku.

Terus la aku jadi takut sebab aku tak mahu caeseran. Adehla. Terus aku takut and cuba sebaik mungkin. Memang gila aku teran. Entah kali ke berapa aku meneran aku dengar nurse cakap nak gunting sikit ya nak tolong baby keluar ni.

Aku tak sempat jawab apa-apa dah lantak kau nak buat apa (cakap dalam hati) ok dengar dia gunting kat bawah tu. Ngeri ok. Suami tak putus asa suruh aku mencuba. 

Dia usap kepala and cium dahi. Insaf dia sekejap. Aku siap suh dia tolong tarik kaki aku sekali sebab tak larat sangat dah. 

Suami masuk di saat-saat akhir aku nak bersalin. Aku syak nurse suruh bagi sokongan sebab aku macam nak putus asa. Andaian aku la.

Pukul 7.35 pagi, aku dengar bunyi ‘plop’ baby keluar. Tapi tak dengar tangisan bayi pun. Masa tu cepat-cepat nurse amik gunting tali pusat pastu dia letak bayi di dada and dia kata ni ‘bonding’ ye. Supaya anak kenal ibu dia. Mcm first touch antara ibu dan anak.

Tapi anak aku tak menangis. Aku dah start risau. Anak aku lemas ke? sebab lama stuck kat ‘pintu’, aku asyik tak jadi push je. Aku perasan baby aku warna biru. 

Then nurse bergegas bawak baby ke bilik lain. tak putus-putus aku doa agar bayi tak apa-apa.
Nurse arahkan suami tunggu di luar. Dalam hati aku berdoa semoga anak aku sihat dan selamat. 

Alhamdulillah selamat urusan aku bersalin. Syukur anak aku pun tiada masalah. Lepas bersalin proses seterusnya ialah kena jahit.

Memang jahit inilah punca aku serik untuk bersalin. Paling banyak bahagian bersalin, kea jahit adalah pengalaman paling sakit dan aku tak mahu ulang. 

Seingat aku tiada suntikan tahan sakit diberikan, memang aku tersentak bila dia jahit terutama bahagian kulit. Allahuakbar.

Selesai doktor periksa jahitan dan lain-lain baru aku dapat jumpa baby untuk pemberian susu pertama. Masa tu dah pukul 10 pagi. 

Perasaan indah yang tak dapat digambarkan. Masa tu aku masih di atas katil dan diletakkan di penjuru bilik bersalin menunggu nurse bawa ke wad biasa.

Memang macam pelarian aku rasa tapi aku tak peduli sebab rasa indah sangat masa tu dapat baring bersama anak. Masa beri susu memang sangat kekok. Kelakar semua ada. Tak sangka dah jadi seorang ibu. Alhamdulillah syukur untuk setiap yang Allah aturkan.

Baca Pengalaman Bersalin Anak Kedua ~ Jarak Lima Tahun Dengan Kelahiran Pertama

Pengalaman Melahirkan Anak Ketiga ~ Adik Kakak

Ready Ke Nak Kahwin?

Salam. Kali ni aku nak bercakap pasal perkahwinan dari kaca mata aku. Itu maksudnya adalah 100% pendapat aku berdasarkan apa yang aku lalui, rasa dan apa yang aku nampak di sekeliling aku. 

Aku di ijabkabul pada 2 October 2020, tahun lepas. Kalau kira dengan jari baru je nak masuk 8 bulan aku berkahwin. la baru 8 bulan apesal aku rasa dah macam bertahun tahun?

Betul Ke Ready Nak Kahwin?

Pernah tengok drama melayu kan? Yang mak bapak kecoh bila anak lelaki or anak perempuan yang reject untuk kahwin awal atau lebih mementinkan kerjaya dari perkahwinan. 

Korang rasa kenapa lah makhluk-makhluk ni tak nak berkahwin? Macam-macam alasan akan keluar, nak enjoy dulu la, tak cukup duit lagi, tak jumpa pasangan yang memahami dan beribu alasan terkeluar dari mulut.



