Resepi Cookies ala Famous Amous mudah

Rodiah Amir
0

Resepi Cookies ala Famous Amous mudah

Tahun pertama gigih buat biskut raya mengikut permintaan anak  tersayang. 
Ikhwan request biskut macam famous Amos tu, biskut Chocolate Chip dengan kacang/Badam. 

Maka gigih la google resepi di FB dan memang senang sangat nak buat.

biskut famous amos


Untuk resepi yang aku follow bila siap dapat la satu balang besar. 
Berbaloi rasanya kalau buat sendiri. ni first time aku cuba buat. 

Alhamdulillah menjadi.

Resepi memang sibijik sebijat aku follow kecuali tambah tepung. 
Aku stick dua cawan tepung sahaja. 


Bermacam bentuk jadi sebab awal-awal masih comel, 
dan sampai separuh aku jadi malas nak tunggu so aku buat bentuk besar-besar.

Oleh sebab biskut ni semudah ABC so tak ada any tips nak share.
Ikut gerak hati je in sha Allah jadi. 

Cubaan pertama aku terlajak naikkan suhu, so bawah dia gelap sikit dari biasa. 
Tapi masih lagi boleh diterima akal. ahhahaha


Almaklumlah oven kecik so memang ambil masa jugak nak habiskan satu adunan. 
Berdoa dapat beli Oven+microwave. Birthday wish ni :)


 Yang ni dah start malas nak tunggu, so jadi lebar-lebar biskut dia. 


Hampir penuh balang besar tu kira ok la. 
Puas Hati sangat dah. 

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)