Makan bila stress & stress kena makan

Last week memang down habis, so memang asyik merengek la kat suami. Stress dengan macam-macam perkara dan kesihatan yang memang on off ni lagi la menambah tekanan yang ada. 

Aku tak tahu orang lain tapi kalau aku dan suami kalau stress mula lah nak makan yang sedap-sedap. (Ya selain itu mendekatkan diri kepada Allah adalah yang paling utama).

Dengan anak kecik sekarang nak berjalan mencari tempat makan memang payah. Nikmat makan tu bagai di tarik slow-slow. Dengan Raudah punya perangai sekarang ni, ampun maaf di pinta. 


Makan Bila Stress Atau Stress Je Makan?


Memang sekarang kalau makan, suami akan mula makan dulu layan Ikhwan kemudian aku suapkan Raudah. Lepas anak dara kenyang baru aku boleh makan. Pengorbanan seorang ibu.

Itu pon makan tak aman mana sangat sebab Raudah akan sibuk mintak dukung, mintak perhatian, mintak dibelai. Lempang baru taw. Ahaks. Jadi anak-anak hargai lah ibu bapa anda. 




Makan Di Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati

Jumaat lepas, stress punya pasal lepas je habis kerja terus makan di Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati. Tak teringin nak makan lamb dan ubah selera makan dan cuba new item in menu pulak la. Alhamdulillah semua puas hati.

Starter aku ambil Tuna Salad. Pastu order Buffalo Wings (kepak ayam di salut BBQ Sauce). Sedap kena selera. Suami makan chicken chop, dan Ikhwan order Kid’s set fish & chip. Untuk drink minum ice lemon tea dan ice blended chocolate.




Wewuuuu. Stress memang tak habis la tapi hati terubat sikit. Suami kata makan di tempat favourite adalah terapi paling berkesan untuk kami. Dan aku amatlah setuju bila suami yang belanja. Hahhahaha.





Total bill RM108++.

Aku rindu betul kehidupan lama, kehidupan kurang tekanan. Kerja dan ekonomi. Lepas je Malaysia implement GST ni, makin terancam pendapatan dan jugak tahap keamanan hidup dan aku rasa orang lain pun sama jugak agaknya.

Ini kes aku suami isteri bekerja, yang kes suami je bekerja, isteri jaga anak-anak. Kes anak ramai, kes isteri/suami/anak yang sakit. Lagi sedih kehidupan mereka. Dengar khabar tahun depan ekonomi dijangka lagi parah. Bersiap sedia kah kita? 

Baru perasan banyak kali rupanya aku up pasal makan kat Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati, dah boleh jadi duta kot hahahha.

Lunch Set Mr. Dakgalbi

Assalamualaikum.

Nampak cheese keliling tu? ha kena makan cecepat. nanti cheese mengeras kurang ummmppphhh. 
Ni gara-gara teringin nak makan makanan Korean. 

Atas alasan teringin maka hapuskan mengidam tu mencuba Mr Dakgalbi di  salah satu branch dia di SS 15 Courtyard , 47500 Subang Jaya, Selangor. 

Lunch Set Mr. Dakgalbi 

Best tempat ni aman je. Banyak pilihan kalau nak makan benda lain. Kalau lagi satu yang aku tahu ada dekat Citta Mall, tapi situ selalu penuh. Banyak lagi branch lain boleh google aje.  







ini noodle dgn ayam salut cheese. Hari tu ambil set untuk 2-3 orang makan. Harga dalam RM70++. Ada promotion cheese ring. 

Masing-masing hantu cheese so tersangat lah gembira. Dia akan kasik sepinggan mee dan sepinggan nasi. 




Ada few side dish macam kimchi, sup, daun salad dan jeruk radish. Semua sedap. 
Oh dan dia kasik sky juices yang kesemua ni boleh refill. Korang jugak boleh order air lain kat menu.


ada dalam nasi sekali dia masak lupa dah nama

Apa perlu korang buat ialah, masa sampai pilih menu dan nanti staff dia akan tolong masakkan live depan mata korang. Lepas tu setel. Less than 15mins pon boleh siap.

balut dengan salad ni pon sedap woi.

Untuk first time aku suka sangat la rasanya sebab aku boleh terima rasa Korean tu. kalau yang belum pernah cuba dan agak picky eater aku nasihatkan cuba makan Korean food kat foodcourt. 


masih menelan air liur membayangkan kesedapan dia

Biasakan dulu tekak uols. Dah boleh telan baru boleh cuba Dakgalbi ok.  




