Morning Sickness | First Trimester

by - October 19, 2017

Assalamualaikum,

15 June 2017. #entrythrowback
Aku masih lagi belum buat official check up dengan doctor.

Setiap pagi selepas sahur morning sickness akan start sehingga jam 10 pagi. 
Waktu ni la menahan rasa nak muntah. Memang selalu kalah. 
nak hilangkan rasa muntah after muntah ialah minum air sejuk/ peti ais. 

End up aku terpaksa berbuka sebab aku tak tahan. 
Puasa hari ni genap lah hari ke 5 tak berpuasa. 
Semua disebabkan morning sickness dan aku aku out of energy menyusukan raudah.

Susu memang drop gila. Pumping dapat 2-3 oz. paling banyak dapat 4oz. 
tapi amat jarang dapat. Nak menangis rasa. 
Sekarang jugak dalam percubaan ajar Raudah minum susu formula.

Hari tu masa cucuk vaccine satu tahun doctor nasihatkan bagi minum susu Pedisure. 
Berat dia kalau ikut graf hanya atas pagar. 
Cukup-cukup makan, sikit lagi jatuh ke kawasan warna kuning. 

Satu tahun tapi berat 7.4kg sahaja.
Risau hati, mak bapak mana tak risau. 
Tapi Raudah makan banyak. Buah semua dia makan, hanya masalah susu sahaja.

Untuk kandungan ketiga ni aku masih belum rasa apa-apa. 
Perut masih belum nampak. Awal sangat. 
Aku Cuma share dengan mak dan adik beradik aku je.

Doakan aku kuat. Boleh ke aku jadi mak kepada 3 orang ni? tarik rambut dalam diam. 

You May Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWLETTER