Pengalaman Kelakar Seram Bersalin Kandungan 36 Minggu

Semalam genap kandungan 34 minggu 7 hari check-up seperti biasa di Klinik Kesihatan (KK). Bagus orang tak ramai dan sekitar pukul 9 pagi dah setel semua.

Kandungan Alhamdulillah sihat, berat terlebih 400gram kalau ikut pemeriksaan. Nurse tak bebel apa pun tapi aku yang bebel pada diri sendiri.

Ini hasil minum air manis setiap hari ya. Padan muka. Blood pressure, urine, heart beat baby semua normal. Alhamdulillah.

 

Pengalaman Kelakar Seram Bersalin Kandungan 36 Minggu

Sengaja ambil cuti sebab rasa badan dah berat sangat. Suami pon ambil cuti sebab kesian mak buyung jalan macam tak larat dah.

Ok nak cerita dalam last two weeks’ masa buat check-up jumpa doktor Zana. Dijadikan cerita terserempak dengan kawan satu batch masa kursus FSTEP dulu.

Mengandung dan tengah sarat. Dia punya due date lagi awal dari aku iaitu dalam pertengahan bulan Mei.

 

Bersalin Awal Dari Jangkaan EDD

Sekali tup-tup baca dekat Facebook kelmarin, dia update status yang dia dah selamat bersalin dah. Bersalin pada usia kandungan 36 Minggu kau.

Semestinya aku terperanjat. Aku pun rajinkan diri, whatsapp tuan diri tanya pengalaman dia bersalin. Dia kata Alhamdulillah mudah sangat urusan.

Elok pukul 12 tengah malam pecah air ketuban dia pecah. Maka selepas itu bermula lah sakit menahan contraction sehingga masuk waktu Subuh.

Pukul 6.40 pagi, anak dia selamat dilahirkan ke dunia. Itu pon lepas dia ambil wudu, solat kemudian berulang alik ke tandas sebab terasa nak buang air besar.

 

Tanda-Tanda Contraction Nak Bersalin

Menurut doktor, itulah contraction yang sebenarnya. Sempat dia kongsikan, yang waktu kali terakhir dia pergi ke tandas dan meneran macam nak membuang itulah waktu kelakar seram bermula.

Elok dia balik dari tandas, nurse datang untuk check bukaan dan rupa-rupanya kepala baby dah nak engage. Kiranya dah sampai masa untuk meneran.

Kelam kabut lah keaadan dan kemudian dia kena tolak masuk ke labour room. Sungguh Tuhan beri kemudahan hanya dengan sekali meneran bayi selamat dilahirkan. Mudah anak keluar.

Menurut bidan/ nurse yang menyambut bayi dan bantu dia bersalin, anak dalam kandungan hampir lemas sebab tali pusat nak terbelit. Apa-apa pun anak dan ibu sihat.

Syukur sangat Allah mudahkan dan selamatkan kedua ibu dan anak. oh ya untuk kes kawan aku ni, Bidan yang sambut, uruskan proses bersalin.

Ini disebabkan waktu dia nak bersalin tu kebetulan doctor in charge balik berehat sebab doktor terlibat dengan kes pembedahan kecemasan.

Kiranya memang ikut rezeki walaupun kita memang dah book doktor pilihan.

 

Konklusi

Hoi kelakar seram cerita dia. cerita aku pulak? Tak tahu la lagi macamana. Sekarang asyik rasa sengal-sengal macam nak terberak, rasa sembelit tu. Terus rasa macam confuse nak beranak ke apa.

Tenangkan diri baca Surah Maryam dan pahamkan sekali maksud dia. Alhamdulillah lega perasaan tu. betul la Al Quran tu penenang jiwa.

Hal Baju Gambar Anjing Dan Hukumnya

Aku terpanggil nak buat perkongsian tentang hukum pakai baju ada gambar binatang dan lebih memeningkan pakai baju gambar haiwan terlarang bagi orang Islam khususnya iaitu anjing dan babi.

Sebelum ni pernah kecoh pasal pakai baju gambar haiwan najis berat ni sebab ada selebriti Malaysia beri anak dia pakai baju gambar anjing. 

