Raya bersama Duta Raya Jakel di Wisma Jakel Shah Alam

Raya bersama Duta Raya Jakel di Wisma Jakel Shah Alam 

Seperti tahun sebelumnya, tahun ini sekali lagi Jakel mengadakan kempen Jakel Barulah Raya yang merupakan salah satu aktiviti wajib dalam kalender Jakel bagi mempromosikan produk pakaian raya di antara Duta Raya Jakel bersama para pelanggan. 

Jakel Shah Alam merupakan destinasi ke 2 untuk Jakel Barulah Raya yang bertempat di Wisma Jakel Shah Alam, Seksyen 7 Shah Alam.


Jakel Barulah Raya


Sabtu lepas telah berlangsungnya Majlis Sembang Santai bersama Duta Jakel 2018. Majlis santai yang meriah dengan kehadiran Duta Jakel 2018 iaitu Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al Yahya & Lara Alana (SchAwalara) serta Hanis Zalikha, Hairul Azreen & Yusuf Iskandar dan tidak ketinggalan Harith Iskander dan pastinya Upin dan Ipin. 


Jakel Barulah Raya Shah Alam

Sempoi habis bila semua Duta bercerita tentang kehebatan koleksi mereka yang boleh di dapati di Jakel. Yang pastinya Upin & Ipin, Yusuf Iskandar dan Lara Alana yang paling mencuri tumpuan dengan keletah yang mencuit hati. 

Comel sangat. Oh ya, Awal Ashaari ada terangkan yang dia selalu mendapat soalan daripada peminat, kenapa bila dia pakai Baju Melayu nampak terletak pada badan dan tidak selekeh. 

Awal Ashaari cakap rahsia dia ialah Baju Melayu Raya dekat Jakel ni ada pesak dan potongan baju nya lebih moden, sebab tu nampak cantik di badan orang yang memakai.


Jakel Barulah Raya


Jakel Barulah Raya

One Stop Centre & Happy Hour Di Jakel Barulah Raya


Jakel Shah Alam mengambil inisiatif dengan menawarkan pakaian berjenama pelbagai selebriti di bawah satu bumbung atau One Stop Centre untuk pelanggan nak dapatkan koleksi baju raya selebriti kesukaan masing-masing.  

Macam tahun-tahun sudah Baju Melayu suami dan anak memang aku beli dekat Jakel sebab jatuh cinta dengan kualiti kain dan rekaan Baju Melayu. Tahun lepas beli Baju Raya Nabil, tahun ni terpikat dengan rekaan Baju Melayu Awal Ashaari pulak.  

Kecoh habis bila Jakel buat Happy Hour Jakel Barulah Raya bila semua artis ni promot koleksi baju mereka dan jual pada harga lebih rendah. Siapa tak nak weh. Berebut pelanggan menunggu artis melelong baju. 

Baju raya berharga dari RM299 diturunkan harga sehingga RM150 sahaja dan ada yang lebih murah. Dapat samping dan juga butang Baju Melayu. All in one. Berbaloi la dengan harga dan kualiti kain.


Jakel Barulah Raya Ysusf iskandar

Koleksi Baju Raya Jakel Barulah Raya di Jakel untuk Seisi Keluarga


Koleksi baju Raya tahun ni memang Jakel tapau habis. Dari kanak-kanak sehingga lah dewasa, dan dari bujang sehingga yang dah berkahwin. Tak ada pilih kasih. Yang dah berkeluarga boleh pilih Koleksi Baju sedondon. 


Koleksi Schawalara

Koleksi Schawalara memang sesuai sangat. Baju Kurung Scha ada detailing jahitan manik, beaded dan lace serta potongan yang menampakkan Baju Kurung lebih menarik. Baju Melayu awal pulak lebih kemas pada leher poket dan mempunyai potongan moden tanpa pesak. 

Untuk anak-anak boleh beli Baju Kurung Lara yang fabriknya lembut dan selesa dipakai waktu raya nanti. Kain Baju Kurung yang selesa penting ya nak pula kalau dipakai pada musim panas.
 

Koleksi Hanis, Hairul & Yusuf

Kalau nak nampak elegan, versatile dan classy kena beli koleksi Baju Kurung Hanis Zalikha. Corak dan warna juga buat akak rambang mata nak pilih. Tahun ni Hairul tampil promot Kurta. 

