Pengalaman Minum Air Gula Waktu Mengandung

Last week Friday, 5 Februari genap kandungan aku 24 minggu. Jadi aku dengan jayanya gagahkan diri untuk minum air gula. Berjaya juga akhirnya. 
Sebelum tu hari-hari set kat otak air gula is not a bad thing. Untuk bayi jugak. Tapi selalunya kata-kata Semangat tu diakhiri dengan jeritan batinku. Hahahahha.

Pengalaman Minum Air Gula Waktu Mengandung

Setelah puas baca pengalaman orang yang rata-rata berjaya harungi ujian getir ni so dapat la bayangkan proses dan rasa tu macamana. Bayangkan ok belum rasa lagi.
Pengalaman aku pulak, apa yang penting sebagai persediaan untuk minum air gula adalah memahami diri sendiri. chewah kau dah macam apa kan? 
Sebagai contoh: aku orang yang tak kuat manis..tak suka manis-manis so memang la semangat tu kena gila meninggi. 
Peperangan minda berlaku tiap saat selama dua minggu selepas dapat tarikh untuk minum air gula.

manis dia 5 kali ganda air Tropicana Twister atau lebih lagi 


Kenapa perlu minum air gula?


nurse cakap ibu mengandung berusia 25 tahun ke atas klinik dah wajibkan untuk minum air gula sebagai langkah persediaan mencegah diabetes. 

Kalau ada sejarah ahli keluarga (mak/ayah) ada penyakit kencing manis maka kena amik dua kali ujian air gula (kandungan 4 bulan dan 6 bulan). 

Kalau sejarah clean and clear maka kena la macam aku sekali je. Air gula aku dapat segelas/ secawan besar air pasar malam orang jual tu. 

Dalam 5 kali teguk baru berjaya habiskan. Sebelum minum kena amik darah bukan kat jari tapi kat lengan tu (benci L), pastu lepas dua jam sekali lagi amik darah. 

Result diberitahu dalam masa seminggu bergantung kepada klinik. Nurse pesan kalau kandungan gula aku tinggi dia akan call. Kalau tak call maksudnya kandungan gula aku ok.

Tips Minum Air Gula

Ada orang kata elok minum air gula masa suam supaya kurang mual. Air gula aku dapat kurang suam. Tapi kalau suam pon aku rasa tak banyak beza.
Sekali teguk cuba telan banyak-banyak so cepat habis. Banyak jangan sampai termuntah pulak. Hati-hati. Bila rasa nak muntah terus stop sekejap ok.
Lepas telan gerak-gerakkan kaki/badan. Aku duduk dan hentak-hentak kaki seolah-olah mendengar muzik paling best.
Aku minum di tempat yang kurang orang dan menghadap dinding. So aku kurang pressure dan bebas nak buat mimik muka.
Lepas berjaya telan bagitahu nurse supaya nurse dapat catat masa so dua jam bermula dari saat kita habiskan air gula. Sepanjang 2 jam tak boleh makan atau minum.  
Aku ingat part telan je yang mencabar, rupanya part menahan selama dua jam selepas minum air gula lagi mencabar. 

Tak boleh muntah. Kalau muntah merasa la appointment lain kena minum sekali lagi. Tak sanggup.
Bawak minyak angin. Tonyoh la belakang kepala..hidung semua bagi berangin.


Itu je kot aku dapat kongsi pengalaman. Semangat kena kuat. Fikir baby. Apa-apa selawat..zikir..doa Allah mudahkan urusan.

Lancar Atau Ulang AlQuran?

Setelah hampir dua minggu bersekolah dan Ikhwan dah start belajar mengaji Buku AlQuran dia sebolehnya setiap malam aku dan suami akan check catitan ustazah dia. 

Pernah ustazah dia explain kalau ustazah letak remark “lancar” maksudnya murid dapat sebut dengan baik dan kalau ustazah letak “ulang” maksudnya murid masih lagi ada masalah dengan sebutan dan kenal huruf la rasanya.

Dan terjadilah apa yang aku takutkan. Ikhwan memang dari dulu susah nak ingat/kenal huruf Jim/Ha/Kha. 

Lancar Atau Ulang AlQuran?

Dan semalam aku check buat pertama kalinya anak aku dapat remarks ulang. Selama ni rilek dapat lancar. Huwaaa. Rasa gagal jadi mama yang baik. Tingginya harapan aku. kesian pulak anak aku.

So puas la malam tadi aku mengajar dia. cari cara terbaik yang boleh dia ingat. Aku ni mengajar memang tak boleh. 