Aku buat perkongsian ini pun adalah dengan niat berkongsi ilmu dan juga beri kesedaran terutama untuk diri sendiri. Tak ada ilmu jadi kita carilah okeh.


Hal Baju Gambar Anjing Dan Hukumnya

Macam-macam hukum dan pendapat yang dilontarkan oleh netizen. Maka aku tergerak hati nak cari penerangan tentang hukum ni.

Terpegun sekejap sebab rasa macam tahu apa hukum tapi kena refresh semula. Aku ingat lagi, ustazah masa aku sekolah agama dulu pernah beritahu tapi aku jadi ingat-ingat lupa.  

Cari punya cari aku dapat penerangan dari Ustaz Azhar Idrus pasal gambar di baju ni.


Gambar-baju-anjing



Hukum Pakai Baju Gambar Anjing


Ustaz kata;

Memakai pakaian yang ada gambar makhluk bernyawa, hukum ialah makruh memakainya contoh macam gambar ayam,burung, manusia.

Yang tak bernyawa hukumnya khilaf (harus) contoh gambar kereta, motor, makanan etc.

Kalau sewaktu sembahyang memakai pakaian tak kira gambar makhluk bernyawa atau tak bernyawa hukumnya adalah makruh.

Dan, ketika sembahyang  memakai pakaian yang ada gambar haiwan mughallazah (anjing,babi), tanda salib, gereja, atau logo persatuan Kristian hukumnya adalah haram. Kita dikira 'mempromosi' ajaran lain. 

Khas untuk peniaga, ustaz Azhar Idrus tekankan yang pakaian yang ada gambar arak, iklan arak, gambar salib, baju-baju persatuan gereja dan seangkatan dengannya diharamkan peniaga nak jual.

Kita dikira subahat. Bertanggungjawab dan berkongsi dosa. Sebelum jual semak dulu gambar, tulisan-tulisan yang terdapat kat pakaian tu.

Ustaz tambah lagi, kalau pakai pakaian (dalam atau luar sembahyang) yang menunjukkan aurat perempuan contohnya gambar perempuan pakai bikini hukum dia haram di pakai. Kenapa? Sebab aurat tu haram dilihat.

Senang cerita, ustaz Azhar Idrus guna kaedah usul fiqh yang berbunyi: apa yang haram kita lihat maka haram kita ambil benda itu.

Harapnya penerangan aku tak peningkan pembaca. Benda yang elok di kongsi bersama. Aku pernah masuk kan link video ceramah ustaz, tapi ada problem (masalah blog). 

Jadi untuk korang yang nak dengar sendiri ceramah Ustaz Azhar Idrus berkaitan bab hukum pakai baju gambar binatang boleh search je di Youtube. 

Harap masih available video tu - Klik Link Sebelah ni 'Ustaz Azhar 2010 - Hukum Pakai Baju Gambar Binatang' ada ceramah Ustaz masa tahun 2010, Ustaz share dalam Youtube channel beliau bertarikh May 26, 2010. 

Diharap perkongsian aku sedikit sebanyak memberi pencerahan dan jawapan yang korang cari. Kalau ada jumpa maklumat tambahan macam hadith atau ayat Quran boleh lah berkongsi dengan aku di ruangan comment ya.



Kandungan 33 & 34 Minggu.. Tanda-Tanda Dah Mula

Kandungan 33 & 34 Minggu.. Tanda-Tanda Dah Mula

Kandungan mencecah 33 minggu. Mengandung anak kedua dengan jarak kelahiran 5 tahun dengan anak pertama. 
Semakin hari semakin kurang tenaga. Masuk minggu ke 32, perut jadi sensitive kepada apa sahaja makanan yang masuk.

Asyik membuang sahaja. Kadang-kadang pelik kenapa asyik ke tandas.
Risau nak bersalin je. Tapi tak kan secepat ni. Lagi 7 minggu kalau ikut due date.
Tarikh jangkaan 27 May 2016, tapi kalau ikut masa lahirkan Ikhwan awal dalam 5 hari sahaja dari due date.  Maksudnya minggu ke 39.

Tanda-tanda bersalin macam pecah air ketuban, keluar lendir darah ect belum ada lagi so ok la.
Doctor kata kalau bersalin now memang kena cucuk la untuk bia paru-paru anak matang.
Berdoa la anak keluar masa yang sesuai. Seram woi.