Untuk yang nak tukar selera tak mahu pakai Baju Melayu boleh beli Kurta Hairul yang mesra wuduk sebab bahagian lengan senang nak sengseng. 

Yusuf comel dan segak sangat masa promot Kurta untuk kanak-kanak. Kurta Yusuf bermotifkan potongan leher round neck supaya anak-anak kecil tak rasa tercekik bila bergaya di Hari Raya.


Koleksi Hanis, Hairul & Yusuf


Koleksi Baju Ayda Jebat

Untuk anak dara dan wanita bekerjaya yang nak nampak manis ceria macam Ayda Jebat akan tertawan dengan koleksi Baju Kurung Ayda yang moden dan corak printed terkini. Fabrik pun sedap dipakai dengan warna yang menarik.

Koleksi Baju Melayu

Tiga Duta Baju Melayu Jakel 2018 tampil dengan rekaan koleksi Baju Melayu yang ada keistimewaan masing-masing. Koleksi Baju Melayu Aaon Aziz dah tukar fabric berbeza dari tahun lepas yang lebih selesa dan warna yang dijangka top ialah warna hijau burung merak (Teal Green) akak pun baru tahu wujud warna ni. Nak tahu kena singgah Jakel ok.

Manakala Baju Melayu Nabil Ahmad berkonsepkan moden kontemporari dengan potongan slim fit. Laki akak suka la slim fit ni. Kalau tadi Aaoron Aziz warna hijau Merak, koleksi Baju Melayu Nabil pula warna yang dijangka top ialah warna merah hati.


Baju melayu Nabil ahmad


Jakel turut prihatin untuk mereka yang bersize comel “plus size” boleh pilih koleksi Baju Melayu Harith Iskander. Warna yang dijangka dapat sambutan hangat ialah warna yellow buttercup. Teringat kuih semperit. Oi sedap.


Size Plus untuk baju Melayu


Harga Baju Melayu dijual serendah RM89 ringgit dan diberikan samping dan butang Baju Melayu percuma. Banyak untung.

Memang beruntung sangat kalau shopping di Jakel. Jom ambil peluang membeli pakaian seisi sempena kempen Jakel Barulah Raya di semua cawangan Jakel seluruh Malaysia. 

Kalau teringin nak pakai hot selling color kena cepat-cepat beli kalau tak menggigit jari. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut pasal kempen Jakel Barulah Raya boleh ikuti Instagram Jakel Shah Alam @Jakel_shahalam dan Facebook @Jakel Shah Alam. 

Nanti dah beli boleh meriahkan media social dengan hashtag #jakelbarulahraya #ingatrayaingatjakel

Jom serang Jakel!

Tentang Kumpulan Jakel

Jakel memiliki 22 cawangan di Semenanjung Malaysia dan menyediakan lebih 5,000 peluang pekerjaan di seluruh negara. Dengan Slogan, “Ingat Kain, Ingat Jakel”, Jakel Mall Kuala Lumpur menawarkan kesemuanya di bawah satu bumbung, daripada pakaian tradisional untuk seluruh keluarga, busana, pengantin, langsir, aksesori renda, kemasan rumah, koleksi tudung Ariani hinggalah kepada rekaan corak tertentu serta perkhidmatan tempahan jahitan.


Kredit gambar
rodiahamirdotcom 
Instagram Jakel Shah Alam
DboyStudio

Cara Beli Domain di NetKL

Alhamdulillah, Akhirnya keputusan nak bertukar dari blogspot ke domain akhirnya berjaya juga. Aku memilih untuk beli domain di NetKL selepas buat sedikit pembacaan dan rasanya ramai blogger yang aku kenal semua menggunakan khidmat dari NetKL juga. 

Harga untuk setahun subscription adalah RM45 untuk blogspot dan aku pernah baca untuk wordpress berharga RM60 setahun (tak pasti). 

Cara beli domain di NetKL 

Boleh buat pilihan samaada belakang dia nak dot apa, kebiasaan orang pilih dotcom. Selera masing-masing.





Perkara utama kalau nak beli domain adalah semak dulu nama yang kita dah berkenan. Kalau ada rezeki dapat la beli nama yang di inginkan. 

