Throwback October 2015

5 October 2015. Hari ni hari isnin. Hari pemalas aku. Eh bukan setiap hari memang pemalas ke? Hahahhah. Macam biasa weekend yang memang tak duduk rumah. nak pulak ke penghujung tahun ni. 

Ramai sungguh saudara mara kenduri. Berjalan sajalah. Tu kadang-kadang tak cukup rehat. Hati meronta je nak cuti lama-lama. Nak duduk rumah dan tidur.

Sekarang kuat tidur kot. paling lama sekarang boleh jaga waktu malam pukul 10. Balik dah sampai waktu Maghrib dan kemas diri apa yang patut, solat pastu aku dah terbongkang atas katil. 

Throwback October 2015

Tak peduli anak suami. Ayat sama setiap hari, penat and mengantuk tak dapat dibendung. Mujur suami bagi peluang. Terima kasih.

Tak ada isi sangat perkongsian kali ni. Cuma lebih meluah perasaan sahaja. Sekarang musim jerebu yang memang teruk. 

Weekend aritu teruk mujur kami habiskan masa di Melaka. Melaka jerebu tapi tak seteruk KL. Harapnya semua orang jagalah kesihatan. 




12 October 2015. Masih lagi meneruskan kehidupan. Agak penat dengan aktivity hari minggu. Jadi penat tu bawak ke Isnin. asyik nak tidur. 

Kami tengah usahakan nak beli rumah pertama kami. Pengalaman baru dan juga rezeki. 
Perkembangan rumah, sekarang masih tunggu lawyer bank. 

Haritu baru setel bayar property evaluation report punya fees. Kena bayar dalam Rm satu ribu. BSN kata owner kena bayar dahulu kemudian claim dengan BSN. Layankan ajela.  

Masih lagi bercinta nak kemas. Tapi suami dah tunjuk kerajinan dia. Setel la dua tiga kotak. Alhamdulillah.

Mengira hari cuti Awal Muharram. Tak zabar rasanya. Minggu ni amik cuti Khamis dan Jumaat nak setelkan urusan sekolah Ikhwan. Tahun depan baru nak masukkan dia ke sekolah. 

Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Sri Rampai Tukar Nama

Nak cerita pengalaman buka buku mengandung dekat Klinik Ibu Dan Anak Sri Rampai. Ini nama dulu la, tapi sejak April 2014 dia dah move ke dalam bangunan imegresen tuh. 

Dari shoplot ke tempat lebih besar dan selesa di tingkat dua. Pagi-pagi memang sunyi. Nama pun dah tukar menjadi Klinik Kesihatan Setapak. Tak jauh and tak susah nak cari pun.

Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Sri Rampai Tukar Nama

Kenapa dan bila aku patut register adalah berdasarkan risik-risik kengkawan yang dah melalui semua ni. 

Ada yang kata patut buka buku pink secepat mungkin dan kalau ikut pengalaman aku yang pertama dulu bila kandungan dah masuk bulan ke empat baru buka buku. 

Tapi sebab risau punya pasal kandungan 10 minggu aku pon relakan hati pergi.


Klinik Tukar Nama Dan Tukar Lokasi

Dan bila aku pergi klinik tadi sebenarnya tak ada pulak nurse tu sebutkan waktu terbaik untuk buka buku pink mengandung. 

Sebelum aku teruskan cerita, bab register, klinik dan lain-lain, aku nak tegaskan yang procedure setiap klinik adalah berbeza. 

Kawan aku pergi Klinik Ibu & Anak di ampang dia walk in je terus dapat buat buku. Tak ada pulak kena bawak bil, sijil nikah bagai.

Macam aku kat Sri Rampai ni agak straight. Kenapa aku kata straight? Sebab even kau nak buka buku kau kena walk in dan akan di interview oleh nurse sebelum dapat tarikh untuk bukak buku pink. 

Dia akan tanya soalan basic dan dia bagi list apa perlu bawak untuk buka buku. Tadi aku tanya kalau telefon boleh ke? 

Dia kata memang kena walk in, tidak digalakkan telefon. Aku habiskan masa sejam kot tadi. Waktu menunggu yang lama.Aku syak nurse tak dapat nak layan semua pertanyaan melalui telefon. 

Aku kongsikan senarai perlu dibawa pada hari pendaftaran buku pink:
  • ·        Kad pengenalan isteri – yg original
  • ·        Sijil nikah – original
  • ·        Bil elektrik/telefon  – original sebab nak tengok alamat 
  • ·        Ic suami – Salinan
  • ·        Pen hitam – sebab nanti kena isi sendiri maklumat
  • ·        Buku mengandung terdahulu (jika pernah mengandung sebelumnya)


Tempat Baru Lebih Besar Dan Selesa.

Memang ambil masa nak study bilik mana kena pergi tapi kat situ ramai staff so boleh je tanya. Jangan berat mulut. Oh klinik Setapak ni dia dah combine dengan klinik biasa tu so memang penuh la warga emas mendapatkan rawatan.  