Perasaan takut hari-hari datang. Boleh ke nak tempuh semula sakit dan panik tu.
Ya Allah. Seramnya.
Aku ni penakut dan tak tahan sakit. Nak menangis ok motivasikan diri sendiri.
Ya Allah beri kekuatan.

Masuk 34 minggu gastrik datang semula, kalau dah gastrik selagi tak muntah gastrik tak lega.
Kalau kat rumah aku makan gula-gula jambu batu merah tu kasik hilang
Atau minum pati delima, in sha Allah hilang.

Kat office memang standby ubat gastrik. Tapi kawal makan la.
Hari tu masa jumpa Dr Zana, dia jangka aku bersalin awal.

Aku memang dapat rasa la beza mengandung kali ni. Memang cepat penat.
Sakit-sakit bahagian bawah. Kalau ikut bacaan, stage skang aku akan kerap membuang Air besar, buang angin, sebab kedudukan anak ke bawah but not yet fully engaged.

Tanda-tanda tu normal tapi kena perhatikan. 
Kalau apa-apa kena cepat-cepat jumap doktor. 

Setiap kali bangun tidur pon seksa, nak ubah posisi tidur pon susah.
Tak apa demi anak. Semoga anak keluar dengan selamat dan sihat.
Doakan aku. aamiin. 

Cara Mohon MyDeposit Tanpa Bayar Deposit Rumah

Pagi tadi ada akak kat group whatsapp share tentang Kerajaan biaya deposit untuk rumah pertama. 

Berita gembira untuk mereka yang memang plan nak beli rumah tahun 2016 ni. Aku cuba explain supaya tak meleret dan moga dapat bantu siapa perlukan info. Good luck.

Cara Mohon MyDeposit Tanpa Bayar Deposit Rumah

Apa itu skim Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit)?
Adalah satu produk khusus yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu golongan pertengahan memiliki rumah idaman.

Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 200 juta sebagai sumbangan bayaran deposit bagi pembelian rumah pertama oleh satu isi rumah.

SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN MyDeposit
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan tiada umur maksima ditetapkan;
  • Permohonan ini adalah bagi tujuan pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah;
  • Pendapatan kasar RM10,000 dan ke bawah sebulan. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain) ;
  • Pemohon mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan.
  • Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli.

KRITERIA PEMBELIAN PROJEK PERUMAHAN YANG DIBENARKAN

  • Projek perumahan baharu yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale).
  • Harga pembelian adalah RM500,000 dan ke bawah; dan
  • Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi insentif dana Kerajaan



* Pemohon dinasihatkan untuk buat permohonan baru dan log masuk. 
* Sangat simple step dia dan dengan suka hati silalah mohon. 
* Lepas register click MyDeposit, isi maklumat diperlukan dan lampirkan sekali dokumen yang diperlukan: 
  • Kad Pengenalan Pemohon
  • Kad Pengenalan Pasangan
  • Salinan Kad Pengenalan Anak/ Tanggungan
  • Salinan Surat Nikah
  • Penyata Gaji terbaru individu
  • Penyata Gaji terbaru pasangan
  • Penyata KWSP atau cukai pendapatan individu
  • Penyata KWSP atau cukai pendapatan pasangan
  • Bagi bekerja sendiri, sila buat akuan bersumpah mengenai gaji bulanan individu atau pasangan bekerja sendiri
  • Surat pengesahan majikan. Maklumat diperlukan adalah status perkahwinan, status pekerjaan dan tempoh perkhidmatan.
  • Surat pengesahan OKU
  • Surat pengesahan daripada pemaju atau penjual
  • Surat laporan CCRIS (boleh dapatkan di Bank Negara atau rujuk http://www.ctoscredit.com.my/)




Kalau masih belum faham jugak after mendaftar etc boleh la hubungi nombor tertera kat bawah ni:​

Cawangan Pengurusan Perumahan
- 03-8891 4025/ 03-8891 4054/ 03-8891 4012/ 03-8891 4062/ 03-8891 4460
Bahagian Teknologi Maklumat
- 03-8891 4478

Harap membantu