Sedapnya Tauhu Anura / Anora

Rodiah Amir
0

Excited sebab last week berjaya beli Tauhu Anura / Anora yang memang dah lama glamour semenjak azali. Aku je baru tahu. hahahha. 

Tauhu ni sempoi je, dia guna Tauhu kering tu then dalam dia sumbat dengan isi kentang dan mix vegi. Pastu dia tabur bawang goreng dan cili potong. Sos dia macam kicap manis. Sedap.

Ada jugak google resepi dia nanti boleh cuba sebab hari tu beli dua ketul tapi berebut dengan suami. Oh aku beli dekat Bazar Ramadhan Taman Melawati. 

Sedapnya Tauhu Anura / Anora

Dengar cerita Tauhu ni dia jual masa bulan Ramadhan sahaja. Satu ketul dia Jual RM2.50. Mahal ke murah?  

Tauhu ni se akan-akan Tauhu Sumedang Jawa tu. tapi Tauhu Sumedang dia lembut tak ada inti then makan dengan cili padi. Tauhu Anora dia macam liat-liat sikit.



Tauhu Anora sesuai makan masa tea time, makanan untuk pot luck ke. Senang dan tak mahal. Sesiapa yang teringin boleh cuba buat. kalau malas macam aku sila la beli je. Ramai dah yang jual rasanya. 



Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)