Sifat singa tu melebihi segalanya. Pas 3 minit kalau anak tak catch up jugak mula la aku bulatkan mata dan tinggi suara. 

Oh tak tahan sungguh. Mujur la aku berjaya jugak control malam tadi walau ada la terlepas sikit. Hahhaha. Ikhwan tak ada la buat drama air mata.

Apa aku buat nak bagi dia mudah ingat: aku sebut Jim – dia ada mata kat perut bunyi dia Ja. Kalau Ha dia tak ada mata/ tak ada apa-apa bunyinya Ha, dan kalau Kha – mata dia kat kepala/atas bunyi nya kha. 

Dengan gaya Bahasa aku tunjuk kat Ikhwan. Aku geletek-geletek perut dia bila describe Jim tu. harapnya berkesan la. 

So far sampai pagi tadi aku test dia dalam kereta dia dah tahu apa yang mata kat perut. Hahahah. Jangan la dia confuse dengan benda lain dahla.

Oh aku ada jugak sebelum tidur ajak dia main teka-teka. Aku describe benda alah tu pastu aku suruh dia teka siapa saya. 

Alhamdulillah aku nampak la level creative dia. Cuma bila aku suruh dia main teka-teka dengan abah dia, dia tak mahu. Dia malu. adoi. ni nak kena naikkan level confidence dia ni. 

Abah dia pon satu, tak creative langsung nak encourage anak tu nak berfikir, bercakap. Anak ni apply apa kita buat. So kena la tunjuk contoh dulu baru dia ikut.

Aku doakan sepanjang perjalanan aku jadi mama ni aku boleh bersabar lah. Boleh ajar dia baik-baik dan dia jadikan aku kawan baik dia. 

sebab Ikhwan dah start perangai apa kelemahan dia, dia suka suruh aku rahsiakan. Sikit-sikit cakap mama ni rahsia taw, jangan bagitahu abah. Tak dapat bayangkan kalau dia berahsia dengan aku. terasa hati mama.

Bila kenang balik cara aku ajar anak-anak buah aku dulu memang aku rasa diaorang memang takut la nak berguru dengan aku. 

Macam sekarang pon untuk anak-anak saudara aku yang masih bersekolah bila ada peluang balik kampung, aku akan tiba-tiba je tanya sifir la, hukum itu ini la, suruh hafal bab agama la. 

Aku bagi masa 30 minit hafal dan fahamkan; sekali tak hafal memang aku suruh ketuk ketampi dan suruh ulang semula hafal dan paham. 

Ha memang lenguh-lenguh la kaki diaorang. Mak aku sokong je aku buat sebab mak aku kata budak sekarang memang manja pastu lembap. Hahahhaha. Nanti Ikhwan aku kena buat jugak. Siap kau. Nasib la kau anak.

Tahun 2016 Tahun Mencabar

Emosi bergetar betul la seminggu ni. Bila throwback semula tahun 2015 dengan pelbagai ujian dan kesenangan Allah bagi hampir mengalir air mata. Terasa tahun 2016 ni adalah tahun mencabar kewangan. 

Aku baru selesaikan performance appraisal di tempat kerja. Bila buat appraisal haruslah otak bekerja keras fikir apa pencapaian setahun lepas dan semestinya ayat karangan mesti terjebak. 

Bila mengarang mula lah macam-macam kenangan dan idea bertubi-tubi menjengah otak. Amboi. Sastera sangat.


Tahun 2016 Tahun Mencabar

Secara automatic kehidupan sebagai isteri dan ibu pun haruslah terpalit kesan yang sama. Kesalahan, kesilapan 2015 aku cuba nak tinggalkan dan cuba atasi dengan penyelesaian. Berkobar-kobar nak imrove diri dengan harapan Allah izinkan aku dan orang-orang tersayang dipanjangkan usia. Aamiin.



Tahun Baru Bersama GST

Tahun 2016 bermula hidup dengan ekonomi yang amat mencabar. Siapa kata GST tak beri kesan. Menteri mana yang kata GST barang jadi murah? 

Pastu kalau tak mampu jangan beli barang etc. jangan keluar berjalan. 
Ya Allah mudahnya menuturkan kata. Permulaan 2016 amat beri kesan sebab aku rasa macam tak cukup je gaji. Allah..

bukan tak cukup..bukan tak bersyukur tapi duit sedang-sedang cukup aje. Pantang terlepas belanja mulalah gelabah.

Kebaikkan yang aku belajar memang akan membeli yang perlu dan memang tak membazir. Kasihan pada yang gaji bulanan rendah dengan anak ramai nak sekolah. 

