Nasi Arab Taj Hadramawt Taman Melati
Oleh sebab dah lama teringin nak makan Nasi Arab maka teringat satu Restoren Arab terletak di Taman Melati yang selalu kami jeling-jeling je bila tapau sate di Haji Samuri. Selalunya bila teringin nasi arab sedap kami akan ke Restoren Aroma Hijrah yang terletak di Shah Alam.
Kisahnya pagi tu selepas selesai urusan cucuk vaksin tambahan Raudah, plan nak ke kedai Hari-Hari beli baju sekolah abang Ikhwan. Saja nak setel awal sebab keadaan mak buyung yang semakin hari semakin malas nak jalan.
Sebelum keluar rumah dah make sure perut penuh dan sempat goreng bihun. Ikut plan asal cucuk di Klinik Pusrawi Jalan Ipoh kemudian post Wawawax di LRT Taman Melati kemudian Lunch seterusnya beli barang di Kedai Hari-Hari.