Kalau tak nanti mereka akan suggest nama lain. Dont worry. Rezeki masih berpihak kepada aku, bila nama pilihan rodiahamir.com masih belum di ambil orang. 

Kalau tidak menangis di bucu meja lah jawabnya. 


Standby la nama pilihan dalam dua tiga nama untuk elak diri kecewa. Kalau tak ada idea nanti mereka akan bagi suggestion nama lain. Don't worry. 


Domain registration di NetKL



Berbunga-bunga hati bila dia wish congratulations macam menang awards ok.


Cara beli domain di NetKL mudah


 
Oleh sebab dah available aku terus beli je la. Malas nak delay lagi. Korang kena tekan Checkout button tu. Ada pilihan nak subscribe berapa lama domain sehingga 10 tahun lamanya. 

So far aku beli untuk setahun dahulu tengok performance la macamana. In Sha Allah akan renew untuk tahun-tahun berikutnya. 


Cara beli domain di NetKL



 Kena isi detail personal semua. Standard la info yang diperlukan.




 
Cara beli domain di NetKL


Domain akan jadi hak kita lepas kita beli dan buat bayaran kepada NetKL. Yang isi form online tu adalah untuk buka account dengan NetKL untuk tujuan record dan communication dengan pihak mereka. 

Nak puji Support centre NetKL sangat bagus, andai ada soalan email je mereka confirm akan di balas. Laju mereka buat kerja. 



Cara Setup Domain Blogspot

Ikutkan hati yang suka buat sendiri sebab lagi puas hati memang akak nak setup sendiri je domain. Dah cuba pun tapi menemui jalan buntu. Ada juga google manual kot ada blogger buat tutorial. 

Memang ada blogger yang buat tutorial setup domain blogspot tapi malangnya interface dah berubah. 
CP dia berbeza sangat-sangat (NetKL dah upgrade CP mereka). Tutorial yang akak jumpa August 2017. 

Yang tahun 2018 akak tak jumpa la pulak. Malas nak pening kepala akak suruh NetKL uruskan. NetKL memang menyediakan servis setup blogger pada harga RM10 sekali bayar. 


Kesimpulannya, keputusan nak tukar domain adalah antara salah satu benda bijak yang akak pernah buat dalam hidup. Alhamdulillah. Tak menyesal pun. Bila dah ada domain kena la set kan reminder supaya domain tak expired. 

Scarry juga baca pengalaman blogger terlepas renew domain lepas tu dah ada orang beli dan tak dapat semula domain tu. Menangis la woi. 


Selamat mencuba. 

15 Menu Buka Puasa

15 Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Selama Sebulan 

Masuk je hari ke lima berpuasa, otak dah hilang idea nak fikir menu berbuka puasa dan bersahur. Jauh lagi nak sampai sebulan ni. Semoga niat tidak membeli di param tercapai. Seram nak membeli lauk berbuka puasa. Dah habis bersangka baik tapi agak gerun bila fikir anak cirit birit sebab perut jenis tak tahan. Sensitive sangat bab makan. Alang-alang terjumpa resepi cadangan dekat group whatsapp orang kampung terus share dekat sini la. 

30 Cadangan Resepi Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Selama Sebulan Mesti Cuba
Cadangan Resepi Menu Berbuka Puasa

Resepi Gulai Udang Galah Masak Lemak Cili Padi

Resepi Gulai Udang Galah Masak Lemak Cili Padi

Akak antara peminat tegar Seafood terutama udang. Tak kisah apa jenis udang sekali pun memang jadi kesukaan. Beberapa bulan sudah suami ada request nak makan gulai udang galah masak lemak cili padi, tapi masa tu akak dalam tempoh berpantang lagi so masak untuk dia dan akak telan air liur aje pandang. Sedih sangat. Bila dah habis tempoh berpantang memang suruh suami beli dan repeat masak gulai udang lemak cili padi. Puas hati dapat makan.

Selain daripada masak lemak cili padi, masakan lain untuk udang akak suka buat sambal. Makan dengan nasi lemak. Memang bertambah nasi. Tak pun udang goreng tepung akak suka buat ratah. Terus teringat makan celup tepung di tepi pantai Terengganu. Sedapnya. Tah bila nak pergi lagi.

Gulai Udang Galah masak lemak cili padi mudah