Entah apa mimpi aku bawak mak cuba rawatan Sonotron. Ye aku pernah tulis pasal Sonotron lama dulu. Masa tu ada niat nak cuba tapi keinginan tak kuat.
Lepas mak dah mengeluh betul-betul tak larat dengan Gout dan kebas tangan (masalah saraf) baru-baru ni baru aku nekad call book appointment dan terus pergi.
Lagipon dekat je. Di Sri Gombak. Satu kawasan tempat aku bersalinkan Raudah dulu. Sebelum ni kerap bawak mak untuk bekam.
Tapi mak macam takut sikit bila libatkan darah ni plus mak kata tak ada kesan pon. Lol. Paham perasaan mak nak cepat sembuh. Sakit bukan sekelip mata hilang emak ku sayang.
Pengalaman Bawa Emak - Rawatan Terapi Sonotron untuk Gout mak
Mak dia kata Alhamdulillah berkesan untuk anak
dia.
Aku ada baca, kanak-kanak atau baby yang buat rawatan ni kahak akan keluar
sekali dengan najis.
Banyak
jugak review pasal Sonotron ni. Dah banyak orang sedar dan yang tak mahu
bergantung dengan ubat dan semestinya untuk elak dibedah.
Review
Pusat Terapi Sonotron Shafa Sri Gombak;
Bawak
mak pergi untuk dapatkan rawatan tangan mak yang kebas tu, tapak tangan mak tu
tak rasa dan tak boleh genggam, lepas tu mak kata setiap malam akan rasa panas
tapak tangan sampai tak boleh tidur.
Tapak tangan pon bengkak je. Selain
tu mak ada penyakit darah tinggi dan kencing manis tapi terkawal Alhamdulillah.
Mak
jugak ada gout. Selalu serang bahagian kaki, pinggul dan peha. Jadi sebab mak
banyak sangat penyakit jadi focus kepada tangan kebas dulu.
Staff dia recommend
untuk buat 3 kali sesi berturut-turut untuk nampak keberkesanan rawatan. Setiap
sesi kena ada jarak 8 jam. Dia guna sejenis alat dan halakan kat kawasan yang sakit sahaja. (30minit minima)
Untuk
next month boleh cuba untuk focus kaki, peha dan pinggul untuk gout mak.
Rawatan ni kena buat selalu. Paling bagus konsisten la selama beberapa bulan.
Untuk gout, rawatan ni bertujuan untuk hilangkan rasa sakit bengkak dan tak
perlu makan ubat gout.
Tahu
kan dalam jangka masa panjang ubat-ubat tu semua ada kesan kepada buah pinggang
dan organ lain.
Harga
lebih murah berbanding klinik lain. Untuk kanak-kanak satu sesi RM30 untuk
setengah jam. Untuk dewasa RM50 untuk setengah jam. Bergantung kepada jenis
penyakit ye.
Staff
friendly semua dia jawab dengan baik. Kalau tengok gambar aku share rawatan ni
sebenarnya dia halakan alat dia macam hair drayer tu pastu dia keluarkan bunyi
yang agak kuat.
Boleh mintak penutup telinga tapi mak aku tak nak. Dia halakan
di tempat yang sakit selama 30 minit. Ada haba ye (suam-suam). Kalau tengok
betul-betul nampak cahaya biru kat muncung alat tu.
Mak
aku siap tanya boleh ke nak beli mesin tu. lawak la mak ni. Nak suruh abang aku
yang sulong beli katanya. Mesin mahal mak ku sayang.
Siapa
nak cuba alamat seperti kat bawah ni. Dinasihatkan call and book dulu takut
full.
Pusat
Terapi Sonotron Shafa
Physical
Therapist
Address:
57, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
Phone:+60
3-6189 0757
Facebook
: https://www.facebook.com/Sonotronshafa1/