Apa la yang mereka makan? Sedih memikirkan nasib anak bangsa kebuluran di tanah air sendiri. Malu kat Allah sebab manusia yang tamak orang lain kesempitan. 

Ya Allah kau murahkan la rezeki kami dan permudahkan la urursan kami hidup di dunia yang serba mencabar ini.


Tahun Tiada Pilihan

Walaupun 2016 baru je jengahkan muka tapi pelbagai tomahan dah aku lemparkan. Sungguh kejutan ekonomi disemarakan lagi dengan implementation of GST bertambah keruh dan kusam masa depan aku satu keluarga. Tapi menjadi rakyat marhaen apa sahaja pilihan aku ada? 

Seperti tahun-tahun sebelumnya yang memang tiada pilihan maka gigihkan diri harung sahaja lah apa yang datang. Sepertinya bukan seronok bekerja tapi terpaksa bekerja dan risau sangat aku dalam jangka panjang aku jadi hamba duit. 

image credit to blog : Vitamin Cerdik

First Day Masuk Sekolah, Ikhwan Hafeez

Kan sekarang musim emak-emak cerita anak masuk sekolah. Aku pon tak ketinggalan nak share jugak sebab nanti atleast ada la kenangan anak sendiri masuk sekolah. 

Kami memang rancang nak masukkan Ikhwan ke sekolah bila umur 5 tahun. 4 tahun macam terlalu awal. Itu pendapat aku lah. 

Takut nanti dia bosan dengan sekolah. So kisahnya, berjayalah daftar taski di Pusat Bimbingan Huffaz Wangsamaju. 

Alhamdulillah. Setel bayar yuran semua pada october 2015. Sengaja bayar awal nanti tak pening kepala. Mula sesi persekolahan pada 5hb Jan 2016, hari Selasa. 


hari-pertama-pergi-sekolah


First Day Masuk Sekolah, Ikhwan Hafeez

Bagi kesempatan ibu bapa yang nak teman anak ke sekolah rendah dan menengah dahulu. So tak la kelam kabut ibu bapa lain. Aku dan suami memang ambil cuti temankan Ikhwan untuk dua hari. 

Setakat sejam je kot tunggu. Memang masa umur dia 4 tahun dah start brainwash dan perkenalkan sekolah. Cerita itu ini. Risau nanti dia menangis nak ikut balik. Alhamdulillah Ikhwan suka sekolah. Excited.

Ustazah dan mak bapak lain semua puji sebab Ikhwan sangat berdikari. Allah punya kuasa. Hari pertama dia sekolah balik rumah berdiri depan cermin rakam diri sendiri sikat rambut. 

Mungkin terpengaruh dengan gaya rambut kawan2 kat sekolah agaknya. Berkenan nak sikat rambut pacak. Gelak je kami tengok gelagat dia. 

Ikhwan ni dia suka observe persekitaran dia. Hopefully sebelum dia berani nak buat apa-apa dia akan tanya dulu la. Risau mengikut yang tak elok je.

Hari kedua pun excited pergi sekolah. Untuk hari pertama dah pesan kami memang jemput dia dari sekolah. 

hari-pertama-sekolah

Untuk hari kedua nak biasakan dan nak tengok kat mana ustaz akan hantar Ikhwan ke rumah pengasuh. Alhamdulillah kami senang hati dengan arrangement transport. 

Ustaz hantar sampai ke depan pintu. Hari kedua dah pandai tegur kawan nama dia Aiman. Ikhwan cakap kuat-kuat “mama..dia la yang menangis semalam” hahahha gelak je aku dengar pastu suruh Ikhwan slowkan suara.  

Untuk hari ketiga dan seterusnya kami dah bahagikan tugas suami isteri. pagi macam biasa sebolehnya aku sediakan breakfast ringan-ringan then suami akan drop aku di lrt dan suami teruskan perjalanan hantar Ikhwan pastu parking di area rumah pengasuh. 

Hari ketiga bersekolah Ikhwan dah start baca buku Al Quran. Bangga mak nak kau dah pandai baca even satu muka surat. Perangai mak-mak sangat ni. Hahhaha.

So far alhamdulillah Ikhwan serasi dengan sekolah. Kami memang berkenan dengan ustaz dan ustazah. Semoga urusan belajar Ikhwan dipermudahkan. Terang hati nak belajar menerima ilmu. Aamiin. 

Oh ye Ikhwan masih tak dapat baju seragam sekolah sebab hanya dia so far yang request baju size S.  So kena la pakaikan baju biasa dahulu. Itu pon excited dah. Kira ok la.