Bagi aku yang dah dan tengah melalui zaman perkahwinan ni sedikit sebanyak aku jumpa jawapannnya. 

Aku rasa aku macam perempuan normal lain yang melalui fasa kehidupan. Berjumpa, bercinta, berkahwin, dan punya anak (ni otw). 

Apa maksud perkahwinan sebenarnya. Dari segi istilah dan bahasa aku tak sempat nak google so aku kongsi jela istilah perkahwinan dari sudut pandangan aku. 

Berkahwin maksudnya kesediaan menerima dan berkongsi. Kalau boleh menerima dan berkongsi maksudnya anda layak untuk berkahwin. Manusia kat dunia ni dilahirkan dengan ego. 

Ada yang tinggi macam KLCC, ada yang sederhana, dan ada yang turun naik ikut keadaan. 

Kebolehan menerima dan ego amatlah berkait rapat. Sebagai contoh bila berkahwin; tema langsir rumah. 

Isteri nak warna cream tapi lelaki bertegas nak warna coklat. Ego akan masuk campur bila kena buat keputusan. 

Sampai bermasam muka bila pasangan tak dapat terima idea yang diberi. Walhal perkara remeh je. Bila terkeluarnya soalan; kenapa aku harus ikut cakap pasangan aku?  

Pilihan aku lebih baik, dan aku tak akan mengalah, tu tanda-tanda ego semakin menguasai diri. 
Matlamat sama cuma jalan ke arahnya berbeza.

Yang kedua berkongsi. Kongsi harta benda, kesukaan, perasaan dan segala-galanya. Sanggup berkongsi? Sanggup berkorban untuk mendapat sikit daripada biasa?

Dalam hal yang mudah seperti beli barang-barang pun boleh jadi isu. Bayangkan suami kurang mampu menyediakan nafkah zahir; bila isteri beli baju baru menggunakan duit sendiri, secara automatik isteri akan teringatkan suami. 

Kalau masa bujang boleh beli baju berharga rm100 sehelai, tapi bila bersuami, isteri mula berkongsi . dah berkahwin isteri akan beli baju rm50 sehelai dan belikan suami baju rm50 jugak. 

Kesudian isteri untuk berkorban dan berkongsi yang penting. If korang dah boleh buat macam tu maknanya korang dah layak nak fikir hal kahwin ni. Kalau rasa belum, korang enjoy la dulu hidup solo ni.

Aku bagi contoh yang simple-simple je; sebab hal yang simple la membuatkan pasangan bergaduh. Memang la masa bercinta dulu sanggup berkorban apa saja, kalau makan boleh share 1 set McD makan berdua, dah berkahwin jangan haraplah. Mana cukup babe. Hahhahahah. 

Bila bercinta kita akan berjumpa sekejap je, paling lama pun tak jumpa bila balik tidur. Kalau dah kahwin pasangan tu 24/7 akan bersama. 

Banyak perangai yang akan kita jumpa dan tahu. Kebaikkan keburukan masing-masing. So kebolehan menerima dan berkongsi sangat-sangat memainkan peranan penting.

Aku pun masih belajar menerima dan berkongsi.  Payah babe. Percayalah. Tapi tak mustahil kita berjaya. 

Kalau yang dah dapat seru nak berkahwin teruskanlah, mana yang ada kesempatan nak baiki diri eloklah korang fikir banyak kali. 

Masih tak terlambat. Aku menulis pasal entry kahwin ni pun bukan tak bagi korang kahwin, tapi fikirlah semasak-masaknya. 

Setiap saat kita belajar dari kehidupan jadi tak timbul soal menyesal kahwin awal or lambat. Yang dah terkahwin masih ada peluang nak perbaiki. Latih diri berkongsi dan menerima.

Jangan kongsi suami sudahla ye. Aku pun tak sanggup. Chaos.