Untuk yang memang bawak mak bapak elok la temankan mereka. Tempat ni ada lift and escalator. Escalator untuk naik dan kena guna lift untuk turun. 

Ada tangga tapi kesian la kalau warga emas dan orang mengandung. So far lift dia ok. tandas semua bersih walau tak wangi.


Waktu Terbaik Buka Buku Pink?

Bagus kalau sebelum pergi call klinik mintak kepastian. Masa mengandung anak pertama, nurse suh aku datang semula masa kandungan 4 bulan. 

Masa aku pergi register tu kandungan dalam 5 minggu. pergi awal sebab excited kali pertama mengandung. 

Mengandung kali kedua kena halau sebab tak buat appointment. Skang kandungan aku mencecah 10 minggu. Macam aku cite kat atas la biasanya first visit akan dapat date next appointment dan list apa kena bawak. 

Cuma rasa tah apa-apa sebab kau pergi dan balik semata-mata amik date je. Kalau dia bagitahu kat website klinik,  ibu mengandung boleh ready awal. So tak ada lah bazir cuti ibu yang bekerja.


On Off Check - up di Klinik Kesihatan

Ok ini soalan aku ajukan pada nurse tu. Sebab aku rasa susah setiap bulan nak kena mintak cuti so aku ringan mulut tanya if aku buat follow up kat swasta je. Boleh ke? 

Jawapan nurse tu ialah mestilah tak boleh. Nanti susah pihak mereka nak tengok/paham record yang tak cantik. 

Walau tak paham aku buat-buat paham angguk-angguk. Balik tu terus tanya adik aku yang nurse. Kata dia kalau setakat check-up klinik biasa-biasa tiada record bayi yang diambil oleh doctor biasa-biasa tuh, melainkan kau pergi hospital/klinik bersalin tu. Itu baru complete check-up. 

Dan aku baru baca aritu, dalam RM300 ada orang kena kat Hospital Naluri Wangsamaju. Itu termasuk ambil darah, urine, hb, dan lain-lain. 

Kalau company cover takpe. Kalau yang keluar duit sendiri macam aku? kan koyak poket tuh. Tapi apa-apa memang kena buka buku kat kerajaan jugak sebab andai ditakdirkan ada kecemasan nanti biasanya kalau swasta tak leh handle dia akan suh refer GH. Buku tu ler doctor nak paham apa status kesihatan kau dan bayi.


Ujian Air Kencing

Jakun masa urine test di hari bukak buku mengandung. Lab dan bilik check up adalah berbeza. So bila dapat botol untuk test kencing kena pergi tandas dan dalam tandas ada tingkap kecil ko kena letak botol kencing kat situ. 

Memang ada specific tandas yang ada tingkap kecik tu betul-betul depan counter lab. Keluar je tandas yang specific tu, beratur orang nak letak botol urine diaorg. Diaorg kencing kat tandas lain. hahhahah. aku je jujur terus ke situ. 

Aku first time memang belajar dengan orang sekeliling la. Mujur ada akak yang baik hati bagitahu. Lain sangat masa klinik Sri Rampai yang kecik dan sempit tu dulu. 

Itu sahaja dapat aku share. Mana tahu berguna untuk bakal ibu kat luar sana. Setakat yang aku pergi semua tersusun dan semestinya ramai orang lah. Tapi selesa jadi kira ok lah. 

*Masa hari bukak buku nurse tu mintak bil api je sebab nak tengok alamat. sijil nikah dan lain-lain dia tak mintak pon. Geram je aku. 

Penat taw geledah fail nak cari sijil nikah. Pastu buku mengandung anak first sebab nak amik record terdahulu. 


Mengandung Anak Kedua, Alhamdulillah

Catatan Mengandung Anak Kedua

21 September 2015

Cuak dua hari lewat period. Beria sangat berharap, kalau tak mengandung baru tahu. Maghrib tu cari pregnant test kit yang lama punya dan expired pun tapi gigih nak test jugak. Nampak dua line. Cuak dan gembira.

Masa tu yakinkan diri yang test kit tu dah expired dan mungkin result dia salah. Tanya diri sendiri pon tak berapa yakin sangat mengandung. Anak pertama aku lahir tahun 2011.

25 September 2015

Masuk hari ke 6 period masih tak kunjung tiba. Yakinkan diri yang tarikh period berubah. Tanda-tanda period tu ada tapi tak teruk macam biasa. Nak beli pregnant test kit tapi malas. 

Bagitahu suami dan suami dah pesan supaya tak berharap.

Masa ni diri ini masih okey, tapi perubahan dekat Ikhwan agak ketara. Dia jadi manja terlebih. Ada satu hari aku dekat office, pengasuh call katanya Ikhwan rindu. Jarang dia macam tu.




28 September 2015

Oleh sebab tak dapat tahan diri maka pergi beli pregnant test kit. Ternyata keputusan positive mengandung. Masa tu suami masih tidur dan kejut suami untuk confirmkan. 

Suami response macam biasa, macam mengandung anak pertama dulu. Tiada expressi. hahhahahha.Masih belum check di klinik. 

