Selamat datang ke blog Rodiah Amir. Aku bukan pakar, cuma seorang emak yang suka menulis tentang kehidupan, anak-anak dan pengalaman harian. Kalau ada cerita yang boleh beri manfaat, aku kongsikan di sini.
Sedapnya Tauhu Anura / Anora
Excited sebab last week berjaya beli Tauhu Anura / Anora yang memang dah lama glamour semenjak azali. Aku je baru tahu. hahahha.
Tauhu ni sempoi je, dia guna Tauhu kering tu then dalam dia sumbat dengan isi kentang dan mix vegi. Pastu dia tabur bawang goreng dan cili potong. Sos dia macam kicap manis. Sedap.
Ada jugak google resepi dia nanti boleh cuba sebab hari tu beli dua ketul tapi berebut dengan suami. Oh aku beli dekat Bazar Ramadhan Taman Melawati.
Sedapnya Tauhu Anura / Anora
Dengar cerita Tauhu ni dia jual masa bulan Ramadhan sahaja. Satu ketul dia Jual RM2.50. Mahal ke murah?
Tauhu ni se akan-akan Tauhu Sumedang Jawa tu. tapi Tauhu Sumedang dia lembut tak ada inti then makan dengan cili padi. Tauhu Anora dia macam liat-liat sikit.
Hari Ke 13 Berpuasa Perangai Macam Budak-Budak
Hari Ke 13 Berpuasa Perangai Macam Budak-Budak
Assalamualaikum,
Hari
ke 13 berpuasa tapi ini hari kedua rasa macam lembik giler.
Semalam
salah makan mee waktu sahur. Habis sakit perut cirit. Laki aku pon tak
terkecuali. Tapi masih maintain puasa. Alhamdulillah.
Mungkin
sebab kapur yang ada dalam mee kuning tuh. Even aku dah basuh agak lama tapi
yela kan benda nak jadi.
Hari ni
pulak sebab teringin nak minum Indocafe suam, semalam buatla. Sekali hangin
jugak badan. Omg dah tua sangat badan ni. Sampai semua benda tak boleh ambil.
Hari ni
jadi longlai plus asyik lapar aje. Dugaan betul la. Pagi tadi sahur nasik
dengan ayam goreng. tapi pukul 10pagi perut dah ketar.
Baca pulak
blog orang share menu berbuka dan sahur. Menangis dalam hati. Terus tanam nekad
nanti nak ajak suami pergi makan sedap-sedap.
Sekarang
macam teringin ayam goreng garing dengan roti canai. Dah dua hari berturut
makan ayam goreng kot. adeh.
Nak roti
canai tapi nak kuah kari power. Pergh.. lambat
lagi nak berbuka. Tabahlah.
Permohonan Kerja Ditolak Sebab Mengandung
Ok ini pengalaman sendiri di syarikat Melayu yang memang majoriti nya Melayu. Oleh sebab aku watak utama haruslah aku bias sedikit di dalam penceritaan ini.
Bias dari segi emosi la. Tapi tak ada la sampai tokok tambah fakta. Apa yang berlaku ialah aku ada mohon satu internal posting bawah Syarikat Induk.
Kira salah satu anak syarikat open posting which is aku rasa nak try benda baru dalam career. So dengan besar hati after discussion dengan superior aku dan dia pon give his blessing aku pon isi form.
Deal dengan HR, dan ada informal interview; which is aku sengaja risik-risik dengan one of the department’s team members. Kira macam aku dah luahkan isi hati yang aku berminat nak try.
Permohonan Kerja Ditolak Sebab Mengandung
Masa
aku apply ni aku pregnant 5/6 bulan. masa ni aku tak rasa satu masalah pon
sebab kalau bercuti hanyalah dua bulan.
Sekejap sahaja bagi aku tidak menjadi
isu. Tapi tidak bagi mereka. Alasan ni
pun aku baru tahu saat ini.
Masa
tahun lepas aku apply aku ada follow up dengan HR; kata HR team sana mahu orang
yang ada background Finance (aku background business) dan ada preferred
candidate.
Then paling aku kesalkan langsung tak ada formal explanation dan aku
dibiarkan gantung tak bertali.
Bayangkan
aku dah macam menagih sedekah pulak. frust memang tak ingat la. Bertambah kecewa
bukan aku tak kenal dengan team tu pon. Kenal sangat dan pernah jadi colleague.
Bayangkan
masa tu aku tengah ada crisis dengan current company which is memang tengah
buat downsizing, reduce mainpower, dengan tekanan semua. Rezeki sangat masa tu,
one of the director nampak aku. dia panggil dan interview aku. dan absorb aku
untuk current position.
Dan
sekali lagi, team yang kecewakan aku tu blast internal posting. The same job,
post and scope. Kekosongan masih tidak dapat di isi. Aku hanya mampu senyum.
Staff
yang interview aku secara informal mesej aku tanya tak berminat nak apply ke atau
tidak? Manager department tu pun risik-risik pasal aku kat one of my best
friends and HR.
Bila
kawan aku tanya, dia cakap alasan aku masa tu sarat mengandung dan dia nak
pakai urgent untuk position tu. dan dia of course blame HR for not informed me
the reason. Well, tak apa la. Bukan rezeki maka kita tak berjodoh.
Tapi
hati aku tawar dah. Dan logic andai kata during transfer period kot aku declare
aku pregnant apa mereka akan buat? reject dan buang aku macam sampah sekali
lagi?
Aku
jugak kenang budi Director yang masih sudi dengar isi hati aku, yang masih bagi
aku peluang walau tak tahu potensi kerja aku macamana. Alhamdulillah Allah
mudahkan.
Dan
sekali lagi, aku seakan berada di situasi yang sama. Tapi kali ni aku lebih
yakin sebab rezeki semua kat tangan Allah. Selagi Allah masih kata aku di sini
maka di sini la tempat aku.
Sekian
luahan tak seberapa dari orang yang teraniaya. Chewah.
Langgan:
Catatan (Atom)