Kimchi tu after second time refill. Kimchi dia sedap. tinggal ketul-ketul ayam. tak larat nak habiskan. Overall puas kena repeat teringin nak makan yang berkuah pulak next time. 

yeayyy. 

Open House dan Kenduri Kahwin di Bulan Syawal yang mulia

Assalamualaikum.

Weekend lepas berjaya memenuhi undangan open House dan juga jemputan perkahwinan kawan satu office.

Jadi aktiviti Sabtu ke Seksyen 16, Shah Alam dan kemudian menuju ke Gombak untuk jemputan Open House rumah kawan suami.

Open House dan Kenduri Kahwin di Bulan Syawal 

Happy dapat beli baju ni. Masa tu ada sale kat Jaya Jusco WangsaMaju. Macam cantik sangat dah anak sendiri pakai. hiihihih. 


Kenyang perut suka hati. Cuaca baik, anak-anak memberi kerjasama yang baik. Cuma jalan sedikit jam. Masing-masing keluar beraya rasanya.


Ulang tayang nasi sebab sedap sangat lauk-lauk dia. 


Gambar dengan tuan rumah dengan anak dia yang tomei angat. 



 Sebaya Raudah cuma Rizqi tua bulan sahaja. 

 Anak bujang yang pandai nak melawa. pergi sekolah bawak perfume. Pening kepala mak nak.


Ahad pula, ke Gombak sekali lagi untuk majlis perkahwinan. Seronoknya tak ingat. Lama dah tak merasa feeling makan lauk kenduri. Then petang menuju ke Ampang adik buat makan-makan kecil-kecilan.


Alhamdulillah untuk semua rezeki. 


Reunion di Hari Raya

Assalamulaikum. 

Masa nak jemput kawan-kawan datang makan masa ni hati macam tenang aje. Tak serabut, urusan dipermudah. Alhamdulillah. 

Aku jemput tetamu datang bermula 3pm sehingga makanan masih ada. kalau tak memang makan biskut raya jela. 


Reunion di Hari Raya

Dari pemilihan menu, cari balang kuih raya, alas meja, beli bahan mentah kami buat dalam masa seminggu. Seronok. 

Apa yang aku belajar is Suami sangat SUPERB. Bab kemas rumah, basuh pinggan mangkuk boleh serahkan pada suami. Suami la yang isi kuih, bersihkan rumah, kemas meja dan lain-lain.







Aku of course la memasak je kat dapur. Hoi boleh tahan mencabar.

Menu tak seberapa tapi cukuplah untuk jamu kawan-kawan. Kami plan untuk hari Sabtu jemput rakan taulan aku, dan Ahad jemput adik beradik. 

Risau jemput ramai-ramai tak terlayan. Alhamdulillah. Plan menjadi. Menu pada hari Sabtu ialah; nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, buah, brownies, dan mee kuah. 

Goreng nugget untuk kanak-kanak. Air oren free flow. Anggaran dalam 20 kepala atau lebih yang datang. 

Nasi impit dalam 33 bungkus kecil tu, rendang dua ekor ayam sebab plan nak bawak ke Hari Ahad, mee kuning dua bungkus.
 
Kalau buat Rendang Ayam Pencen Style Negeri Sembilan elok sangat guna Pressure Cooker. Mudah kerja. Isi cepat lembut. 




Aku mula memasak seawal 7 pagi. Memang start from zero. Potong bawang and siang ayam masa tu jugak. Masa pukul 3 petang pon masih ada yang tak siap. 


Pressure tak ingat sebab Raudah nak attention. Terus terbayang kalau masuk rancangan My Kitchen Rules mesti kalah teruk sebab tak tahan pressure.

Dari senarai jemputan, semua tetamu datang. Yeay. Yang memang awal-awal reject memang tak kira la. Akhirnya dapat jumpa kawan masa Diploma, last jumpa 2006. 

Kawan-kawan degree, kawan-kawan training FSTEP. Seronok ya Allah. Semuanya dah beranak pinak. On Saturday pintu di tutup pukul 8p.m.

Penat memang tak ingat. Sebab all out on Saturday maka bangun pagi Ahad aku muntah nak demam. Sempat breakfast roti canai before top up bahan masak untuk adik beradik pulak.


Semoga next time ada rezeki nak jamu orang makan lagi. Feeling sambut orang datang dan tengok orang happy tu best sangat-sangat. 

Alhamdulillah.