Jadi macam percaya ye atau tidak mengandung ni tapi dah start muntah-muntah. Belum teruk tapi boleh tahan penangan alahan mengandung kali ni.

Seperti anak pertama aku register di app baby center http://www.babycenter.com/ dan try calculate due date. EDA aku ialah 26 May 2016 dan sekarang baby aku menuju 6 weeks pada 1 October 2015. 1st trimester and start baby heart beats.


Check Di Klinik 

3 October 2015

Hari tu kami plan balik kampung suami. Sebelum teruskan perjalanan ke Melaka, singgah di klinik untuk confirmkan pregnant atau tidak. Nak buat scan baby masih kecik lagi. 

So just buat urine test. Reaksi sama je suami isteri. Kami masih tak percaya akan dapat second baby lol. Masih kerap muntah dan tak suka banyak benda. Kali ni banyakkan minum air masak sebab boleh hilangkan rasa mual tuh.


23 October 2015  

Kandungan 9 weeks and day 2. Baru realise kali ni mengandung tak boleh minum teh mahupun milo. Angin dan pasti akan muntah teruk. Menyesal minum teh o ais limau pagi tadi.

Badan semakin tua kan, so memang kena pantang betul-betul. Baca tadi pengambilan gula berlebihan akan sebabkan kulit bawah mudah koyak bila bersalin. Terus ngeri. 

Dah start tengok harga pakej bersalin and pro con bersalin swasta and kerajaan. Memang mencekik darah kalau swasta. Tak mampu rasanya. Now sama ada hospital Ampang atau HKL. 

Memang niat di hati nak doctor perempuan yang sambut kelahiran baby. Ya Allah permudahkanlah urusan aku bersalin. Aamiin.


11 November 2015

Esok kalau ikut kiraan cukup 12 minggu equal to 3 bulan. First trimester nak lepas dah dan secara rasminya hati dah kecut. 

Pastu pagi tadi salah langkah makan acid folic diawal pagi, bukan kebiasaan makan sebelum tidur. Maka setiap jam aku muntah. Ya Allah dugaan. 

Nak menangis. Takut nak minum air. Nak makan sup tapi nak yang masam, tak nak tomyam, tak nak ayam. Dah camne tuh?


Kehidupan Di Bulan December 2015

Setelah sekian lama tak menaip dan upload entry baru pasal kehidupan, orang sekeliling dan isu-isu lain, akhirnya aku update juga personal entri. 

Terlalu penat dan sibuk dengan kehidupan atau nama lainnya pemalas. Selepas dua baris ayat aku tulis simtom pemalas ni semakin nampak tanda-tandanya. Kuatkan Semangat. Aku tuliskan juga. 

Sekarang musim cuti sekolah.  Kalau tahun sebelumnya, cuti sekolah bulan December tak bawa apa-apa perubahan kepada aku. 

Kehidupan Di Bulan December 2015

Selain ketenangan diwaktu pagi disebabkan kesibukkan mak bapak budak hantar budak ke sekolah dan cikgu yang suka bercakap di waktu perhimpunan sekolah dengan nada paling tinggi. 



Anak Dah Mula Sekolah

Tapi tahun ini, kali ini, ianya berbeza. Persediaan harus dilakukan sebab anak sulung aku akan masuk sekolah tahun depan. Insya Allah tempat pilihan kami di Taski AlHuffaz. Sengaja masukan dia ke Taski masa usia dia 5 tahun. 

Tidak lah terlalu awal aku rasa. Cukup la masa tu untuk dia belajar dan di umur 5 tahun kami dah start ajar dia uruskan diri. So far so good. 

Lima tahun dah kau anak. Semoga tidak lah dia takut untuk bergaul dengan manusia lain dan semoga dia dibawah lindungaNya. Aamiin.

Aku Positif Hamil

Untuk kehidupan sekarang, aku maish gigih melayan mabuk mengandung. Ya, aku disahkan berbadan dua October lepas. Tepuk tangan dan ucapkan tahniah buat aku ya. lol.

Untuk kandungan kali kedua. Perasaan takut sentiasa ada, mabuk memang macam dulu, semakin tak kuat nak harung perit jerih ibu mengandung. 

Tapi Allah pilih aku so aku mampu la kiranya. Jarak lima tahun bukan sekejap tu. Ini dah kira macam mengandung kali pertama semula. 

Untuk hal pekerjaan, terlalu banyak andaian dan kemungkinan yang bakal berlaku. Ekonomi yang tak menentu. Kos sara hidup semakin tinggi. 

Tambang LRT dan tol yang naik mendadak semuanya menjerut leher. Kezaliman berterusan dan rakyat masih menunggu peluang untuk bangkit. Dan aku masih mencari peluang dan ruang untuk berkembang. Doakan. 

Stres sangat tak bagus untuk aku yang sedang berbadan dua ni. Jadi aku amalkan konsep let it go sajalah. Bila sampai waktunya baru aku buat apa yang patut. 

Buat masa sekarang aku dan suami cuba yang terbaik. Kan setiap anak tu ada bahagian rezeki dia tersendiri. Jangan risau.